Tuesday, February 28, 2017

Beli ikan, ayam daging di Pasar Chow Kit

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin memang jadi rutin setiap bulan dapat gaji akan ke pasar borong atau pasar basah membeli barang untuk memasak. Dah lama kolin berhenti tolak troli di pasaraya untuk membeli barang dapur. Pada kolin membazir dan tak boleh langsung nak berjimat. Terutama bab barang basah macam ikan, udang, sotong, ayam dan lain-lain. 

Selalu kolin ke Pasar Borong Selayang, tapi kali ini dah berubah. Kolin dah 2 bulan ke Pasar Chow Kit. Sebab lebih murah, lebih segar dan paling penting bukan warga asing sepenuhnya jadi peniaga di situ. Ini kolin nak share buat kawan-kawan yang duduk di Kuala Lumpur dan hendak berjimat. Maklumlah sekarang semua dah nak harga. Nak beli runcit-runcit tu lagi naik kos makan kita seharian. So try lah buat macam kolin, bawa duit dalam RM100-RM200 dan membeli semua keperluan lauk basah korang kat sini.


Ini keadaan dalam pasar bawah Chow Kit. Kalau korang pertama kali datang Chow  Kit, jangan risau. Ada aje parking belakang-belakang bangunan tu. Tapi lebih mudah naik motor, kolin dan suami kalau malas nak berasak-asak kami lebih suka naik motor sahaja. Maklumlah KL memang susah nak parking kan. Ok now korang tengok sendiri semua harga dan keadaan lauk-pauk basah yang di jual di sini. 


Udang sederhana besar RM22 sekilo dan nampak segar aje kan. 


Ikan selar tak silap kolin yang ini hahaha RM7.00. Kolin beli setengah kilo, memang suka makan ikan goreng dengan sambal belacan. Lauk simple balik kerja kan. 



Ketam ini pula ada pelbagai saiz. Korang boleh tengok bersusun semua ketam. Disebabkan anak-anak kolin suka makan ketam, kolin ambil yang RM24 sekilo tu 2 ekor sahaja. RM15 untuk ketam 2 ekor untuk di goreng bagi anak-anak makan hujung minggu. 

Memang biasa makan sedap sikit waktu weekend. Kalau hari biasa kolin masak simple sahaja. Janji ada lauk untuk makan di rumah. 


Sotong pun ada pelbagai jenis yang korang boleh pilih. Kolin beli yang RM13 sekilo tu. Disebabkan alisa maisara suka makan sotong memang sekali masa aje abis tu. Tapi kita simpan lah dalam 5 ekor untuk buat rencah kalau nak masak nasi atau mihun goreng hahaha. 
Itu lah amalan kolin kalau masak. Udang, sotong, ayam, daging atau apa sahaja kolin akan simpan sikit dalam mangkuk yang sama untuk dibuat rencah nanti. 

Mana lah tahu nak masak dah habis lauk, boleh lah korang buat nasi goreng aje kan. 


Buat yang betul-betul bajet, banyak yang jual dalam pinggan tau. RM5 satu pinggan untuk ikan, alah tak payah ikut orang. Dah itu kemampuan kita, kita beli aje lah. Lagipun bukan busuk pun, elok lagi kalau nak masak. Janji rumah kita ada lauk nak makan kan. Ada rezeki lebih boleh lah beli yang lagi best. Betul tak !





Tongkol, sardin, ikan merah semua ada. Pelalin kolin beli RM6 sekilo, ikan paling suka kalau buat kari atau pun goreng garing. Semua modal kolin hari tu tak lebih RM150 sahaja. Pandai susun, pandai masak memang freezer rumah korang boleh bekalkan lauk pauk sehingga hujung bulan tau. Jimat kan!!! Korang masa bersihkan tu, asing-asing plastik dan tulis pakai marker pen. So nak masak keluarkan satu plastik, defrost dan masak. Setakat sayur-sayuran tu boleh lah beli runcit sebab susah nak simpan. Kolin pun selalu makan timun aje, lebih suka ulam dari sayur goreng. 

Peminat ikan bilis pun boleh cari kat sini. Segala jenis ada, kolin beli RM14 setengah kilo. Kolin memang suka sangat makan sambal ikan bilis. 

Balik dari pasar, terus masak. Inilah lauk kami hari ahad yang lalu.  Tulang tu RM12 sekilo


Siap dah makan tengahari kan !!! Semua ini modal tak besar mana. Bilis tu pun tak sampai separuh kolin buat. Korang tau tak bilis setengah kilo banyak mana, hahahah banyak ok !!

Kolin memang suka makan ikan bilis so itu stok kalau malas nak masak lauk lain. 

Pilihan di tangan korang, cuba lah ke pasar basah selepas ini. Berhenti ke pasaraya membeli belah. Dan kalau pasar selayang dan pasar chow kit, sila lah ke chow kit. Serius yang terbaik ! Semua bahan basah kita beli di balut dengan suratkhabar dan di masuk dalam plastik. Bersih dan senang nak letak dalam bonet. Sebab tak berbau !! Dan kalau korang ke sana, perhatikan semua kereta-kereta besar pun shopping sini tau. Last week i nampak kereta Hummer tau. 
Drive kereta setengah juta pun pandai nak berjimat beli kat pasar tau !! Tak pergi pasaraya terkemuka pun. So berubah stop tolak troli bayar RM300-400 sebulan tu ok. Korang akan nampak perbezaan ketara dengan duit simpanan korang. 

Love, 

Kolin Zainal

 

Monday, February 27, 2017

"casting"

assalammualaikum dan salam sejahtera

Ikutkan dedulu masa kolin tingkatan 4-5 memang selalu pergi jadi pelakon tambahan bawah HVD dulu. Kalau korang ingat semua drama pendekar, spektra semua under HVD. Dulu office HVD tu terletak di Cheras tau, gigih kolin cari duit dari PJ ke Cheras naik bas mini tu. Sebab menariknya kerja sebagai pelakon tambahan masa tu setiap minggu boleh claim duit. Seingat kolin lah, ada kad yang kita perlu bagi kat krew production tu mengatakan kita kerja sekian-sekian haribulan dan masa. Lepas tu boleh ambil cash di pejabat, wang tunai ko. Tu yang dapat duit balik aje, singgah Petaling Street pergi shopping !!! Time cuti sekolah memang kolin pulun habis. Masa tu telefon kat rumah aje ada, memang kalau HVD selalu cari suruh kolin datang. Seronok ooo, cakap dengan mama, kolin nak pergi shooting hahahahhahah

Bayangkan lah RM200-300 pada masa tu besar sangat pada kolin. Kalau korang nak tahu lagi, kalau korang jadi yang lalu lalang tu bayaran lain, kalau ada dialog lain !! So Alhamdulillah kolin selalu dapat yang ada dialog hahahahha. Pernah la berlakon dengan Zila Bakarin, Ochee lagi siapa ntah kolin tak berapa ingat. Tapi masa tu bukan fokus sangat nak jadi artis, lebih kepada nak cari duit.

Tapi jujur, kolin tak pernah lihat kolin berlakon apa pun kat TV. Tak pernah !! Ada orang aje pernah cakap, eh nampak awak dalam TV berlakon. Padahal kaku nak mampus !! Selepas itu tiada lagi dunia glamor, kolin hidup macam biasa aje lah. Habis sekolah, masuk UiTM, habis UiTM dan kerja dari umur 21 tahun sehinggalah sekarang ni, masih bekerja. Syukur ada kerja kan, syukur diberikan peluang belajar lagi.

Dan dalam membesarkan anak-anak kolin diberi peluang untuk jalani  "casting" lagi. Alhamdulilah, mungkin orang rasa nak glamor tapi kolin lebih kepada membuka lagi satu peluang atau pintu atau pengalaman buat kolin dan keluarga kolin. Buat yang sudi datang ke rumah, "casting" kolin sekeluarga ni terima kasih banyak-banyak. Kolin ambil langkah positif sahaja ni, apa pun kolin ada pengalaman casting di rumah sendiri tau.



Dapat atau tidak dapat, belakang cerita. Janji peluang dan pengalaman ini jadi coretan buat kolin, suami dan anak-anak. Mana tahu, ini semua membawa perkara yang lebih baik kan. !!

Doakan kolin sekeluarga ya...semoga di permudahkan, Insya Allah 


Love,

Kolin Zainal


Friday, February 24, 2017

The Gurney Resort Hotel & Residences Penang

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat korang yang mencari penginapan yang mewah dan best di Pulau Pinang atau Penang, kolin ada satu tempat yang boleh korang consider atau pertimbangkan kalau ke Pulau Mutiara. 

Inilah dia tempat penginapan kolin selama 2 malam di THE GURNEY RESORT HOTEL & RESIDENCES PENANG. Bangunan hotel ini ada 36 tingkat tau, cuma kelemahan lif dia ada 3 sahaja. So bertabah masa high occupancy lah ye. Bab makan sarapan pagi, tengahari dan makan malam memang sedap. Kolin puji betul Chef di hotel ini sebab masakan dia semua berasa, sedap dan memang rasa macam masakan di rumah. Semua di masak dengan baik sekali. Lagi syok hotel ini depan lobby tu terus nampak laut. Walaupun tak lah lawa sangat tapi ok lah...i needs a lot of vitamin sea hahahha


So perkara pertama kolin share gambar penginapan kolin ye. Inilah dia Suite 2 Bedroom yang ada di THE GURNEY RESORT HOTEL & RESIDENCES PENANG, kolin menginap di tingkat 32. 




Haaa ini keadaan ruang tamu. TV ada siaran AXN, FOX, Astro dan sebagainya. Siap meja makan untuk 4 orang untuk melepak. Bahagian ruang tamu ini ada 2 aircond tau. So confirm sejuk. 




Suite 2 Bedroom ini ada ruang pantry mereka sendiri. Ada pintu lah, kiranya kalau nak panaskan apa-apa, nak letak barang dalam peti sejuk pun no problem. Memang kemudahan dah tersedia. 



Ini pula bilik air yang ada di luar. Yang dalam bilik ada juga, tapi dalam master bedroom lah. 



Inilah dia twin bed untuk bilik nombor 2. Ada aircond dan almari juga. Bilik agak selesa. Sekarang jom kita ke bilik utama ya. Bab ni yang teruja sangat kolin nak kongsi dengan korang hahhaha
Inilah dia bilik tidur kolin untuk 2 malam sepanjang di Penang. Heaven !!!! Pemandangan indah, nampak matahari turun dan naik setiap pagi dan petang. Sebenarnya ruang tingkat 7 di hotel ini memang korang boleh melepak dan tengok sunset dan juga sunrise. Best !!




Lawa kan, besar kan !! Haaa...tidur memang buka langsir dan mengadap laut terus. Gembira rasa, bangun subuh terus melepak atas katil dan tengok sendiri matahari naik. Katil king, memang selesa, bersih, wangi dan boleh tido 4 orang tau !

Bab toilet atau bilik air dia memang best. Ada almari, seterika, peti keselamatan, plastik laundry, selipar dan apa sahaja keperluan ada. Comel sangat ! Kenapa kolin cakap comel, sebab ada mini jacuzzi dalam bilik dengan pemandangan laut. Menarik kan !




Haaa kalau korang buat keputusan untuk ke hotel ini bawa baju mandi sesiap, satu untuk dalam jakuzi satu lagi ke pool tingkat 7. Sebab tempat rekreasi mereka jua meletops. Tapi bab itu kolin share dalam entri yang lain ye. Kang panjang sangat pulak kan. 


Teruja tak hehehe...berbuih buih ko. Ini kolin siap titik mandian aromaterapi nak rendam badan yang tak berehat ini. Letih semua hilang duduk dalam tu mengadap pemandangan laut lepas yang menenangkan. Korang yang nak berbulan madu, atau ada anak-anak yang suka mandi manda, datang melepak sini ok. Tempat lawa, bilik lawa, dan segalanya lawa. Cuma kawasan hotel ini tak ada lah tempat makan atau shopping. Semua kena pandu kereta lah, malah Gurney Mall nak jalan pun letih tu pergi dan balik. 


Pendek kata kolin happy sangat menginap selama dua malam kat sini. 

No 18 Persiaran Gurney 10250 Georgetown Penang
Tel: 04-370 7000 Fax: 04-370 5000


Aktiviti biasa la jumpa cermin kan, mesti nak snap satu gambar.


 Golek-golek atas katil dan tengok matahari terbit. Priceless !!


Lepak pepetang minum kopi sambil tengok matahari terbenam. Hidup terlalu indah kan, jangan bazirkan dengan membenci. Segala yang kita ada semua milik Yang Esa. Bersabar dan lepaskan, supaya hidup lebih tenang dan lebih bermakna. 

Haa itu lah kerja aku kalau melayan perasaan tengok pemandangan indah sebegini hahhaha. 
Ok korang, jangan lupa call atau log in link hotel tu dan book cepat ok !!


Love, 

Kolin Zainal  

Thursday, February 23, 2017

Kailan RM6 seikat !!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Semalam kan sindrom mak-mak sangat kolin tau. Kunun pergi lah pasaraya dekat pejabat ini haa..nak membeli barang nak masak makan malam. Tengok lah kut sayur apa yang ada buat pemanis makan malam nanti. 

Menu kolin untuk sayur makan malam nanti ialah

kangkung belacan

kailan ikan masin 

dengan lenggang lengok aku kunun bermalas-malasan tengok sayur tu. Rasa macam nak melompat dan meroyan tengok harga weii..Ni sayur ke apa niii ??!!!


Kome zoom lah  ... menangis tengok seikat tu adalah lebih kurang 3 rumpun sayur. Harga mencecah sehingga RM6. Nak masak sayur aje tu. Dah modal besar tu. Tu nak cakap apa nih, bila kita cakap barang naik harga semua tak percaya. Tak akan lah saranan menanam sayur sendiri nak kata lagi kan. Sayur aje kut !!!! Mahal kut !!

Kangkung lak bole tahan juga harganya, mahal laa weiiiii


Semua tu lebih daripada RM1.50. Bukan selalu seikat besar tu RM1.00 aje ker...
aisehmen...tu yang dll FB viral ikan kembung RM20 sekilo kan. Ikan yang lagi gah tak tahulah berapa sekilo. Sedangkan sayur begini yang selalu kita makan pun dah naik harga sampai macam ni. Korang jangan nak komen suruh aku tanam kat rumah bagai ek...biadap sangat !!!

So sekian sahaja sesi aku meroyan tengok harga sayur super mahal ni

Sis amuk sayur mahal,

Kolin Zainal     

Tuesday, February 21, 2017

Stimbot & Grill kat rumah aje

assalammualaikum dan salam sejahtera

Hari minggu kan malas nak masak. Inilah kolin buat, gunakan ELEKTRIK GRILL yang kolin beli kat Lazada untuk buat stimbot & grill kat rumah. Semuanya ringkas aje, korang hanya perlu kena bersihkan semua makanan yang korang suka dan letak kan dalam mangkuk kecil-kecil macam ini. Ini bajet makan 5 orang aje kat rumah. Senang makan atas lantai aje, feeling korea hahahah. Sup pulak satu jenis sahaja iaitu tom yam. Siap sudah.


Senang kan !!! Hari minggu melepak depan TV dan layan stimbot dan grill. Semua tu pilihan kita lah, nak seafood atau pun bukan. Kalau nak buat ala-ala yong tau foo pun boleh juga. Cuma beli bebola ikan dan lelain siapkan sahaja sos yong tau foo. Boleh lah anak-anak banyak sikit pilihan nak makan kan. 

ELEKTRIK GRILL  ini memang mudah sangat. Kalau kolin bercuti dalam negara pun senang sangat. Buat BBQ dalam rumah sahaja, tak perlu nak bawak arang dan habis nak berkemas pun susah. Kalau pakai yang ini simple sebab pakai elektrik. Tapi sebelum guna korang kena tukar plug dahulu. Plug yang dia punya tu 2 pin, tukar yang 3 pin. Dan jangan pasang panas terus, berhati-hati sebab suka sangat fius terbakar. Itu aje kelemahan grill ini. Tapi kolin senang aje, sebab apa sahaja rosak dalam rumah ada technician sedia membantu. So setakat masalah ini bukan besar lah. 


Ini antara bahan yang kolin bersihkan dan gaulkan dengan garam sedikit. Daun rosemary kolin letak atas daging dan jua ayam untuk wangian yang lebih harum. Manakala seafood kolin letak daun pudina nak bagi hilang hanyir. Kedua-dua daun herba ini kolin tanam sendiri tau. Siapa cakap rumah flat bertingkat-tingkat tak boleh menanam. Daun pandan pun ada tau!!


Satu lagi tips nak cepat mendidih kuah tom yam tu gunakan air panas masa nak bancuh pes tomyam tu. Cepat sikit mendidih dan semua bahan cepat sikit masak. So lunch kolin dan keluarga hari tu dari jam 1.00 tenghari membawa ke 5.00 petang sebab makan pelan-pelan hahahhahahaha. Janji happy tak kacau orang kan. Duk rumah pun boleh lerrrr

Korang yang nak cuba, jangan lupa beli ok. Klik aje sini ELEKTRIK GRILL DARI LAZADA



Love,

Kolin Zainal

Monday, February 20, 2017

SCORE RUN 2017

assalammualaikum dan salam sejahtera


THE CONQUERORS ARE BACK !

Buat semua kawan-kawan kolin nak maklumkan yang SCORE RUN 2017 dah kembali tau. Jadi jom kita semua cabar diri kita dan tawan ibukota kita. Mampu tak?

Bermula dari Golden Triangle atau Tiga Segi Emas Kuala Lumpur, iaitu BERJAYA TIMES SQUARE dan seterusnya kita kelilingi kota metropolitan Kuala Lumpur. Berlari di sekeliling bangunan dan semua hotel bertaraf dunia memberikan Kuala Lumpur tampil dalam pandangan yang berbeza. Dengan seramai 12.000 pelari SCORE RUN adalah salah satu acara terhebat bagi tahun ini.

Kalau korang nak sertai boleh aje, terus ke laman web www.score.my dan dapatkan t-shirt yang ada nama korang sendiri tau. Cepat daftar dan tempah cepat ya.

SCORE RUN 2017 




Love,

Kolin Zainal

Saturday, February 18, 2017

KUASAI KEHIDUPAN – Jadilah Jejaka ROMANO



 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
 
Jejaka moden hari ini sememangnya menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Mereka inginkan keistimewaan tersendiri dan mahu sentiasa berada di hadapan dalam hidup. Penampilan segak  dan keyakinan adalah penting kepada jejaka bagi mengatasi cabaran dan menyerlah dalam setiap keadaan. Wangian maskulin yang unggul merupakan senjata tersembunyi bagi menyerlahkan keyakinan dan personaliti mereka. Kejayaan seterusnya diraih apabila mereka mengawal keadaan dan menikmati setiap fasa kehidupan sama ada dari aspek profesional, peribadi ataupun kehidupan sosial – mereka ialah Jejaka ROMANO.

Jejaka ROMANO semestinya cemerlang dalam pekerjaannya. Mereka berkeyakinan tinggi, dan menguasai setiap perkara yang dilakukan dengan tenang dan berkarisma. Mereka menjadi tumpuan ke mana sahaja mereka pergi. Dihormati, bersemangat waja dan sentiasa di puncak, jejaka ROMANO adalah epitome sebenar kejayaan.


Kehidupan sosial mereka sering dipenuhi keseronokan dan mereka tahu bagaimana untuk menikmati kehidupan. Seorang jejaka moden yang aktif, ceria dan mesra, jejaka ROMANO sememangnya menikmati hidup sepenuhnya!

Kuasai Kehidupan merupakan manteranya untuk berjaya.

ROMANO Eau De Toilette baharu untuk jejaka moden menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman maskulin sebenar yang tersendiri.  Wanita disekelilingnya pasti tertarik  dan menyedari kehadiran mereka. Peranan utama haruman maskulin ini adalah bagi mengaktifkan tarikan serta menciptakan keserasian sesama lelaki untuk saling berkomunikasi.

ROMANO Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan; FORCE dan UNIQUE untuk disesuaikan dengan sifat jejaka kontemporari.


ROMANO Eau De Toilette – FORCE

Ia mewakili jejaka unggul dengan tenaga hebat yang tersendiri bagi memimpin dan menyelesaikan segala perkara. Kejayaannya disanjungi ramai, kekal tenang serta berpengaruh. FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.



 
ROMANO Eau De Toilette - UNIQUE

Untuk jejak berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Sentiasa berada di hadapan dalam apa jua keadaan.  Kejayaan dan kebolehannya membuatkan orang sekeliling tertarik kepadanya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta  kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada sang jejaka.


Wangian ROMANO EDT ternyata adalah sentuhan terakhir bagi menyempurnakan keunggulan personaliti anda.

ROMANO Eau De Toilette dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara. 


Love,

Kolin Zainal 

Thursday, February 16, 2017

ELITE – Gaya Berkekalan Buat Si Jejaka

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Zaman sekarang, hampir semua gaya rambut dipandang sebagai fesyen; panjang, pendek, yang terpacak, gaya santai mahupun kelihatan “edgy”. Lelaki moden masa kini lebih gemar untuk menjadi lebih kreatif dengan cara memutar, meramas dan menggayakan rambut untuk menghasilkan fesyen tersendiri agar personaliti dan kenyataan itu lebih menonjol.
Gaya rambut hebat adalah elemen yang sempurna untuk menjadikan si jejaka kelihatan sofistikated, “cool”, lebih digemari dan bergaya.

Sesetengah lelaki lebih gemar untuk menggunakan satu gaya ke pejabat, dan menukar gaya rambutnya apabila mereka keluar. Paling penting bagi mereka adalah produk penggayaan rambut terbaik yang memudahkan mereka mereka gaya rambut, dan memastikan gaya tersebut kekal sepanjang hari!


ELITE, jenama penggayaan rambut lelaki terulung memahami keperluan seorang jejaka dan percaya bahawa penggayaan rambut boleh membina imej seseorang. Memperkenalkan ELITE On The Go Hair Wax- wax untuk gaya berkekalan!

Rangkaian ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilas dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum, semuanya terkandung dalam pembungkusan yang menarik ini. Produk ini membolehkan si jejaka mengubah bentuk gaya tanpa perlu mengaplikasi semula wax bila-bila masa dan di mana sahaja untuk gaya rambut yang baru.

ELITE menjadikan semuanya mustahil untuk lelaki melangkaui batasan bagi mendapatkan gaya rambut yang mereka inginkan. Dengan pek mudah guna ELITE ON THE GO baharu, si jejaka akan sentiasa bersedia untuk tampil bergaya.

Gayakan Mengikut Keinginan Anda!

Tampil santai, atau gaya berani, rekaan “rugged”, mahupun kekal terpacak atau nampak basah. ELITE adalah cara terbaik untuk gaya berkekalan!
 
 
Spiky Web mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas: Jejaka yang inginkan sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini. 
Wavy Loose menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan!
Airy Wild hadir dalam wana jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda!
Shiny Wet melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan!
 Rugged Matte untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya.

ELITE Hair Wax kini boleh didapati dalam dua saiz. Pek 68g berharga RM17.10 setiap satu manakala saiz poket On the Go pula berharga RM5.90 setiap satu. Cipta apa sahaja gaya rambut yang anda inginkan dengan variasi ELITE yang terdiri daripada fibre, clay ataupun wax. Kini anda tidak akan terhad dengan satu gaya rambut sahaja. ELITE boleh didapati di semua cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka. 

Love,

Kolin Zainal