Sunday, January 29, 2017

Percutian ke Yogjakarta Episod Last !!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ini lah hari terakhir kami di bumi Yogjakarta. Percutian ke Yogjakarta ini memang manis dan tak boleh nak simpan lelama, nanti bersemut potong kaki uolsss hihih 😊 Disebabkan itu hatta, pergi bulan Disember 2016, sampai nak hujung Januari 2017 baru kolin nak habiskan cerita. Maklumlah orang sibuk kan... 
aku mana ada keje weiiii...tu orang sakit hati 


Lagi satu nak kongsi lah pengalaman kita ke tempat orang. Walau tak lah hebat sangat pun, tapi kita tak tahu perkongsian kita bawa manafaat kat orang lain betul tak. Ok lah, hari terakhir kami bangun pepagi juga lah, sarapan nasi goreng pagi ini. Tak macam hari sebelum tu, macam biasa kolin dan kawan-kawan iaitu Sue, Milah dan Kak Intan berpuas hati sangat dengan servis dari Pak Dwi 
(nak no Whatsapp Pak Dwi kat sini) kami pun terus sambung perkhidmatan beliau dari pagi sehinggalah flight kami petang jam 5.30 petang. 


 Inilah bilik kami berempat, ada toilet kat dalam bilik.

Kami buat keputusan hendak berlibur di dalam Kota sahaja dan shopping lagi. Baru perasan duit banyak lagi hahaha. Siapa nak bawak balik kan, so shopping lah telekung, baju dan pelbagai barangan cenderahati untuk dibawa pulang. Jadi hari kedua kami membayar kepada Pak Dwi 400,000 ribu rupiah, so seorang 100,000 ribu lah. Dalam RM35 sorang untuk berjalan sekitar kota dan terus ke lapangan terbang. 
Ok lah sangat kann !!!! Selesa dan senang sebab hari terakhir hari hujan oiiii.

Lokasi pertama kami 

1. Istana Taman Sari / Istana Air / Water Castle

Masa kami sampai tu, belum buka lagi. Tapi macam kolin cakap Pak Dwi ini memang pandai. Ada lah penjaga taman ini kat depan tu, dia slow talk dan kami dapat masuk dahulu sebelum orang ramai hahahahha. Untung tak?! Jadi gambar semua memang tak susah lah, sebab tak ada orang. Ini lah dia Istana Kota Lama tinggalan Raja Majapahit yang bertakhta di bumi Yogjakarta dahulu. Ini hanya tempat bersiram atau mandi tau, memang besar sangat. Kami sempat melihat bilik persalinan, dapur, bilik tidur dan bilik sauna. 


Kolin nak kongsi kisah menarik, tak tahu kenapa masa kawan-kawan yang lain sibuk bergambar kolin yang penyibuk ini memang duduk dekat bercerita dengan tour guide kami. Sekali tour guide bercakap pergilah masuk ke dalam bilik sauna tu. Agak gelap dan menakutkan sebenarnya pada kolin, tapi kata orang bukan selalu kita datang kan. Kolin nekad masuk !!! Bila masuk, duduk sekejap, korang tau...bau wangi, wangi sewangi, wanginya.....Ya Allah menakjubkan, istana ini, tempat sauna ini sudah ratusan tahun. Tapi kolin bernasib baik dapat bau !!! Bila kolin keluar, tour guide tanya, ada bau tak? Kolin terus angguk dan senyum



Kolin minta lah kawan-kawan lain masuk tapi mereka tak dapat bau. Hurmm..itulah kisah yang agak pelik tapi benar berlaku pada kolin masa di Istana Air. Tapi kolin bersangka baik dan ok aje, tak ada apa yang pelik berlaku kat kolin pun sampailah ke hari ini. Istana yang ada 2- 3 kolam renang ini ada tower tinggi. Itulah tempat raja melihat permaisuri dan puteri-puterinya bermandi manda atau bersiram. Kalau korang ke sini sila tangkap gambar banyak-banyak. Sebab ini dah jadi warisan UNESCO tau. Tiket masuk ke sini dalam 20,000 ribu tak silap kolin. Dan disebabkan kami masuk awal dari orang lain, kami bagi tips lah kat tour guide kami merangkap photographer kami masa lawatan Istana Air. Tapi kami tak sempat ke Dewan Solah Istana sebab masa dah suntuk. Boleh khayal kalau melawat kat sini tau.



2. Pasar Beringharjo

Kami ke pasar kembali hahahah...Shopping lah macam entry sebelum ini. 



Selepas shopping kami ke tempat anak tempatan suka bergambar. Rupanya nama jalan ini 'viral' kat Indonesia terutama Yogja. Apa lagi posing maut lah kami semua. 


3. Gerai Bakso

Kami mohon Pak Dwi bawa kami makan di tempat orang tempatan yang sedap. Pak Dwi memang baik dan sporting terus bawa kami ke gerai bakso. Terus terang kolin tak pernah  makan bakso. Tapi kolin makan lah juga sebab dah lapar. Sedap gila !!! Sedap sangat, tepi jalan aje pun. Sedap.....Makan 5 orang siap air bagai tak sampai 50,000 ribu rupiah pun. Cari gerai bakso Pak Ateng ok !!






Serius tak pernah makan, tak menyesal pun kolin cuba makan. Sedappp


4. Urut Kaki 

Berdekatan gerai bakso, kak intan yang peminat urut kaki ni mula dah buat perangai. Sebab dia dah penat hari sebelum tu panjat candi dan puncak becici merengek nak urut kaki. Abis kami semua berempat pergilah urut kaki. Ambil masa 30 minit dengan RM50,000 rupiah, berurut lah kami. So siapa kata pergi Yogja tak boleh berurut. Banyak wei..korang request lah perempuan urut. Haa...boleh lah hilangkan urat simpul hahaha



5. Tugu Pal Putih

Ini lah tugu kat Yogjakarta. Terletak di betul-betul simpang yang sibuk. Tapi Pak Dwi hebat, tahan kereta bagi kami bergambar hahahha. Hebat kan !!! Dapatlah bergambar kenangan kat sini. Korang kalau pergi jangan lupa singgah ok. 


6. Kedai Bakpia

Bakpia adalah sejenis kuih tradisional di Yogjakarta. Korang boleh beli untuk bawa pulang. Tapi Pak Dwi bawa kami ke sini sebab kat sini yang paling bagus. Semua baru di buat dan fresh. So nak bawa balik tak lah cepat rosak kan. Beli dan bubuh dalam handcarry aje. Beli buah makan aje wei..bukan kenduri.

Selesai semua ini, kami di hantar ke lapangan terbang untuk pulang. Lega hati dan tak sabar sangat kolin nak balik. Nak melawat semua tempat memang kena plan datang lagi ke bumi Yogjakarta. Tempat menarik mereka memang lawa-lawa. Tapi jauh lah antara satu sama lain. Pergi lagi lerr nanti kan.

Sekali lagi nasihat kolin jangan pergi tempat viral dalam Facebook tu, sebab sure korang akan berhabis duit bayar duit masuk sahaja wei. Tapi macam kolin cakap banyak kali, nasib kami baik sebab bertemu dengan Pak Dwi huhuhuh... Susun beg elok-elok ok, buah salak jangan bawa balik nanti kena tahan. Beg beli 20 kilo sesiap senang cerita. Lelain macam biasa lah, berhati-hati di negara orang ye. 


So geng..Sue, Kak Intan, Milah...tahun 2017 
kemana kita heheheh 😝


Love,
Kolin Zainal  

Saturday, January 28, 2017

Brownies paling sedap !!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Inilah aktiviti kami kalau ada orang nak pergi berhijrah. Kali ini farewell buat Azlin yang menamatkan perkhidmatan beliau di pejabat. So party makan time lah kan.Yang kolin nak cerita sangat ini bukan lah pasal farewell tu hahahahha. Nak cerita pasal brownies yang korang patut tangkap leleh dan order untuk apa sahaja acara korang. Brownies paling sedap di Shah Alam !!!


Inilah dia orang yang kami rai kan. Yang pakai tudung hitam tu sebelah tudung merah. Nama dia Azlin, so sambil meraikan dia last day kat office kami buat lah potluck. Kiranya entri ini ada dua dalam satu lah hahaha. Good luck untuk Azlin dan kolin kena kongsi pasal brownies yang super sedap ini.



Kalau fokus bebetul nampak tak dua kotak brownies atas meja tu. Haa memang sedap giler, kalau nak tahu dalam masa sekejap semua brownies lesap. Sebab rasanya tak manis sangat dan tak muak. Dia punya apa orang kat tu 'chewy' tu sederhana. Kolin memang lepas ini nak celebrate birthday ingat nak tempah yang ini sahaja. Lagi sedap dan tak membazir daripada beli kek icing dan sponge tu kan. Tapi kalau red velvet, iolss tak boleh lah menolak uolls hahahahhahah

Nak cerita lagi pasal brownies yang sedap ini memang tak terkata. Sebab korang kena lah order dan rasa. Memang kolin tahu, ramai aje orang buat brownies ini. Tapi korang kena cuba yang ini sebab sedap dan tak akan menyesal. Nak buat kenduri ke apa boleh tempah, lagi bagus kalau korang area klang valley ini. Boleh lah delivery macam kolin. Tempah dan penjual kek hantar ke opis terus. Tak payah susah payah weiii...


Haa ini lah tukang pegang batang wefie hahahah. Si Azlin ...all the best yaa !!!

So ini lah dia brownies yang akan buat korang terliur !!


Order dan deliver !!! Nak rasa !! Nak order...boleh order kat sini

call 017-615 8082

Boleh tempah untuk doorgift, majlis apa pun, kenduri kendara yang penting korang sure cakap yang sama macam kolin cakap. SEDAP !!!!! Review ikhlas ini tau, bukan berbayar, benda baik kita share lah kan.

Love,

Kolin Zainal  

Friday, January 27, 2017

Penawar Resdung paling Mujarab

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa ada resdung, angkat tangan hehehe. Kolin nak share satu produk tempatan dengan korang hari ini iaitu Penawar Resdung paling Mujarab. 

 
Kalau korang perasan orang yang ada resdung ini boleh nampak tau. Ada juga yang ada alahan makanan, cuaca, bersin, selsema dan sebagainya berkaitan dengan resdung. Aturan makan pil ini ialah 1 biji malam dan 1 biji sebelah pagi. Ianya terbukti dengan banyak testimoni yang ada ini menjadikannya  


Banyak testimoni yang ada buat rujukan korang. Ialah nak cuba produk untuk melegakan sesuatu penyakit kita perlu melihat kepada testimoni kan. Tapi kalau korang nak lebih maklumat sila ke www.herbaresdong.blogspot.my


Kadang-kadang penyakit ini kita bukan boleh buat main kan. Nampak macam sikit aje, betul tak? Tapi kalau kita rasa kita ada simptom resdung, sila lah berubat sebelum melarat. Kat sini kolin sediakan pelbagai maklumat dan nombor telefon untuk korang buat pesanan terus. Sayangilah diri kita dahulu, bagi kita sihat baik-baik, barulah kita boleh menjaga orang lain pula betul tak. Kesihatan yang baik itu kan impian semua orang. Jadi korang kalau nampak ada simptom resdung boleh lah cuba Penawar Resdung Paling Berkesan jua tau. Kalau bukan korang, mungkin orang yang kita kenal. Kita boleh lah cadangkan kat dia produk tempatan orang kita kan.


Mesti korang nak tahu kan, mana nak dapat ubat resdung yang paling berkesan kan. Inilah dia no telefon untuk pesanan bagi mendapatkan Penawar Resdung Paling Berkesan iaitu 
Puan Aisyah 
013-987 1616 & 019-9496133

Boleh call cepat-cepat dan buat pesanan korang. Pesanan dan pos satu Malaysia tau. 
Pendekkan cerita, kalau kita sendiri tau kita ada, kita lah kena peka dengan mengubati diri sendiri. Sekarang semua dah ada depan mata pun. Korang hanya perlu call dan buat tempahan segera. Jualan tengah laku keras disebabkan terlalu banyak testimoni positif dari pelbagai lapisan masyarakat. Korang baca ajelah testimoni yang ada di blog kolin sertakan. Kalau tak sempat, kat sini pun kolin share untuk korang ok. 

 

 Itu dia..nampak tak semua testimoni positif mengenai Penawar Resdung Paling Berkesan ini. Ternyata korang perlu cuba kalau korang sendiri mempunyai masalah ini. Kolin doakan korang terbuka hati untuk cuba dah lihat sendiri kesan kepada masalah korang hadapi. 

Selain itu jangan lupa PENAWAR BUASIR PALING MUJARAB BAGI KAUM LELAKI DAN WANITA pun ada jua dari Team Produk Warisan Insan. 

Semua ada yang penting kita usaha ok !!!

Love, 

Kolin Zainal 
 

Thursday, January 26, 2017

DASHING singkirkan lebihan wax dengan 1 cucian

assalammualaikum dan salam sejahtera

Suami kolin memang sinonim dengan produk DASHING. Maklumlah Dashing ini dah macam jenama turun temurun dan di percayai ramai kan. Malahan gaya rambut bagi lelaki jua amat di titik beratkan. Itulah sekarang dah ramai yang memakai pelbagai produk rambut seperti spray dan tidak terkecuali wax.

Bagi memastikan rambut benar-benar bersih daripada produk pengayaan, kebanyakkan dari lelaki menambah amaun pengunaan syampu dalam setiap cucian rambut. Iya lah kan nak pastikan kesan-kesan wax semua hilang. Betul tak? Dan kalau diperhatikan banyak syampu di pasaran tidak dapat meninggalkan kesan produk pengayaan rambut ini dengan berkesan kan. 

Ramai juga tidak sedari, apabila kita guna syampu melebihi daripada kadar yang sepatutnya atau kerap ianya memang dapat membersihkan rambut. Dari dari segi masa panjang ianay bakal melemahkan kekuatan rambut serta menymbang kepada kemunculan masalah rambut dan kulit kepala yang lebih serius seperti rambut gugur, kulit kepala gatal, rambut rosak dan kusam. Rambut suami kita juga kalau tidak dibersihkan dengan betul boleh mengumpul kekotoran dan seterusnya menyukarkan si suami untuk bergaya kembali. 


Buat semua yang sayang suami macam kolin ni hehehehe💕

Nak jaga rambut suami agar nampak sihat aje kan. Boleh lah try solusi kepada permasalahan produk gaya rambut macam wax tu. ELITE rakan jenama pendahulu pengayaan rambut lelaki telah melancarkan SYAMPU ELITE MAN yang diperhebatkan dengan Wax Out System yang direka khas dan terbukit mampu menyingkirkan produk-produk pengayaan rambut, minyak dan kekotoran kepada rambut dan jua kulit kepala secara menyeluruh menerusi satu cucian sahaja!

Hanya dengan satu cucian segala lebihan produk pengayaan rambut akan dibersihkan dengan sempurna. Haa...nampak tak, sekarang kaum lelaki pun kena jaga rambut supaya tak lah cepat botak tengah, tepi atau depan. Sebab kalau tak jaga betul-betul, tua sebelum waktunya lah kan.

Berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada ujian pengunaan melibat 150 lelaki, 85% bersetuju bawhawa Syampu Elite Men sememangnya direka khusus bagi menyingkirkan produk-produk pengayaan secara efektif dengan hanya satu cucian. 



SYAMPU ELITE MEN dengan formulasi dan pek menarik baharu dah. Ada dua pilihan buat yang tersayang iaitu Anti Kelemumur dan Anti Rambut Gugur. Korang boleh lah pilih buat suami, maklumlah suami memang tak jaga bab-bab ini kan. 

Kalau yang Anti Kelemumur akan mengatasi masalah yang ada lah kan. Penampilan lebih bersih dan kemas di tampilkan sebab dah rawat kulit kepala yang bermasalah kan. Kulit kepala lebih sihat dan rambut pun akan ikut kuat sama. 

Kalau yang Anti Rambut Gugur, ada Advanced Micro-Protein yang menguatkan rambut dan mengurangkan kerapuhan. Ini memberikan anda rambut yang sihat dan kuat. Iannya juga mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian. Keyakinan yang menjadi milik anda apabila mengunakan syampu ini.

Buat yang mencari Syampu Elite Man dari DASHING ini boleh ke pasaraya terdekat dan ianya dijual pada harga RM11.90 sahaja. Jangan lupa LIKE Facebook Elite by Dashing di https://www.facebook.comEliteEdgyEFX

Untuk lihat sendiri syampu yang telah diperbaharui ini. Buat semua kaum adam yang selalu pakai wax tu, sila lah bertukar kepada syampu ini ok. Kalau nak rambut lebat, cantik dan sihat semua kekotoran kesan dandanan terutama wax tu harus bersih tau. 

Love, 

Kolin Zainal  

Wednesday, January 25, 2017

Penjagaan Kulit Wajah dengan Eau Thermale Avène

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Kulit muka kolin memang agak sensitif dan kuat naik jerawat tau. Tapi kali ini kolin nak share dengan korang semua mengenai satu set penjagaan muka yang baru kolin cuba selama 2 minggu dan ternyata sangat sesuai dengan kulit kolin yang bermasalah selama ini. Yang penting set penjagaan kulit muka ini tidak berminyak langsung dan sesuai 
untuk cuaca di Malaysia.




Langkah 1: Cleanse: Eau ThermaleAvène Gentle Cleansing Foam 150ml

Langkah 2: Soothe: Eau ThermaleAvène Thermal Spring Water
(Available in 50ml, 150ml & 300ml)

Langkah 3: Tone: Eau ThermaleAvène Gentle Toner 200ml

Langkah 4: Moisture: Eau ThermaleAvène Hydrance Optimale Light Hydrating Cream 40ml 

Langkah 5: Protect :  Eau Thermale Avène Day Protector SPF30 Tinted 40ml




Avene Hydrotherapy Centre mempunyai reputasi antarabangsa khusus untuk dermatologi dan rawatan keadaan kulit seperti atopic dermatitis, eczema, psoriasis, parut dan luka bakar, selepas kanser, lchtyosis dan juga tempat Water Research Water Centre sentiasa mengawal dan mengawasi kesucian dan kualiti Avene Thermal Spring Water. 

Jadi korang semua tak perlu risau tahap keselamatan dan pengunaan produk ini. Sebab semuanya semulajadi dan mempunyai piawaian antarabangsa

Paling memberangsangkan selama 2 minggu pengunaan rangkaian produk ini, garis-garis halus pun mula pudar. Liang roma terbuka pun mula mengecil dan paling penting langsung tiada kesan tidak baik pada kulit muka kolin. Sebab itulah kolin nak kongsi dengan  korang macam mana nak gunakan rangkaian produk penjagaan muka wajah ini. 


1. Cleanse: Eau Thermale Avène Gentle Cleansing Foam 150ml 
(Retail price: RM95)




Kepada  yang mempunyai masalah kulit normal-combination skin macam kolin tak perlu risau. Guna sahaja Gentle Cleansing Foam ini. Cara dia senang sahaja, korang tak perlu goncang botol ini pun, dipicit sahaja. Nanti keluar cam buih dan sapu ke seluruh muka dan termasuk leher sekali ok. Dah sapu, gosok-gosok bahagian yang bermasalah dan terus bilas. Tiada rasa tenang atau apa pun, cuma kolin rasa segar. Bagus untuk kulit sensitif tau. 


2. Soothe: Eau Thermale Avène Thermal Spring Water 50ml,150ml and 200ml  
(Retail price: RM25, RM49 and RM69 respectively )


 Yang ini paling kolin suka. Selepas basuh muka, korang spray sahaja EauThermaleAvèneThermal Spring Water 

Ini bagus untuk melembapkan kulit tau. Ianya mula dikenali dan memberikan kebaikan kepada orang ramai semenjak tahun 1874. Dan kalau korang nak tahu ianya adalah air akfif yang terkawal. Sangat unik penghasilannya dan menyegarkan.


3.Tone: Eau Thermale Avène Gentle Toner 200ml 
(Retail price: RM89)
 



Toner yang sangat lembut pada kulit ini tidak mempunyai alkohol. So jangan risau tidak mengeringkan kulit kita pun. Malah kulit korang lebih anjal selepas mengunakannya. Teksturnya sangat lembab di wajah.



4. Moisture: Eau Thermale Avène Hydrance Optimale Light Hydrating Cream 40ml (Retail price: RM109)



Ini juga sesuai bagi kulit yang normal sehinggalah yang mempunyai masalah kulit muka sensitif. Tujuan untuk melembapkan kulit wajah kita supaya tidak cepat bergaris halu dan mengecilkan liang roma. Yang paling penting ianya cepat meresap dan tidak berminyak langusng. Letakan lima titik penting di wajah iaitu dahi, hidung, pipi kiri dan kanan akhir sekali bahagian dagu. Sapu arah ke atas perlahan-lahan sehingga semua krim meresap. Jangan lupa kat leher pun sapu juga ok. 

Memang korang akan rasa best selepas sapu krim ini. Lagi pula waktu malam sebelum tidur tu. Bangun tidur muka rasa lembap dan berseri. Tak percaya kena lah cuba ye. Yang penting jerawat pun tak singgah dah. Sebab produk Avene ini adalah satu produk yang dikawal oleh Dermatologist tau.



5. Protect:  Eau ThermaleAvène Day Protector Tinted SPF30 40ml
 (Retail price: RM99)


Yang ini untuk pengunaan waktu siang di bawah matahari. Sapu nipis dan ringan dapat membantu menahan kulit wajah dari sinaran UV dan ianya sesuai untuk kulit biasa dan sensitif. Rangkaian ini mempunyai SPF30 dan ada kombinasi mineral.
Dari kulit naik pigmentasi dan kesan hitam akibat sinaran matahani. Memang lepas sapu, letak alas bedak. Muka nampak berseri sangat !! Cuba laa

Kolin kongsi sebab dah 2 minggu lebih pakai produk ini. Selain rangkain ini Avène juga ada rangkaian krim penjagaan dari sinaran UVA dan UVB. Maklumlah cuaca panas di Malaysia ini memerlukan penjagaan kulit yang betul dari sinaran matahari. Ianya telah terbukit berkesan walaupun di dalam air mahupun masa kita berpeluh. 

Jadi buat korang yang selalu berada di luar boleh lah layari



Kanak-kanak pun ada juga, ada untuk muka dan juga badan. Untuk kanak-kanak krim SPF50++ ternyata mampu melindungai anak-anak dari kesan UVA dan UVB. Teksturnya sangat ringan dan tidak berminyak untuk kanak-kanak. 
 


 Siapa yang tidak kenal dengan EauThermaleAvène,  satu jenama produk Antarabangsa yang telah lama bertapak. Mempunyai standard kualiti yang tersendiri dalam setiap penghasilan rangkaian mereka.

Kolin beruntung sebab kulit wajah kolin bertambah sihat dan baik setelah hampir 2 minggu lebih mengunakan produk Avene. Buat korang yang mempunyai masalah yang sama sila lah cuba dan dapatkan di pasaraya yang terdekat. Jangan lupa share dengan kolin bagaimana pengalaman korang sendiri mengunakan produk ini. Untuk tahun 2017 semoga kulit wajah kita kembali sihat dan terlindung dari sinaran UVA dan UVB. Kulit yang sihat bermula dari kita sendiri tau. Pemilihan rangkaian produk yang betul amat penting kan. Terima kasih 
 EauThermaleAvène.


#AveneMalaysia  #MoreThanJustWater  #UnderstandYourSkin


Love,
KolinZainal