Tuesday, August 30, 2016

PELANCARAN MAGGI ROYALE THAI TOM YAM SEAFOOD PUTIH PERTAMA DI MALAYSIA

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang tak suka maggi kan? Kolin terus terang cakap dari kecil sampai sekarang masih suka sangat makan Maggi. Oleh itu, kolin nak kongsi dengan korang semua MAGGI ROYALE THAI TOM YAM SEAFOOD PUTIH yang pertama kini telah ada di Malaysia. 

 
MAGGI ROYALE THAI TOM YAM SEAFOOD PUTIH adalah satu olahan unik daripada resipi biasa Tom Yam yang berasal dari negara Thailand. Umum tahu Tom Yam mempunyai perisa tersendiri dan memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak dari dulu lagi kan. 

Kini korang dapat rasa MAGGI ROYALE THAI TOM YAM SEAFOOD PUTIH yang diperkaya dengan herba segar dan rempah ratus terpilih bagi memenuhi selera orang Malaysia. Untuk menambah keyakinan korang terhadap kesedapan resipi Maggi Royale Thai ini adalah kerjasama antara Maggi Royale dan Chef Wandee Na Songkla seorang pakar masakan Thai. 

Selain kepakaran dalam bidang masakan, Chef Wandee juga terkenal sebagai seorang ikon TV, penulis buku masakan dan pengasas kepada Wandee Culinary School di Thailand. Chef Wandee berharap dapat memberikan rasa asli Thailand kepada semua peminat tom yam di Malaysia melalui 
kerjasama MAGGI ROYALE.


Semasa pelancaran kami Chef Wandee telah berbesar hati memasak di hadapan semua para tetamu. Cara masakan yang betul juga telah dikongsi bersama. Rakyat Malaysia yang suka mencuba sesuatu yang baru dari segi makanan. Dari sebab inilah Maggi telah memperkenalkan perasa yang baru ini bagi memastikan semua pengemar makanan atau 'foodie' mendapat kepuasan dalam mencuba makanan Maggi. Menurut Rosalyn Simba, Pengurus Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, demi orang yang tesayang, hasil kerjasama dengan Chef Wandee kini kami telah mencipta satu resipi Tom Yam Seafood yang lazat untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.


Menuruf Chef Wandee pula, Tom Yam Seafood Putih Thai bukan saja menyelerakan malah ianya mempunyai tahap kepedasan yang istimewa. Lagi sedap kalau korang cuba masak dengan mengunakan makanan laut segar seperti sotong atau udang. Semenangnya satu hidangan istimewa dapat dihasilkan dan dinikmati oleh seisi keluarga. Buat semua yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh ke laman web Maggi.

            Laman rasmi MAGGI® Malaysia            : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaWBBM    
Laman Facebook MAGGI® Malaysia   : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaFB  
  Laman YouTube MAGGI® Malaysia      : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaYT  
Laman Instagram MAGGI® Malaysia  : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaIG  
Hashtag Rasmi        : #MAGGIRoyale #MAGGIMalaysia

Semasa pelancaran ini, kolin dapat juga peluang memasak di atas pentas, Terima kasih Maggi kerana mengadakan Media Contest ya. Alhamdulillah, walaupun tak menang dapat juga hadiah beg luggage istimewa dari Maggi Royale. 



  Inilah hasil masakan kolin pada hari tersebut. Dapat pujian dari para hakim tapi nasib tak bersama kolin. Ini pertama kali kolin masak di depan orang ramai tau. Pengalaman yang menarik, siap ada video memasak lagi. Terima kasih Kak Anie dari www.123mamanet.com 
sebab sudi rekod semua video untuk kolin. Untuk korang sila lah ke laman FB dan Instagram kolin kalau teringin nak tengok macam mana kolin memasak dan komen dari semua hakim yang ada.



Jangan lupa semua pengemar Maggi, korang patut cuba yang ini. Sure memang kata sedap sangat !!
Kepada peminat seafood atau makanan laut macam kolin  korang akan jatuh cinta dengan hidangan yang ini. Semuanya mudah sahaja, hanya dalam masa 5 minit hidangan yang lengkap tersedia. 

Kini Maggi Royale Tom Yam Putih Thai dah berada di semua pasaraya hiper dan cawangan kedai runcit di seluruh negara. Nanti korang boleh tengok sendiri gambar Chef Wandee di setiap pembalut ok. Maggi percaya kebahagian bermula dari umah dan sudah tentu kita nak cari satu kelainan untuk hidangan di rumah kan. Nasib baik kini Maggi ada pelbagai perisa untuk kita semua cuba. Kalau tidak dulu mesti kari atau ayam sahaja kan. Sekarang pelbagai perisa dah ada untuk kita tau.


Terima kasih Maggi !!!

Love, 

Kolin Zainal

Monday, August 29, 2016

NASI KANDAR LINE CLEAR, KG. BARU

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat semua peminat makanan sebelah utara ini, sekarang tak perlu lah nak ke Penang atau Kedah baru nak merasa. Sekarang NASI KANDAR LINE CLEAR, KG BARU dah ada kat Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Hospital Besar Kuala Lumpur, satu jalan nak ke masjid Kg. Baru sahaja. Sure korang boleh WAZE kalau tak jumpa jugak. Parking banyak belakang restoran tu, so jangan korang susah hati ok. 

Kenapa kolin suka makan kat sini, sebab kuah dan masakan nasi kandar mereka kena dengan citarasa kolin. Tak terlalu berempah dan pedas, pendek kata anak-anak pun happy. Portion nasi memang banyak dan harga sangat berpatutan. Tempat selesa, siap tandas dan paling penting pekerja di sini semua peramah dan sedia membantu. Ini lah kedai yang kita semua suka nak pergi kan.


Ini pilihan kolin, nak ulam bendi dan sotong goreng tepung. Yang syiookk adalah kuah campur.
Punya lah sedap sampai menjilat jari tau.




Tak tahu kenapa, kami satu keluarga ambil lauk yang sama iaitu SOTONG hahhahaah
Tapi tak membazir tau, sebab alisa dan ali imran  makan semua habis. 
Happy lunchie kata orang tau. Senang nak park, makanan sedap, harga pun berpatutan. 
Yang ini bukan owner ajak kolin buat food review tau. Ini memang ikhlas dari kolin. 

Sememangnya kedai menawarkan masakan yang sedap untuk seisi keluarga. 
Buat yang nak berjimat boleh singgah pada hari Jumaat. Sebab ada menu jimat rasanya. 


Ini antara harga yang dipamerkan di ruangkan kedai makan ini. Selain itu segala gambar bersama selebriti tanah air pun ada di pamerkan di dinding kedai ini. Boleh lah tengok banyak sangat artis pernah datang dan melepak kat sini jugak tau. Mana tau, time korang pergi boleh jumpa artis kan. 


Memang kat sini aje cawangan Nasi Kandar Line Clear ok. Tiada di tempat lain. Besar-besar dah mereka letak notis kat situ. So kalau nak makan nasi kandar terbaik di Kuala Lumpur, singgah makan sini ok. 

Ini antara pilihan lauk yang korang boleh pilih. 
Jangan risau, pekerja mereka peramah. 
Apa saja pilihan lauk yang korang nak makan pun ada weiii..



Tengok la nasib korang masak datang, silap-silap berbaris lagi panjang tau.
 Tak mahal pun wei.. makan empat orang berbaloi. Siap minuman lagi.



Inilah resitnya, murah kan !!!
So kalau teringin nak makan nasi kandar kat penang, sekarang dah ada kat KL uollsss

Tak payah nak rindu-rindu dengan kandar ok 

Love, 

Kolin Zainal

Friday, August 26, 2016

Travel & Shop dan menang besar dengan ERAMAN




 assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat korang semua, ERAMAN adalah rangkaian terbesar di semua lapangan terbang dan juga duty free market yang ada di Malaysia. Siapa yang kerap pergi travel atau melancong tu sure kenal apa itu ERAMAN kan. Kini ERAMAN SHOPPING EXTRAVAGANZA 'Shop & Win Contest' dilancarkan bagi semua pengunjung dan yang datang membeli belah di ERAMAN berpeluang memenangi beg dari Designer terkemuka, barang kemas ekslusif atau bawa pulang saja MAZDA CX5 yang baru !!!


 Menurut YBhg, Datuk Badlisham Ghazali, Managing Director of Malaysia Airports Holding Berhad, ini adalah kali kedua peraduan seperti ini di adakan. 'Shop & Win' yang bakal dimulakan pada 1 Ogos sehingga 30 September 2016. Pada tahun ini Shopping Extravaganza akan memberi peluang kepada semua pengembara di mana sahaja untuk menghargai mereka dengan semua hadiah ini yang ditawarkan ini. 

Untuk memenangi peraduan ini, pengunjung hanya perlu membeli belah minimum RM250 dalam satu resit atau boleh gabung resit juga. Isi borang dimana-mana kedai yang menyertai ERAMAN outlets di International Airport Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu, Penang dan juga Langkawi, Airport Labuan, Kota Bharu, KLIA2 dan Gateaway@KLIA2.

Kali ini, sponsor Pernord Ricard telah menawarkan penambahan pada borang penyertaan dengan pelbagai lagi hadiah untuk dimenangi iaitu smart phones dan gadget untuk para pelanggan. 

Pada anjuran kali pertama ERAMAN Shopping Extravaganza ''Shop & Style" dijalankan pada Mac dan April 2016 telah menerima lebih dari 50,000 penyertaan. Dan akhirnya Lee Kai Kwong dari Malaysia telah membawa pulang hadiah utama iaitu Honda City 1.5 S untuk pembelian beliau di dalam satu reist sahaja tau.
So mana tahu kali kedua ini korang pula berjaya bawa pulang kereta baru kan. 
Sementara itu Ms. Wu Fong Hei dari China memenangi percutian ke Scotlanda dan pemenang utama bagi Pernod Ricard juga. 

Bagi kempen 'Shop & Win' kali ini, ERAMAN ingin melangkah terus dan berkerjasama dengan semua peniaga dan pelanggan di ERAMAN. Kali ini ERAMAN mengharapkan lebih lagi pernyertaan dari kali pertama tau. Sebab seperti yang dijanjikan hadiah yang lebih lumayan menanti korang semua.

Kepada semua kaki jalan, suka travel sana-sini, jangan lupa ambil peluang dan sertai lah peraduan ini. 
Dengan shopping RM250 anda terus layak menyertai peraduan yang sangat mudah ini. 

So jom Yogjakarta !!! eh eh.....soon...AADC Feeling.

Jangan lupa korang shopping di ERAMAN ok !!

Love, 

Kolin Zainal 




Thursday, August 25, 2016

Percutian Ringkas kali ke 3 ke BUKIT FRASER

assalammualaikum dan salam sejahtera

Dah lama sebenarnya kolin nak bercuti beramai-ramai bersama keluarga. Kali ini bersiaran dari Bukit Fraser sekali lagi, rasanya dah kali ketiga kolin pergi. Destinasi simple ini menjadi pilihan kolin sekeluarga sebab cuaca dan tempat yang tidak sibuk. Ye lah kan, nak pergi bercuti bukan nak pergi bershopping. So memang nak relaks dan bergembira sahaja. Yang penting keluarga dapat berkumpul sekali kan. 

Dengan menaiki kereta kami ke BUKIT FRASER dalam dua jam. Alhamdulillah semua ok, kecuali macam biasa mama kolin mabuk dan muntah lah sikit. 


Clock Tower yang menjadi lokasi pengambaran kami setiap kali di sinilah. Alhamdulillah, mama, adik kolin si awen sekeluarga ikut sekali lagi menginap di Banglo Sultan Sulaiman. Kolin pernah cerita sekali pasal Banglo tu, korang boleh skrol dalam blog kolin. Dah 2 kali kolin tempah dalam tahun ini, best sangat !!!


Inilah family kecil kolin, impian BERLIMA tu, korang doakan lah ye. Semoga ada rezeki, ikutkan malas dah nak berbaby tapi kalau rezeki tak salah kan. Kita bagi lah Alisa Maisara feeling kakak sikit hahhaha


Ini lah family awen...Aqil tu bulan 10 nanti cukuplah setahun dah.
Cepat sangat besar si gebu nih...


Jangan lah tanya kenapa Ali Imran posing macam tu, Masa kolin nak snap gambar ini, dia cakap ni pesen posing baru. Maklumlah sekarang dah umur 10 tahun, macam-macam perangai dia ada tau. 
Tengok lah tinggi sikit lagi nak sama dengan mami dia dah. 


Sikit lagi memang aku lagi rendah lah dari Ali Imran tu. Baru darjah empat tau. 
Kenapa kolin suka ke BUKIT FRASER, sebab keindahan bunga-bunga dan tumbuhan yang ada. Udara nyaman, suasana tenang dan sejuk. Seronok berkumpul sambil makan-makan sekeluarga. Jom kolin kongsikan keindahan bunga-bunga yang ada di Bukit Fraser. 




Ini baru sikit, kalau korang pergi sendiri sure lagi best. Tapi macam biasalah tak ada tempat nak shopping, kalau nak shopping pun keledek ada lah. Ataupun bagi makan ikan di Allan's Water tu.


Jauh atau dekat destinasi percutian kita, janji kita bersama keluarga. Itu yang penting. 
Tak naik flight pun takpe, cuma kita patut take time and relax. Bonding time namanya..


So jangan lupa melawat Bukit Fraser bila ada masa nanti ya.
Ingat..tak kira jauh atau dekat, yang penting kita bersama!

Love, 

Kolin Zainal

Wednesday, August 24, 2016

Anak seorang TECHNICIAN

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bersyukur kolin dapat jodoh dengan TECHNICIAN. Kalau korang nak tahu, masa 2005 kolin beli rumah dulu, segala apa lampu, kipas, plumbing semua suami yang buat. Tak perlu nak upah orang. Setakat ini apa sahaja barang yang rosak, plug nak kena tukar semua ditukar oleh suami. Beruntung sangat rasa badan. Tu bila dengar cerita kawan terpaksa panggil orang buat dan upah yang agak mahal memang kesian. Yelah, zaman serba serbi mahal ini memang kalau boleh kita nak berjimat kan. 

Anak bujang kolin satu-satunya, Ali Imran mengikut jejak langkah suami. Alhamdulillah...
Setakat ini memang kalau pemasangan yang simple-simple memang imran aje yang buat. 
Terima kasih En. Suami sebab sudi turunkan ilmu kepada anak bujang saya. 
Untunglah bakal menantu aku nanti kan hahahahhaha


Gigih dia baca arahan kerusi dari IKEA tu. Dah baca, cari lah skrudriver nak pasang. Aku ni duduk pegang remote TV dan handphone tengok aje gelagat anak bujang ini. 


Nampak tak gigih, tangan tu bukan main tekan kuat-kuat nak kerusi ini dipasang dengan elok.
Kerusi IKEA RM11.90 aje pun. Saja beli, sebab kang datang rumah ramai-ramai tak muat kerusi nak duduk. Kalau kerusi macam ini boleh susun elok-elok. Lagipun warna sangat menarik, merah dan putih tau. 



Dalam pada sibuk nak tengok TV dan pasang kerusi tu siap terus. 
Terus boleh pakai dah, memang rak-rak yang DIY semua Ali Imran punya tugas sekarang. Kecuali lah drill pada dinding tu belum lagi lah. Baru darjah 4 kan. 

Rasa kolin bagus korang ajar anak-anak skill pasang DIY ni. Mana tahu skill itu berguna esok dalam menjalani kehidupan dia. Jangan tak tahu, ada lelaki yang tak tahu tukar mentol pun tau. Hatta almari yang kita suruh pasang pun dia tak tahu. Nak tukar paip sinki pun tak tahu. Mulai sekarang ya, semua pembaca, para-para ibu semua bagi galakan tau. 

Tak kiralah anak lelaki atau perempuan kita tunjuk dan ajar skill ini. 
Supaya mereka ini dapat satu lagi kemahiran hidup dan bukan hanya belajar aje nak pandai. 

Beruntung anak seorang Technician kan, walau gaji tak sehebat pegawai atasan.


Love, 

Kolin Zainal

Tuesday, August 23, 2016

AMEZ CARE Tuala Wanita Bio Herba

assalammualaikum dan salam sejahtera

Setiap bulan sure korang akan perlukan benda ini, termasuk lah kolin. Tuala Wanita salah satu perkara penting bagi setiap perempuan. Masing-masing ada pelbagai pilihan sendiri kan. Banyak jenama yang ada di pasaran, yang penting korang kene pilih mengikut keselesaan badan sendiri. Disebabkan itu AMEZ CARE  telah memperkenalkan Tuala Wanita Bio Herba yang mempunyai pelbagai kebaikan untuk si pemakai. 

Kalau beri kebaikan siapa yang tak nak cuba kan !


AMEZ CARE ada 3 jenis tuala wanita iaitu Day 12 keping, Overnight 10 keping dan juga Pantyliner 30 keping dalam setiap packaging. 
Dan kalau korang lihat sendiri 99.9% SGS Tested Antibacterial Effect tau. 


 Setiap tuala wanita yang dihasilkan mempunyai ramuan herba iaitu Aloe, Peppermint, Tea Plant, Chamomile dan juga Lavender. So masa korang bukak bungkusan tu memang ada sedikit bau macam jamu. Tapi bila dah pakai, jangan risau lah orang sebelah tak boleh bau pun. Bau yang sangat ringan, tapi semua untuk kesihatan wanita itu sendiri kan. Selain dari itu, AMEZ CARE juga ada Functional Chip with Anion, Far-IR Nano Silver, Natural Antibacterial Action with Exclusive Herbal Extracts.

Semua penghasilan tuala wanita ini begitu teliti lah maknanya. Dan dijamin 100% anti bocor.
Apa yang kolin suka sebab dia Ultra Thin. Semua range dari Day ke Overnight memang Ultra Thin, so masa korang pakai tak lah rasa tebal semacam kan. Lagi lah bagus sebab kita sendiri disaran tukar tuala wanita dalam tempoh 4-5 jam sekali. 


Segala informasi ada di packaging, tapi nak lagi menarik layari sahaja www.AmezCare.com untuk segala informasi yang korang perlukan. FB dan IG juga ada, search AMEZ CARE ok.


Nampak tak yang warna hijau di tengah tu, itu lah dia herba yang ada. So bukan lah satu tuala wanita tu, lihat sendiri nipis kan. Kalau tak silap kolin sekarang tuala wanita AMEZ CARE dan pun ada di AEON yang terpilih. Korang boleh lah cuba sendiri macam kolin. Ternyata elok dan lebih baik kita menukar tuala wanita kita kepada yang lebih baik untuk kesihatan bukan. 

Yang penting setiap kepingan tuala wanita ini ada Shield Bacteria Wrapping untuk perlindungan optimum. 
Dah tiba masanya kita berhijrah kepada yang lebih baik. Nak malu apa kan, ini memang keperluan wanita setiap bulan. Suka atau tidak memang korang akan beli, betul tak?

Cuma sekarang dah ada pilihan yang lebih baik untuk kesihatan wanita. Yang lagi penting semua tuala ini dijamin keselesaan sebab mengunakan Ultra Soft Top Sheet. Kalau nak tahu apa benda tu, kenalah beli dan cuba pakai, harga berpatutan jangan risau ok. 

Cuba lah nanti, korang akan rasai sendiri perbezaan tuala wanita ini dari yang biasa di pasaran tu.
Nanti pergi farmasi dan beli ok. 


"AMEZ CARE: Where Intimate Meet Comfort"

Love,

Kolin Zainal