Tuesday, May 31, 2016

Ombong Salai di Batu 12, Hulu Langat

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin dan family ada urusan sikit hujung minggu lalu ke Hulu Langat. Bila dah selesai urusan, memang sengaja nak cari makan kawasan ini. Maklumlah Hulu Langat boleh dikatakan kawasan pelancong, sebab banyak tempat berkelah dan rekreasi kan. 

Ini salah satu pilihan makanan yang korang boleh pilih apabila lalu di kawasan ini. Iaitu masakan masak lemak cili padi dengan pelbagai juadah yang disalai "Ombong Salai"

Pemilik kedai makan ini sangat peramah dengan dialek Negeri Sembilan yang pekat. Korang memang macam rasa makan kat rumah. Pilihan lauk tak lah banyak, tapi sesuai lah dengan keadaan kedai pakcik ini yang sederhana. Ada daging salai dengan rebung, ikan keli salai dengan daun pucuk ubi dan itik salai. Semua ini dimasak lemak cili api. Tahap kepedasan sederhana sahaja. Mungkin dah dikurangkan mengikut rasa masyarakat setempat kut. Sebab kalau ikut orang negeri memang pedas melampau-lampau kan. 
Bila sampai di area Taman Nanding Batu 12 Hulu Langat, pastikan kereta diperlahankan. Ianya di bahu jalan sahaja..dibawah pokok-pokok. 



Beginilah cara mereka salai semua yang ada. Memang wangi sangat apabila datang ke kedai ini. 
Bau salai menyusuk-nyusuk sedap sangat bau nya tau.



Sederhana saja kedai makan ini. Memang macam berada kat kedai makan kampung sahaja.
Kalau ke sini air suam dan air sirap boleh diminum secara percuma.
Tapi ada juga Cendol Pilah kalau nak kelainan. Selalu makan cendol mamak kan, kali ini korang boleh cuba Cendol Pilah pula. Mana tau rasa lain sikit kan...

Tibalah masanya kami memilih lauk. Hubby ambil daging salai dan campur dengan nasi putih.
Untuk kolin dan anak-anak kami ambil masak lemak itik salai dan keli salai. 




Semua tu termasuk nasi tambah untuk 4 orang makan tak lebih RM30 pun. Kolin siap beli daging salai setengah kilo untuk dibawa balik. Untuk stok berpuasa kan. Daging salai tu balik hiris-hiris dan simpan. 
Nanti boleh campur dengan cendawan sisir masak lemak, serai biar berlebih-lebih baru sedap heheh..

Siapa yang nak pergi cuba makan sebelum berpuasa ini  sempat lagi tau.
Nak beli itik, keli, daging atau puyuh salai pun boleh kalau nak simpan buat lauk berbuka. 
Pastinya lauk pauk kampung sangat istimewa di waktu berbuka kan..

Selamat cuba dan jangan lupa singgah Ombong Salai di Batu 12 Hulu Langat ok.


Love,

Kolin Zainal

Monday, May 30, 2016

Beli rumah impian anda dengan IJM Land dan tunai umrah menerusi kempen 'Beli Rumah, Jom Umrah'

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang tak risau apabila nak beli rumah kan? Mana nak siapkan duit deposit, lawyer dan pelbagai lagi. Tambahan pula, nak menyiapkan dana nak pergi Umrah pun satu hal lagi. Memang masalah kewangan selalu membelenggu untuk kedua-dua tujuan ini.

Sekarang tidak lagi dengan kempen 'Beli Rumah, Jom Umrah' bersama IJM Land telah menyediakan kemudahan bagi golongan bumiputera untuk membeli rumah impian dan pada masa yang sama menerima bantuan kewangan bagi menunaikan Umrah. 

Kerjasama di antara IJM Land dan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., merupakan salah satu agensi yang terkemuka di Malaysia bakal memberikan anda peluang untuk menunaikan Umrah. Antara perumahan yang ada ialah Seremban 2 Heights atau Seri Binjai @ Rahang di bawah IJM Land. 

Mr. Ho Kim See IJM Land's Seniar General Manager bersama Dato' Ustaz Md Daud Che Nga, 
Pengerusi Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.  

Menurut kata, Mr. Hoo Kim See Senior General Manager dari IJM Land Central Region, promosi ini sehingga 31 Julai 2016 dan bakal memudahkan pembeli rumah bumiputera mendapat pelbagai manafaat sekiranya membeli perumahan bersama IJM Land sebelum 31 Julai ini. Namun begitu, kami juga menyedari menunaikan Umrah adalah satu impian bagi setiap Muslim. Dengan ini, kempen "Beli Rumah, Jom Umrah' dirasakan mampu menarik golongan bumiputera membeli hartanah ini. Semoga dengan kempen ini kedua-dua impian akan terlaksana dan seterusnya menjadi ianya lebih bermakna. 

Dengan setiap pembelian hartanah, IJM Land menjanjikan pembiayaan penuh selama 12 hari untuk dua orang menunaikan Umrah. Semua perbiayaan perjalanan termasuk tiket kapal terbang, tempat tinggal (twin sharing) di Hilton Towers di Mekah selama 6 hari dan Mawaddah al Waha/Mawaddah al Huda, Madinah selama 4 malam, pengangkutan dan international buffet. Mesti best kan, kalau kita beli hartanah ini sebagai rumah pertama. Rasa kolin lah kan, golongan yang baru berkahwin patut ambil peluang keemasan ini tau.

Dapat beli rumah, tak perlu menyewa lagi. Tambah pula dapat pergi Umrah. 
Impian semua orang Islam kan...kenapa tidak? 

 Puan Hjh Ida Riswana Idris; En Hamizi bin Baharum, Senior Manager (Land Department) of IJM Land Berhad; Mr Hoo Kim See, Senior General Manager, Central Region of IJM Land Berhad; Dato' Ustaz Md Daud Che Nga, Chairman of Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd; Tuan Hj Ibrahim Mat Sin, Managing Director of Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd and Ms Christine Wong, Senior Manager (Sales & Marketing) IJM Land Berhad 

Selain itu, IJM Land menawarkan pakej yang dapat membantu pembeli dengan deposit rumah yang rendah. Dengan 0% pembayaran bulanan sehingga 36 bulan mengunakan kredit kad, percuma selama dua tahun S2 Club Membership, ada potongan untuk dokumen peguam dan pelbagai lagi kemudahan yang boleh di dapati sekiranya kita membeli hartanah dengan IJM Land.  Dan jika korang pernah membeli hartanah IJM Land sebelum ini dan ini pembelian kali kedua dapat lagi tau 1% ke 1.5% potongan harga rumah di bawah Purchaser Priorit Programme. Untung sangat kan !! 
Mana tahu nak beli hartanah yang kedua dengan harga menarik dan berbaloi. 

IJM Land telah ditubuhkan dari tahun 1989 ini, sangat komited memberikan peluang yang terbaik untuk semua para pembeli. Pembelian rumah adalah satu pelaburan besar dan ianya perlu perancangan kewangan yang sangat teliti. Bukan macam pilih ikan kat pasar kan. 
Program yang sangat bermakna ini diharap dapat membantu kepada sesiapa jua yang ingin memiliki rumah sendiri sebagai rumah pertama.

Seremban 2, IJM Land mempunyai 2,3000 ekar yang mempunyai pembandaran yang serba lengkap dan moden bagi memenuhi keperluan sesebuah keluarga.

Di bawah kempen 'Beli Rumah, Jom Umrah' ini ada hartanah seperti berikut:

20' x 70', 2 storey link bermula dari RM488,110
22' x 70' linked house bermula RM558,410
24' x 80' super-linked homes bermula dari RM661,010
atau 2 storey Semi D bermula dari harga RM925,110

Dengan IJM Land mereka mahukan pembeli mampu memiliki rumah adalah satu realiti bukan lagi sebuah impian semata-mata. Miliki hartanah anda sendiri dan mula bertindak dengan bijak. 


Segala maklumat mengenai kempen ini ada di www.ijmland.com
Bukan selalu kempen sebegini ada kan. IJM Land telah mengorak langkah baru dengan mengadakan kempen yang sangat baik pada pandangan kolin. 

 'Beli Rumah, Jom Umrah' bersama IJM Land 
dan Andalusia Travel & Tour Sdn. Bhd.

Love, 

Kolin Zainal






Friday, May 27, 2016

Pertama kali derma darah

Assalammualaikum & salam sejahtera

Kolin dedulu pernah kena denggi tau. Sampai platlet 1 !! Ikutkan masa tu memang umur tak panjang. Tapi kuasa Yang Esa kolin masih bernafas sampai hari ini. 

Disebabkan itu, kolin teringin nak derma darah. Sebab dedulu kolin pernah terima platlet orang lain.
Time to give back !!


Bertempat di pejabat kolin aje. Memula isi borang dan serahkan IC. Masa tu ada pegawai perubatan akan lihat tahap kesihatan kita, tidur cukup atau tidak sebelum menderma. Alhamdulillah kolin pass ujian tu. Dan korang perlu tahu, lepas derma darah, 3 bulan lepas tu baru boleh derma lagi. So jangan minggu ini derma, minggu depan pergi derma lagi pulak ye.


Cucuk lah darah sikit nak kenal pasti darah jenis apa. Macam kolin darah O. Timbang berat dan ada lah sikit sikit soalan yang akan pegawai perubatan tu tanya.

Lepas itu baring dan bermula la sesi derma darah. Tak ada apa pun rupanya. Hanya 10 minit masa yang diperlukan untuk satu beg darah tu. Yeayyy kolin dah derma



Habis derma, dapat air kotak coklat dan biskut. Happy tak??!!

Semoga ini bukan Kali pertama dan terakhir kolin derma darah. Buat yang tak pernah Cuba tu. Cuba lah nanti



Tak sakit pun weiii

Love

Kolin zainal



Wednesday, May 25, 2016

Makan Stimbot di Luton Van, Dataran JB

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sebelum mula cerita kolin nak share beg biru dari Zalora ini.
Shomeellll kan..Brand apa dah lupa. Tapi beli sebab cute benor. Boleh jadi clutch or sling bag. 


Bagi yang nak mencari tempat makan, sambil melepak, ada riadah sikit, nak usha jodoh atau sebagainya kolin cadangkan korang pergi Dataran Bandaraya Johor Bharu. Kat situ boleh makan dan beriadah ok.

Order tauhu bakar dan stimbot ok. Harganya selalu ada tertera di setiap food truck tu. Sepanjang jalan di Luton Van ini banyak food truck yang penting korang tengok lah yang mana menambat hati. 





Kolin nak tangkap gambar makanan yang telah kolin order. Tapi malangnya lampu tak terang. Tak boleh nak share dengan korang gambar tauhu bakar yang sedap tu. Ada juga keow teow goreng kerang tau. Try lah ke sini kalau singgah atau melancong ke Johor Bharu. Selain itu, ada juga aktiviti.

Boleh main roller blade, skate board, big bubble dan pelbagai lagi lah. Memang macam dah happening pun kat Dataran JB ini. Hanya buskers aje yang kolin tak nampak. Kalau kat KL memang
dah ada buskers dah tempat happening macam ini.




Nak melepak dengan kawan-kawan memang tempat ni best sangat.
Hope kolin dapat datang balik kat sini dengan family hujung tahun ini.
Mana tahu ada rezeki bole 'halo, halo' Universal Studio sekali lagi kan hehehh

Love,

Kolin Zainal


Tuesday, May 24, 2016

Terima kasih DMFK !!!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sebenarnya dah lama minat nak dengar ceramah dari Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah ini. Nak dijadikan rezeki, kolin dapat hadir ke salah satu seminar masa minggu setiausaha tu kat SACC Shah Alam.
Teruja sangat dapat berjumpa dengan tokoh ilmuwan yang tidak pernah lokek ilmu. 


Kelakar dan banyak pengisian yang kolin dpat sepanjang 1-2 jam ceramah yang beliau jalankan. Tapi malangnya kolin tak dapat berborak dengan. Dato'.  Bab tu rasa macam kecewa sikit... heheheh


tangkap gamba pun ramai-ramai. Sorry lah table siapa lah ini. Tak kenal sorang pun dalam gambar ini hahaha. Ini sebab Dato' pun cepat, kami semua pun dah teruja nak bergambar dengan Dato'. Selain kehadiran Dato' ada juga Angah Raja Lawak dan Nabil yang menghiburkan tengahari kami ini.

Cuma satu perkara kolin tak puas hati !!! Sebab setiap kali DMFK berinteraksi dengan peserta dia baca nama, karektar dan sikap seseorang. Kolin terlepas peluang itu. 

tapi tetap nak cuba nasib dengan PM Inbox, DMFK. 
Mana tahu ada luck kan hehhehe
Ternyata DMFK melayan dan menjawab, walaupun mula ayat tu dah mention dia bukan ustaz 
dan tak faham bahasa arab. Tapi dia tafsir nama tengah AZLIN, tu dah cukup membahagiakan !!!

Terima kasih DMFK !!!


Nampak takkkkk...jawapan yang sangat mengembirakan hati kolin 

AZLIN 
yang kuat & yang lengkap / sempurna

Siap pesan lagi, 
Moga u ransang hidup agar gigih dan cari kesempurnaan dalam setiap tindakan. 

Gembira sangat kolin DMFK !!!!
Semoga Dato' dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Susah nak berjumpa orang hebat macam Dato', tapi kolin bersyukur dapat jua berjumpa walaupun tak lama. 


Semoga ada rezeki kolin lagi jumpa DMFK yaa...doakan kawan-kawan sekalian.
Pesan DMFK, doa kawan-kawan makbul *peace*

Love, 

Kolin Zainal

Monday, May 23, 2016

Sentuhan Ramadan Berbuka Puasa di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat siapa yang tidak tahu lokasi Pearl International Hotel ini, ianya terletak di Batu 5, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Dekat betul dengan Yaohan lama dulu tu. Kalau dari zaman kolin dulu, memang 
Yaohan glamor habis tau. 

Kali ini Pearl International Hotel, menjanjikan hidangan untuk berbuka puasa dengan tema 'Sentuhan Ramadan Berbuka Puasa' bagi semua tetamu yang ingin datang berbuka puasa di sini. 
Terletak di aras 5 Hotel ini, sudah tentunya Cafe 5, Pearl International Hotel amat selesa buat sekeluarga.


Bermula 6 Jun sehingga 4 Julai 2016, Pearl International Hotel bakal menyajikan hidangan enak setiap hari bagi yang ingin berbuka puasa di luar. Macam kolin lah kan, balik kerja jalan jem, nak masak lagi, memang renyah dan penat sangat. Tak salah kalau kita bawak keluarga kita cuba berbuka di luar kan. 

Pearl International Hotel memperkenalkan Eksekutif Chef Francis Tan bersama krew mereka yang berdedikasi bagi menyediakan semua hidangan. Pelbagai masakan melayu tradisional korang semua boleh rasa. Ada rojak buah, pelbagai jenis kek, pajeri nenas, sambal petai ikan bilis, sayur jawa, lontong, nasi kandar, gulai daging kawan dan kalau nak kolin senaraikan memang karangan ni 15 muka surat. 

Dengan menu berbeza-beza setiap hari memang korang akan rasa teruja nak berbuka di sini. Telefon 03-7983 1111 ext 3203 atay 3205 (Alan Wong/Izzwan) untuk membuat tempahan ok.

Cerita banyak-banyak tak guna kan. Jom kita tengok sendiri kelazatan hidangan 
sempena ramadhan di Pearl International Hotel.










Dari Timur sampai ke Barat semua ada di sini. Masih tak nampak meriah kan. 
Jom kita bagi gambar lagi. Sila tahan air liur anda dari meleleh ok.




Tak cukup dengan itu, pelbagai buah-buahan dan jenis manisan yang disediakan. 
Ada bubur lambur dan bubur cha-cha juga tau. Ulam dan sambal belacan, tempoyak, budu pun ada.
Memang confirm akan terbuka selera kalau berbuka di sini. Cuti memasak ok sangat kan. 







Haa nampak tak spread buffet dia memang banyak sangat pilihan. 
Tempat duduk pun cukup selasa tau. 

Sentuhan Ramadan Berbuka Puasa yang bakal bermula dari 6 Jun sehingga 4 Julai 2016 mengenakan harga yang sangat berpatutan iaitu RM98+ untuk dewasa dan RM45+ untuk kanak-kanak dan warga emas umur 55 tahun ke atas. 

Bagi yang ingin buat gathering atau berbuka beramai-ramai, ada penjimatan untuk anda. Dengan membeli buku baucar ramadan yang bernilai RM650 nett sahaja. Untuk dapat harga 'early bird promotion' ini, korang boleh call Mr. Lawrence Khoh di talian 03-7983 1111 ext 3309 atau 016331840. Tapi kena beli sebelum 5 Jun 2016 ok. Baru lah dapat satu lagi baucar tambahan percuma sempena buffet ramadhan yang mereka adakan ini. Cepat booking yaa !!


Tempat yang bersih dan selesa. Cukup untuk semua. 
Kolin makan yang ini hari tu, memang menu buka puasa yang amat-amat istimewa. 
Jemput makan ya semua !!! Nasi panas, petai, ulam, kambing golek plus sambal tempoyak..ohsemm~!~


'The Pearl of Klang Valley
Pearl International Hotel'


Love,

Kolin Zainal