Thursday, December 31, 2015

Telekung Rosselle koleksi terbaru dari CaliMilan Empire

assalammualaikum dan salam sejahtera

Dah nak tahun baru weii...tak teringin ker nak tukar telekung baru hihih
Kali ini sesuai untuk hadiah, hantaran ataupun pakai sendiri tau. Labuh gerenti, mana yang
tinggi macam ala-ala model tu, memang sesuai lah try telekung dari Calimilan Empire ini.
 Telekung Rosselle exclusive direka khas dari material premium Rosselle Satin (tidak jarang, lembut & sejuk) dihiasi dgn lace yg simple & cantik! Untuk bahagian dagu & muka, kami gunakan material premium lycra stretchable sesuai untuk semua jenis saiz muka. 
Warna pun semua lembut sangat. Tengok lah sendiri wei...Jangan lupa 
follow dan LIKE ok
untuk lebih banyak pilihan bagi korang memilih. Tak kan laa tukar, upgrade 
handset boleh. Upgrade Telekung tak boleh kan. Sendiri juga nak guna. 
Lagi manis kalau anak belikan untuk emak, suami belikan untuk isteri.
Mana tahu kan, saham pahala dapat juga. Semua tu kan Allah yang nilai.

Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah harijadi kepada ibu / saudara. 
Sesuai juga dijadikan sebagai hantaran pertunangan & perkahwinan. 
** COLOR MAY VARY DUE TO LIGHTING / MONITOR RESTRICTIONS.

Saiz telekung kami sesuai juga untuk yang berbadan tinggi & plussize. (Tinggi model 168cm).

Harga RM189
Free Postage!
FREE POUCH BAG

Mana yang dapat bonus tahun depan tu boleh lah beli satu buat koleksi. 
Best apa solat pakai telekung baru, labuh, lawa dan selesa.
Tak salah belanja lebih sikit kan...
Stok terhad...order sekarang ok!


Love,

Kolin Zainal


Wednesday, December 30, 2015

Budak nak naik darjah satu

assalammualaikum dan salam sejahtera

Pejam celik Alisa dah nak darjah satu tahun depan. Mula lah buat persiapan untuk anak dara seorang aje ni kan. Memang semua baru, serba serbi. Kasut sekolah tulis barbie, nasib baik sahaja beg Frozen dah tak menjadi pilihan Lisa dah. Dia beli aje beg kat The Store dengan harga RM80. 

Kolin belikan siap beroda, maklumlah sekolah aliran cina banyak buku kolin dengar. 
Tak apa, demi nak anak menjadi pandai kita usahakan. Ini semua untuk 
masa depan kan. Siapa tak nak anak jadi pandai kan.


Macam biasa, dah beli buang plastik dan terus seret. Diva kan..mana boleh nak tengok aje. 
Lagi sedap, nak balik seret beg terus. Ala ala pramugari diva I uolsss


Habis semua orang tengok Diva seret bag baru. 
Maklumlah nak naik darjah satu kan. 
Inilah masanya ....tapi Frozen tetap di hati. 


Cepat betul anak membesar, tahu-tahu dah masuk darjah satu.
Dah orang keliling suruh laa beranak kecik lagi..
Rezeki di tangan Tuhan, tengok lah kalu ada kesempatan. 
 


jom feeling Let it go..Let it go...
Esok 31 Disember, Alisa dan orentasi..kolin cerita nanti ok.

Love, 

Kolin Zainal

Tuesday, December 29, 2015

Penangan masakan Negeri Sembilan asli hanya di Sabak Salai

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat peminat makanan pedas, masak lemak cili api, mari dekat sikit kolin nak cerita haaa. Kalau korang perjalanan ke selatan kan, nak makan R&R tu mahal dan tak sedap. Apa kata korang try makan kat kedai Sabak Salai. Gerenti sedap dan tak perlu merungut lauk yang dihidangkan tak semengah kan. 

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tol Pedas Linggi mungkin mengambil masa sejam setengah atau sejam terpulang kepada pemanduan kita. Masuk tol Pedas Linggi dan terus ke kanan. Lebih kurang 5 minit pemanduan perhatikan kedai di tepi jalan ok. Sebelah kiri akan nampak besar kain rentang SABAK SALAI. Di sinilah segala keajaiban masakan Negeri Sembilan asli bermula. 



Kedai makan simple yang diuruskan oleh ahli keluarga ini memang menjanjikan pelbagai masakan Negeri Sembilan yang asli. Kalau nak try masak lemak cili api di sinilah tempatnya. Ada daging salai, keli, telur itik, puyuh salai, itik salai, pelbagai jenis sambal termasuk sambal gesek pun ada. Ulam-ulaman serta pelbagai pencuci mulut juga ada di sediakan di Sabak Salai. Korang tak percaya cuba singgah ok. 


Inilah masak lemak cili api daging salai bersama rebung manis. Meletop-letop peluh masa kolin makan ini, memang terbaik. Cukup pekat, cukup sedap memang kalau makan yang ini tak pandang yang lain. Yang pastinya kalau tak pedas, bukan masak lemak cili api lah kan. 


Ini pula sambal gesek. Mesti ada yang tahu kan sambal ini. Ikan bilis ditumbuk bersama cili api dan mungkin ada ramuan lain ada dalam sambal ini membuatkan masakan nasi putih panas bertambah-tambah. Memang tak sedar diri!!! Tahu-tahu dah dekat 3 kali kolin tambah makan nasi. Ajaib kann..hahhahah


Yang ini pula petai bakar. Macam biasa kolin memang peminat ulam-ulaman. Siapa tak makan petai rugi tau. Rasanya dulu kolin pernah cerita kebaikan petai ini. So sesiapa yang suka hina dan kehji bau busuk petai harus bertaubat. Sebab orang mat saleh pun dah makan lerrr....

Banyak menu yang disediakan di sini, cuma waktu paling cantik untuk datang dan cuba pelbagai menu adalah sekitar jam 12 tengahari. Masa tu memang berderet lauk yang disediakan. Dan jangan tak tahu, orang pun beratur tau nak makan kat Sabak Salai. Pemilik kedai ini, Taqdir turut menunjukkan bagaimana daging, puyuh dan lain-lain di salai. Mesti ada yang tak pernah tahu salai tu apa kan..bukan bakar biasa saja tau.


Beginilah cara menyalai buat korang yang tak pernah tengok.


Ini keadaan tempat menyalai dari luar yang di tunjukkan oleh pemilik Sabak Salai. Memang mengunakan peralatan khas ok. Memang dijamin sedap sebab disalai mengunakan tempurung kelapa dan kayu-kayu bagi mengekalkan aroma setiap bahan yang disalai. Itu lah kolin nak cerita, Sabak Salai memang mengekalkan ciri-ciri masakan Negeri Sembilan yang asli. Rugi kalau tak singgah sini kalau perjalanan ke selatan.


Nampak tak semua tu, itu lah tempat mereka gantung semasa menyalai. Bukan lah BBQ atau bakar macam biasa. Salai ini makan masa lebih kurang 4-5 jam tau. Proses ini sudah tentunya membuatkan bahan yang disalai macam daging tu terasa manis sangat. Tak percaya, korang boleh try beli daging salai di sini. 


Dah siap packaging daging salai. Tak perlu nak potong, balik tinggal masak sahaja. 
Boleh lah korang try masak bila balik rumah kan. Atau beli sahaja untuk buah tangan buat family.



Sebenarnya Sabak Salai ini dah terkenal tau, tak percaya bacalah link kat bawah ini:




Jangan lupa follow FB Sabak Salai di www.facebook.com/sabaksalai
dan juga Instagram mereka www. instagram.com/sabaksalai bila dah makan jangan lupa 
upload gambar dan hashtag #sabaksalai. Jangan lupa kalau nak ke sini beramai-ramai buat penempahan awal ok, takut nanti karang habis pulak. Tak rugi pun kalau kita booking dulu sebab nak 
merasai keenakkan pelbagai lauk-pauk di sini.

Nak raso podeh moyangauuu, jangan lupo singgah kek sini!!

Love, 

Kolin Zainal

Monday, December 28, 2015

Habib Golden Egg Bonanza

assalammualaikum dan salam sejahtera

Dah tiba masanya Habib Jewels buat sale!!! Memang murah lah kan RM180 siap ada potongan RM7 lagi untuk setiap gram. Maknanya RM172 sahaja untuk satu gram. Apa yang kolin suka sekarang ini siap ada Egg Bonanza, tapi kalau nak best kena pergi yang kat Ampang Point tu. Hadiah meletops!!!


Kali ini kolin bersiaran dari Plaza Massalam, Shah Alam. Melihat-lihat kalau boleh kaut sekilo dua emas kan. Lagi pulak dapat info harga emas akan naik lagi. So menyimpan sedikit-dikit. Mana tahu esok boleh jadi aset bagi anak-anak masuk Universiti kan. Jom tengok apa ada di Habib Jewels. 


Rantai labuh tak banyak sangat pilihan. Ingat nak cari yang itu. 
Tapi berat 10 gram..nangis kat tepi kedai laa nak beli!! Beribu jah!


Dah pilih-pilih dapat lah yang dihajati. Entri ini bukan disponsor oleh Habib Jewels tau. Cuma nak share aje yang Habib ada sale uoolss. Inilah masanya nak grab. Ada duit sikit, beli 1 gram atau 2 gram jadi lah kan. Nak beli sekilo tak kaya lagi kan. Sesiapa nak harga RM172 hanya di Habib Jewels ok. Sampai 3 Januari 2016. Soo ...jom membeli emas demi tabungan masa hadapan. 


Love,

Kolin Zainal


Saturday, December 26, 2015

Jom makan Kenny Rogers Roasters

assalammualaikum dan salam sejahtera

Makan dan kolin adalah seirama ok. Itulah pemeriksaan kesihatan baru-baru ini nasib baik tak obesiti tau. Haa...mintak mintak lepas ini ada orang akan sponsor kolin, bagi ubat kurus hahaha
So let lunch!!!

Ini kunun-kunun kami semua berwefie, tapi macam tak puas lak kan pipi aku paling tembam duduk depan sekali. So mintak tolong adik kenny rogers tu tangkapkan gambar kami pulak. 


haaa baru nampak aku kurus kannn...duk belakang sekali!!!
Ini lah kawan sepejabat kolin. Ada duta LAZADA, duta Aidijuma, Duta Susu, Duta segala duta ada. Nasib baik Jalan Duta sahaja mereka tak boleh nak order online kan.  Makan lunch ini di taja tau, terima kasih yang menaja kami semua. Semoga murah rezeki....
Terima kasih lah ingat kat kolin ni haaa...ada kawan yang dah kaya tak ingat kolin dah...heheh

Kolin harap ukhwah antara kami semua akan kekal lama dan selama-lamanya. Dah tua-tua ni kan malas nak bermasam muka dah. Harap yang baik-baik sahaja. Hidup pun terlalu singkat nak mendengki ngan korang kan. So, lead your own life and don't bother other people. Buang masa!!


Love, 

Kolin Zainal


Thursday, December 24, 2015

Jom buat sandwich sendiri! O'Briens Christmas Special II : Great time with family

assalammualaikum dan salam sejahtera 

Baru-baru ini kolin sekeluarga telah dijemput oleh Seeties dan O'Briens untuk merasai sendiri bagaimana sambutan Hari Natal di O'Briens bersama keluarga. Tapi hubby pulak sibuk pada sabtu tu, jadi kolin dan anak-anak sahajalah ke O'Briens, Menara UOA, Damansara Height hujung minggu yang lalu. 

Buat makluman korang, O'Briens ada sijil halal dari JAKIM. Jadi tak perlu ragu-ragu kerana semua yang dihidangkan di sini adalah halal. Tapi pada kolin semua hidangan menu di sini adalah berkhasiat tau. Sesuai untuk seisi keluarga dari yang muda sehingga yang tua. Pendek kata memang menu yang lengkap di O'Briens. Siapa yang tak pernah cuba makan di sini memang lah rugi. Go and try ok!


Ianya ditubuhkan pada tahun 2002 dan banyak sangat menu yang ada. Bukan setakat sandwich, kopi, teh tapi memang banyak seleksi yang korang boleh pilih. Jom kita tengok menu yang ada di O'Briens.





Cukup tak? Haa.. ini sebahagian menu yang ada. Kalau nak share gambar semua menu memang panjanglah entri ini kan hahaha. Bahan yang mereka gunakan untuk filling sandwich pun banyak tau. Memang masa sesi nak buat sandwich sendiri tu kolin rambang mata nak makan mana satu. Last sekali kolin pilih nak tuna. 

Pilihan roti ada Facaccia Shambo untuk pengemar herba, Ciabatta cara Italian, Multigrain kaya dengan fiber, Wrappo khas untuk yang berdiet. Kalau yang utama tu, filling tengah tu kan ada telur, ayam, daging, salmon, tuna dan banyak perisa tau. Nak yang pedas ada, tak mahu yang pedas pun ada. Salad dan sos pun pelbagai variasi yang boleh korang lihat sendiri di O'Briens. Memang kualiti dan kuantii menang di sini. Terliur tengok 6 jenis keju yang ditawarkan di O'Briens. Kalau Salad pulak memang bersusun lah pilihan yang ada, tambah pula sos mereka ada cream cheese, cranberry, honey mustard, aran island dan banyak lagi. 

So sekarang sesi kolin buat sendiri sandwich kolin di O'Briens. Excited giler siap pakai apron tau. 
 Excited giler nak buat sendiri sandwich wei. Kolin pilih Facacia Shambo bread yang ada herba tu, tuna, brinjal yang digoreng dengan minyak zaitun, sos aran island dan banyak lagi. Jom tengok macam mana selama ini O'Briens buat sandwich yang sedap dan berkhasiat ini. 


Inilah roti pilihan kolin....Facacia Shambo


Lihatlah kesegaran bahan-bahan yang disediakan di sini. Alisa pun excited nak tengok kolin buat sandwich kolin sendiri. Memang macam masuk kelas memasak balik lah! Jom belajar sama-sama ok.


1. Mula-mula potong dulu roti kepada dua bahagian kann


2. Kemudian sapu butter kat kedua-dua permukaan roti yang telah dipotong dua tu kan.


3. Letakkan filling tuna yang kolin dah pilih. Tuna with Mayo yer. Nampak tak penuh roti tu kolin sapu hahah


4.  Selepas tu kolin susun brinjal yang telah digoreng dengan minyak zaitun. Aturkan Swiss Cheese atas roti kolin dan seterusnya proses toast kan sandwich yang telah kolin sediakan. 




Bila dah siap toast ini lah rupanya...


Selepas itu kolin letak chicken crisps, daun salad dan juga sos yang kolin dah pilih tadi. Sapu dengan penuh hati-hati, maklumlah bukan yang pakar kan.



Dah pun siap!!! Boleh posing bersama sandwich yang berjaya kolin sediakan sendiri di O'Briens. Seronok sangat sebab dapat peluang macam ini. Barulah tahu bagaimana semua makanan berkhasiat dan enak O'Briens disediakan. Selepas ini boleh lah datang lagi dan try macam-macam variasi sandwich yang ada di O'Briens kan.  Senang aje layari website ini sahaja untuk lokasi O'Brien yang terdekat dengan korang.


Tiada yang lebih penting apabila melepak di sebuah cafe atau restoran tapi sekeluarga boleh makan bersama  kan. Cubalah sendiri ok. Alisa pilih ayam dan Ali memilih sandwich daging, memang licin pinggan kami bersarapan di O'Briens di hujung minggu. 


Terima kasih Seeties dan O'Briens sebab sudi menjemput kolin sekeluarga. 
We have a great time at O'Briens and we shall see you again!


O'Briens Christmas Special II : Great time with family
Love,
Kolin Zainal