Saturday, November 28, 2015

Manik baju biru manik purple

assalammualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih menempah. Masih ada skill jahit manik, cuma kekadang kolin 
tak sempat nak share kat blog. 
Semoga murah rezeki ya kawan-kawan.

#bloggerjahitmanik 




Love,

Kolin Zainal

Friday, November 27, 2015

Shangri-La Rasa Sayang Resort Penang destinasi percutian akhir tahun anda!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Ada tak yang masih tercari-cari dan berfikir tentang destinasi percutian untuk cuti sekolah akhir tahun ini. Kalau lah ada kolin nak cadangkan ke Penang dan bercuti di Shangri-La Rasa Sayang Resort yang terletak di Batu Feringgi. Sure anak-anak korang semua akan seronok!

Kenapa kolin cadangkan ke sini? Sebab kalau korang menginap di hotel ini banyak sangat aktiviti yang boleh anak dan keluarga lakukan. Dari berenang, bersukan dan juga beriadah. Memang syok! Sebelum ini kolin dah share pasal spa, Adventure Zone, breakfast dan juga dinner kan. Ini pula sekitar yang ada di resort tau.


Ini pemandangan dari balkoni bilik penginapan kolin. Nampak kan kolam renang tu. Anak-anak kolin memang dah tak sabar nak terjun kolam. Semuanya indah, terasa segar sangat bila bangun tidur nikmati pemandangan seindah ini.



Lihatlah alisa maisara pun suka melepak kat sini.



Nampak kan betapa gembira anak-anak kolin dalam pool. Ni selepas sarapan terus terjun ni. Punyalah tak tahan godaan kolam renang sebelah Spice Market Cafe.


Ada kolam renang dewasa dan juga kanak-kanak. Jangan risau sebab keadaan di Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa ini memang selalu seronok dan meriah.. Kalau teringin nak urut refleksologi kat tepi pool pun boleh. Memang ada spa dan pakar mengurut di sini.



nak main ping pong tepi pool pun boleh tau. Agak-agak tak mencabar main dengan anak-anak. Staff Rasa Sayang Resort pun boleh teman kita main ping pong kat sini. Sporting sangat beb! Gym dan sauna pun ada kalau nak try out. Pendek kata memang macam one stop centre untuk bercuti. Stay di sini dan guna sahaja facilities mereka. Enjoy sangat!


Buat yang nak melepak, sun bathing, baca buku dan ambil angin pantai. Banyak kerusi malas yang disediakan di sekitar resort. Pilih sahaja lokasi yang disukai dan rehatlah sepuas-puasnya.


Ini pula kerusi malas mengadap pantai, bestkan bercuti di sini. Jangan tak tahu di FB Rasa Sayang Resort sekarang ada promotion untuk menginap di sini. Nanti kolin share ok.


Aktiviti sukan air pun ada disediakan di sini. Kalau korang rasa nak menginap di sini tak mahu sesak-sesak di tengah pekan. Boleh sangat!


Kut kalau teringin nak main giant dam pun ada!


Nak berehat di Hammock pun boleh. Macam kolin dah lama tak naik buaian. Memang lepas gian lah semasa holiday kat sini bulan Oktober yang lalu.



Haa..sesekali kolin gedik bergambar korang janganlah menyampah ok. Dah lama tak naik buaian tau duk tepi pantai, dengar angin dan deruan ombak. Sejuk, nyaman rasa macam tak nak balik. Macam nak terus holiday sahaja di Shangri-La's Penang ini.


Buat semua yang masih belum decide nak bercuti kat mana akhir tahun ini, bulan Disember bakal bermula dalam beberapa hari lagi sahaja kan. Sila lah buat penempahan anda dan dapatkan promosi istimewa mereka cepat-cepat di http://www.shangri-la.com/penang/rasasayangresort/offers/section/rooms-suites/
sebab ada promo 2 night stay dan dapat one night FREE!

Maklumat lanjut sila hubungi nombor dan alamat yang tertera di bawah!

Address Batu Feringgi Beach, Penang, 11100, Malaysia
Tel (60 4) 888 8888
Fax (60 4) 881 1800



Jangan lupa juga follow mereka di FB www.facebook.com/rasasayangresort ok.

Terima kasih Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa untuk percutian keluarga yang menarik buat kolin sekeluarga. Memang sampai sekarang masih teringat-ingat keindahan resort ini ketika bercuti. Harap dapat kembali semula ke resort ini dan menikmati semua keindahan semasa berada di sini.

Buat anda yang masih tercari-cari, ini lah tempatnya. Pergilah melancong dan rasaikan keindahan dan kemewahan di negara sendiri.


Till we meet again Shangri-La's Penang!!!!

Love,

Kolin Zainal









Thursday, November 26, 2015

Printcious Gift Shop

assalammualaikum dan salam sejahtera

Pernah tak korang rasa susah sangat nak cari hadiah bagi kawan-kawan dan orang yang tersayang. Kadang-kadang mencari hadiah yang lebih personal dan istimewa tapi agak mahal untuk dibeli. Kini tak perlu risau lagi sebab Printcious Gift Shop ada penyelesaian buat anda.


Kalau rasa nak hadiahkan T-Shirt ada tulisan yang istimewa pun boleh, Mug pun ada, Cushion pun ada, Ceramic Tiles dan Mousepad pun ada. Harganya pula sangat ekonomi bawah RM50 sahaja. Nak cari hadiah selepas ini di hujung jari sahaja. Pilih, order dan klik untuk bayaran. Sedar atau tidak hadiah itu telah pun sampai kat tangan penerima. Hebat bukan!!!

 Macam mana nak mula order senang sangat. Buka sahaja link http://www.printcious.com/ dan mula memilih barangan yang anda suka. Macam kolin nak order cushion untuk anak-anak kolin. Satu  untuk Ali Imran dan satu untuk Alisa Maisara. Sudah tentu Ali warna biru Alisa warna pink. Rasanya macam nak tulis

I Love U Ali
I Love U Alisa 
boleh mereka simpan buat kenangan semasa membesarkan. Tambah-tambah dekorasi dalam bilik tidur mereka. After all, cushion yang ada di Printcious Gift Shop memang comel giler.


Pelbagai warna dan rekaan yang disediakan di Printcious. Siapa sangka selama ini kalau nak print perkara yang begitu personal di print shop kan mahal. Sekarang tak perlu minimum order pun. Order sahaja jumlah yang anda ingin dan semua disediakan. Terfikir jugak nak buat T-Shirt begini.

T-Shirt ini hanya RM39 sahaja tau di Printcious Gift Shop. Boleh order untuk yang tersayang ataupun order sahaja untuk diri sendiri. Nak buat group order beramai-ramai pun boleh jugak tau.


Ada Mug dan juga Ceramic Tile yang korang boleh order untuk apa sahaja majlis atau acara yang korang nak. Semudah di hujung jari sahaja, klik dan order.

Jangan tunggu lama-lama sebab semua barangan di Printcious Gift Shop ini sangat-sangat comel. Tunggu kolin dah order nanti ok. For sure, kolin akan share bagi korang tengok.
Layari http://www.printcious.com/ untuk lebih maklumat dan info lanjut ok.


Love,

Kolin Zainal

Wednesday, November 25, 2015

Rangkaian Penjagaan Bayi dari Cetaphil untuk si manja

assalammualaikum dan salam sejahtera

Cetaphil adalah salah satu brand dermatological di Malaysia dan kini melangkah dengan lebih jauh dengan pelancaran barangan penjagaan bayi pula. Pakar kulit di Cetaphil telah menghasilkan formula yang baru di mana bebas dari Parabens, Mineral Oil dan juga pewarna untuk memberikan si manja anda penjagaan kulit yang optimum untuk setiap hari. 


Pelancaran berlangsung di WonderMama, Bangsar Village ini dimeriahkan dengan penerangan dan soal jawab mengenai kebaikan produk baby Cetaphil. Menurut, Ms. Janice Ong, Cetaphil Malaysia Product Malaysia menyatakan Cetaphil Baby adalah satu produk yang dirumuskan untuk penjagaan kulit si manja dari anak pertama sehingga anak seterusnya. Ianya penting kerana bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif dan halus. Pengunaan produk yang betul mampu memberikan kesihatan kulit yang terbaik bagi si manja. 


Jangan tak tahu, produk ini bukan sahaja untuk bayi malahan seisi keluarga boleh mengunakannya. Ianya sangat berkesan untuk mencegah penyakit kulit dan mampu mengurangkan enzema yang selalu ada pada kanak-kanak. Sekarang Cetaphil Baby mempunyai losyen juga yang mempunyai bahan pelembap iaitu Aloe Vera, Almond Oil dan juga Shea Butter  untuk memberikan kesan lembapan terbaik pada kulit. 

Pewangi yang ringan  iaitu Camomile juga mampu memberikan si manja masa mandi yang lebih baik di samping menjaga kesihatan kulit. Kita pun boleh enjoy sekali, sudah tentu apa yang 
bagus untuk bayi bagus untuk kita kan. 

Kolin paling suka dengan baby wipes ini. Senang nak digunakan di mana-mana sahaja. Malahan kita boleh gunakan untuk membersihkan sisa mekap di muka juga. Tisu nya sangat lembut dan melembapkan kulit. Senang la lepas ini kan, dalam kereta pun boleh bersihkan muka.


Semasa majlis pelancaran ini juga, sempat kami berkongsi bersama pakar dermatologi mengenai apa yang terbaik untuk si manja. Sudah tentunya Ceptahil Baby adalah produk yang selamat dan boleh digunakan bagi kesihatan kulit anak-anak kita. Cetaphil Baby terdiri dari 5 produk iaitu Cetaphil Baby Ultra Moisturizing Bath & Wash, Cetaphil Baby Shampoo, Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo dan juga Ultra Moisturising Cetaphil Baby Daily Lotion. Tidak lupa juga untuk kesegaran sepanjang hari iaitu Cetaphil Baby Ultra Sensitive Wipes untuk penyelesaian di mana-mana sahaja. 


Cetaphil Baby adalah direka khas untuk si manja dan menawarkan kepada ibu bapa di Malaysia mengenai kelembutan dan kebaikan produk Cetaphil Baby. Rangkaian yang lengkap ini sudah boleh di dapati di semua pasaraya dan farmasi yang terdekat. Rasakan sendiri kehebatan produk ini kerana Cetaphil adalah salah satu brand yang dipercaya pakar dermatologist di seluruh dunia lebih 40 tahun. 

Layari sahaja www.cetaphil.com.my atau https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia untuk lebih maklumat mengenai kesejahteraan kulit si manja anda. Untuk semua ibu di Malaysia, jangan lupa dapatkan Cetaphil Baby dan rasakan sendiri keberkesanan Cetaphil ok. 

Layari Instagram www.instagram.com/cetaphilmy dan lihatlah sendiri kehebatan Cetaphil.



 Love, 

Kolin Zainal


Tuesday, November 24, 2015

Biogreen Pink Lady Oatmilk untuk anda yang sentiasa aktif

assalammualaikum dan salam sejahtera

Ingin kekal sihat dan kuat? Kolin diberi peluang baru-baru ini untuk mencuba minuman berkhasiat dari BioGreen iaitu Pink Lady Oatmilk. Sangat-sangat teruja sebab sememangnya kolin peminat susu dan juga nestum. Pendek kata, apa saja yang berkhasiat memang menjadi perhatian kolin.


Minuman yang berserat tinggi ini dihasilkan dari pelbagai bijiran dan kekacang yang bermutu.
Jom kolin senaraikan semua bahan yang ada dalam minuman ini supaya korang boleh nampak dan tahu kandungan Pink Lady Oatmilk dari Biogreen ini. Warna serbuk minuman ini pun pink. Kena dengan titlenya Pink Lady Oatmilk.
 

Inilah bahan-bahan yang dirumus di dalam tin ini:

Organic Oats
Buckwheat
Mung Beans
Black Rice
Red Lentil
Black Soya Beans
Soya Beans
Red Sorghum
Wheat Berries
Barley

Minuman berkhasiat tinggi ini diperbuat dari 10 jenis gandum, bijirin dan buah keras semulajadi yang tidak ditapis.  Tambahan lagi ianya mengandungi ubi bit yang merupakan sumber zat besi dan asid folik yang baik untuk meningkatkan bilangan darah merah dan tentunya memberik kan manfaat besar kepada wanita ketika dalam haid. Jangan tak tahu kebaikan minuman ini ianya juga mengalakkan kulit lebih cerah tau. 

Senang sahaja nak menyediakan minuman dari Biogreen Pink Lady Oatmilik ini. Ambil sahaja dua scoop dan bancuh dengan air suam. Pastikan kacau rata-rata takut ada serabut diet yang akan termendak di dasar cawan yang dibancuh. Kalau nak lebih spesifik sebanyak 25 gram setiap bancuhan lah. 


Kolin bancuh kat office senang sahaja sebab dah ada air panas dan air sejuk. Nak tahu rasanya bukan. Ianya tak manis dan tidak pahit. Macam minuman oat biasa. Tapi kolin suka tekstur kasar bijiran yang ada setiap kali kolin minum. Dan satu lagi kolin suka pink! Jadi...memang suka minum heheh


Sambil buat kerja, boleh minum demi kesihatan yang berterusan. Biogreen Pink Lady Oatmilk ini sesuai untuk Lelaki dan juga Wanita tau. Tidak bermakna nama dia Pink Lady kaum adam tak boleh minum. Boleh minum juga untuk menambahkan lagi kesihatan dalaman badan kita. 

Bagi anda yang mempunyai masalah antioxidant macam kolin memang patut rajin minum minuman yang berkhasiat ini. Ianya Malnutrisi (pelbagai nutrisi), untuk yang ada Anemia, bagi yang ada masalah kulit dan juga sembelit. Memang sedap perut minum ini. Dan kolin minum semasa perut kosong. Rasa ringan 
badan. Sedar tak sedar selama 14 hari minum Biogreen Pink Lady Oatmilk ini kolin rasa bertambah sihat. Masalah kulit kering pun dah berkurangan terutama di sekitar tumit dan siku.


Minuman berkhasiat ini amat membantu melembabkan kulit dan juga menolong kolin mendapatkan kulit yang lebih cerah dan halus. Rugi tak cuba kan. Untuk lebih maklumat mengenai BioGreen Pink Lady Oatmilk ini korang semua boleh lah layari www.biogreen2u.com dan selidik sendiri semua kebaikan yang ada.

Mungkin segelas sehari dah cukup kan. Tapi kolin ambil kadang-kadang sampai dua gelas sehari untuk kesan yang lebih optimum. After all, ianya hanya lah minuman berbijrin tinggi bagus untuk badan kan. Sedar atau tidak dah separuh tin dah kolin minum.  Dapatkan BioGreen Pink Lady Oatmilk dan rasakan sendiri perubahan kesihatan badan dan kulit anda ok.


Natural Beauty is Not a Myth!

Love

Kolin Zainal

Monday, November 23, 2015

Alisa Graduation & Concert 2015

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sekejap sahaja masa berlalu dan kini anak dara kolin dah naik darjah satu tahun hadapan. Alisa yang mula bersekolah dari umur 4 tahun lagi. Dia sendiri yang ingin bersekolah, itu yang kami realisasikan dan penyudahnya dia bersekolah tadika selama 3 tahun. 

 Kalau dah nak habis belajar mesti ada Graduation Day kan. Ini lah Graduation & Concert 2015 yang berlangsung di Brem Mall, Kepong baru-baru ini. Meriah sangat!

 Ini baju sebelum konsert. Lisa akan bagi ucapan alu-aluan dalam bahasa melayu dan juga menari tarian jepun. Memang gamat suasana Brem Mall dengan kehadiran semua ibu bapa dan kawan-kawan. Sampaikan ada yang bersila sebab kerusi tak cukup.


Punya lah excited Lisa. Dapat pakai baju penari jepun dan juga mekap. Tu yang gambar semua mulut tak tutup. Ajak minum air pun tak nak sebab takut lipstik hilang hahahha


Dah siap pakai jubah, Lisa gonna give a speech!!! My eyes watery!!!

Selepas itu penyampaian sijil dan hadiah pun belangsung. Yeay my dotter dah grad!!

Sekarang semua persembahan pun bermula. Bayangkan anak-anak umur 4 sehingga 6 tahun beraksi atas pentas. Memang cikgu semua mempunyai tahap kesabaran yang amat tinggi dalam melatih mereka semua ini. Good job teacher!




Kini tiba sudah giliran Lisa mempersembahkan Japanese Dance Fan
She is a good dancer. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan. Mak dia ketua penari UiTM Manjung di zaman kegemilangan tau hahahhaha. Belum sebut lagi menang daerah Petaling Jaya...



Siap dah semua persembahan, sekarang menyanyi lah semua murid-murid secara beramai-ramai. Officially, Lisa dah tamat sekolah tadika. Kini cabaran yang lebih lagi di sekolah rendah. Semoga Lisa lebih maju dan berjaya lagi. Dah habis nyanyi, Lisa pun dah lapar. Makan nasi separuh pinggan habis tau. 

Tadika Kong Ming banyak berjasa kepada lisa, Banyak perkara yang dipelajari membaca, menulis dan juga mengeja. Alhamdulillah, kini persediaan Lisa untuk naik darjah satu semua dah siap 90%. Harap Lisa akan lebih berjaya di tahun hadapan.

So anak dah darjah satu ni, tetiba lak kolin rasa makin tua!! hahahhaha

Love, 

Kolin Zainal