Monday, August 31, 2015

Review: C-Jello Collagen Jelly Bar, SkinSoul

assalammualaikum dan salam sejahtera

Ingat tak kolin pernah share pasal mula-mula nak try C Jello Collagen Jelly Bar dari SkinSoul. Ini entri terdahulu http://alialisakreatif.blogspot.com/2015/08/kulit-cantik-dengan-c-jello-collagen.html

Dah habis pun makan semua 30 sachet yang dibekalkan. Satu kotak ada 15 sachet. Memang sedap, never fail nak makan setiap pagi sebelum breakfast dan sebelum tidur. Dan kesan positip yang kolin nampak mula-mula adalah kulit bertambah lembab dan kurang sikit lines yang ada di kawasan mata.


Kesan agak ketara juga sejak makan C Jello Collagen Jelly Bar dari SkinSoul ini. Antaranya pori-pori kat wajah kolin yang besar dan makin mengecil. Lagi seronok kolin yang memang ada masalah jerawat makin berkurangan sejak kolin makan C Jello. Akan naik juga kadang-kadang, tapi tak macam selalu lah. Lagi satu C Jello mampu mencerahkan kulit, bab tu memang nampak ketara.


Pengunakan mekap yang sama sebelum sesudah. Nampak tak kesan yang sangat positip di sekitar dahi dan pipi kolin. Bahagian dahu masih ada, tapi berkurangan. Kalau lah kolin teruskan makan lagi 30 sachet mesti lawa macam artis bollywood kan. Haa..jangan mengata, nanti dosa!


Hanya dalam masa 15 hari dengan cara pemakanan sebelum breakfast dan sebelum tidur. C Jello Collagen Jelly Bar mampu memberikan kesan yang positip pada kulit kolin. Mengandungi 2500mg German Fish Collagen, Mulberry Extract, Artichoke Extract, Vitamin C, Rice Brain Extract dan Hyaluronic Acid Mixture memang membuatkan produk dari SkinSoul ini hebat di pasaran masa kini. 

Jangan lupa try semua rangkaian produk yang pernah kolin share sebelum ini, sebab memang terbaik!


Dengan memberikan kod #sskolin korang akan dapat diskaun dan tawaran pembelian istimewa di SkinSoul. Jangan malu dan segan untuk singgah outlet mereka dan cuba setiap produk yang ada dalam outlet. Ada kosmetik dan produk penjagaan muka yang terbaik dan semuanya diformulasikan tanpa PARABEN. Teh Ashitaba juga ada dan bagus untuk mengubati dan mencegah pelbagai penyakit.

Untuk yang berminat dengan C Jello Collagen Jelly Bar dari SkinSoul ini harga yang ditawarkan ialah RM596.00 sahaja untuk 2 kotak. Percayalah C Jello Collagen Jelly Bar dengan rumusan yang terbaik bagi mengembalikan keanjalan kulit wajah.


Dapatkan C Jello Collagen Jelly Bar anda dari outlet SkinSoul yang berdekatan dan rasai sendiri perbezaan nya. Jangan lupa #sskolin untuk tawaran menarik ok.

Love,

Kolin Zainal

Sunday, August 30, 2015

Malaysia IT Fair memperkenalkan TECHBIZ dan pelancaran Kaspersky 2016

Assalammualaikum & salam sejahtera

 Bertempat di Midvalley Megamall Kuala Lumpur berlangsung Malaysia IT Fair 2015, dari 28 sehingga 31 Ogos. MITF dianjurkan oleh Unified Distribution Technology Sdn. Bhd. (UDT) yang paling aktif mengadakan IT Exhibition di Malaysia.


Malaysia IT Fair memenuhi lebih 60,000 kaki persegi ruang pameran, seminar dan business platform. Lebih 80 global brands mempamerkan produk, solution dan servis. TechBiz@MITF menawarkan apa jua tawaran mengenai IT termasuk seminar mencakupi network security, visual dan topik SME kepada orang awam.



MITF kali ini di hadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato' Jailani Bin Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia datang merasmikan acara pembukaan Techbiz@MITF pada 29 Ogos 2015. Bersamaan dengan itu juga MAMPU telah memilih Techbiz@MITF sebagai platform untuk mendidik dan berkongsi mengenai apa yang telah mereka laksanakan kepada Kerajaan Malaysia, Komunikasi Perniagaan dan juga kepada awam.


Menurut kata, Ms.June Lee, General Manager IT Fair, objektif Malaysia IT Fair kali ini ialah ingin memperkenalkan teknologi dan solusi terbaru di dalam satu tempat untuk pelawat yang berkunjung sama ada dari sektor kerajaan atau awam. Di mana local enterprise, tokoh korporat dan syarikat-syarikat gergasi dapat mempelajari dan mengumpul semua teknologi terbaru di mengenai ICT di bawah satu bumbung.

Di Malaysia IT Fair kali ini juga Kaspersky Internet Security 2016 telah dilancarkan dengan meriah. Kaspersky Lab kali ini memperkenalkan versi terbaru untuk flagship security solution for home user. Produk yang di develop khusus untuk menjaga dan melindungi untuk banyak perkara, di antaranya privacy data, identity, money dan device itu sendiri.


Solution yang terbaru ini telah dicipta untuk memastikan keselamatan penguna walau apa pun device yang digunakan samada Windows, OS X or Android. Set yang terbaru ini juga ditambah baik dengan target melindungi rahsia sulit penguna. Kapersky Lab adalah sistem sulit yang terbesar di dunia dengan tahap keselamatan yang paling maximum. Selama 17 tahun sejarah Kapersky Lab jadi yang terulung di dalam menyediakan digital security solutions yang terbaik di dunia. Hebat kan!



Malaysia IT Fair dirasmikan dengan begitu meriah sekali. Siap dengan tarian pembukaan yang sangat energetic dan pelbagai tawaran menarik.



Masih ada lagi sehingga esok 31 Ogos bagi semua penguna ICT yang ingin mendapat gadjet terbaru dan murah.Kolin sempat beli Flash air SD Card dengan harga yang berbaloi. Selepas ini senanglah kolin nak transfer gambar. Malaysia IT Fair menjanjikan tawaran yang berbaloi memandangkan ekonomi kita yang masih lemah. Inilah tempat yang terbaik buat kita mendapatkan barangan yang berkualiti dan terbaik.

Sidang akhbar dan sesi soal jawab pihak Malaysia IT Fair telah diadakan di Magnum Cafe MidValley. Pihak media serta blogger telah dijemput sama untuk sesi tersebut dan makan tengahari bersama pada majlis pelancaran ini.





Untuk maklumat lanjut sila layari http://malaysiaitfair.com.my/Techbiz/  atau www.MalaysiaITFair.com.my jangan lepaskan peluang ini ok!

Love,

Kolin Zainal



Event: Program ‘Voluntourism Puspanita IM4U @ Pantai Bagan Lalang’ Sepang

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menganjurkan 'Voluntourism Puspanita IM4U  @ Pantai Bagan Lalang pada 22 Ogos 2015, Sabtu lalu 
di Pantai Bagan Lalang, Sepang Selangor.

Program ini merupakan salah satu program di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau 'National Blue Ocean Strategy (NBOS) dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan, NGO dan swasta. Penyertaan program kali ini melibatkan beberapa pihak termasuklah pihak PUSPANITA, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta agensi-agensi di bawahnya IM4U, Majlis Bandaraya Sepang, Persatuan Homestay Selangor, Sepang Goldcoast Sdn Bhd serta para sukarelawan pelancongan (Voluntourism) yang terdiri daripada para pelajar dari Institut Pengajian Awam dan Swasta.

Aktiviti  yang dijalankan sepanjang hari tersebut termasuklah aktiviti ZUMBA, lawatan ke perpustakaan bergerak, booth pameran dan tapak gotong-royong masakan di tapak acara. 

VVIP yang telah hadir sama ke majlis ini iaitu YBhg Puan Sri Datuk Rohani Abdullah, Yang Dipertua PUSPANITA Kebangsaan telah berbesar hati melawat aktiviti Voluntutoring (tapak acara di Avani Sepang Gold Coast), Aktiviti 1Malaysia Culture and Heritage (tapak acara), Aktiviti 1Malaysia Event (tapak acara) dan Aktiviti 1Malaysia Green 1Malaysia Clean (pesisir pantai bagan lalang). 

Selain itu juga lawatan ke perpustakaan desa juga di adakan. Mengecat dan mengemas turut dijalankan sekali di sini. Program yang mendapat sambutan hangat dari pihak penduduk sekitar dan media ini tentunya membawa kesan baik dan positif untuk jangka masa yang akan datang.

kredit gambar kepada http://www.wom.my

Love, 

Kolin Zainal

Saturday, August 29, 2015

Event: #CMHAIRPARYT by C. Michael Hair Party ~ The Coffee Look

assalammualaikum dan salam sejahtera

 #CMHAIRPARTY telah berlangsung dengan meriah di MUSE by Watsons dengan kerjasama C.Michael dan Cosans Coffee. Tak susah pun lokasi outlet MUSE ianya terletak 
di Sunway Pyramid Petaling Jaya.


Di #CMHAIRPARTY anda boleh memeriksa kulit kepala yang mungkin berminyak dan bermasalah. Ada juga syampoo untuk hijabnista tau. Mana yang terlebih minyak atau mengalami keguguran yang teruk pun boleh dapatkan penyelesaian di MUSE.


Di samping itu MUSE dengan kerjasama Cosans Coffee telah menyediakan kopi yang lazat sangat untuk petang itu. Kek itu pun sedap, tak perasan dah berapa keping kek masuk mulut.



Selain penjagaan rambut, MUSE juga mempunyai rangkaian alat solek yang boleh di cuba. Buat semua yang datang ke Sunway Pyramid, jangan lupa cuba ke MUSE untuk mendapatkan rangkaian produk yang bagus untuk rambut. Untuk anda yang suka berambut cantik boleh cuba ke Salon C. Michael ok.


Sila singgah www.facebook.com/cmichael.co.uk dan http://cmichaelstore.co.uk 
untuk lebih informasi ok. Dan terima kasih Cosans Coffee yang menyediakan kopi yang sedap-sedap sepanjang parti hari tu! memang syiokk!


 Love,

Kolin Zainal


Friday, August 28, 2015

Event: How Do I Look? ASIA on DIVA be Yourself

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bermula 31 Ogos 2015, 8.00 malam melalui rangkaian DIVA (Astro Channel  702, DIVA HD 723), NBCUniversal International Network's akan mula menyiarkan rancangan HOW DO I LOOK? ASIA buat semua di peminat fesyen di Malaysia.

Dan kini HOW DO I LOOK? ASIA yang julung-julung kali ini akan di hos kan oleh Sazzy Falak yang memang terkenal dengan penampilan menarik beliau dan mempunyai label tersendiri di Malaysia. Rancangan yang akan membuat 'make-over' kepada setiap peserta yang telah dipilih ini adalah berlainan kerana setiap peserta datangnya dari setiap negara ASEAN yang telah dipilih. Bukan sekadar Malaysia sahaja tau.


 NBCUniversal International yang di terbitkan oleh NBCUniversal's Matchbox Asia, melalui selebriti terkenal dan icon Sazzy Falak akan membantu lapan peserta "mangsa fesyen" kepada penampilan yang lebih baik. Jeanne Mai, hos dari rancangan HOW DO I LOOK? US sememangnya wajah yang terkenal di peringkat asia akan bersama di setiap episod yang bakal ditayangkan.


Lapan peserta "mangsa fesyen" adalah dari onesie-addict/blogger Apple (Philippines), indie rock guitarist Ariana (Malaysia), mismatch, mishap/watercolor artis Choc (Taiwan), sales executive Jane (Philippines/Australia), overachieving yet outdated Lavinya (Malaysia), rebel teacher Lianni (Philippines), romantically-insecure Maisarah (Singapore) dan uninspringly - dressed motivational speaker Yessinta (Indonesia). Inilah senarai 8 orang peserta yang akan ditayangkan untuk setiap episod 
HOW DO I LOOK? ASIA yang bakal dihoskan oleh selebriti Sazzy Falak.


Untuk mendapatkan penampilan HOW DO I LOOK? ASIA, Sazzy akan di iringi tetamu bagi setiap episod. Antaranya Liz Uy (Filipina celebrity stylish), Zac Wu (Taiwanese celebrity stylish), Andrea Wong (former editor of Elle Malaysia) dan Anindita Saryuf (fashion director of Elle Indonesia).


Di majlis pelancaran yang dihoskan oleh Priscilla di Ben's Publika baru-baru ini, Sazzy telah menyatakan di setiap episode yang bakal ditayangkan adalah campuran kesemua emosi yang ada. Ada yang berkisar keluarga, kawan-kawan yang ingin peserta menukar gaya mereka dari seorang 'mangsa fesyen' kepada 'ikon fesyen'. Wardrobe mereka akan di serbu dan mana-mana outfit yang tidak bersesuaian akan masuk ke "Eww Tube". Nak tau macammana rupa "Eww Tube" tu janganlah lupa tengok DIVA di Astro jam 8.00 malam ok. Memang seronok tengok baju-baju tu lalu "Eww Tube"


Rancangan HOW DO I LOOK? ASIA ini bukan saja berkisar mengenai fesyen. Untuk proses transformasi yang bakal di jalan, memang akan ada cerita-cerita menarik di belakang setiap peserta. Memang kalau tengok rancangan ini kita pun turut sama merasai perasaan mereka di 'make over'.

HOW DO I LOOK? ASIA ini turut dibawakan oleh ZALORA, yang teruja menaja semua outfit 'make over' sepanjang episod. Bagi rancangan ini di Malaysia ianya juga di taja oleh Marigold Yogurt Drink dan Panasonic Beauty. Clozette adalah satu Official Fashion Social Network untuk siri, yang mana ianya difilemkan di NBCUniversal International studio set di Solaire Resort & Casino, Manila. 

Untuk melihat sendiri bagaimana HOW DO I LOOK? ASIA di belakang tabir, anda boleh layari www.divatv.asia/hdila untuk hashtag di Facebook, Twitter dan Instagram ialah #HDILasia. Jeannie Mai dan Sazzy Falak akan membuat penampilan istimewa di Singapura 20-22 Ogos, Kuala Lumpur 23-25 Ogos dan Ho Chi Minh City 26-27 Ogos. Mereka berdua super fun dan sporting!!! Go girls!


Jangan lupa bermula 31 Ogos nanti, jam 8.00 malam tengok HOW DO I LOOK? ASIA di DIVA CHANNEL Astro ok. Saksikan sendiri tranformasi setiap peserta yang telah dipilih ok.

thx kak miera for this pix!

                  Sekali lagi..jangan lupa saksikan dua wanita hebat ini beraksi nanti ok.
HOW DO I LOOK? ASIA bermula 31 Ogos ini!
                




Love,

Kolin Zainal



Thursday, August 27, 2015

Sumbangan Wakaf Khas Kafa Integrasi Baitul Hikmah Taman Seroja

assalammualaikum dan salam sejahtera

Dalam kita mencari rezeki harian ini, tak salah kalau kolin share sedikit info buat sesiapa yang ingin top up pahala kan. Buat semua yang nak share sedikit kemewahan dunia, ini maklumat untuk anda.

Jangan lupa berkongsi sedikit untuk pahala wakaf yang berpanjangan.
Semoga kita sama-sama dapat kebaikan menerusinya ..Insya Allah




 PANDUAN WAKAF

BAGI TUJUAN PENGELUARAN RESIT, PEWAKAF DI DIGALAKKAN MENGISI BORANG B1 DAN/ATAU EMAIL SAHAJA MAKLUMAT
WAKAF BERSERTA BUKTI BAYARAN  KE kibhts@gmail.com ATAU WHATAPPS KEPADA AJK KAFA 013-3107626 atau 019-2181131 atau 017-6796072 atau 017-3366995.

BAGI PEWAKAF YANG BANK-IN TERUS KE AKAUN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) : 12104010008438, TUAN/PUAN DINASIHATKAN 
MEMASUKKAN EMAIL kibhts@gmail.com PADA RUANG RECIPIENT EMAIL DAN MEMASUKKAN EMAIL TUAN/PUAN PADA RUANG RECIPIENT REFERENCE 
BAGI MEMUDAHKAN PIHAK KAMI MENGESAN UNTUK TUJUAN PENGELUARAN RESIT.

SEMOGA WAKAF INI DAPAT MEMBANTU 970 ORANG MURID UNTUK TERUS BERSEKOLAH KAFA DAN 
KAMI JUGA BERDOA SEMOGA WAKAF TUAN/PUAN  DITERIMA SEBAGAI SEDEKAH JARIAH OLEH ALLAH S.W.T.

TERIMA KASIH

KAMARULZAMAN BIN MAT ZAIN
PENGERUSI JEMAAH PENGURUSAN 
KAFA INTEGRASI BAITUL HIKMAH TAMAN SEROJA


Love,

Kolin Zainal  

Wednesday, August 26, 2015

Event: Pure Beauty di Watsons Malaysia dengan kehadiran Artis terkenal Hong Kong

assalammualaikum dan salam sejahtera

Peminat Malaysia memang gembira dengan penampilan istimewa artis terkenal dari Hong Kong, iaitu Priscilla Wong, Elena Kong dan Joyce Tang yang akan bersama di majlis pelancaran Pure Beauty by Watsons Malaysia di Sunway Pyramid minggu lalu. Memang penuh dengan pengunjung yang ingin melihat sendiri artis kesayangan mereka yang datang jauh dari Hong Kong.


Pure Beauty adalah inspirasi dari program bersiri yang yang terkenal iaitu All Things Girl. Priscilla Wong, Elena Kong dan Joyce Tang teruja apabila seramai lebih 500 orang dari kalangan media dan pengunjung hadir sama di majlis pelancaran ini. Memang masa kolin kan sana, gamat habis.



Pure Beauty yang hanya ada di Watsons dengan bangganya ingin membawa infotainment series ini ke Malaysia dengan membawa konsep baru Hong Kong ke sini. Walaubagaimanapun ianya telah diubah mengikut citarasa rakyat tempatan. Watsons berharap melalui program ini mereka boleh membawa produk Pure Beauty lebih luas di Malaysia. 


Pure Beauty adalah salah satu rangkaian produk terbaru untuk mengekalkan keremajaan kulit. Dengan ujian klinikal pengunaan produk ini mampu mengurangkan kedutan di wajah dalam masa 4 minggu. Hanya terdapat di Watsons PURE BEAUTY ada Friming Essence 30ml, Moisture Day Cream SPF20 50ml, Firming Eye Cream 15ml dan Repair Night Cream 50ml. Untuk melembapkan kulit pula, PURE BEAUTY ada rangkaian produk yang sesuai untuk mengembalikan kelembapan 10 kali ganda pada kulit. 


Inilah barisan artis Hong Kong yang tekenal dan acara perasmian kian gamat apabila pihak penganjur yang menyediakan belon-belon berwana kelabu dan pink jatuh ke atas semua pengunjung. Lagi syok, ada di antara belon-belon ini  yang ada voucher potongan RM5 untuk setiap pembelian PURE BEAUTY di Watsons lebih dari RM30 setiap pembelian.



Pengunjung yang bertuah juga telah dipanggil ke atas pentas untuk bersama-sama membuat skestsa pendek dan bergurau senda bersama ketiga-tiga artis terkenal ini. Memang sporting Priscilla Wong, Elena Kong dan Joyce Tang melayan semua peminat mereka. 



Menurut kata Joyce, tips menjaga kecantikan beliau amatlah penting kerana jadual yang sangat sibuk. Perlu mendapatkan rehat yang cukup, makan secara sihat dan juga cara hidup yang sihat. Malah bukan itu sahaja produk kecantikan yang baik juga perlu untuk mendapatkan kulit yang cantik. Tambah Priscilla yang menjadi bintang utama untuk Come Home Love 2, sememangnya wanita amat memerlukan kulit dan badan yang cantik. Tips yang paling penting buat dirinya ialah beri perhatian yang lebih kepada tubuh dan kulit dan menyediakan semua keperluan yang diperlukan. 


Lihat lah sendiri bagaimana gamatnya suasana ketika pelancaran PURE BEAUTY baru-baru ini. Ms. Caryn Loh, General Manager or Trading, Watsons Malaysia telah berbesar hati menghadiahkan jambangan bunga buat semua artis terkenal Hong Kong ini.


Untuk lebih maklumat mengenai PURE BEAUTY boleh lah ke www.facebook.com/purebeautymalaysia

All Things Girl dengan kerjasama antara Astro dan TVB ditaja oleh PURE BEAUTY EXCLUSIVELY AT WATSONS. Program ini akan ditayangkan pada 6 September 2015 jam 9.00 malam di saluran Astro's Wah Lai Toi dan Wah Lai Toi HD Channel. 

Love,

Kolin Zainal



back2kidz by Kidzania

assalammualaikum dan salam sejahtera

Betapa gembiranya hati kolin bila berjaya dapat tiket dalam giveaway blogger kak miera
Sebab apa tau, sebab dapat pair tickets dan kolin boleh bergembira dengan milah yeay!
Sesi untuk orang dewasa hanya 22 Ogos dan 29 Ogos 2015 dari jam 6.00 petang sehingga 9.30 malam. 


Macam biasa beratur dan ambil cek RM50 Kidzo kat kaunter dan pakai bracelet yang disediakan. Bracelet tu untuk scan apa-apa aktiviti yang kita sertai dan masa nak beli gambar nanti pun kena scan juga. Cuma mahal lah gambar tu bagi kolin RM30 sekeping untuk 6R. Agak kedekut bab ini yaaa...


ko tengok laa reaksi si milah dapat duit Kidzo tu, macam dapat gaji ko....maklumlah gomen kan tunggu gaji lama bulan ini. 56 hari kemarau menunggu gaji tau. 


Nampak tak cita-cita yang kesampaian...milah jadi hakim, kolin jadi dentist hahaha
bila lagi nak merasa outfit macam ini. Patutlah bebudak seronok datang Kidzania. Bila kat sini jumpa sesapa kita bukan cakap HAI tapi KAI...hahhaha super cute!



Yang ini kawan-kawan baru kolin, kami bersama-sama beratur nak jadi FIRE FIGHTER hahaha
seronok giler, memang kena sebut kuat-kuat YES SIR...memang ko mengenakan adik ooiii



Siap tengok video, jangan bermain dengan api. Siap dengar ceramah bla bla bla..
tapi apa yang kolin boleh cakap, aktiviti di Kidzania ni memang bagus untuk kanak-kanak.
Dulu kolin hantar anak saja main, tak tahu apa intipati mereka. But now, i am in the programme.
Memang bagus bagi perkembangan mereka, daripada asyik main game saja kan.

Dah..jom pergi padam api!

Nampak tak siapa yang sengih melebih lebih sekarang. Tu pasal kolin suka bawak milah pergi berdendang sebab dia memang terbaik bab ini hahahah..

Dah penat bekerja kita pergi Saloon lah buat Mani dan Pedi..ko mampu. Last sekali aku jadi worker, si milah jadi customer. Bayar la 6 Kidzos sahaja. 


Lepas dah pergi saloon, kami terus ke Oreo Factory. Memang mengila cari kerja kan..hahah


Nampak kan kegembiraan di muka mak akak makcik budak ni
Best laaa..korang semua patut pergi yang sesi 29 Ogos nanti..rugi beb tak pergi


Siap kami pergi jadi DJ lagi tau, yang bestnya apa yang kita cakap-cakap tu telah di rakam dan bawak balik CD sebagai kenang-kenangan. Terima kasih Kidzania untuk kenangan ini. Best giler..!


Dan pastinya kolin tak melepaskan peluang membuat kraftangan di sini. Siap boleh bawak balik tau! kesian milah berpeluh nak siapkan satu gelang hahah. Takpe sesekali be creative kan.

Kolin pergi design kereta honda, pergi buat resume dan ada beberapa perkara sampai tak boleh ingat. Yang pasti memang release sangat stress melepak bersama BFF kat sini. Buat semua ajak keluarga dan kawan-kawan beramai-ramai datang dan join #back2kidz ini. Terima kasih kak miera bagi tiket. Dah penat main-main jadi jadian kat sini, kolin pun nak balik lah...korang jangan tak try ok!

Love,

Kolin Zainal