Friday, July 31, 2015

MaryKay Jelly Lip Gloss

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Kolin nak share sikit pasal MaryKay Jelly Lip Gloss yang kolin menang giveaway Syawal tu.
Lip Gloss ini memang sangat-sangat best. Korang akan teruja tengok kesan Jelly Lip Gloss dari MaryKay ini. Sekali sapuan terus nampak macam bintang glamor tau. Siapa cakap kolin menipu, dosa tau hahah

 
Yang tengah-tengah tu ialah Jelly Lip Gloss dari MaryKay bertajuk Berry Me.
Cantik, berkilat dan lebih penting tahan lama. Maklumlah beraya kan, makan macam-macam. Selalu lepas makan memang hilang lipstick kat bibir tu kan. Tapi dengan Jelly Lip Gloss ini memang best.


Nampak tak kesan yang sangat hebat tu. Kolin hanya sapukan gincu biasa dan sapu lip gloss ini. Terus effect nammpak macam Jennifer Lopez kan. Dari dry look lips, terus ke bootylicious look lips.

Meriah sangat kilatan lip gloss ini ok. Tak kisahlah warna lipstick kita apa pun, sapu saja lip gloss dari MaryKay ini. Effect memang sangat-sangat seronok. Kepada semua yang nak tau lebih lanjut mengenai lip gloss yang hebat ini boleh lah  ke laman web http://www.marykay.com.my/

Kepada sesiapa yang selalu tanya kenapa bibir kolin berkilat-kilat ala retis tu, inilah rahsia nya. Jangan lupa dapatkan di pasaran ye. Kini bibir berkilat kolin bukan RAHSIA lagi hihihi

Love, 

Kolin Zainal


Thursday, July 30, 2015

saya nak menang giveaway raya



 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Siapa suka dapat giveaway raya? Haa nak menang hadiah tak?
Senang sangat nak menang melalui  blog ini. Jom ramai-ramai ajak member-member join giveaway ini.
Senang aje, hanya ke FB dan LIKE page Namie Beauty untuk menang.


 

 >>>>>>> KLIK BANNER DIATAS UNTUK JOIN <<<<<<<

Syarat-syarat:

1. Terbuka kepada semua & beralamat di Malaysia.
2. Like page Namie Beauty
3. Like banner giveaway, komen "saya nak menang giveaway raya" & tag seorang kawan anda.

Hadiah:


Duit raya & ole-ole misteri x 1 pemenang


TAMAT : 17 OGOS 2015


Pemilihan pemenang secara random

Love,

Kolin Zainal

Wednesday, July 29, 2015

Jamuan Hari Raya Aidilfitri MBSA 2015

assalammualaikum dan salam sejahtera

Haa..inilah acara open house yang memang kolin dan kawan-kawan tunggu sepanjang tahun tau. Open House dari MBSA memang tidak pernah mengecewakan. Memang kalau tetiap tahun buat pun tak apa tau, sebab selalunya happening. Makanan yang kolin nak cari ialah SATE.

Parking tak lah jauh sangat, tapi kami semua gembira sebab ada abang MBSA yang hijau ni tolong ambil kami pergi dan balik. Gembira sangat, nasib tak patah heels kolin yang 4 inci ni hahahah.

Entrance sahaja, kami disambut oleh kakitangan MBSA yang sangat peramah. Siap belon berwarna warni di pintu hadapan perkarangan stadium Shah Alam ini. Banyak gerai yang ditawarkan di Open House MBSA kali ini. Dapat juga kolin SATE yang di idamkan. Ada kebab, laksa, soto, meatball, buah-buahan, popiah, air mak kau hijau pun ada. Kebetulan tema MBSA tahun ini HIJAU. Menepati sangat lerrrr

Paling kolin gembira ada Jamal Abdillah!!!!!!
sepatutnya dia nyanyi 2 lagu sahaja, tapi disebabkan terlalu sporting dia sedekah lagi satu lagu!! Lagu kegemaran kolin pun dia nyanyi "Gadis Melayu". Ramai giler sporting naik stage berselfie. Tapi tak tau kenapa kolin segan hahahah. Mana lah tau esok rezeki pergi event jumpa abang Jamal ek.

Makan banyak pilihan, minuman banyak pilihan, cuaca pun tak lah panas sangat.
Terima kasih MBSA ye, tahun depan jangan lupa buat lagi. Kami warga kerja Negeri Selangor suka sangat makan-makan beraya bersama MBSA. Haaa...korang nampak tak kolin membodek tahap gaban nih.
Superb Open House by MBSA!!

Yang kolin terkilan tak sempat nak ambil dodol lah. Dua kali pergi ke gerai tu tapi dodol dah habis. Macam mana kolin tak geram, siap masak kat situ..berkawah kawah. Sure sedap lah kan!
Tapi kolin tak ada rezeki nak berdodol semalam huhuhu


Punyalah sporting abang-abang dan kakak-kakak MBSA ini.
Lihatlah mereka bergambar beramai-ramai.
Ada Soto Sado ada Air Sado ada

Sempat lah kolin bergambar di photobooth yang disediakan.

So see you again next year tau!
Jangan lupa anjurkan lagi majlis gilang gemilang ini. Kolin super kenyang today!!!
Rezeki jangan di tolak, Musuh jangan di cari

Love,

Kolin Zainal


Tuesday, July 28, 2015

Sinar FM lancar tabung bantuan untuk Yazit Search


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Siapa tidak kenal kumpulan rocker Search kan? Kolin banyak membesar dengan lagu-lagu lagenda rock ini. Baru-baru ini salah seorang anggota kumpulan Search di timpa musibah. Sedih tengok.

Dengan adanya keprihatinan http://www.sinar.fm Tabung Bantuan Untuk Yazit Search telah dilancarkan.


Semoga Uncle Yazit cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Terima kasih kepada SinarFM atas keprihatinan ini. Iyelah, hari ini hari Uncle Yazit, esok lusa hari kita.

Jum bersedekah melalui Akaun Bank Rakyat seperti yang tertera. 


Love,

Kolin Zainal

Monday, July 27, 2015

FeecaMella Raya 2015 Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
 
FeecaMella Raya 2015 Giveaway

Tengah-tengah blogwalking, kolin ternampak pulak ada satu blogger buat GiveAway dari FeecaMella. Teringin nak sertai dan mana tau ada untung nasib menang, thk you  Aynal Mansor 

Jom kita reramai meriahkan contest ini ok. Mudah sahaja tau.

 
Kawankawan hanya perlu jawab 1 soalan mudah and berpeluang untuk menang 
giveaway awesome dari kami :)
Boleh lah dapat duit raya and bergaya dengan FeecaMella dalam bulan Raya ni.
Raya kan Sebulan. Sempat lagi nak bercantik-cantik :) 
Giveaway bermula dari 23 July 2015
and berakhir pada 31 July 2015
Pemenang akan diumumkan di blog ini and FeecaMella Instagram
pada 2 hari berikutnya 2 August 2015 :)
Syarat-Syarat Wajib Penyertaan : 
1. Tulis entry yang bertajuk "FeecaMella Raya 2015 Giveaway"
-----> (Copy & Paste kandungan entry ini)
2. Follow blog ini, Aynal Mansor
3. Follow Instagram @FeecaMella 
4. Like Facebook FeecaMella
Soalan :
1. Pada Tahun Bilakah FeecaMella Ditubuhkan?
----> Nak tahu Jawapan mudah ada di Entry Ini :))

Love, 

Kolin Zainal

Rezeki manik

assalammualaikum

Memang syawal dah habis kan. Tapi syukur selalu sebab tempahan manik kolin memang selalu ada. Musim raya, musim orang nak kahwin selalu ada saja tempahan yang masuk.

Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi menempah hasil tangan kerja kolin. Buat semua yang nak menempah boleh lah email kolin di collin3108@yahoo.com ok.

Harga tak mahal pun, murah saja. Yang penting no GST hahah

enjoy my manik ok!




rezeki buat anak-anak kolin nak sekolah nanti
sikit-sikit lama-lama jadi bukit katanya...

terima kasih menempah

#projekmanik2015

Love, 
Kolin Zainal

Friday, July 24, 2015

warna warni di aidilfitri 2015

assalammualaikum

ya ampun...lama dah kolin tinggalkan blog semenjak syawal pertama. Maklumlah memang menyahut seruan free gadjet semasa raya. Semua ditumpukan saling bermaafan dan berhari raya. Seronok tahun ini sebab anak-anak dah lebih faham erti berhari raya. 

Macam biasa lah kolin beraya di PJ dan juga di Kedah. Ada untung dan rugi berkahwin orang jauh ini. Yang rugi kena tol dan minyak kan, tapi yang untung kolin dan anak-anak merasa pulang 
berhari raya ke kampung. 

Ini yang rasa nak menyanyi sambil goyang-goyang bahu lagu " Balik Kampung". Sempat melawat pusara adinda kolin arwah ateh, sempat melawat kawan baik kolin si milah, sempat melawat ke kampung sebelah suami di Yan, Kedah. Terasa syawal lebih bermakna, bila anak-anak dah pandai bersalam dan minta maaf pada kami sebagai ibu bapa. Priceless sangat perasaan kolin masa tu, mereka dan pandai maksudkan apa yang mereka cakap. Sebak rasa....

"selamat hari raya mamy, abang minta maaf" 
"selamat hari raya mamy, alisa minta maaf"

Ya Allah bergenang air mata masa kolin menaip ini. Besarnya nikmat kolin rasa beraya tahun ini.  
Terlalu cepat anak-anak membesar dan sedar tak sedar tahun depan alisa dah pun darjah satu.

 jom kolin payung gambar sepanjang beraya 2015, bermula dari beraya di rumah cik timah aka Mama kolin yang ada di PJ dan terus ke Utara untuk sambung beraya.


Pepagi dah bersalam dengan Cik Timah kolin sekeluarga terus ke pusara adik kolin. Sedar tak sedar dah 11 tahun arwah ateh pergi. Anak-anak kolin tak sempat kenal macam mana keletah arwah makcik dia seorang ini. Setiap kali melawat, kolin akan bagitau banyak kali. Inilah kubur mak teh..inilah kubur mak teh. Al-Fatihah adalah hadiah untuk Mak Teh.


Inilah Cik Timah, pepagi raya BZ on the phone. Maklumlah mak aku kan glamor, ko hado.

Dah siap ke kubur, setiap tahun aku akan ke rumah BFF aku iaitu Milah. Rendang daging campur paru dia memang terbaik. Buat pengetahuan korang, memang dah menjadi tradisi kolin beraya umah dia. Kalau tak pergi dia panggil aku derhaka hahahha



Bila kolin dan milah BFF, mak kami berdua pun BFF
Inilah Cik Bedah dan Cik Timah, wajah kesayangan kami berdua



Inilah antara gambar keluarga kecil kami yang dapat kami abadikan. Maklumlah anak makin besar makin susah nak bergambar terutama Ali Imran yang semakin meningkat bujang. Tapi sejak ber blog ini, Ali Imran boleh lah juga bergambar sebab nak update blog kan. Sesiapa yang rajin boleh lah melawat www.imranbercerita.blogspot.com bagi sokongan pada Ali Imran.


Inilah perkarangan dan rumah kenangan beraya di Yan, Kedah. Maklumlah kedua orang tua dah tiada. Rumah pusaka ini tetap kami balik dan bersihkan setiap tahun. Semoga akan datang ada rezeki boleh dijadikan homestay untuk peluang orang lain beraya di kampung juga kan. Best tau, belakang tu semua sawah padi. Memang sesuai untuk orang bandar nak merasai pengalaman pulang ke kampung.


Disebabkan rumah akak ipar depan laut, memang anak-anak having fun lah mandi laut.


Sempat juga kami ber BBQ, merata kolin beraya tahun ini. Sg. Petani, Kuala Muda, Jeniang, Karangan dan ada yang kolin lupa nama tempat yang kami pergi beraya. Tumpang lah sebelah suami kan...thk u papa


sempat ber wefie masa perjalanan ke rumah abang ipar di Pulau Pinang
Yang tudung pink tu lah kakak ipar sulung kolin..baik hati sangat tau


Yang tudung pink, baju putih dan baju biru...tiga beradik
Suami kolin paling bongsu, tapi dia paling sado
I ada abang SADO..ko HADO


Dah selesai masuk penang, ole- ole jeruk pak ali memang tak boleh lupa
Dah habis beraya kat kampung, minggu ini bermula lah beraya di Jinjang pula
Buat semua kawan-kawan, sahabat-sahabat, kolin tak buat open house. Tapi jemput lah bila-bila masa berkunjung ke rumah kecil kolin di Jinjang. Boleh kita salam-salam peluk cium kan.

Di sebabkan kolin kaya raya ini, kolin tambah crown untuk hari raya nanti....ko ade? hahahah
pada mana yang menyampah tu, kolin minta maaf lah ye....bergurau senda di hari raya aje wei
jangan sentap sangat ye...senyum sikit..



Love,

Kolin Zainal

p/s: rezeki di bulan Syawal, semoga nasib menyebelahi kolin dan anak-anak. Amin


Saturday, July 18, 2015

selamat hari raya & maaf zahir batin

Assalammualaikum

Dah habis sebulan kita semua berpuasa
Kini tiba sudah syawal kita berhari raya
Tangan dihulur, maaf di pinta
Semoga kita semua di bawah selalu di bawah Rahmat Nya

Dengan ini kolin sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali kami. Dengan kerendahan hati, kolin sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua yang mengenali kami.

Kosong- kosong ye




Thursday, July 16, 2015

marathon manik

assalammualaikum

Memang rezeki langit ramadhan buat kolin. Ini semua rezeki anak-anak. Tak putus-putus tempahan manik yang kolin terima. Ada juga yang kolin terpaksa menolak sebab dah lambat sangat. Takut tak boleh nak buat, lagi pulak dah hujung ramadhan ini badan kolin rasa lemah sangat. Mungkin bakal demam kut, sebab cuaca agak panas dan kering kebelakangan ini

Terima kasih buat semua yang menempah.










Love

Kolin zainal


Wednesday, July 15, 2015

Rezeki giveaway untuk syawal

assalammualaikum

Kalau dah rezeki tak ke mana kan, kali ini kolin dapat dua giveaway untuk Syawal yang bakal menjelang. Seronok sangat lah, kasut di sponsor, beg di sponsor. Bayangkanlah kalau kolin ini macam Che Ta memang menang tangan lah layan barang di sponsor hahaha. Che Ta tau..perasan tak aku 

Kali ini kolin sertai giveaway dari blog www.marinimz.com 
dan Fanpage di FB dia adalah Elegan. Kawan blogger kolin Marini telah menjalankan satu pertandingan dan hadiah bernilai RM150 dari Mary Kay untuk dimenangi. 
Alhamdulillah rezeki kolin, mekap tuk raya disponsor ...yeay!


Untuk tudung raya pula kolin dapat tajaan ini. Yeay!!!



Murah rezeki syawal kolin tahun ini bergelar blogger
Terima kasih semua!

Love,



Kolin Zainal







Tuesday, July 14, 2015

OMANITE IFTAR 2015

assalammualaikum

Kolin berbesar hati sangat pihak P1 Brand & Communications telah berbesar hati menjemput kami semua para blogger untuk bersama-sama di Majlis Iftar OMANITE 2015 yang berlangsung baru-baru ini di Cenderawasih Ballroom, Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur. 


Majlis Iftar yang sangat meriah ini diraikan bersama-sama anak-anak yatim dari Rumah Jagaan Darul Sakinah. Kolin amat bertuah dalam ramadhan kali ini dah dua kali dapat jemputan berbuka bersama anak-anak yatim. Inilah sebenarnya semangat Ramadhan orang yang susah kita raikan bersama.

Sampai sahaja di Ballroom Cenderawasih, kolin telah di sapa mesra oleh kakitangan P1. Terasa dekat sangat dah hari raya dengan semua berpakaian cantik belaka. Maklumlah pada malam itu juga pihak P1 akan mengadakan pertandingan "Pakaian Terbaik" dan pertandingan "Selfie". Memang kena sangatlah pertandingan itu sebab memang para blogger suka berselfie pun. Yang paling syiok ada photo booth yang ohsem, sebab gambar boleh di cetak terus dan soft copy nya di hantar ke email kita. Hebat!!



Nampak tak muka dan jari aku yang kepoh nak tekan sana-sini. Nak beli 10 mesin ini rasanya!


Inilah pengacara kami malam itu, Atilia Haron yang sangat comel dan sporting. 
Lawa sangat baju dia tau, dari Jovian khabarnya (ni yg rasa nak p J-Boxing ni till 15 July)


Acara berbuka puasa ini di mulakan dengan kata-kata aluan dari orang kuat P1. Dan kemudian kami semua bersama-sama beratur untuk mengambil juadah berbuka puasa. Sedap betul sotong goreng tau!



 Semasa kami masih menjamu selera dengan semua hidangan yang ada. Kami juga dihidangkan dengan persembahan dari band tempatan yang tidak kurang hebatnya.
Dapatlah kami semua berseronok dengan lagu-lagu raya nyanyian mereka! Lagi seronok Atilia juga berduet lagu raya tau! Memang meriah kami berbuka bersama P1.


Majlis diserikan lagi dengan pemberian duit raya buat semua anak-anak yatim yang hadir. Bestnya lah kan. Sempat juga kolin berselfie dengan anak-anak ini, memang sporting.

Dan akhirnya pertandingan "Pakaian Terbaik" pun di umumkan. Tahniah Najla sebab menang "Pakaian Terbaik". Tak sia-sia ko pakai baju renda-renda tau, siap cakap baju dari Form 4. Pitam akak dengar! 

Blogger Leona sekeluarga juga memang malam itu, boleh dikatakan semeja dengan kolin semua bertuah lah.


Dan malam itu berakhir dengan meriah apabila kami semua dijemput ke atas pentas bersama-sama untuk bergambar beramai-ramai. Nasib lah tak runtuh pentas itu wei. Semua sporting naik pentas, tepi pentas, belakang pentas, depan pentas sebab nak bergambar beramai-ramai.


Lihatlah sendiri betapa ramainya kami di malam itu. Meriah, gembira dan berbanyak terima kasih buat P1 yang menjadikan ini satu realiti, kredit kak ruby untuk gambar ini.   
Buah tangan dari P1 juga kolin suka sangat tau!


So harap tahun depan kita dapat berkumpul secara besar-besaran macam ini lagi. Buat semua jangan lupa follow P1 Online Media Associates Facebook Group.
untuk maklumat lanjut boleh layari www.p1.com.my dan hashtag mereka di 
  #p1omanite and #ReadyToP1ay ok.

Love,

Kolin Zainal