Saturday, May 30, 2015

mudahnya shopping online dengan ZALORA

Ini adalah pertama kali kolin try shopping dengan ZALORA. Sebelum ini selalu tengok-tengok aje apa yang ada di ZALORA. Tapi kali ini disebabkan voucher ini lah membuatkan kolin buka ZALORA dan mula memilih-milih. Barang yang kolin nak sangat ialah skirt labuh. Sebab banyak yang kolin dapati di luar kain nipis, cutting tak lawa, tak cukup labuh untuk kolin yang kunun tinggi ala-ala model ini kan. Haa..ko nampak tak betapa bongkak dan riak nya kolin hua hua hua...


Anyway, back to the real story bila dah belek-belek website ZALORA, kolin terus jatuh cinta dengan skirt yang lawa ini. Paling menarik hati kolin sebab ada poket lah skirt ini. Kain pun nampak macam kualiti sangat dalam gambar ini. Cuma saiz kolin tak berapa nak pasti so kolin pilih L sebab takut singkat.  Mula-mula tu memang teragak-agak, tapi setelah dipikirkan masak-masak kolin terus memilih L. Kedua-dua skirt ini dari brand Ethnic yang menjadi pilihan hati. 


selepas di tolak dengan voucher yang ada kolin hanya perlu tambah RM31.00 sahaja. Wah memang berbaloi lah membeli belah di ZALORA. Senang nak pilih, gambar menarik, informasi semua ada. Kolin pun bayar lebih kurang tengahari kut. Tapi sangat-sangat terkejut, apabila parcel dari ZALORA sampai pagi keesokkan harinya. Cepatnyaa!!!!!!!!

Two thumbs up untuk ZALORA. Penghantaran yang sangat-sangat cepat lah. Teruja kolin dapat parcel dalam kotak ZALORA yang kemas. Gembira!!


Terima kasih ZALORA, lepas ini walaupun tiada voucher lagi. Kolin tetap akan membeli-belah bersama ZALORA. Tak perlu diragui tentang kualiti skirt labuh yang kolin pilih tu. Memang puas hati, cuma lain kali kolin perlu pilih saiz M bukan L huhuh. Cuba call customer service ZALORA nak tukar saiz, malangnya semua saiz tinggal L. Memang takde rezeki uhuk uhuk

But i am sooo happy dapat beli skirt labuh dari ZALORA. Mudahnya shopping online dengan ZALORA.
Nanti kolin share skirt labuh dari ZALORA di entri yang lain ya. 

Love

Kolin Zainal

Friday, May 29, 2015

US Potatoes Culinary Festival 2015

Siapa yang suka makan ubi kentang? Kolin memang suka sangat makan ubi kentang dari kecik lagi. Teringat pulak sambal ubi kentang mak. Kentang di hiris halus, digoreng garing dan masak sambal merah. Punya lah sedap, kalau kita makan dengan nasi putih memang makan bertambah-tambah.
Apa pula menu ubi kentang korang pernah makan?


Bertempat di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur berlangsung untuk kali kedua US Potatoes Culinary Festival 2015,  kolin teruja sangat sebab kali ini kami akan dihidangkan dengan menu-menu yang
 mengunakan ubi kentang. Sebanyak 39 menu dari 13 Chef ok! Bayangkan sebanyak 39 hidangan potato tu.


Hidangan pertama yang kolin try ialah Potato Vanilla Smoothies. Tak pernah terbayang ubi kentang boleh jadikan air. Percaya atau tidak air smoothies ini sangat-sangat sedap. Lepas ini memang boleh try buat di rumah, rasa fresh aje minum smoothies dari US Potatoes ini.

Selain itu, hidangan yang disediakan semua sangat menyelerakan. Tak sabar kolin nak cuba semua hidangan yang tersedia pada malam itu yang diadakan di Villa Daniele, Hotel Sheraton Imperial. Cosy ambience, memang mewujudkan suasana yang tenang untuk makan.


Diantara menu yang ada di sepanjang majlis US Potatoes Culinary Festival 2015









CREAM OF US POTATO WITH BLUE CHEESE AND CAULIFLOWER kredit gambar kepada kak ayu


US Potatoes Skin

Buat makluman, sebanyak 13 Restoran yang mengambil bahagian untuk tahun ini iaitu

Best Western Hotel Petaling Jaya, Big Hug BurgerBurger Factory, Jibby & Co.
La Bo Ca Latino, La Risata, Maria’s Steakcafe, Naughty Nuri’s
Rendezvous Steak Garden Restauran, Secret Of Lousinan
Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur, The Daily Grind dan The Roulette Bar

 ucapan alu aluan bagi memula majlis malam itu


di ikuti pula dengan sedikit penerangan dari Miss Indra mengenai betapa sihatnya US Potatoes dalam diet harian kita. Apa yang paling penting ada Vitamin C, Fiber, Antioxidants dan banyak lagi. Untuk info lebih lanjut boleh lah layari www.potatoesusa-malaysia.com.
Mesti korang terkejut dengan maklumat yang ada tau. Siap resipi dan cara nak masak ubi kentang pun ada.


ini lah diantara barisan Chef yang telah bertungkus lumus untuk US Potatoes Culinary Festival 2015.


Dan acara makan, acara yang paling digemari oleh kolin. Masa ini terbentang semua menu yang dihasilkan melalui US Potatoes. Sangat-sangat kreatif, good job Chef!

Semua jangan lupa pergi ke 13 restoran tadi untuk mencuba resipi dari US Potatoes tau. Untuk penerangan dan pertanyaan boleh layari laman web www.potatoesusa-malaysia.com bila-bila masa. So jangan lupa tambahkan skill memasak US Potatoes dengan stim, bakar, panggang, goreng, saute, microwave bake atau rebus. Yang pasti menu ubi kentang atau potatoes pasti menambat hati seisi keluarga.

Love,

Kolin Zainal


Thursday, May 28, 2015

Telekung Humaira by Calimilan Closet

assalammualaikum

Haaa ramadhan dah nak dekat kan? Mesti ramai mencari-cari telekung baru buat sembahyang terawih nanti kan. Tak sabar nak ke surau atau masjid jemaah terawih bersama-sama kan. Buat pengemar telekung yang mahukan kain yang tidak panas, tidak mengikut badan, lycra yang jatuh terletak bila kita pakai, kolin ada cadangan yang gerenti korang suka.

Jom terjah calimilancloset kat FB sebab sekarang ini mereka menawarkan harga berpatutan untuk telekung yang sememangnya eksklusif malah ditampilkan dengan warna yang lebih menarik. Ada kalanya kita perlu warna lembut atau warna gelap dalam koleksi telekung kita kan. Inilah masanya nak grab telekung baru.

Telekung Humaira

Yang mana tinggi tu, takut lah telekung ini tak cover seluruhnya kan, jangan lah risau. Tengok sahaja model yang kami tampilkan. Model ini sememangnya tinggi dan nampak tak lagi extra kain labuh tu. Siap tangan pun tak akan nampak punya. Memenuhi syariat itu yang paling penting bukan. Siap hiasan renda pada telekung tu, sweet sangat.

Boleh beli bagi mak, makcik atau kawan-kawan. Boleh juga lah kalau nak dibuat hantaran. Sebab kain lycra dari calimilan closet ini sangat bermutu. Sure tak rugi nak beli.



Telekung dari Calimilan Closet ini memang banyak sangat warna uolss. Boleh lah ke FB Calimilan untuk mendapatkan informasi lebih lanjut mengenai Telekung Humaira. Lagi berita baik buat semua, Calimilan Closet akan membuat majlis doa selamat dan jualan mega pada 30 Mei 2015 bertempat di Bukit Antarabangsa, Ampang bermula jam 3.00 petang.


Kolin nak cerita banyak pun tak guna kan. Ayuh kita beramai-ramai ke majlis Calimilan Closet dan lihat sendiri koleksi yang ada dengan harga runtuh dan berpatutan. Jangan lupa call untuk RSVP ok.

Instagram @calimilan_closet
Whatsapp Only 019-2934393
 
 Love,
 
Kolin Zainal

Wednesday, May 27, 2015

Manik buat jubah putih

assalammualaikum

Masih menerima tempahan walaupun sibuk dengan kerja hakiki dan berblogger
Terima kasih menempah, semoga puas hati.

#projekmanik2015


Hair Pro by Watsons


Watsons Malaysia dengan bangganya memperkenalkan rangkaian penjagaan rambut terbaru yang diformulasikan dengan Heat Active Technology, Hair Pro dari Watsons Heat Active di Number76 Hair Salon, Mid Valley Kuala Lumpur. Kepada sesiapa yang macam kolin kan, selalu mengunakan pengering rambut tu, memang memerlukan penjagaan rambut dari rangkaian Hair Pro ini. Sesuai sangat untuk rambut yang rosak akibat pengunaan barang-barang dandanan rambut elektrik tu. Selalu sangat keringkan rambut sebelum mengenakan tudung kan. Kerap sangat-sangat.


Produk ini di hasilkan hasil kerjasama dengan Moltobene, salah satu pengeluar barangan untuk salon dengan pengalaman selama 38 tahun dari Jepun. Hair Pro Heat Active ini dihasilkan untuk rambut yang selalu mengunakan hairdryer, curling dan luruskan rambut mengunakan ironing. Produk yang diformulasikan dengan Heat Active Technology ini juga mempunyai NanoRepair bagi menjaga rambut yang selalu didandan untuk tampil lebih sihat dan cantik. 


Produk ini tentunya yang kolin cari selama ini, tau aje lah yang bertudung memang pakai hairdryer nak bagi rambut kering kan. So almost every day basuh rambut dan keringkan rambut. Boleh perasan rambut dah start kering dan rosak. Nasib baik ada rangkaian produk dari Watsons ini. Memang membantu!!


Setiap dari kami juga diberikan buah tangan yang sangat cute. Kotak yang dibalut oleh kain berwarna-warni yang sangat melambangkan negara matahari terbit. Hidangan green tea with brown rice bersama sushi memang sesuai sekali. Dapat juga kolin bergambar dengan model kacukan Jepun dan Hawaii ini, kalau ada sesiapa yang berkenan boleh lah follow dia di Instagram @josiahmuzikami. Dia lah pengacara bagi event kami hari itu di Number76 Salon, Mid Valley.

 bersama blogger anis dan miera

ruang di dalam Number76 Salon, Mid Valley

antara tetamu yang hadir 

Acara hari itu dimulakan dengan kata-kata aluan dari Josiah pengacara kami buat hari itu. Dan kami juga disajikan dengan persembahan tarian Jepun dari dua penari yang sangat comel.


Di ikuti dengan kata-kata aluan dari Ms. Penny Chin, Senior Manager Product Development yang memperkenalkan sedikit sebanyak mengenai Hair Pro kepada kami. Maklumat yang paling penting bagi kolin, Hair Pro tidak mengunakan Sodium Lauryl Sulfate yang memang diketahui umum bahan kimia tersebut membawa kemudaratan. Rangkaian ini yang dihasilkan mengunakan Natural Organic Hybrid Rice Extract dan Green Tea Extract dari Jepun memberikan rambut kesan lembut dan
lembab setiap kali pengunaan.


Seterusnya demonstrasi bagaimana produk boleh digunakan oleh Takeshi Odera, Director Stylist Number76 Salon with Cathryn Lee, Watsons Celebrity Friends. Masa ini kita boleh lihat, bagaimana caranya mereka mengunakan produk ini dengan betul.

Josiah with Cathryn Lee

 sesi memperkenalkan Director Stylist Number76 Salon iaitu Mr. Takeshi Odera


Beliau menunjukkan cara memakai produk Hair Pro dengan betul. Ada juga sesi untuk kami mencuba produk tersebut pada hari itu. Produk ini secara eksklusif boleh di dapati di Watsons. Jangan lupa dapatkan rangkaian produk ini bagi kita yang sentiasa mengunakan hairdryer atau pengering rambut sebelum mengunakan tudung. Rambut adalah mahkota bukan!

Harga untuk Hair Pro Watsons Heat Active Shampoo (Daily Use) 520ml hanya RM39.90, 
Heat Active Treatment (Daily Use) 520ml RM39.90, 
Heat Active Hair Masik (Special Use) 200ml RM42.90
Heat Active Hair Serum (Daily Use) 100ml hanya RM42.90

Untuk penerangan yang lebih mengenai Hair Pro boleh ke Watsons yang berdekatan
 atau layari laman web rasmi Watsons www.watsons.com.my dan
jangan lupa LIKE Watsons di FB ok www.facebook.com/watsonsmalaysia.

Kini kita juga boleh dapatkan rambut yang cantik seperti penjagaan salon di rumah.Tak susah pun, cuma perlu ada rangkaian produk yang sesuai sahaja. Kini semua telah tersedia, jangan lupa mencuba ok.
Kolin dah dapatkan semua rangkaian Hair Pro, anda bagaimana?


Love,

Kolin Zainal