Friday, January 30, 2015

Jakarta Part 3 - Hotel Sofyan Betawi Jakarta

assalammualaikum

Ini lah keadaan di bilik penginapan kami untuk bermalam di Jakarta. Sangat selesa, bilik air yang bersih. Disediakan juga sejadah dan Al-Quran di setiap bilik penginapan di sini. Daripada apa yang kolin baca di dalam google memang hotel ini agak islamik. Lagi yang menarik di sini, ada laungan azan di waktu subuh. Indah sungguh perasaan di kala tidur ada yang mengalunkan azan. Memang kolin sarankan kepada yang ingin menginap dan mendapat pengalaman hotel yang mengamalkan ciri-ciri Islamik ini boleh ke Hotel Sofyan Betawi di bahagian Menteng Jakarta.



Sangat selesa untuk harga di bawah RM100 semalam. 
 

ini lah kaunter reception di sini, sangat simple dan lobi pun kecil aje


Antara lampu yang kolin berkenan di hotel Sofyan ini


Kolin dan kawan-kawan telah pun menempah van untuk ke Tanah Abang. Seawal jam 8.00 pagi kami check out. Firstly, kami menuju ke Stesen Gambir untuk membeli tiket keretapi bagi perjalanan ke Bandung petang nanti. Kemudian kami akan melepak sambil membeli belah di Tanah Abang. Memang perjalanan yang sangat memenatkan, tapi what can i say, life is to short to complain...hehehheheh

Posing ler dulu depan hotel weiii...




dah siap posing, kolin belanja gambar kawasan luar hotel Sofyan ok



Semua dah ready...jom!


Thursday, January 29, 2015

Jakarta Part 2

Assalammualaikum

Kami sampai di Jakarta lebih cepat dari jangkaan, Alhamdulillah cuaca baik. Sampai sahaja di airport kami dikehendaki menaiki bas untuk ke terminal. Kolin rasa Jakarta di luas sangat kut sampai kena naik bas. Sampai di terminal kami semua dikehendaki mengisi kad visa macam biasa. Masa isi kad tu punya lah lama sebab asyik tersalah saja hahahha

Selesai isi kad, kami terus ke tempat mencari kereta sewa untuk ke hotel. Masing-masing dah kepenatan terus mengunakan perkhidmatan teksi garuda yang berada di lobi terminal. Dengan bayaran RP300,000 (RM84.00) kami menyewa kereta Toyota Innova untuk ke hotel penginapan kami Hotel Sofyan Betawi yang terletak di sebelah Menteng Jakarta.

Tapi malam tu memang rezeki kami, daripada naik toyota innova kami ditawarkan Alphard. Haaa...bila lagi nak merasa VIP naik Alphard kan. Di sini lah masanya kami merasa wei...haa luas, lebar, seronok, sengih-sengih tangkap gambar dalam Alphard hahahah

 inilah sue

kolin sibuk tangkap gambar orang sampai gambar sendiri terlupa. Tapi memang best giler lah terasa VIP sangat. Dalam masa 20-30 minit kami sampai ke Hotel Sofyan Betawi. Sebenarnya tidaklah jauh sangat cuma macam biasa Jakarta terkenal dengan 'macet' kan.

Hotel ini kolin booking dari 'Agoda' senang aje nak buat kalau ada kredit kad. Murah juga lah tak sampai RM100 untuk semalam menginap di sini. Dan kalau ikut 'Agoda' hotel ini bertaraf 3 bintang. Bila dah sampai perut memang dah keroncong sebab atas plane tadi nasi lemak pak nasser habis. Tengok sekeliling hotel memang tak nampak sebarang restoran, disebabkan dah penat kami semua dine in aje lah. Lagipun ada Wifi layan MLM heheheh


Ini lah keadaan interior restoran Hotel Sofyan di Betawi, sangat ringkas dan selesa

Malam itu kolin memilih untuk makan nasi special indonesia


pisang keju pun ada ye


diantara yang ada dalam menu di sini


dah selesai makan malam, kak chik dan sue nak masuk berehat di bilik, Tapi kolin, kamal dan milah meronda kawasan sekitar kalau lah ada yang menarik. Keluar dari hotel ke kanan terus dan lintas jalan ada 7eleven dan juga IndoMart. Sempat juga lah kolin shopping serba sedikit dan beli roti untuk sarapan esok hari. Sebab masa booking 'Agoda' tu kolin terlupa nak include sarapan pagi.

So jom rehat dan esok kita akan ke Tanah Abang yeay..


Wednesday, January 28, 2015

Jakarta - Part 1

assalammualaikum

Kali ini kolin ke Jakarta, Indonesia bersama rakan-rakan seramai 4 orang. Campur kolin berlima lah kami akan menjelajah bumi Jakarta. Penerbangan kami yang dijadualkan pada 16 Januari 2015, jam 6.15 petang. Masa ini kami hanya berjanji berkumpul di KLIA2. Semua backpakers tiada beg troli dibenarkan ye. Lagipun tiket sangat-sangat murah, kami turun ke Jakarta dan balik dari Bandung. Buat makluman Jakarta dan Bandung dipisahkan hanya beberapa jam sahaja. Sebelum ini kolin hanya ke Bandung, jadi inilah pengalaman pertama kolin jelajah kota Indonesia.


sibuk lah kami memasing nak bergambar dengan tanda nama KLIA2 ini. Maklumlah pertama kali sampai ke sini. Selama ini mengunakan LCCT sahaja. Bila nampak bangunan yang gah seperti KLIA2 ini memang menjadi satu kebanggaan sangat lah.



See you in Jakarta!

Saturday, January 24, 2015

busy!

assalammualaikum

lama sangat kolin tak online dan update blog. Kolin baru balik bercuti ke Jakarta - Bandung dan sekarang bersiaran dari Kuching, Sarawak. Sibuknya permulaan tahun 2015 untuk kolin. Yang penting kolin having so much fun!

Kolin janji akan update mengenai trip 'backpackers' kolin bersama rakan-rakan ke negara Indonesia. Perjalanan yang sangat seronok, menarik dan memenatkan. Kami naik keretapi selama 3 jam, makan di warung tepi jalan yang nasi goreng, keropok dan air hanya RM15 sahaja untuk 5 orang makan. Kami shopping sampai sakit-sakit bahu nak mengangkut barang. Manisnya pengalaman memang tak boleh nak bercerita. 

Dan hari ini kolin sudah nak balik ke rumah di kuala lumpur. Seronok malam tadi makan di top spot seafood center di kuching. Murah sangat dengan seafood yang segar-segar. Memang kolin akan share dengan semua agar dapat melalui pengalaman yang sama sekiranya ke Kuching nanti.

But for this entry, tiada gambar dahulu ok 
akan update very very soon!

what i can say, my January 2015 is owesome!!!!

 

Thursday, January 15, 2015

back to school 2015

assalammualaikum

barulah kolin ada masa nak update blog yang dah lama ditinggalkan ini. sibuk dengan anak-anak bersekolah, persiapan macam-macam, hal kerja pun sekali masuk memang kalah menteri sibuk nya.

yang penting sekarang semua dah selesai dan lega sangat. Now tiba masa untuk kolin ambil time sekejap untuk 'break' hehehe. Ke mana hala kolin bercuti akan di update nanti. Dekat aje, itu pun sebab bajet nak raya tahun ini punya dan persiapan perkahwinan adik kolin nanti. 

Rasanya kome pun tak boleh meneka hahahha

So kepada semua selamat kembali ke sekolah sesi 2015 ya
yang masih dalam keadaan yang banjir dan tidak sempurna, mohon bersabar sahaja lah. dugaan kita. 
Faham sangat perasaan yang hilang rumah tu, sebab kolin pun pernah hilang rumah tahun 2001 dalam satu kebakaran. Habis semua sijil kolin hangus...tapi rezeki ada aje Allah SWT bagi. Alhamdulillah

Buat ali imran dan alisa maisara
have fun at school kid!! 

love both of you!

 

Yang abang dah darjah 3 dan adik tadika umur 6 tahun
Semoga mereka berjaya dunia dan akhirat...amin

Wednesday, January 7, 2015

House of Nasi Kerabu, PKNS Shah Alam

Assalammualaikum

Hari ini ulangtahun milah ke 16..hehe
jom belanja birthday girl...kali ni kita makan di House of Nasi Kerabu di Kompleks PKNS Shah Alam.


Menu yang ada disini


Banyak pilihan dan harganya pun berpatutan
lokasi yang senang, keadaan restoran yang agak selesa dan klasik. Kolin pasti ianya tempat melepak yang sangat best.

Disebabkan kolin on diet konon-konon, kolin hanya order kambing panggang dan milah order nasi kerabu tumis. Untuk penghilang dahaga kolin order teh o ais dan milah kopi sejuk.


Well, not so dry, juicy
paling best terasa perapan daging kambing ni
sedap!!!


Lawa kan presentation nasi kerabu tumis
memang licin milah makan. So tandanya sedap lah kan

Kepada yang nak ke Shah Alam dan mencari restoran untuk lepak dan makan, boleh cuba restoran ini. 


Selesai birthday lunch, inilah harga makanan yang kami order


So jangan lupa cuba ok! Pasti puas hati!

****************************************

Buat norkamilah ismarani
"Happy birthday..semoga bahagia dunia akhirat"



Friday, January 2, 2015

NYX ♡ diamond sparkle lipstick

Assalammualaikum

Harap tidak terlambat untuk kolin ucapkan kepada semua Selamat Tahun Baru 2015. Semoga tahun ini membawa kebahagiaan kepada semua.

Menambah koleksi terbaru kolin pada tahun ini adalah gincu baru dari NYX. Ini pertama kolin cuba lipstick dari jenama ini. Itu pun kolin order dari online www.mysale.my

Senang sangat nak order, harganya berpatutan dan paling best dari oversea gitu, kerlass kan..


Warna pilihan kolin lebih nude dan natural tapi bling bling lah. Yang penting imej glamor mesti ada. 


Bekasnya sangat ekslusif dan elegan. Kolin sukakan tekstur yang berkilau dan tahan lama.

Pilihan kolin adalah NYX DS10 Sparkling Flamingo


Cubalah layari www.mysale.my untuk lebih banyak pilihan dan diskaun. Laman web yang sangat user friendly ini memang amat mudah. Highly recommended!


Nampak natural tapi berkilat bukan. 
Jangan lupa beli ok. Rasakan sendiri pengalaman bersama NYX.

Thursday, January 1, 2015

Julie's kolaborasi bersama Hershey's

assalammualaikum

Brand Julie's di bawah pengusaha biskut yang terkemuka Malaysia iatiu Perfect Food Manufacturing Malaysia Sdn Bhd telah dipilih oleh The Hershey Company untuk kolaborasi yang terbaru. Biskut ini telah dipasarkan semenjak Oktober 2014 yang lalu.

Ianya adalah produk yang hebat apabila dua syarikat terkemuka ini bergabung bagi menghasilkan variasi di dalam dunia konfeksi bagi tahun ini. Pihak Julie's Baked With Love adalah icon biskut Malaysia bergabung dengan Hershey's icon coklat terkemuka menghasilkan enam variasi biskut yang boleh menjadi kegemaran pengguna.Variasi tersebut adalah Chocolate Chip Cookies, Chocolate Chip Oat Cookies, Chocolate Chip Hazelnut Cookies, Chocolate Fudge Cookies, Chocolate Waffles dan Chocolate Fudge Vanilla Flavoured Cookies. Memang sedap sangat cookies ni semua, rugi tak try.

this is my favourite

Pada majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini di Damansara Utama, Pengarah Perfect Food Manufacturing Sdn. Bhd., Mr. Martin Ang telah berbesar hati menceritakan kepada kami bagaimana terujanya beliau dengan kerjasama terbaru bersama Hershey's. Kedua-dua jenama ini telah di bina atas cita-cita dan nilai yang sama dan beliau percaya ia adalah asas yang mementeraikan kerjasama di antara pihak Julie's dan Hershey's.

 Mr. Martin Ang, Pengarah

Menurut sejarah,Perfect Food Manufacturing telah ditubuhkan sejak tahun 1981 dan telah diiktiraf dengan pelbagai kualiti dan prosedur keselamatan makanan seperti ISO 9001:2000, GMP, OSHA, Halal dan HACCP. Manakala bagi Hershey's yang telah bertapak selama 120 tahun dan mempunyai lebih kurang 13,000 pekerja di seluruh dunia yang bekerja setiap hari untuk produk yang enak dan berkualiti. Kolin percaya gabungan kedua-dua syarikat yang mempunyai pengalaman bakal menjanjikan produk yang hebat.


Kolin sangat teruja untuk bersama pihak Julie's pada kali ini. Berbagai program yang disajikan untuk semua media dan blogger yang hadir. Di antaranya photo booth yang super cute untuk semua orang bergambar. Semua berebut memberikan gambar yang terbaik sebab ada contest gambar paling menarik di Instagram dengan hashtag #julieshersheys.

 selfie time

Julie's Hershey's in the big box..aumm

  antara rakan blogger yang sporting www.ciklilyputih.com

 blogger nannie dari http://kitepunye.com/ 
tengah membelek goody bag yang diberikan kepada semua yang hadir


Kolin memang tak melepaskan peluang, berbagai pose yang kami lakukan untuk hakim pilih nanti. Dikhabarkan hadiah hebat bakal diberikan kepada pemenang. Selepas acara kata-kata aluan dari Mr. Marting Ang, kami semua menerima hadiah dari pihak Julie's berupa power bank yang sangat cute.


power bank yang super cute yang pastinya menjadi peneman kolin untuk kemana
sahaja lepas ini. Terima kasih Julie's.


Tak lupa juga gambar polaraid yang di hadiahkan kepada kolin untuk kenangan di majlis ini.


Kami juga dihidangkan makan tengahari yang sangat sedap. Kita makan sikit-sikit aje sebab dah kenyang makan biskut heheh. Ada spaghetti, chicken wing, sandwich, fruit tart dan berbagai lagi.


paling best dessert yang disediakan kepada semua. Seorang satu tau, malangnya kolin berkongsi kerana memang sukar nak habiskan. Besar sangat!


 lihat lah mereka mengunakan Chocolate Waffles untuk hiasan di atas dessert ini. Sedap sangat!!

  Jacinta, Shamsul, Anas, Marini dan Kolin

Dapat juga kolin berkenalan dengan semua kawan-kawan baru semasa pelancaran Julie's Hershey's.
Kepada sesiapa yang nak cuba keluaran baru dari Julie's boleh lah berkunjung ke pasaraya berdekatan seperti TESCO, GIANT, SOGO, COLD STORAGE, JAYA GROCER, AEON, ECONSAVE dan banyak lagi. Harganya mampu milik ianya hanya RM7.90 untuk sekotak. Rasakan sendiri kelazatan biskut Julie's hasil kolaborasi bersama Hershey's ini.

untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.julies.com.my/


Khidmat pesanan masyarakat ini dibawa oleh www.alialisakreatif.blogspot.com untuk
 Julie's Hershey's - Perfect Food Manufacturing Sdn Bhd.