Tuesday, November 18, 2014

OBAMA

assalammualaikum

kolin dulu pernah cerita kan rumah kolin macam Zoo
macam-macam haiwan yang ada

sekarang yang ada cuma ikan puyu nan seekor
lipas, cicak dan nyamuk bukan haiwan peliharaan ye..
tu semua binatang tidak diundang ...semak dalam rumah beta 

ini lah obama

 
 entah siapa lah tuan nya
kucing ini sangat baik semua 'bisnes' dia dalam tandas tau
tak pernah 'bisnes' merata-rata

memula tu selalu datang depan pintu, kolin dan anak-anak biasa
bagi makan aje kucing-kucing yang datang
tak berniat pun nak bela kucing
tapi obama yang ini memang pelik, dia akan berada kat rumah 2 hari..
hilang 2 hari..tak tau kemana ..kuat merayap nih

mula masuk umah sangat garang, tak boleh dipeluk pun 
dah lama-lama ni memang dah boleh dimanjakan lah

so nama rasmi si comel ini Obama
nama yang cukup comel ini ilham si ali imran 


semoga obama yang menjadi kesayangan kami ini
membawa kebahagian dan kegembiraan kepada anak-anak 
sebab dia sangat suka bermain...
lincah dan pandai ambil hati ...i love you obama




Monday, November 17, 2014

kenduri sepupu di bukit pasir BP

assalammualaikum

selamat pengantin baru khairul!!!

balik kampung...oooo balik kampung
girang hati bila dapat jejak kembali di Batu Pahat
walaupun dah berpuluh tahun arwah abah takde tapi kegirangan dapat balik
batu pahat memang kolin nantikan. kali ini kami semua berkumpul
untuk kenduri sepupu kolin..syed khairul


datang kenduri pekena nasi briyani lah pulak memang tangkap syahdu lah
kegemaran kolin tu...memang makan macam melepaskan gian 

ini lah pengantin lelaki nya


inilah pasangannya ..huda
rasanya orang cik siti wan kembang
welcome to our family yaa


simple aje majlis nya 
tapi meriah tak ingat..
cukuplah sedara mara sahaja..tapi dah gamat


cukup mereka aje wei...dah huru hara


peace yo!


yang ini abang kolin
cerita lebat..bisnes juta-juta hahhaha


sebahagian keluarga yang berkumpul


ini muka feeling ayu
selepas kenyang melantak nasi briyani nyum nyum


anak bujang kolin yang makin payah nak bergambar..
tengok lah muka apek..senyum pun tak mau


kalau si anak dara ini
memang nak sesaja lah


dah siap bersalam salam dengan semua
dah siap bekalan semua
kami pun berangkat pulang pada petang tu
sebelum balik tapau nasi briyani mad shah dulu kat food court
sungai batu pahat tu. lepas gian weiii...
sempat beli telur pindang..sekarang dah RM1 sebiji
katanya dedaun yang membuat tu susah nak dicari

Tahniah ami bakar dan cik ani
Selamat menerima menantu, terima kasih menjemput kami

yang benar

kolin

Friday, November 14, 2014

isteri hadiah Allah


assalammualaikum

saja share cute qoute ni
comel kann...



p/s: caci maki hamun kamu.
apa yang boleh saya ucapkan...Alhamdullillah
jangan risau saya tak akan balas 
updating bad status in media social showing how shallow you are
agreed?!

Wednesday, November 12, 2014

Kuey Teow Paku di Batu Caves

assalammualaikum

kali ini kolin dan keluarga dinner di sini
gerai yang simple sahaja terletak di tepi jalan 
dari batu caves arah ke gombak ada petronas
masuk sahaja jalan itu dah di hadapan dah nampak dah gerai tu


sebenarnya gerai ini dah popular dah di kalangan orang KL
memang sedap dan rasa autentic sangat masakan mereka
kegemaran kolin anak beranak adalah char kuey teow yang ada kuah tu
sedap!! ada juga kuey teow goreng paku, nasi lemak ayam, mihun sup dan terbaru
ada satay pulak. Memang lengkap makanan kat sini.

Sementara menunggu siap, kami anak beranak bergambar lah dahulu





sudah sudah ler perasan macam comel tuh
makanan dah sampai pun

yang menjadi kegemaran kami sekeluarga 
ini lah char kuey teow


menyelerakan bukan!
ini adalah masakan orang utara asli 
sebab tokei dia orang Yan Kedah, sekampung dengan hubby kolin


husband kolin makan nasi lemak ayam berempah
bau ayam tu menusuk-nusuk tuu


satay ini kami baru try semalam
rasanya boleh tahan lah...
cuma dagingnya tak cukup lembut rasanya


tengok lah anak bujang kolin..
berselera dia makan tau



haa tengok..langsai semua ok
dah kenyang!!!

kolin memang rekemen sesiapa yang nak cuba makan kat sini
ianya hanyalah gerai tepi jalan tapi sedap sangat
terasa macam kat utara bila makan di sini
harga berpatutan jugak lah dengan hidangan
so jangan tak cuba ok!


Tuesday, November 11, 2014

alisa maisara sport day

assalammualaikum

pada sabtu 8 november jam 8.30 pagi kami semua 
berkampung di sekolah kebangsaan cina jinjang tengah untuk 
meraikan sport day alisa maisara


inilah gaya diva pergi sport day
dengan sunny hat nyer..aduhai baru 5 tahun dah tau 
bagai-bagai..sabo aje lah


masa ini ada perarakan 
ada nyanyian lagu Negara Ku
siap ada ikrar lagi..paling comel ayat yang kolin dengar
"kami berjanji tidak akan menangis walaupun tidak menjadi johan"
soo cute!! yang pastinya ikrar tu dwibahasa la
satu melayu, satu cina...


wah kagum kolin, alisa lead aerobic tu
haa memang mengalir laa darah aku yang suka menari tu
siap ingat step..kolin ingat nak share video kat sini
tapi try upload a few times tak lepas pulak.


selesai acara aerobik, acara sukaneka pun bermula
alisa ambil bahagian dalam membuat rantai (to do a necklace)


hanya ada 2 kumpulan 
dan alisa dapat laa runner up...boleh laa


ini masa muka happy
meh tengok muka dah nangis takut maskot marrybrown..hahaha
alisa takut maskot lerr


nampakk dah nak nangis dah...hahahah
penakut betul..padahal siap tunjuk kat dalam itu ada orang 
masih takut weiiii..


selesai aje semua chicken dance dan lain-lain
acara penyampaian hadiah pun dilaksanakan 
punya laa jauh alisa diri sebab takut maskot




amoi berlagak dengan piala tu


posing dengan ali imran yang tak reti duduk diam
melompat-lompat dari tadi tu..haish..
tu bile pulak atuk tu masuk frame huh


time kolin pula berselfie dengan alisa
my dotter..my pride and joy


mommy so proud of you alisa maisara

peace!!

Monday, November 10, 2014

hijab manik dan lace

assalammualaikum

terima kasih menempah
syukur rezeki masih ada





happy bila tengok orang pakai hasil kerja tangan sendiri
best!!

doakan rezeki kolin murah ye ...amin

Friday, November 7, 2014

Ali dengan Mr. Crab

assalammualaikum

siapa yang tak kenal anak bujang kolin ini
memang suka sangat binatang dan bercita-cita nak jadi doktor haiwan
masa kami bercuti di langkawi tu 
ada ye belaan ali imran selama 3 hari 2 malam
haaa meh perkenalkan Mr. Crab


haa nampak tak Mr. Crab cenonit tu
Ali imran simpan Mr. Crab dalam botol dan letak dalam bilik
alahai masa nak lepaskan Mr. Crab ini sikit punya syahdu la abang oiii






ini lah cik abang yang suka membela binatang
apa saja yang ada tak nak dibela
kalau boleh harimau dan gajah pun nak bela
 itu pun nak bawak balik Mr. Crab nasib lah kolin kata yang kita ni naik 
kapal terbang mana boleh bawak naik. Kalau tak memang dah sampai ke jinjang
dah Mr. Crab ini huhuhuh. Masa nak balik kat airport tu sempat juga
ali ni bertanya soalan ajaib.

dialog ali "apalah lah yang Mr. Crab tengah buat kan mamy"
Mamy: krik krik...lost hahahah

 


Thursday, November 6, 2014

Cek dari Nuffnang

assalammualaikum

akhirnya dapat juga kolin update entri bertajuk seperti di atas
asyik review blog orang aje dapat cek dari Nuffnang wei
akhirnnya....dapat jugak 

kepada semua stalker yang baik hati, stalker yang mendengki asyik mencari salah, 
stalker yang mengada-gada anggap bagus
stalker yang pernah buat kolin sampai nak delete blog ini

kepada kawan-kawan baik, sahabat-sahabat yang kolin sayang
keluarga, adik beradik kolin, kesayangan-kesayangan kolin 
yang semua-semua...

TERIMA KASIH

disebabkan anda akhirnya ada income melalui blog ini
sila lah kunjungi blog kolin lagi ye...alhamdulillah ada hasil 

buat Nuffnang...thank you