Tuesday, September 30, 2014

selfie bersama birthday girl...

assalammualaikum

hari sabtu lepas 27 September 2014 adalah hari keberangkatan kami ke Subang Skypark
Moh Langkawi katanya...dah dua tahun berturut bulan 9 kami ke langkawi
di samping bercuti dan meraikan hari kelahiran anakanda kesayangan kami berdua 
Alisa Maisara genap umurnya 5 tahun pada 29.9.2009...

sebelum berangkat kami berselfie lah dulu 
alisa memang pandai selfie tau


kami senyum simpul simpul


boo katanya..ali imran kat belakang dah nyampah tu hahahha


senyum kann sedekah


ini alisa kata muka kasihan hahahha
kolin layankan aje..dah rupa hape rupa aku tu kannn


haa nampak tak power rangers hijau kat belakang 
tu laa papa alisa ngek hahaha


yang ini ali imran yang capture
pandai abang ali kann


dah anak bujang dan anak dara dah
jum kita pergi Langkawi..yeay

holiday mood on!!

Thursday, September 25, 2014

dominos

assalammualaikum

hari ini ada orang belanja woot woot
semoga murah rezeki lah orang yang belanja tu
dipanjangkan usia dan dilindungi Allah SWT selalu

Jum makan dominos orang kaya belanja


si khaty inilah tukang order nya..
teringin kut nak makan pizza
memula nak buat collection berkongsi 9 orang 
sekali ada hamba Allah murah hati nak belanja..
Syukur..


two large pizza on the table !!!!

jemput semua ye
i belanja gambar hihih


in action~ saja buat begini nak bagi korang yang berkursus tu jeles hahaha


happy sangat weih..
thank you again belanja kami yee


haa zati .. jemput ler makan nyah


haa anis...jemput ler makan nyah

so selesai santapan lunch kolin hari ini ye
macam mana lah aku tak gemuk..sigh..

Wednesday, September 24, 2014

sifon syria crumble


assalammualaikum

rezeki lagi ..kali ini manik kan sifon syria 
kolin crumble kan di bahagian depan dan bawahnya kolin
tabuh pearl kecik kecik

syukur rezeki..



Petikan Dr. Azizan Osman:

"rezeki manusia lain lain. jgn kita lihat org memancing & dpt byk ikan di satu tempat maka kita fikir jika kita memancing di situ hasilnya adalah sama. belum tentu der...begitu juga berniaga!

jangan lihat berjaya perniaggan itu hanya kepada apakah produk/perkhidmatan mereka
ada banyak faktor yang perlu difahami seperti ilmu, mentor, sistem, strategi,
usaha gigih dan paling penting KEBERKATAN.

alhamdulillah~


Tuesday, September 23, 2014

Monday, September 22, 2014

ikan keli

assalammualaikum

Kisah rombongan jemah mencari si keli bermula...


Suzi pilot..kami ber 'welfie'
Abis besar pinggan muka aku dah 



Kedai ini memang menyajikan banyak pilihan lauk
Kolin tak tipu...serius baaaanyaakk


Banyakkkkk lagi


Ulam ulam pun banyakkkk


Ubi rebus pun ada ko..meleleh air liur kolin


Dessert pun hadoo..kuih muih banyakk
Ikan bakar pun banyakkk..haih mmg banyak lah


Macam biasa kak diah beramah mesra
Masa membayar tu memang beratur lah


Ikan keli berlingkar dalam pinggan sudah..


Nahhh ikan keli in action...


Dah kenyang, dah happy
Moh balik...

Sekian terima kasih

Lokasi: seksyen 8 shah alam

Saturday, September 20, 2014

baling belakang: anugerah pekerja cemerlang 2013

assalammualaikum

rezeki ..rezeki ..rezeki
kali ini kolin diberi peluang menjadi salah
seorang dari penerima
anugerah pekerja cemerlang 2013 di pejabat kolin
terharu sangat bila dapat tahu yang kolin terpilih
thank you management, thank you my boss
nothing can pay for this...

kolin baru sahaja berkhidmat selama 6 tahun 
masih belajar nak bekerja dengan baik
niat kolin selama ini nak kerja cari duit sara anak dan bela mak 
memang berbaloi. Semoga rakan-rakan kolin yang lain pula
dapat peluang sebegini.

Love~Peace~Respect


Lace pink ini ditaja oleh farahain dari bandung
Thank u farah...love it!!


Yeay dapat jam baru plus shopping money!!



Part of my amazing people arounds me
Their love and respect just rain over me


Kolin menang cabutan bertuah juga tau
Majlis sambutan hari raya juga di adakan serentak
Seronok koo...suzi siap dapat ratu aidilfitri tu hihi



Syukur alhamdulillah...


Friday, September 19, 2014

Thursday, September 18, 2014

kenduri di Felda Keratong

Assalammualaikum

Hari Malaysia yang lalu kolin sekeluarga dijemput ke kenduri
sepupu hubby kolin di Felda Keratong Pahang
Perjalanan dari Kuala Lumpur yang melalui Negeri Sembilan untuk sampai amat mengujakan!!
Kami bertolak malam dan sampai jam 12.30 pagi
Gelap, sempit, lenggang, takut ...waaaa...rasa macam tak nak jalan malam lagi dah
seram dikk~

anyway bila dah sampai seronok lah kan
makan makan...bersembang dan tidur sebab esok pagi nak kenduri
banyak kerja nak disiapkan
 kenduri di kawasan ini semua gotong royong bukan katering
ini lah masa semua berkenalan satu sama lain


ini lah kawasan khemah pengantin dan rombongan nanti


pelamin ala ala khemah memenuhi bahagian hadapan rumah
lawa sangat pelamin ini tau


candy bar cum photo booth accesories
aku awal-awal sebat gula-gula hiihih


antara hantaran yang ada
sori lah gambar kabur sikit..orang ramai nak menyelit tangkap gambar


inilah pemaisuri raja sehari yang diraikan..sepupu hubby namanya shida
nama pasangan nya tak silap azman kut..
lawa sangat!!


kolin dengan pengantin


kami try test dulu pelamin ni kukuh ke tidak sebelum pengantin duduk
lawa benarr...suka aku duk bawah kelambu nih lah
perasan princess jap


ini sebelah pengantin perempuan
semua mengenakan jubah berwarna kelabu lace putih di bahagian pinggang
dah tudung berwarna pink terang
they look pretty!!


dah tibanya pengantin berarak dan bersanding


yang penting alisa maisara dapat karaoke lagu ramlah ram
"diam diam jatuh cinta"
semua orang kata alisa yakin betul menyanyi
baru 5 tahun pun..semua pitching lari laa
tapi not bad for 5 year ok!!

inilah dia budak nangis nak karok!!


dah dapat karok..senyum lebar..


so kerlass ko alisa!

berakhirnya kenduri ini dengan kolin telentang makan daging cicah asam teramat banyak
dengan ayam golek lagi
memang kenyang sampai ke saat ini..

terima kasih buat pak ndak sekeluarga yang melayan kami dengan baik.
Insya Allah jumpa lagi

Wassalam

Wednesday, September 17, 2014

happy wedding c-fud

Assalammualaikum

Lama dah tunggu nasi minyak dari abang angkat kolin ni
C-fud atau nama sebenar mohd saifuddin ini telah berjaya
Melangsungkan majlis ini dengan meriah pada syawal lalu
Terima kasih jemput kolin sekeluarga ye

Moga jodoh kalian berkekalan sehingga ke syurga



Lokasi: dewan JPN Putrajaya

Monday, September 15, 2014

mesin jahit dari LAZADA

assalammualaikum

dah lama kolin mengidam mesin jahit
tapi tak lah yang besar tu kan sebab nak menjahit menda yang simple sahaja
macam langsir yang jahit lurus tu..
sarung bantal, tudung bla bla

so tengok LAZADA ada model mesin jahit
Jenama Global GSM 505
kolin terjah blog yang rekemen mesin jahit yang comel ini
macam menarik ajee...macam best aje

terjah laa LAZADA
macam dah abiss jerrr....macam tunggu re stock aje..

well..bawak bertenang..
2-3 hari lepas itu kolin terjah lagi
wahhahahhah..ada!!! terus klik beli beli beli
terusss bayar....dan u know wat...
i feel good!!


ini lah yang kolin order


inilah cara bungkusan semasa dihantar oleh LAZADA
gambar di bawah tu pulak menunjukkan mesin jahit ni sangat
ohsem sebab ada lampu OK

size yang sangat comel untuk penguna
mesin jahit yang mula bertapak..
ni kira untuk latih tubi lahh


ni kolin try untuk jahit lurus 


kalau tengok dalam gambar ini ada 8 jenis jahitan
tapi kolin lebih prefer yang jahit lurus
lepas ni boleh lah jahit langsir yang simple kan
jimat duit dan puas hati


bangga giler dapat beli mesin jahit ni..
besaq pukoq bak kata orang utara hihihiih

lagi lah seronok sebab hubby kolin belanja beli mesin jahit ini..
TQ hubby..love u mucho
ko hado???!!!





yang mengada nak menjahit

kolin