Sunday, August 31, 2014

Merdeka 57

Assalammualaikum

Hari ini hari lahir kolin ke 34 tahun
Istimewa rasanya lahir di tarikh yang super special ini
Extra mayonis plsss hehe

Saya anak merdeka yeay
Dob: 31 August 1980


Dan pada tarikh yang istimewa ini jua kolin menamatkan zaman bujang kolin. Semoga kami terus jatuh cinta hingga ke syurga.

Tarikh pernikahan: 31 Ogos 2004 till now
Its our jubli perak celebration!!! 10 tahun sudah..dan kami masih bercinta...
May Allah SWT bless us!!


Buat semua ucapan dari watsapp, sms, facebook, instagram, call
Tak terhingga terima kasih kepada kalian yang mendoakan kolin
I am soooo touched..

Kolin happy..
Kolin seronok...
Kolin bersyukur...
Kolin rasa best

Pendek kata...selamat menyambut kemerdekaan ke 57
Semoga Malaysia terus aman damai, makmur dan sejahtera selama lamanya....

Disini lahirnya sebuah cinta


Friday, August 29, 2014

manik jubah ungu - rindu awak 200%

Assalammualaikum

Haaa manik abg zill siap ok
Bertungkus lumus nak menyiapkan ni tau
Dengan jemputan beraya yang tak pernah putus

Kolin nak ucapkan ribuan terima kasih kepada
semua rakan taulan yang menjemput
Semoga dimurahkan rezeki yaa

Jum review manik jubah ungu yang lawa nih

terima kasih menempah yee..


 

Wednesday, August 27, 2014

throwback - the forbidden palace, beijing

assalammualaikum

kolin macam tak percaya akhirnya dapat jejak kaki kat sini
selama ini tengok dalam tv, filem dan gambar.
tak dapat dibayangkan pada masa ini kolin melihat sejarah lama negara china yang agung.
ukiran, warna dan senibina yang ada kat sini memang mengagumkan.

dengan penuh aksi tour guide kami bercerita....
sekejap aje berminat..lepas tu acara sawan gambar bermula




lihat saja aksi si eric ini..
pada mulanya eric ini sangat menyenangkan dan best
but ending of our holiday..buweekkk
eric tak best!!!


haa percaya tak ..kolin dah sentuh pun pintu ini
pintu yang ada dalam filem anak will smith berlakon tu..lupa tajuk eh!


pose again and again..
ramai lah pelancong masa tu..pelancong dalam negara mereka sendiri pun ada
tapi kat sini best..sebab kebanyakkan mereka mudah tersenyum


cantik kan warna bangunan ini..
my dream come true..

next destination kami akan ke taman larangan pula..
ohsem!!!...winter is going and spring is coming

bunga gardenia mula berkembang...i like.!!

adios

Friday, August 22, 2014

Malaysia Berkabung


Kisah mu sebuah kisah duka
Duka membawa hati yang lara
kami meratapi setiap gambar dan nama
Bersemadilah MH17

Kini semua pulang ke asal
pulang bagi megubati hati saudara
bersemadi lah jasad
pusara mu kini bertanda

airmata ini gugur lagi
sebar tak terperi
semoga terus kental wahai hati
menghadapi ujian Yang Esa ini

Malaysia Berkabung demi MH17
MH17 sentiasa di hati....


*salam takziah buat semua keluarga mangsa MH17
Al-fatihah

 

Thursday, August 21, 2014

memanik dress kuning

Assalammualaikum

Dress yang sangat cantik ni untuk anak dara cilik
Well kolin harap dia suka
Rezeki!!!




Wednesday, August 20, 2014

mia with her dress

assalammualaikum

ingat tak kolin pernah jahit manik dress lycra untuk anak kecil.
haa inilah mia tuan punya baju. Mama dia dah pakaikan dan mia 
sangat happy dengan lace kecil-kecil kat baju dia.
kemain anak dara cilik sekarang kan.

terima kasih mia sebab happy
auntie kolin pun happy..




Tuesday, August 19, 2014

sambal tempoyak daun kayu

Assalammualaikum

Lauk ni memang jadi kegemaran kolin sejak mengenalinya. Kali pertama kolin makan di rumah mak sedara di negeri sembilan. Yaa ampun, kolin tak pernah makan tempoyak, tapi sekali cuba nasi bertambah-tambah lah.

Kali ini sebabkan dah gian sangat kolin cari resipi dan cuba buat. Kredit kepada blog Dapur Tanpa Sempadan ini kolin berjaya merealisasikan lauk kegemaran kolin ini.

Sedap sangat ok! Bila post kat FB semua kata perlu dipekatkan sedikit. Well...usaha tangga kejayaan kan. This is my 1st time cooking it dan sedapppp!!!




Bahan-bahannya
1 cekak pucuk ubi, cuci dan toskan
5 helai daun kunyit muda
1/3 cawan isi petai
1 liter santan
1 keping asam gelugor
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 camca besar penuh tempoyak
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cawan cili padi kampung (cm campur hijau dan merah)
3/4 inci kunyit hidup
4 batang serai, hiris halus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi dan daun kunyit, dimayang halus seperti bunga rampai, petai dipotong dua setiap satu dan ikan bilis ditos, perah dan tumbuk kasar. Ketepikan
  2. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar halus, tempoyak, ikan bilis dan santan, kacau rata dan biar mendidih dengan api sederhana. Kacau hingga kelihatan pekar sedikit. Masukkan petai dan masak sekejap. Tambah daun pucuk ubi dan daun kunyit. Gaul rata.
  3. Masukkan asam gelugor, perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga pekat (seperti dalam gambar). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng......sedapp okehh!..
THANK YOU TO BLOG DAPUR TANPA SEMPADAN

Saturday, August 16, 2014

bunga manik tabur

Assalammualaikum

Rezeki kolin
Rezeki anak anak...syukur alhamdulillah
Rezeki Allah SWT bagi...

 


Friday, August 15, 2014

beraya bersama kengkawan

Assalammualaikum

Selepas bercuti panjang beraya kolin comeback to office dengan penuh semangat ok.
 For my 1st day...pose with friends yaa
pantang nampak orang pegang kamera!!
meh snap kan weiii...


Lepas tu lepas rindu dengan anak hayam cik khaty
bergambar di kaunter depan ditemani ketupat lelampu
beraya sangat aku kann..


Lepas tu lepas rindu ngan ex anak hayam cik farahain
sesekali dating dengan orang sepang nyah
havoc makan assam laksa pak ali ok!


Yang ini pula sufia..kawan mak hayam
sufia yang kunun jauh yang berada di uganda tu
payah betul nak jumpa dia


kolin akan cuba jumpa semua kawan-kawan sempena raya
mana yang ada buat open house tu jangan.lah segan nak jemput kolin hihi

Adios










Wednesday, August 13, 2014

Friday, August 8, 2014

throwback - hair do for raya

Assalammualaikum

Kalau dah namanye perempuan memang hari raya bersiap dari hujung rambut ke hujung kaki lah. Kolin memang suka ke salon dari dulu. Pantang free memang tempat tu kolin tuju.

Ini bukan pertama kali alisa join kolin



Haa macam dah besar sangat kan
Siap trimmed rambut dan wash dan blow
Meriah ko alisa!!

Inilah namanya
"Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi"


Thursday, August 7, 2014

manik beriben untuk alisa

Assalammualaikum

Baju raya alisa kolin serikan dengan riben hijau dan pearl
Memang sesuai dan comel untuk anak anak
Yang penting alisa happy





Wednesday, August 6, 2014

Tuesday, August 5, 2014

baju kuning lace terkois

Assalammualaikum

Sebelum raya tak sempat
Meh belanja gambo manik satu



Syukur rezeki masih ada
Terima kasih menempah

Monday, August 4, 2014

syawal 2014

Assalammualaikum

Haiiiiii.....kolin tahu dah syawal ke 8
Tapi kolin sekeluarga tetap ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin


Yang ini gambar last year
For this year...


Kami beraya di kg. Pauh Yan Kedah
Sayu ayah mertua tiada lagi
Untuk hilang rindu kolin
Mak kolin sekali dibawa beraya bersama yeay

Buat semua....again and again
Selamat hari raya♡♥♡♥