Monday, June 30, 2014

ramadhan tiba

Assalammualaikum

Dah masuk hari kedua kolin bersahur hari ini. Syukur imran dapat puasa penuh sehari. Sekarang tibanya masa kolin akan bersilat dalam kesesakan jalanraya untuk balik berbuka nanti...aduiiiii. memang tidak menyelerakan betul.

Buat pengunjung blog yang kolin sayammm...

Selamat menyambut ramadhan dari kolin sekeluarga
Semoga bulan ini membawa keberkatan pada anda dan saya sekeluarga. Ampuni salah silap sekiranya ada.

Tiap kali ramadan hati kolin sayu sangat
7 ramadan inilah adik kolin ateh pergi...
Bulan ini lah teringat arwah abah, arwah ayah mertua
Semua tinggal memori manis buat kolin
Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman
Amin


Saturday, June 28, 2014

baju manik riben

Assalammualaikum

Baju ni tuk raisa yang feeling princess elsa
Hanya kolin yang memahami my junior ok
Glam, fabulous and pretty our tagline hahaha
Mama intan jangan jeles yaaaa uuhuhuhuhu

For u my raisa...may u have a beautiful raya darl







Friday, June 27, 2014

rekreasi berkuda di taman tasik titiwangsa


Assalammualaikum

Dah lama kolin ngidam nak merasa naik kereta kuda, jadinya ahad lepas kolin ke taman tasik titiwangsa lah. Cuaca memang panas berdenting ko, tapi demi cita cita dan hasrat terpendam kolin redah juga.





Murah sangat kan. Masa kolin pergi tu siap ada pengantin ko...nak berfotoshot katanye. Tapi sebelum naik kolin dan anak anak pergi ziarah kuda ler dulu


Yang ini namanya seroja. Betina kut dan putih sangat, cuma masa nak pegang dia macam geli sikit hihihi


Yang ini namanya perantau..cute kan
Setiap kuda disini ada penjaga..god job DBKL

Dah selesai acara ramah tamah ngan kuda, kolin pun pergilah beli tiket. Memang ali imran dan alisa maisara excited gile nak naik kereta kuda ni.


Jum naik kereta kuda..yeay


Inilah kereta kuda



Best oo...syok pusing seround...
Boleh tengok pemandangan..gumbira



Kuda ku lari gagah berani....hoyehhh

Wednesday, June 25, 2014

knit handmade brooch

Assalammualaikum

Kali ni produk handmade...iaitu buatan tangan ok
Sangat authentic
Murah sangat sangat

RM10 for 2 pcs with normal postage
Jangan malu ok..meh order reramai
Color limited, first come..first serve

Syukur rezeki masih ada







Moh ramai ramai pakai brooch sulam ok...serius cantik dan lain dari yang lain. Untuk anak dan mak ok...



Tuesday, June 24, 2014

manik buat insyirah

Assalammualaikum

Baju untuk emak nya dah siap, yang ini untuk anak daranya pula. Semoga insyirah glam di pagi raya ye

Syukur rezeki masih ada..
4 helai to go...yeay





Monday, June 23, 2014

kuning

Assalammualaikum

Haaa tajuk propa sangat kan

Anyway kolin memang suka sangat kuning. Dari zaman sekolah till now, nampak aje kuning terus sebat. Baldi, gayung, bekas sabun, sikat, sarung bantal semua kolin bantai kuning.

Kali ini kolin nak share some of kuning collection hihi

Tempat: SACC Convention Centre
Masa: 10.00am

Saksikan kekuningan kolin


Beg:RM20 beli kat hatyai 3 ke 4 tahun lepas
Kasut: vincci RM25

I just love KUNING



Sunday, June 22, 2014

BER cameron highland 2 MINGGU BERTURUT

Assalammualaikum

Kolin memang suka sangat cameron highland
Suka sangat...dan masa cuti sekolah ni dua kali kolin pergi ziarah cameron. Pertama kali dengan kawan-kawan kolin dan kemudian dengan adik beradik sebelah suami. Biarlah dekat dan dalam negeri tapi we have so much fun..






Thursday, June 19, 2014

mesej hangat

Assalammualaikum

Copy from facebook
Syok..best...suka nak share



i totally ignore everything because i never miss our time together while we still friends.


I trust you...but u dont deserve it
Congrats on your lie


I am living my life happily
Surrounding with love by family and friends

What more i should complaint
I just love being me...


Tuesday, June 17, 2014

manik skandal

Assalamualaikum

Sesaja bagi nama kontroversi
Syukur masih ada rezeki huhu





Monday, June 16, 2014

THROWBACK~ Dataran Lang Langkawi

assalammualaikum

kalau ke pulau langkawi jangan lupa singgah di mercu tanda di pulau langkawi untuk acara foto hehehe...bergambar ler kata orang key ell. Tempat ini memang lapang dan selalu menjadi pusat acara di pulau ini. Tempat letak kereta agak susah pada masa kolin sampai sebab ada acara lumba basikal international so boleh tengok banyak mat saleh la. 

Terletak betul-betul tepi laut, patung burung helang ini memang gah sebagai lambang pulau lagenda ini. Ohsem...~


Masa ini lah nak bergambar satu family
tapi korang tau lah karenah anak-anak yang moody kalu berjalan-jalan ni


yang ni by ali imran..dah mulut aku terbuka cakap-cakap, so suruh
lagi sekali imran tangkap


huh..kali ini jahanam terus eh
hilang terus kepala mummy ko tangkap gambo imran oiii
last sekali aku suruh nenek aje lah eh..senang citer


akhirnya dapat juga lah gambar yang ok sikit..huh


giliran nenek pulak posing heheh


jangan lupa ke dataran lang langkawi ok..

adios

Friday, June 13, 2014

LAWATAN CIK KOLIN KE KILANG MAMEE MELAKA



48 hours sponsored post



Assalammualaikum 

Macam ‘dream come true’ apabila kolin diberi peluang untuk menyertai lawatan ke kilang Mamee yang terletak di Melaka.  Seawal jam 8.00 pagi kami semua berkumpul di Kilang Mamee yang terletak di Persiaran Subang Jaya untuk ditransitkan mengunakan dua bas ke Kilang Mamee di Melaka.  Meriah sangat!

 


Lebih kurang dua jam perjalanan kami sampai ke destinasi yang dituju iaitu Kilang Mamee yang terletak di Bandar Melaka. Acara bergambar adalah wajib bila dah sampai kan.
 

Mamee-Double Decker yang kini mempunyai rangkaian pembeli berjumlah 5.47 juta melalui data yang dikeluarkan oleh Kantar Worldpanel  baru –baru ini. Malahan Mamee-Double Decker produk  mi segera laris iaitu pembelian sebanyak 4.2 juta oleh penguna di semenanjung Malaysia. Jadi ianya memang produk yang dikenali ramai.

Kami seterusnya diberi taklimat sejarah dan produk yang ada di sini. Tayangan video juga ada untuk penerangan yang lebih jelas mengenai produk ini. Barulah kolin tahu yang mamee ini mempunyai banyak sangat produk. Ingatkan mamee monster snek dan mi segera saja. Rupanya ada juga minuman yang dikeluarkan oleh Mamee, contohnya: jenama Cheers dan Lite Yo.




Semasa sesi penerangan dilaksanakan, kami diberi peluang untuk melihat bagaimana kaedah traditional mi tarik di lakukan. Menurut kata pegawai penerangan, kaedah mi tarik ini digunakan untuk produk mereka Mamee Chef “lain daripada yang lain”. Dengan chef yang dijemput dari China membuat demontrasi untuk kami semua lihat bagaimana mi tarik itu dibuat.

Dan tak lupa juga photo booth yang disediakan oleh pihak mamee amatlah menarik sampaikan semua berebut-rebut ingin bergambar.




Begitulah cara mi tarik dilakukan. Sangat menarik dengan doh yang telah dibuat lebih awal dan akhirnya doh tersebut menjadi mee yang sangat enak. Itulah sebabnya Mamee-Double Decker telah berbelanja  sebanyak RM80 juta untuk menyediakan mesin membuat mi tarik ini. Ini semua bagi memberikan rasa sebenar kepada penguna kesedapan mee tarik seperti rasa La Mian mee yang terkenal di China. 


Selepas itu kami diberikan demontrasi cara masakan mi kari laksa keluaran terbaru oleh Mamee-Double Decker.





Aroma yang begitu menyelerakan memang tidak dapat disangkal yang Mamee Chef Kari Laksa ini yang di iktiraf diantara sepuluh yang terbaik bagi kategori Mi Segera di dunia untuk tahun 2014 oleh www.theramenrater.com.  Mamee juga memenangi Putra Brand Awards Recipient 2014 under Food Stuff Category dan Frost and Sullivan Malaysia Excellence Awards Recipient bagi dua tahun berturut-turut. 

Produk Mamee Chef mi segera ini disediakan dalam 3 citarasa. Ada Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai, Perisa Laksa Kari dan Perisa Ayam Pedas Shitake yang mana kesemua produk ini mengunakan kaedah mi tarik. Untuk semua citarasa ini, Mamee- Double Decker telah berkerjasama dengan Dato’ Chef Ismail untuk memastikan semua rasa mi segera yang dihasilkan memenuhi citarasa sebenar.
Malahan semua paket mi segera mempunyai berbagai makanan sampingan berlauk seperti udang, sayur-sayuran, cendawan dan tofu. Yang penting seperti isu yang sangat hangat sekarang, Mamee- Double Decker memastikan produk yang dihasilkan memenuhi standard halal yang dikehendaki dengan memastikan kualiti dan kebersihan keberhasilan produk.

Selesai sesi penerangan, kami semua dibawa melawat ke kilang mamee bagi menyaksikan sendiri bagaimana mi segera dan produk lain dihasilkan. Ruang kilang yang sangat bersih dan luas ini memberi gambaran bahawa mamee benar-benar mementingkan kualiti produk.




 
Selesai ronda-ronda kilang, kami terus dibawa ke ruang makan untuk makan tengahari. Kali ini makanan kami dibawakan oleh Mamee Jonker House. Ada nasi ayam Hainan yang sangat istimewa dalam bentuk bola kecil, satay, kek dan air dari produk cheers.  Kami juga diberi rasa produk Mamee Chef yang terbaru iaitu Mamee Chef Kari Laksa.







Selesai makan tengahari, kami semua diberikan buah tangan untuk dibawa pulang dan lebih istimewa disertai dengan kad ucapan ini.




Selesai melawat kilang mamee, kami dibawa pula ke Mamee Jonker House yang terletak di Jonker Street Bandaraya Melaka.  Sampai sahaja disana kami disambut oleh patung yang sangat comel dihadapan pintu masuk.




Comel sangat kan! Di sini ada jualan produk mamee dan juga restoran yang menyajikan masakan oleh produk mamee. Di sini kami berpeluang untuk mewarna sendiri cup mamee mi segera kami sendiri dan memilih makanan sampingan yang kami ingini. Jum mewarna!!

 


Ini lah masanya kolin menunjuk bakat mewarna yang terpendam ok. Seronok sangat aktiviti yang disediakan oleh pihak Mamee Jonker House. Lepas dah mewarna masa untuk selfie pula.


Ohhh my Mamee…


Di Mamee Jonker House juga ada jualan barangan yang kita boleh beli di Jonker Street.  Harganya pula berpatutan dan yang penting banyak pilihan.


 
 

So siapa kata produk mamee ini tak best? Buktinya semua best dan kolin dah pergi tengok sendiri bagaimana produk ini dihasilkan. So jangan lupa dapatkan produk Mamee-Double Decker anda sendiri di pasaran okay. Jangan lupa like page fb MameeChef ok... www.facebook.com/MAMEEchef.

Khidmat pesanan masyarakat Mamee- Double Decker dibawakan oleh alialisakreatif.blogspot.com