Wednesday, May 28, 2014

manik bunga jurai

Assalammualaikum

Rezeki manik dari tailor kolin
Customer kak mun request manik kali ini

Rezeki buat kolin
Syukur alhamdulillah kerana sudi menempah



Semoga berpuas hati yeeee


Tuesday, May 27, 2014

terminal seafood, gombak

Assalammualaikum

Kolin dah pergi 2 kali sebelum update ni
Seronoknya bukan apa...all you can eat katanya
Ada grill, stim dan stimbot
Kuahnya pula boleh dipilih sup ayam atau tomyam

Serba serbi ada....bebola yong tau foo, sayur sayuran, seafood, daging, ayam, kek, kerabu dan banyak lagilah
Ada yang bole masuk dalam stimbot dan ada yang siap marinated untuk digrill. Kambing grill sedap sangat

Buah buahan ada, aiskrim, jelly, puding, kek
Memang pada kolin ok sangat lah
Dewasa RM39 seorang dan kanak kanak RM19
Tapi lisa tak caj sebab umur 5 tahun
Lagipun cik kak tu bukan makan sangat pun

Kolin suka makan kat sini sebab imran enjoy masak
Dia akan ambil apa nak makan
Masak sendiri!

Untuk stim pula kita akan diberi pilihan 1 ikan dan boleh pilih 6 cara masakan. Sweet sour, halia, asam pedas, masak taucu pun bole. Terpulang pada kita nak makan apa. Ownernya pula ramah tamah. Lagi tambah selesa lah kami makan


Dapur yang 3 in 1 ini best sangat..


Antara yang kolin cuba malam tu. Ada juga siput yang pelik kolin try. Berbaloi baloi


Keadaan dalam restoran yang agak cosy walaupun tak besar.


Antara pilihan yang ada..boleh tahan lah


Teruja tak..


Ali imran yang sangat seronok dapat makan aiskrim.

Well kalau dah terliur
Sila lah singgah di Terminal Seafood, Jalan Gombak

Selamat kekenyangan uollss....






Monday, May 26, 2014

manik bunga bunga

Assalammualaikum

Kali ni manik untuk anak jiran kolin
Sebelum ini buat untuk ibunya pergi kenduri
Dah anak daranya bising pulak
Takkan umi saja nak cantik

So kolin pun jahit untuk kak nurul 
Manik bunga bunga as per request
Terima kasih menempah



Friday, May 23, 2014

manik baju purple

Assalmmualaikum

Baju kawan milah
Terima kasih banyak-banyak sudi menempah
Baju sulam kolin just tambah sequin, manik and pearl

Yeay...rezeki anak-anak



Thursday, May 22, 2014

selamat pegantin baru norizah

Assalammualaikum

Terima kasih menjemput kolin sekeluarga
Sangat meriah dan semua hidangan sedap belaka

Buat izah dan suami
Selamat pengantin baru....xoxo
Semoga berkekalan sehingga hujung nyawa




Wednesday, May 21, 2014

trio cupcake maker

Assalammualaikum

Inilah tangkapan kolin di groupon
Lama gak tunggu postage nak sampai...rasa berzaman

Tapi bila dah dapat benda ni memang mengujakan
Masak cup cake in 5 minutes..amazing kan
Amat sesuai tuk aku yang rajin ni kan...
Menangis kunyah tudung kak intan tengok aku buat cupcake hihihi...jum review


Disebabkan aku rajin kan aku ngelat beli tepung ready mix aje. Masuk majerin, telur dan susu full krim tu
Kacau pakai whisk jer...hand mixer dah rosak kan
Sok bonus aku beli baru hahaha
kacau dan kacau terus siap weiii



Dah siap now jum kita buat cup cake


Comel tak cup cake maker ni


Belen susu imran settle...
kerlas tak



On kan plug selepas tuang 3/4 bancuhan kek tadi. Tunggu

sampai lampu hijau tu padam. Dan kek pun siap yeay..


Mudah dan simple sangat
berpuluh cupcake dalam masa sejam
anak kolin sangat gembira ok
masa ni lah kolin tunjuk skill ok
hebat tak mamy


Best sangat trio cupcake maker ni
lepas ni boleh aku wat selalu
raya ni bagi sentap
susun cupcake RV satu meja gitu huh

adios


Tuesday, May 20, 2014

sequin shawl

Assalammualaikum

Yang ni request dari kawan
Selendang sifon kosong di perincikan dengan sequin

Dah siap pun...moga dia suka



sekiranya ada yang ingin membuat tempahan seperti ini
sila lah email collin3108@yahoo.com

let me customize your sequin shawl yaa!!

Syukran..

Monday, May 19, 2014

Beijing Part 4

assalammualaikum

Disebabkan kami dah lunch awal tadi so tempat pertama yang dibawa oleh Eric ialah 
Tian An Men Square. Inilah tempat paling penting di dalam Beijing. Tempat ini memang dikawal rapi. Standard Dataran Merdeka di KL, cuma sini memang dikawal rapi dengan askar 24 jam. Mereka akan berdiri tegak, sambil kepala dipusing 180 darjah ke kiri dan kanan. Memang menakjubkan..




masa ini angin hanya sepoi sepoi sahaja tak lah sejuk sangat
yang paling best kolin dapat tengok cherry blossom yang real baru berkembang..
lawa sangat..i feel soooo blessed


lawa sangat kan...ini lah cherry blossom
di Beijing buat masa ini sudah start musim bunga

next....forbidden city

 
selesai kami bergambar di Tian An Men Square
tiba masanya ke Forbidden City 
Melihat keajaiban Istana Lama China yang penuh dengan adat resam

Satu cerita yang sangat menyayat hati terus menghantui fikiran kolin..
well..sejarah silam China yang agak kejam 

to be continued.....

Wednesday, May 14, 2014

templer park rawang

Assalamualaikum

Takde air...catuan..
Well kami terus bersiap breakfast di luar..
makan di selayang sebelah mps..nasi lemak bukit katanya..
Food review...3 point from 5 point hihi

selepas tu terus ke templer park...mandiiiii


Air paras dada itik ko..jadilah dari takde
alang dah mai terjun tiruk aje lah


Selain dari kami sekeluarga ada juga orang lain datang berkelah. Maklumlah tempat ini dekat dan yang bagusnya tiada sesen pun bayaran dikenakan. Tempat yang bersih dan parking kereta yang luas. 


Bestlah jugak sungai ini..sesekali back to the nature


Inilah kerja anak beranak ini..ntah apa yang diborak. Dah siap mandi, hari pun dah tengahari. Jum lah cari lunch...

laparr..grrr


♡♥be yourself, no copycat please♡♥


Tuesday, May 13, 2014

baju tampal lace lagi

Assalammualaikum

Baju jiran...baby blue with white lace
Rezeki anak anak....

Dan dia suka sangat yeay