Tuesday, February 25, 2014

ternakan baru

assalammualaikum

sebelum ini anak-anak kolin memang rajin sangat membela hamster 
minta kucing dah banyak kali kolin tak bagi 'approval' sebab rasanya susah nak bela bila tinggal di 'rumah burung' kan. Lagi satu nak travel ke mana-mana pun susah teringatkan binatang peliharaan.

nak dijadikan cerita hubby kolin memang minat sangat dengan 'sugarglider' ataupun tupai terbang. Mahal oo..duk usha kat uptown danau kota tu..RM150 untuk anak yang kecil tu..
ntah mana datang rezeki hari tu, hubby bawak balik ' sugarglider'.
katanya dia ambil 'sugarglider' tu masa hampir dimakan oleh kucing.

masa aku dengar cerita tu kan..macam samarinda TV3 tu pun ada
konpius aje eh..ko p tangkap 'tupai terbang' tu. 
tapi tak leh nak ngata jugak hubby tu sebab he is a real kampung boy...

so kami pun bela lah until now
makan buah..nangka paling suka ler..
paling aku tak tahan..dia makan cengkerikkkkkkkk
adoii..

so introducing to uoolsss 'si poket'



'you are not my enemy or my friends
you are just someone that i know'

Saturday, February 22, 2014

Pantai Batu Layar, Kota Tinggi Johor

assalammualaikum

kolin berkesempatan singgah untuk mandi manda di salah satu pantai di daerah kota tinggi ini. buat pengetahuan uoolss...tempat ini dekat sangat dengan Desaru Beach tu
sebelum itu kami ke tanjung balau tapi bendera merah dinaikkan sebab ombak dan angin sangat kuat pada masa tu.Tapi di pantai batu layar, keadaan nya bergelora juga. Cuma tidak terlalu teruk macam di tanjung balau. Apa lagi anak-anak semua kesukaan lah 
dapat mandi laut kannnn


betapa gembiranya hubby, anak dan anak-anak sedara kolin main bola tepi pantai..
masa ini lah yang paling membahagiakan kolin
sebahagian dari kami berkumpul...


moment gembira dari ali imran yang jarang-jarang kolin dapat capture..
gembira sungguh dia kan...


Alisa dan ayuni by the beach


Ezani yg 1st time mandi laut...berani sangat dia


Seronok sangat kami petang tu
Tak mungkin kolin lupakan hari ini
I love my family soooo much ♡♥♡♥♡♥♡♥


Wednesday, February 19, 2014

Saturday, February 15, 2014

jubah

assalammualaikum

daripada kolin duk cerita pasal orang yang tak mendatangkan faedah tu baik kolin cerita pasal diri sendiri. Puas hati beb!!..terkesima dapat berita dari kawan masih ada lagi yang suka update status maki hamun orang. Tak perasan kut perangai begitu di alam siber menunjukkan betapa 'murah' diri kita. So Chill and act Fabulous macam Fazura ok..baru lawa...

anyway...jubah hitam ni kolin beli dari hawa. Hawa tu adik Sufia yang belajar dentist kat Alex Cairo Mesir sana tu. So kolin nak cerita yang jubah hitam kolin ni dari oversea ok. Ko mampu?!..
duit sendiri tu..tak minta duit orang pun...
i can afford it!! huh

kolin snap gambar dan sent pada hawa
nak tunjuk lah yang jubah hitam dia belikan ini sangat-sangat cantik dan selesa ok..
terima kasih hawa..lain kali nak balik Malaysia jangan lupa tanya kiriman i ok...

love this jubah soooo much!!

 feeling-feeling model..
lokasi dataran shah alam

 haa ko tengok aku pueh juih juih mulut suh fotograper nangkap gambo kami oii

tapi hawa..serius..jubah ini sangat lawa!!


Thursday, February 13, 2014

Doa buat Syria...

assalammualaikum

Di saat kita di Malaysia ni sibuk huru hara dengan gossip murah politik
tengok lah sedara kita kat luar sana
Malaysia yang memang dah aman ni pun ramai tak puas hati lagi
memang semua parti ada korupsi, tapi bersyukur lah bumi Malaysia ini 
bumi bertuah..jangan lah ada pertumpahan darah atau perkelahian yang membawa darurat
kepada generasi muda..

gambar ini melihat seorang anak yang terpaksa menagih susu dari seekor anjing
kesian sangat...
syahdu lihat gambar ini..bersamalah kita berdoa agar semua sedara mara kita selamat dunia akhirat


Friday, February 7, 2014

Belangkas

assalammualaikum

kunjungan kolin ke kota tinggi raya CNY tu adalah rezeki nak merasa belangkas
sebenarnya dari dulu nak try makan belangkas ni ..
nasib kolin baik masa ni sebab musim belangkas ada

dari bandar mas ke jeti tanjung belungkor kami pergi mengambil belangkas
dari jeti tu ada satu sungai memisah kampung nelayan itu, kene naik bot teksi untuk ke seberang. 
tapi kami hanya melepak minum teh tarik sambil menunggu saudara abang ipar hantar belangkas untuk kami rasa. Buat saudara abang lani..terima kasih sangat-sangat ..sampai seguni ko bagi..
syukur alhamdulillah sangat..

 inilah belangkas

 yang hijau hijau tu lah telur belangkas

ali imran yang memberanikan diri memegang belangkas

masa tengah sibuk menyiang belangkas ni anak aku si ali imran siap kata nak bela
aduiii..siap mandikan belangkas tu dalam bilik air..
dia ni memang suka sangat dengan binatang..abis semua nak dibela nyer..

belangkas tu dimasak sambal serai oleh abang ipar kolin..
dan rasa telur hijau tu kelat ler..tak manis
ada bahagian isi-isi belangkas tu rasa macam ketam
so itulah kali pertama kolin makan belangkas hehehe

kata orang kat kota tinggi ni ada satu restoran tepi jalan terkenal menyajikan makanan ini..
satu hari nanti kolin nak pergi try..mana tau sedap kalau dimasak cara lain kan..

sampai sekarang tak faham orang kata ...
"korang berdua ni rapat macam belangkas"...motipppp


Wednesday, February 5, 2014

manik lintang untuk baju pink

Assalammualaikum

Haaa ntah apa tajuk aku letak punya lah mengarut
Baju ni milik kawan sepupu kolin, mulanya baju ni memang dah ade manik yang sangat lawa di bahagian tangan
Tapi tuan punya baju minta kolin meriahkan bahagian badan juga. Job ini kolin sapu gak, rezeki beb hihi


Bahagian lengan tu dijahit oleh orang seremban memang lawa dan kemas. Kolin suka sgt..anyway harap kawan tu suka jua

Terima kasih bm sudi share gambar ngan kolin



Rezeki sangat.....terima kasih banyak banyak

Tuesday, February 4, 2014

half moon for tunang

Assalammualikum

Selendang double layer ini diserahkan pada kolin untuk ditambah detail bagi efek sweet untuk majlis pertunangan. Semoga berpuas hati
Terima kasih tak jemu jemu menempah dari kolin
Syukur alhamdulillah