Saturday, September 28, 2013

manik baju pengantin

Assalammualaikum

alhamdulillah siap juga akhirnya baju ni
terima kasih pada azreena yang sudi menempah manik dari kolin


Siap dengan veil


Syukur alhamdulillah
6 more pieces to go woot woot

Thursday, September 19, 2013

trip to batu pahat

Assalammmualaikum

Cuti panjang kan..sabtu, ahad dan isnin sempena Hari Malaysia
Kolin rasa tak terlambat nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia buat semua.
Semoga Malaysia senantiasa aman dan makmur tiada huru-hara

Kolin sekeluarga manfaatkan cuti ini balik ke kampung arwah abah kolin yang terletak di Kampung Peserai Batu Pahat, Johor. Di samping memenuhi undangan perkhawinan sepupu kolin, trip ini juga trip melawat kubur abah. Lama dah rasanya kami tidak ziarah kubur arwah abah

kenduri sepupu kolin diadakan pada malam 14 september 2013
masa ini lah kami beramai-ramai berkumpul. Rindu suasana balik kampung dulu, masa tu arwah abah lah yang menyatukan kami. Merapatkan silaturrahim kami sepupu sedara mara semua. Alhamdulillah silaturrahim masih terjalin mesra. Semoga pihak yang bertandang selesa dengan yang kami sajikan. Bagi kolin..ini lah masa lepas dendam makan telur pindang hahaha
Selesai acara semua kolin balik rumah sebab nak tengok bola
Syukur Malaysia menang 3 - 0 menentang Myammar..Menang bergaya kita..heheh

Keesokkan harinya ahad, seperti yang di idamkan kami semua ke Jambatan menghala ke Bandar Penggaram untuk menikmati nasi kandar. Memang sedap lah! Kalau sesiapa ke sini harus cuba nasi briyani Mohd Shah ini. Tak rugi!!..


Briyani Mohd Shah terbaik dari ladang!!


Pilihan suami kolin hari ini adalah nasi briyani daging. Selalu nya kami memilih lauk kambing. Tapi disebabkan kenduri malam tadi dah belasah kambing. Jadinya kami ambil daging. Sedap sangat, hilang rindu makan nasi briyani


Sambil-sambil itu kami makan buah dukong yang sangat manis. Hanya RM10 untuk 3 kilo.
Murah kan!


Menu kami~


Inilah model medan selera heheheh..alisa maisara

Selesai makan tengahari..cuaca yang redup mengiringi ziarah kami ke pusara abah.
Kubur dah berpuluh tahun, kali ini kami ziarahi lagi.
Rindu pada abah tak dapat kolin nak bayangkan..kehilangan abah semenjak umur 15 tahun banyak mengajar erti tabah dan hidup pada kolin. 
Abah dipinjamkan kepada kolin sekejap aje, dan kenangan bersama arwah abah, alang tak akan lupa sampai bila-bila.

Doa alang, semoga abah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman
ditempatkan di dalam syurga

Al - fatihah untuk abah...



Berakhir lah trip kolin ke batu pahat..
semoga kolin berpeluang ke sini lagi..

 

Saturday, September 14, 2013

sepetang bersama lisa dan cik anis

assalammualaikum

hujung minggu yang lalu, huda dengan anis berbesar hati datang bertandang ke rumah kolin.
huda nak siput masak lemak cili api, tapi memasing tak tahan kepedasan hahah

nak dijadikan anak perempuan aku yang makin membesar ini sangat lah pandai guna tab
tuk tangkap gambar
aduhai siap pakai self timer camera lagi tau nak bergambar
bermacam-macam aksi. Tuk anis terima kasih lah sudi melayan lisa yang super gedik tu kan.

Kita sambung di Langkawi ye..
yahooo!!!











Friday, September 13, 2013

huda birthday luncheon

Assalammualaikum


Selamat ulangtahun kelahiran huda!!
well lunch yang tak dirancang sangat pun menjadi
baru perasan today hari jadi huda..demi menjimatkan masa kolin menempah meja
di tea pot deli di SACC Mall Shah Alam yang sangat cosy itu

Al maklum huda pun tak pernah makan kat sini
so kita treat dia birthday lunch!!


 Victoria sandwich cake yang kami pesan tuk birthday huda kali ini
boring lah cake ada icing aje kan..so we order warm cake
home made cake yang super sedap..
anyway di Tea Pot Deli ni banyak pilihan menu yang sedap belaka
Kolin dan Sufia pun nyanyi lah lagu 'happy birthday to u huda'


Bergambar bersama sufia yang makin hari makin lawa
pakai susuk berlian ye ko sufia
*sila abaikan juon di belakang tu ye


Sementara menanti kehadiran si milah kami bertiga snap ler gambar sendiri dan rupanya huru hara
dah macam juling aku ni hah..mana camera pun tak tahu hahah


Nyummm..ini lah chicken kiev pilihan birthday girl kita kali ini
rasanya..ko tanya laa huda ye..


Beef lasagna yang super sedap sangat
dan kolin makan beef pie..lupa nak snap gambar
tapi worth it to try

kata sufia kat sini fish pie dia terbaik
so next time kita cuba menu tu pulak ye..

last but not least!!!

HAPPY BIRTHDAY HUDA...woot woot

Wednesday, September 11, 2013

puspanita selangor open house 2013

Assalammualaikum

Syawal dah nak abis pun
so ini lah open house terakhir kolin, seronok kalau ke sini sebab dapat jumpa kawan-kawan
dan boleh berkenalan dengan kawan baru.
Masa ini lah nak tengok ramai datin-datin, puan sri dan orang orang atasan bersama beramah
mesra dan of course kolin tak lepaskan peluang hehehe

PUSPANITA ini adalah persatuan untuk orang orang gomen
so ada sesiapa suami yang orang gomen boleh juga kalu nak join
saja-saja kita beraktiviti kann..macam-macam aktiviti tau..
 


Banyak gerai-gerai makanan yang disediakan
bersedia dengan acara mengembungkan perut yang ada heheh



sambil berjalan cari makan tu
sempat lah jumpa kawan-kawan, cium pipi peluk bagai
dan kolin juga jumpa puan azizah my ex-boss
rindu sangat dia..she is so motherly
tak lupa juga puan siti munirah...
love both of them!!

ini lah aktiviti bergambar sebelum dapat makan
duk depan tab..snap ler sendiri
huru-hara semua gambar jadinya


majlis puspanita kali ini dimeriahkan lagi dengan lagu-lagu dendangan aishah
sayu hati dengar lagu 'pulang lah' tu..
nasib baik kolin ni kampung dekat sangat
Kampung Dato Harun heheheh

Selesai sudah open house
jum balik office nak telentang jap

adios

Tuesday, September 10, 2013

Full House at Setia City Mall, Shah Alam

Assalammualaikum

kali ini kolin JJCM dengan BFF iaitu cikgu milah hehehe
kolin dah lama teringin nak makan kat full house ini. 
bukan sebab makanan ke apa tau, sebab dekorasi dalaman yang sangat cosy.
so bila lalu full house di setia city mall ni macam dream come true lah



Cosy sangat-sangat dan terasa korea ok
lagu full house non stop dimainkan dan sangat tenang mungkin sebab tak ramai orang kut
dekorasi yang memang lawa!!

Lawa kan..
nak amek almari tu bawak balik bole??


 
ini yang kolin order untuk try set lunch di full house
dori fish bla bla something ntah apa aku tak ingat
tapi memang sedap sangat..sos yang warna hijau dan putih tu nyum nyum
atas tu ada cendawan, ikan, sayur dan last sekali kentang
memang sedap.
set ini dihidangkan sekali bersama ice lemon tea dan mushroom sup
ok bab mushroom soup tu harus cuba. sangat pekat dan mungkin ini yang korea sangat.
kolin tak pernah rasa sup macam nih..tapi bagi 5 bintang tuk rasa korea ini



yang ini pula milah punya pilihan
sandwich kan..besar kan
dalam tu ikan salmon dan sedap!!..sayur sangat fresh..
baloi makan kat sini!!

sebelum balik kolin nak masuk ladies room
haa..pantang lah aku kan kalu nampak cermin besar-besar
mula lah nak posing..yang best si BFF pun sama
hahahhaha..milah you are the best!!


senyum milah!!..
u look nice in orange tau..


so kepada sesiapa yang belum try menu kat full house yang cosy itu
sila lah cuba ok!! tak rugi..for me soo korea..so nice ..so sedap
harga kami makan hari ini untuk 2 orang sekitar RM45.00


i'm lovin it~

Monday, September 9, 2013

warna warni aidilfitri 2013

Assalammualaikum

syawal pun dah berlalu, baru kolin nak update pasal raya.
Tahun ini bertempat di Quality Hotel Shah Alam, jam 9.00
pagi masing-masing dah ready tuk makan besar.
tapi kalu nak dibandingkan tahun lepas masa di Concorde Hotel Shah Alam makanan
yang disediakan much more better lah.
more spread ..more choice..

masih dalam mood berhari raya, kami semua lengkap berpakaian raya lah. Kolin pun sama juga melaram lah, lagi pun lace yang kolin gayakan dihadiahkan oleh kawan-kawan sepejabat. Masa ini lan nak tunjuk yang kolin really appreciated the gift. Thank you so much girls! its all away from Bandung Indonesia..appreciated this..
 I know u are reading this hihihi


Posing yang tak berkesudahan...pandang nampak kamera
kolin pose aje..


Kolin bergambar bersama budak praktikal dari uitm
Untung dema merasa makan besar tau.
Panjang umur kita jumpa lagi..


ok dari atas sebelah kanan tu baju cokelat pakai spek mata..masih bujang
so sesiapa nak proposed masuk boleh lah kolin jadi agen
kriteria: nak macam tiz zaqyah ye..hahhaha

kiri atas..taken
baju oren cik lan..taken
dan si baju hijau also taken..
so semua TAKEN..tau..
sold out!




dan kami bertiga juga TAKEN
SOLD OUT!
selalu berempat ..tapi bertiga lebih hot katanya..


Terima kasih kepada pihak kelab sukan yang berjaya menganjurkan majlis ini
tak sempat kolin snap gambar makanan hahahha

anyway i have so much fun on that day!!
Selamat Hari Raya uuollsss ~

pancing udang galah

Assalammualaikum

hubby kolin suka sangat memancing udang bila free.
mancing udang galah ini tidak susah pun, senang gile dan best giler.
ko tak yah susah-susah nak tarik pancing macam apa. Bila terasa sentap aje berat sikit batang pancing tu, tarik aje..gerenti ada udang sangkut.

Dedulu kolin selalu memancing di sentul tu. Tapi sekarang macam dah terasa mahal sikit kat situ. berubah pulak kat bukit dukong kajang dekat ngan tol tu. Pusat Memancing Tuah, kolam tak lah besar sangat. Biasa lah Melayu punye pun..ok lah jugak
cuma kekadang makcik yang jaga tu tak reti tambah udang bila orang dah ramai..cehh..


Anak- anak kolin excited giler masa hubby tunjuk udang yang berjaya ditangkap besar sangat.
Imran dan alisa berjoget-joget nampak udang besar tu.


Siap posing macam macam ngan udang besar tu. Memang pening lah nanti bila nak masak kan.
Bebudak paling seronok bila dapat udang, sebab mereka memang hantu udang

So pada sabtu untuk makan tengahari kolin pun masak lah
masak lemak cili api udang campur buah kelong.
Korang mesti pelikkan, buah ni selalu dimasak masakan kari.
tapi ada aku kesah, aku memang suka buah kelong ini, dari kecik mak kolin dah ajar makan
anyway sedap aje weh hahah..terima kasih nana dan ary bagi masa kami beraya rumah dia di bandar baru salak tinggi yang lalu.

Siap masak!!
kolin campur lah ngan udang lain sikit
sebab udah galah yang dapat hanya 6 ekor aje.
tu pun satu aje yang besar..jadi lah daripada takde kan..heheh

terima kasih papa pergi mancing!!

udang masak lemak cili api den memang podehh
sorry ye anis dan huda yang datang weekend hari tu tuk siput sedut lemak cili api
aku memang suka pedas-pedas sikit. tak sangka korang tak tahan
memasing mulut kebas hahahha

lenkali kalu nak merasa kolin masak lagi
sila lah ke rumah..
jangan segan dong

adios

pertandingan bunga api kebangsaan di putrajaya

Assalammualaikum

30 ogos malam, kami sekeluarga ke putrajaya tuk saksikan bunga api. Kalau ikut penerangan yang ada malam ni Malaysia yang mulakan. Jom ke putrajaya. Kolin sekeluarga sampai ke putrajaya dalam jam 11.45 malam dan terus lepak di kawasan taman. Jalan memang penuh sesak dengan orang ramai. Tapi inilah kemeriahan sambutan ambang merdeka!

Lebih kurang jam 12.15 malam, keboom boom..... yeay



Best nya masa ini..semua bersorak tau..
banyak juga motif bunga api yang tak pernah kolin saksikan
best giler

tetapi lepas tu kolin dapat tau bunga api ini berirama
rugi tak pergi dekat dengan marina maritim putrajaya.

so pada malam 31 ogos kami pergi lagi tuk saksikan
bunga api dari negara korea
memang owesome!!!

so jangan lupa tuk saksikan bunga api
lagi pada
13 sept france
14 sept china
15 sept amerika syarikat
2 oktober emirates

pastikan jangan terlepas peluang pengalaman mengujakan ini
rugi tak pergi tau

adios






Friday, September 6, 2013

surprise party

Assalammualaikum


balik jumaat petang tu dengan jem di nkve dan hujan leba terus terubat dengan surprise party dari suami dan anak-anak. Cheese cake yang comel ini jadi tanda kelahiran kolin dan ulangtahun perkhawinan kami dirai. Seronok sebab anak dah besar, dah pandai nyanyi lagu 'happy birthday'.
 Best giler




Kek ini sangat istimewa siap ade roti ala ala capati dan kuah tuk cicah. Memang kenyang lah kan. Makan kek plus roti hihih
Hubby kolin kata dia beli kat kedai arab mana ntah hehehe

Present for him

Wallet by michael kors 

Selesai acara sambutan kami terus bersiap untuk majlis sambutan ambang kemerdekaan yeay
moh kita pergi putrajaya tengok perunjukan bunga api 


dan ini gambar kami pada 2004 dulu

Semoga pernikahan ini direstui dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. amin

doakan kami ye...


Thursday, September 5, 2013

status

assalammualaikum

entri kali ini adalah pasal kolin..
kolin sahaja..tiada kene mengena hidup dan mati..
semata mata kerana kolin


update status sana sini..
sana sini semua ada status
name it ..facebook, whatsapp, BBM, WeChat etc

pernah tak terfikir kalau kita nak update menyakiti
POYO kan kolin..sangat POYO
kenapa nak berkawan ngan orang POYO?

from google

poyo sangat aku kan..hahahhaha
ini semua poyo...

SO NAK UPDATE APA STATUS LEPAS INI?

kolin maafkan semua nya
kolin halalkan segala galanya..

syukur..


ikhlas

kolin yang POYO 

Wednesday, September 4, 2013

my pre birthday lunch

Assalammualaikum

sebenarnya lunch ini bukan untuk kolin sangat pun. Since huda dah kempunan nak makan masak lemak ketam air tangan sufia itu yang kami berkumpul. So hari jumaat rehat yang panjang jadi saksi kerakusan kami hahaha

Lunch yang sangat sedap ok! Sedap sebab makan dengan kawan, sahabat, teman bla bla bla. Anyway kami dah pesan kat sufia yang jangan masak banyak sebab kami bukan ramai pun. So yang siap ialah masak lemak ketam dan kerabu kacang botol yang sangat sedap. Dan first time kolin rasa ungkep ayam masakan jawa yang huda bawa. Best sangat...dan kolin beli air coke aje hehehe.
Nak tau sebab apa?
 Sebab kolin namakan parti kami ini coke & cigar party hihihihi. Cool huh


Ini lauk pauk rezeki kami tengahari tu. Sedap giler
Itu yang sengaja pakai baju besar dan longgar hihihi perut stokin lah katanya. Selagi boleh disumbat, selesai makan siap ade dessert ais krim lagi tau.

Selesai makan tu, sufia beriya-iya nak promosi kicap buatan Malaysia. KICAP MUDIM yang dibelinya sekotak. So kami ni dapat lah sorang satu. Tuk kolin..anggap saja ini hadiah pre birthday dari sufia hahahah

Muka sawan dapat kicap mudim
Dalam kami bersiap-siap untuk masuk kerja balik sempat lah snap a few pictures. Seronok sangat gelak tak berhenti-henti. Thank you guys for making my day. It is a very hilarious pre birthday lunch




Dan gambar di bawah dua hadiah yang kolin dapat kicap mudim, loreal lip gloss dari milah
dan huda..terima kasih masak ungkep ayam yeee
super nice!!

Thank you so much friend *smile*










i got this on my birthday..yeay






Monday, September 2, 2013

manik manik

Assalammualaikum

kolin banyak tak update manik manik terbaru yang kolin jahit. Kali ni kolin nak update sekaligus semua kerja manik yang dah kolin buat tapi tertangguh nak share. Alhamdulillah rezeki manik dari kawan kawan tak pernah putus. Syukur...

Walaupun tak sehandal mana hasil manik kolin. Tapi  tetap ada tempahan. Kepada yang terus bagi sokongan terima kasih banyak banyak ye


 Baju purple ni milik azreena. Dah lama dia hantar tapi disebabkan dia tak urgent nak pakai baju ni. Dari sebelum puasa kolin hold semalam baru siap heheheh


Yang ini baju anak mimi, kolin cuma beli lace lawan warna baju dan tampal dengan manik. Syukur anak beranak suka yeay

untuk baju mimi pulak ada sedikit detail di bahagian badannya


Selesai dah 2 baju ni syukur alhamdulillah


Yang ini pula baju alisa maisara tuk raya lalu.
saja kolin buat fesyen macam tu. Alisa suka sangat, syukur


Yang ini pula baju raya kolin, saja buat bahagian tangan dan bahu sahaja. Feeling retis gitu hahaha



Inilah tudung sifon syria kolin custom made tuk baju sendiri. Happy giler sebab baju i adalah 'one piece' sebab design sendiri semua kan. Seronok..

Buat masa ini, ini ajelah kolin boleh share. Ada lagi ni tapi saja gedik nak buat 2nd episode hahaha.

kepada yang tak jemu menempah terima kasih banyak banyak. 
Doakan kolin ye