Tuesday, July 30, 2013

baju kuning, pearl tabur

assalammualaikum

baju milik si su ini memang lawa
kuning yang sangat kuning diraja..
kain lembut, akan-akan sutera

apa yang su minta hanya manik tabur warna warni
so kolin buatkan 
ini lah hasilnya



Monday, July 29, 2013

baju terkois, manik pink

assalammualaikum

baju terkois ni memang dah permintaan mama dia nak manik pink. So kolin buatkan se sweet yang boleh untuk memenuhi permintaan mama si manja ini. 

Syukur alhamdulillah..mama dia suka! yeay

 


Wednesday, July 24, 2013

Tonsil bernanah

assalammualaikum

dengar perkataan tonsil bernanah tu aje dah buat kolin tak keruan. Tapi itu lah yang kolin hadapi sekarang. Kolin mengalaminya sebelum puasa dan bila berpuasa ini keperitan tekak tu makin terasa sebab kekurangan air. Punca sebenar tidak lah kolin tahu, cuma sebelum ini kalau nak demam memang tekak akan sakit dahulu.

Pertemuan dengan doktor panel mengatakan kerap sangat kolin sakit tonsil. Dan selalunya merah, tetapi kali ini bernanah. Kolin menyarankan kolin menjalani pembedahan kecil membuang tonsil. Alamak aiii..perkara yang kalau boleh nak dielakkan sangat-sangat. Nak tau macam mana kalu tonsil ni sakit. teruk gak laa

1. Memang badan rasa seram sejuk seakan demam
2. Semua sendi-sendi dan urat sakit, sehinggakan nak gerakkan badan pun lemah tak berdaya
3. kemungkinan besar kepala berat dan mengalami pening-pening kepala
4. mual dan rasa nak muntah

susah kan..tu yang kolin cuba bertahan sekarang.

kepada semua, dibulan baik ini kolin minta doakan kesihatan kolin pulih seperti biasa dan masalah tonsil ini akan berakhir secepat mungkin. Puasa diteruskan cuma kalu tak boleh sangat tu kolin kene makan antibiotik bagi mengurangkan sedikit bengkak tonsil

 ihsan google

doakan kolin sembuh seperti sediakala dan cergas seperti sebelumnya.
baju tempahan manik banyak lagi yang tak disiapkan ini..huhuhu..sedih..


Hatta Dolmat di First Lady

Assalammualaikum

Tadi masa lunch kolin sempat terjah kat First Lady, Plaza Alam Sentral Shah Alam untuk merasa dan melihat sendiri rekaan Hatta Dolmat ini. Harganya bagi kolin sangat berpatutan untuk seseorang yang telah menempa nama besar di persada fesyen tanahair. Kepada sesiapa yang tak kenal Hatta Dolmat tu siapa..memang sedih~~


haa tu gambar ihsan dari goggle, buat sesiapa yang tidak mengenali hatta dolmat ni siapa. Banyak tau retis kita yang dia design baju nya. Kahwin ler, dinner ler..red carpet ler..
so now giliran kita pulak merasa nak pakai baju rekaan dia tuk hari raya ..yahooo..

so masa kolin pergi tadi memang ramai lah nak usha baju tu. maklumlah lagi 2 hari nak gaji, nak raya mesti nak melawa kan. 


ok baju ni yang pertama..sangat lawa..
cutting memang akan nampak kurus dan tinggi, kalau tak silap Yana Shamsuddin ada pakai baju ni color merah. Memang cantek, batu swaroski yang kerlas..mengerlip..lace ye


bagi baju kedua ni pulak memang color block abis..berani tak berani nak pakai aje. 
masih ok, nampak slim jugak..cuma kolin tak pasti material dia.



diantara yang dipamerkan di First Lady
Harga di antara RM295 ke atas kalu kolin tak silap lah



haa kepada sesiapa nak merasa baju rekaan Hatta Dolmat jangan malu dan segan sila lah berkunjung ke First Lady di mana mana sahaja tuk view dan dapatkan koleksi ini. 

Good Job Hatta!!..



p/s: selalu jumpa hatta dulu, time student kut
beli manik kat kawasan ole-ole seksyen 19..hehehhe

Tuesday, July 23, 2013

Manik ungu

Assalammualaikum

baju kosong yang kolin dapat memula ni memang lawa dah dihias dengan lace yang secukupnya. Warna putih lak tu lace tu, memang masuk ngan deep purple baju ni. Tuan punya baju ni adalah kawan lama kolin semasa belajar di uitm manjung dulu. Terima kasih kerana sudi menempah 2 helai baju tuk dimanikkan tahun ini. Murah rezeki kolin oiii..

semoga Suria Din lawa di pagi raya ye..


Opah Hasnah

Assalammualaikum

ingat tak kolin pernah share pasal cerita opah hasnah dulu. Link di bawah...


berikutan kisah yang kolin share tu, kolin telah menganjurkan satu kutipan derma di kalangan kawan-kawan dipejabat dan diluar pejabat. Alhamdulillah sambutan amat mengalakkan. Nak mintak derma tuk opah besar-besaran tak mampu. Sekadar kolin share dan berkongsi dengan sesiapa yang sudi membantu pun dah syukur alhamdulillah. 

Berbekalkan dengan derma dan sumbangan ikhlas dari kengkawan kolin hubungi opah. Dah tentunya opah sangat berterima kasih kepada semua yang sudi sedekah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga setiap satu sedekah dan amal yang kita buat ini diredhai Allah SWT. 

Apa yang kurang dari kolin..
apa yang baik dari NYA...
semoga bantuan sekecil ini dapat meredakan beban opah. 

Duit amanah orang telah pun kolin bank in pada opah. Semoga anak-anak itu bergembira raya nanti.
Alhamdulillah ~


kepada sesiapa yang masih sudi nak bersedekah, boleh lah berbuat demikian di no akaun ini. 

200 55 11 0000 27 366 Agro Bank
Hasnah Binti Mohd Aris

Syukur~


Monday, July 22, 2013

proses ke english style bermula

assalammualaikum

well dulu kolin pernah bagitau kan nak buat rumah ala english style..kunun kunun
tapi jangan lah harap sangat ye..kolin ni kurang kemampuan uuwwaaa

ok langkah pertama..kolin nak cat balik rumah kolin yang dah kusam. Dari 2005 kolin duduk kat situ tak pernah cat pun rumah tu. Last dulu cat bilik budak dan bilik air. So warna putih krim di ruang tamu tu dah nampak kusam ..busuk benorr...

featured wall..

wah pandai aku eh...warna tuk dinding nan satu ini, kami decide warna merah terang. Tapi belum mula cat lagi. kolin janji lepas semua dah siap dan ditempatkan di tempat yang betul kolin akan snap pic tuk tatapan semua.

so mari tengok buruh cilik cat rumah 

nak raya oiii


Saturday, July 20, 2013

StarCruise Libra Penang (3)

assalammualaikum

kami bangun awal pagi sebab nak makan breakfast. masing-masing dah lapar, bekalan dunkin donut dan ayam goreng yang kami bawak dibelasah dulu. Anyway dah siap semua kami naik ke tingkat atas dahulu untuk bergambar. Masa tengah cerah ni lah boleh tengok keadaan kapal persiaran ala 'pisau cukur' ni berjalan kan..haa terbentang lautan luas. Puas hati sangat dengan trip kali ini..apa ntah lagi murah.com sangat tau.

My Family..


Love ~



Selesai semua sesi bergambar kami terus ke restoran untuk sarapan pagi..yeay

Sarapan disediakan dalam bentuk buffet, banyak sangat pilihan makanan yang ada. Dan tentunya sedap dan boleh dimakan lah. Kolin memang makan sambil menikmati pemandangan luar tingkap kapal persiaran ini yang memang terasa bergerak. Syoknya feeling..tambah feeling dapat pergi bersama keluarga dan kawan-kawan kan.

alisa dan fathiha

the kids

makan..makan

big bos makan!!

makan sampai mengesot jalan dik..heheheh
ok sangat..dengan harga yang super murah kami dapat ber'cruise' dan bergumbira..syok syok

lepas makan kami pun tawaf kapal ini, semua ceruk tempat kami lawati. Sebab semalam dah malam tak nampak clearkan. So pagi ni kami pusing habis-habis. Sebab nak check out pukul 12 tengahari kann..peluang yang tidak harus dilepaskan ye.




dan last sekali kalu kolin tak buat adegan titanic tak sah lah percutian ni kan hahah

blouse : poplook
pants: own collection
scarf: SACC Mall
Bag: Nine West from usaboutique


yeah..u jump, i jump!! haa rupa Leo and Kate dah aku..


nampak tak kad yang dipegang oleh lisa tu..kad tu sebelum check out kita ke reception tuk cek kalu ada apa-apa yang perlu dibayar. Selesai pembayaran pergi ke ruangan lain untuk collect balik ic kita yang disimpan oleh pihak star cruise. Selesai semua kami mula berjalan keluar di checkpoint tuk keluar dari kapal. Semasa keluar kad itu disemak sekali lagi oleh pihak berkenaan untuk memastikan kita tidak berhutang apa-apa pun. Selesai semua tu, ucapkan selamat tinggal pada starcruise..bye bye kapal 'fazura' ku...

semoga kita bersiaran lagi di lain kali ye..

happy sokmo!! thk u ina!!!



Friday, July 19, 2013

Fakta Puasa

assalammualaikum



so true...renung renungkan...



Thursday, July 18, 2013

Manik tabur atas sulaman

Assalammualaikum

ntah apa-apa tajuk entri aku nih..pedulik lah
kolin memang tengah super bz manik sebab nak raya kan.
ini dinamakan rezeki langit ramadhan...cari rezeki demi anak-anak tercinta yeay

so ini kali keberapa kak chik tempah ngan kolin pun dah lupa
yang pasti kain oren soft with purple sulam ini sangat gojes..lawa seh
dengar cerita beli di bandung..

so dia nak simple aje..tak nak heavy
kolin gunakan round manik dan pearl untuk semua sulam yang ada di bahagian lengan, bawah dan depan baju.

semoga kak chik anggun di pagi raya ye...




Tuesday, July 16, 2013

kantoi

assalammualaikum

hari ini kolin keluar rumah awal sangat sebab teringat minyak takde. Lagi pulak sekarang ni kolin balik drive ikut LATAR. Sebelum ini balik 30km sahaja, kali ini 60km dan tol pun double. Nak buat macam mana penangan bulan puasa memang jalan biasa yang kolin lalui sesak teruk. Daripada asyik berbuka dalam kereta, kolin mengambil alternatif ikut jalan jauh dan mahal sikit janji dapat sampai rumah sebelum berbuka. Kesian pulak ali imran kan sebab dia puasa, pastinya dia nak mamy dia ada masa berbuka kan. Setakat ni hari pertama aje kantoi, yang lelain penuh. Dia seronok sangat berpuasa

oiii cerita kantoi..nak dijadikan cerita kolin berhenti isi minyak di Petronas di Federal Highway sebelum masuk Shah Alam. Lebih kurang jam 7.30 pagi lah gitu. Masuk dalam tu keluar saki baki duit nak isi minyak ngan touch and go. 

Sekali masa bayar kolin ternampak air tin sejuk "nescafe mocha" gold color. 
Aikkk..terus hati macam kata..bulan puasa kut..pepagi buta kut..sapa duk tak puasa ni??!
ingatkan kaum hawa yang memang ada cuti khas kann. Kaum Adam jangan jeles haa..ni pelepasan untuk kami saja hehehhee..itupun kene ganti lah. Bukan free-free tak puasa...

ok back to the air tin tu..
sekali kolin pandang sebelah kiri kolin
abang tu hitam, botak, macho, melayu..bermisai lagi..
amik dan berlalu..
yang paling ntah apa-apa kolin bole pandang aje abang tu ahhahahahah

masa dia berlalu naik motor tu, dia tengok aje kolin dalam kereta..
aku pun sengih kambing laa..dah tu rupa apa ko nengok orang kolin oii

kepada abang itu..ko memang kantoi
anyway kolin minta ampun maaf sebab memandang sebegitu tadi..

I can't help it!! hahahhahah

I CAN'T TAKE MY EYES OF OFF YOU..TARA...TARA TARA..TARA




Monday, July 15, 2013

manik & pearl tabur

assalammualaikum

Baju lycra peplum cik peja ni memang dah siap 'lace'. untuk cantik dan kemaskan lagi lace sedia ada, dia minta kolin jahitkan taburan manik dan pearl atas baju tu. 

Disebabkan baju ni biru kelam dan lace pulak hitam. kolin gunakan manik putih yang bersinar dan mutiara pink tuk taburan atas baju peplum lycra ni. Sebab kolin buat warna yang lain sikit, supaya dia boleh pakai tudung warna pink nanti.  So praktis 'color block' heheh..memandai kan aku..

anyway berharap cik peja happy yaa..


Thursday, July 11, 2013

StarCruise Libra Penang (2)

assalammualaikum

lalu laa pemeriksaan sekali lagi sebelum naik kapal cruise tu. bestnya macam nak p holiday mana kiri kanan jambatan nak masuk kapal persiaran besar tu ada belon warna warni. Perkara pertama dilakukan ialah mencari bilik. Kolin dan kamilah anak beranak dapat deck 2 dan bilik kolin dan mama no. 2151A dan hubby bersama anak-anak A2142. Satu bilik untuk 2 orang dan satu lagi bilik untuk 3 orang. Naik cruise ni hanya ada paling ramai pun 4 orang sebilik. Disebabkan kami nombor ganjil iaitu 5, sengaja kolin pecahkan begini heheh. Alah memalam aku tido ngan anak aku gak sekatil, ada kesah!!


ini lah keadaan cabin/bilik di Deck 2, sangat bersih ok. Selesa sangat..


haa yang tengah-tengah tu namanya ina, dia lah bertanggungjawab mempromosikan pakej ini dan dapatlah kolin merasa naik cruise. Sebelah tu nana, kami berkawan dari form 1 sehingga sekarang..dan janganlah tanya perangai kami..masih tak berubah ye hahahahha

disebelah tu gambar bilik..lawa kan..selesa..nampak 2 katil kan. Tapi kat dinding tu boleh turun lagi satu katil dan ok sangat.. merasa ko duk mandi dalam cruise. Biarlah korang nak mengata aku semalam aje kut..ada aku kesah. Rasa nak buat 'gwiyomi' depan korang bagi sakit hati hahaha..
memain ye..kang ada yang sentap..bulan puasa  ni oii...


selesai maghrib kami terus ke restoran halal, atas kapal ni ada berbagai tempat makan. so ada halal dan tidak tau. kene tanya dulu lah. Anyway pakej makan malam memang dah termasuk dalam pakej yang diambil. Super best!

Makanan ala carte kali ini, tak tau kenapa buffet dah takde. Masa kami booking tu kata buffet sekali ala carte aje. Tapi makanan ala carte tu pun tak terhabis ler..besar sangat portion nya. Dan kalu tanya sedap ke tidak, memang sedap!!...

Selesai makan, siap ada buah-buahan lagi. Tu pun tak abis sebab terlampau kenyang sangat ler. Pada masa ini kami dah tengok apa event yang ada boleh kami ikuti. Masa kita naik tu ina dah bekalkan program atas kapal, Ada live band, piano, belajar joget cha cha dan berbagai-bagai lagi lah..Disko dan Kasino pun ada cuma tepuk dada tanya selera lah kalu nak pergi hahahha


selesai makan kami terus naik deck 10 sebab nak tengok laut lepas, masa ini cruise dah pun berada di tengah lautan, tapi masih dalam daerah penang/kedah ler. Kami pusing-pusing laut aje hehehe. Masa naik tu tangkap gambar dan memang senario yang dah diketahui ramai yang ambil 'standing pax' tidur merata -rata di kawasan ini. Ini adalah senario biasa..maknanya depa tak ada bilik lah...semata-mata datang nak berjudi atau nak merasa naik kapal persiaran aje kut. 



Layan Flifino Band...lisa and imran main bubble..
kolin dan kamilah siap belajar menari cha cha dari kabin crew tau..haa ngko..sekarang aku dah pandai cha cha..sapa berani meh ah!! sekali aku cha cha..makan bubur cha cha ko kat sinun hahaha
 
layan layan layan..sampai mengantuk..balik bilik tido..

anak-anak tido lah..aku laki bini meraban hahaha
owesome starcruise..ada peluang leh repeat lagi heheh

adios...


Tuesday, July 9, 2013

StarCruise Libra Penang (1)

assalammualaikum

hari percutian yang memang ditunggu-tunggu yeay
so jam 5.30 petang kami sampai di Swettenham Pier, Penang seperti yang diberitahu oleh ina sebelum ini. Kami agak lewat check in dalam jam 6 petang kerana cari parking tuk ditinggalkan kereta bermalam. Dah selesai parking wat so ever...kami pun bersiap untuk naik kapal persiaran..

oh my PRADA!..


Swettenham Pier

We are friends since Form One till now!!!...go Assuntarians

Haa gambar di atas tu..belakang tu..itu lah kapal persiaran yang bakal kolin naik. Yeay..mood dah sangat 'fazura' moh naik kapal yeay...
Masa sampai kat atas tu ina dah standby nak collect ic memasing tuk di 'check in' kan. Selesai semua tu kami terus di bawa berjalan ke arah kapal. Ada lah moskot libra kalu sudi nak bergambar bersama dan kami juga di berikan fresh towel untuk kelihatan segar semasa naik kapal hahahah. 
Anyway good treat!


yang kerusi kuning tu tempat parents kami menunggu, my parents plus kamilah parents. Hope they are happy for this trip. Dan kad yang tu merupakan kad prabayar, maknya apa saja yang kolin beli atas kapal swipe aje kad tu. Nanti masa 'check out' baru bayar laa..

so semua dah ready..ready set and go!! nantikan cerita dalam kapal yaa

oh my fazura!! huhuh


Monday, July 8, 2013

Ramadhan datang lagi..

assalammualaikum

syukur alhamdulillah kolin dipertemukan dengan Ramadhan lagi sekali..Insya Allah..
Anyway...hari ini dah isnin..rabu dah puasa. Malam ni tengok anak bulan..dan pastinya puasa yeay. Tak sabar rasanya nak berpuasa, dan pada bulan puasa tahun lepas lah kolin 1st time belajar berhijab dan alhamdulilah sampai ke hari ini masih belajar berhijab. Terima kasih kepada semua yang menyokong, memberi kata-kata perangsang dan tak lupa juga yang membelikan kolin tudung-tudung baru tuk kolin gayakan..love u sooo much!!

kepada semua pengunjung, stalker so wat so ever. Kolin dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf di atas semua kesalahan dan kesilapan kolin semasa sedar atau pun tidak. Kolin doa yang terbaik untuk semua aje. Peace..sooo sweet..

Selamat berpuasa semua..


 all pics from google

Selamat datang wahai Ramadhan...
masih terkenang pemergian arwah ateh pada 7 ramadhan 2004...dah bertahun-tahun tapi tiap kali Ramadhan arwah tetap dalam ingatan. Semoga arwah di letakkan di kalangan orang beriman. 

Hanya Allah saja yang tahu betapa kak alang merindui ateh....last kami berbuka puasa bersama makan roti boom masa tu. Apa kan daya esok pagi ateh pergi..semoga ateh tenang di sana..

Friday, July 5, 2013

Penang Trip

assalammualaikum

entah ke berapa ratus kali kolin jejak kaki ke penang
cuma kali ni berlainan sikit sebab kolin pergi dengan BFF
tujuan ke penang nak merasa naik cruise ler katakan. macam kolin gebang balik bercuti baru nak update hihih..nak update untuk tatapan kawan blog terbaik si Zura..hhhehhehe

ok..perjalanan ke penang terasa kejap, bertolak jam 8 pagi dan sampai dalam pukul 12.30 tengahari. pusing-pusing last sekali kami 'landing' di nasi kandar SAFAA untuk lunchie. Makan nasi kandar 7 dewasa dan 2 orang kanak-kanak cuma RM58 sahaja ok. Nasi dan ayam nya sangat yummy..hujan gerimis di penang waktu tu.

Abis lunchie sementara tunggu 5.30 petang untuk check in kapal cruise kami melepak di padang kota

 

ada kubu lama yang boleh kita lawati dulu rasanya masuk tak berbayar. Tapi sekarang mahal la pulak RM2 ke 3 tuk dewasa, kanak-kanak pun ada bayaran. So kami batalkan niat ler..So kubu Fort Cornwalls..kami tengok dari luar ler..



ada banyak beca di kawasan ini, beza beca penang orangnya kayuh di bahagian belakang, tetapi kalau di Melaka, pengayuhnya berada di sebelah tepi kita. Haa itu perbezaan beca penang dan melaka, tapi yang sama masing-masing sakan menghias beca memasing.


this trip means a lot to me..the best time ever in the lifetime. Me and my best buddy holiday together..love u kamilah ismarani..


StarCruise Libra..here we come!

nak feeling feeling pisau cukur ala fazura...oh my Dior hahahha

classy!!!...





Thursday, July 4, 2013

Coconut Shake, Eden Cowboy di Pilah

assalammualaikum

cuti sekolah yang lalu kolin sekeluarga di jemput menghadiri majlis sepupu sebelah suami di Felda Keratong Pahang. Kami lalu jalan lama kuala pilah untuk ke sana memandangkan jaraknya yang lebih dekat.  Aduhai jalan lama kan..lori banyak memang lah jalan jem

Kami sempat singgah di Eden Cowboy Coconut Shake di sana. Moh cuba rasa, adakah ianya sehebat Klebang Coconut Shake di Melaka kannnn


gerainya memang menarik perhatian, tepi jalan aje. Parking, toilet dan tempat duduk yang agak memuaskan. Barisan yang beratur pun tak panjang. ok sangat


tak silap kolin satu coconut shake biasa RM2.00 
dan yang special dalam RM2.50 kut..tak pasti..special tu buh ice cream lah kut.

imran dengan sepupu-sepupu

kat sini ada jugak dijual nasi lemak dan laksa, disebabkan agak lapar kami pun sebatlah. Kami dalam 10 orang sebab berkonvoi dua kereta kan.

lisa pose


done with rasa everything..pada kolin masih tak dapat lawan klebang punye. Sebab klebang yang biasa terus letak ice cream vanilla yang sedap bangat. Tapi untuk sesiapa yang akan melalui jalan ini untuk makan angin boleh lah cuba coconut shake ini. Air kelapa, isi kelapa, air batu di blender sekali dan terus buh satu scoop ice cream vanilla. Jadi lah coconut shake!!...boleh try untuk bulan puasa nanti kan..Why not..sesekali ubah citarasa.

so ramadhan dah dekat..kolin doakan semua yang baik-baik saja. Untuk yang suka dan tak suka kolin..ucapan selamat berpuasa dan mohon maaf zahir batin ye. Ikhlas dari lubuk sanubari, semoga kita sesama dapat keberkatan bulan yang mulia nanti..


Chaiyokk!!....