Thursday, May 30, 2013

manik iring baju rimau

assalammualaikum

siap satu lagi baju kak intan pandora! hahah..
terima kasih banyak-banyak sudi menempah..kolin harap berpuas hati ye..


Pandora...

assalammualaikum

kolin percaya perkataan 'pandora' bukan satu yang asing lagi kan. Kolin memang mengidam lepas dapat tau menatang nih. Lagilah kak intan pandora aku tunjukkan cara-cara memiliki barangan kemas pandora ini..nak pandora!!! so pandora dalam wishlist aku selepas ini yer..


untuk gelang yang kosong tu tanpa 'charm' berharga RM295 paling murah katanye. Dan satu charm bermula harga dari RM120 kalu tak silap. Ko bayangkan lah..kene modal RM700 paling kurang pun kan.. wah mana aku nak cekau duit nih hahaha..

melihat kan keindahan pandora ini memang tempted sangat tau. lagi lah memang dah jadi trend kan sekarang ni memiliki satu pandora satu yang 'best' heheh


pandora yang pink ni sangat memikat..gambar-gambar ni semua kolin cekau dari mr. google. 


so PANDORA u are my top wishlist at the moment

p/s: my birthday on 31 August ...kalu nak bagi hadiah.. nak pandora tau!! hahahha..


Wednesday, May 29, 2013

baju manik mak datin

assalammualaikum

customer ini pertama kali menempah ngan kolin. Baju yang memang dah glamo ini disuruh dijahitkan manik pada hujung lengan dan baju. So kain yang agak lembut susah jugak nak manik ni tegap, maklumlah kolin masih belajar. 

anyway, customer ni jugak nak simple. So kak intan pandora..amek ah baju ko yang nak simple sangat tuh..hahhahah..(my wishlist: satu gelang pandora by Januari 2014..mampooo)

so baju yang simple tapi vass




ok siap satu baju kak intan pandora!! hahahha


Tuesday, May 28, 2013

Kurung with lace

assalammualaikum

tuan punya baju minta kolin letak lace di sekitar bawah lengan dan baju. So lace yang simple ni telah membantu mencantikkan lagi baju polkadot halus ini. Warna terang merah menjadi pilihan hati, dan tentunya lace putih yang paling sesuai. Di atas lace tu kolin sulam manik miyumi warna putih berkilat dan merah. Harap tuan punya baju suka!!..Terima kasih menempah!




Saturday, May 25, 2013

panduan ibu bapa menanggani isu anak

assalammualaikum

kebanyakkan kita ni sebagai mak pak memang mencari-cari tips yang bagus untuk mendidik anak. Dan disebabkan sikap keprihatinan kolin yang agak melampau ini, artikel dari BH bertarikh 21 Mei 2013 ini kolin bakal share. Kita pun pernah jadi budak dan anak kepada ibubapa. Dan for sure kita nak sangat faham isu anak-anak ini. 
I am totally in with this issue. 

1. perhatikan mereka bila waktu mereka gemar memulakan perbualan sama ada sebelum tidur, sebelum makan malam, di dalam kereta atau di mana saja.

2. Mulakan dulu perbualan ia membuatkan anak berasa dirinya penting di mata anda.

3. Peruntukkan waktu khas pada setiap hujung minggu untuk melakukan aktiviti santai bersama dan elakkan ia berjalan dalam keadaan tergesa gesa

4. Ambil tahu minat anak jika dia sukakan muzik, tunjukkan anda juga minat perkara sama

5. mulakan perbualan dengan apa yang anda sedang fikirkan bukan pertanyaan yang membebani perasaan mereka

6. biarkan anak tahu anda seorang pendengar yang baik

7. bila anak sedang bercakap mengenai kebimbangannya berikan sepenuh tumpuan.

8. tunjukkan minat anda terhadap perbualan anak dan tidak mencelah.

9. dengar apaka kehendak yang cuba anak sampaikan apabila bercakap, walaupun ia sukar untuk diterima oleh minda ibu atau bapa.

10. biarkan mereka menyudahkan pertanyaan atau permintaan sebelum anda memberi maklum balas.

11. ulang semula apa yang mereka sebutkan bagi memastikan anda benar benar memahami apa yang disampaikan.

12. berikan maklum balas dalam permasalahan dilontarkan yang akan mereka patuhi

13.  berkata kata tegas namun dalam tutur yang lembut. anak mudah memberontak jika ibu bapa sering marah dan menyalahkan anak.

14. berikan pendapat tanpa merendahkan kemampuan anak. 

15. jangan bergaduh mencari siapa yang betul, siapa yang salah. tidak mengapa jika anda mengatakan  "ibu tahu, iman tidak bersetuju dengan pendapat ibu tapi ia apa yang ibu rasakan iman perlu buat.

16. fokus terhadap perasaan anak bukan hanya perasaan sendiri ketika berbual.


well...melihat kepada semua item di atas tu, kolin akan usahakan supaya isu anak-anak dapat diselesaikan dengan cara berhemah. Semoga anak-anak yang bakal kita didik menjadi lebih baik dan sempurna untuk masa depan.
Mommy loves u ali dan alisa..so much!!!





Friday, May 24, 2013

manik baju peach

assalammualaikum

syukur rezeki makin murah makin hari. ini semua rezeki cari duit untuk anak-anak.
so kali ni baju kurung moden dan diminta pearl aje, tak nak manik lain 
so ini lah hasilnya. As per request..



demi raya yang bakal menjelang tiba ini, memang kolin akan dihujani baju-baju untuk dimanikkan. Setakat ini masih menerima tempahan..esok lusa tak tau ler. Anyway terima kasih bagi kawan-kawan yang sudi menempah..thk you soo much!!


Tuesday, May 21, 2013

Seminar Aspresiasi Setiausaha 2013

assalammualaikum

pada 29 mei yang lalu, kolin hadiri kursus setiausaha by Utusan yeay!!..
masa nak pergi tu mcm excited lah kan sebab kat hotel marriot putrajaya dah membayangkan makanan yang sedap-sedap ok. 

Nak ke hotel tu tak susah, kolin ikut aje plus highway arah seremban dan ikut aje map yang memang ada kat laman web hotel. Sorry lah no GPS..sian kolin kan. So masa sampai parking pun senang giler..dan masa sampai mak aii..ramai nyer orang..lebih 400 ratus orang setiausaha berkumpul ini ..syok syok syok..

siap pendaftaran kolin pun dapat door gift..it was owesome!! jamu mak dara, lessya formula dan buku serta majalah dari Utusan. Ok sangat tuk RM350 seorang ye. 

lepas ni kolin sure kurus ok!!

Acara pertama dimulai dengan Dr. HM Tuah..slot dia sangat santai..tapi paling best kami satu dewan menari beramai-ramai tau. Bukan poco-poco..tapi tarian tuk hilang stress. Dan believe me..tarian-tarian tu memang mampu mengurangkan berat badan. Sebab memang lenguh-lenguh la lepas tu.

comey tak kak tun hehehhe

selesai sesi dengan Dr. Tuah..ada sesi perisai wanita. Memula ingatkan apa laa sesi ni..kolin duk jauh nun di belakang so rabun ler. Oooo sekali dah tau..dia ni selalu ngan fahrin ahmad..kenali lelaki pemusnah. Melihat pada gaya mereka nih, memang ler mereka pandai analisa lelaki pemusnah kan. 
I bet they one of them before hahahhaha...

anyway memang banyak info menarik yang dikongsikan. Lagilah orang yang suka bercinta dalam FB lah, percaya sangat tu. kolin suka live..kalu online ni good bye aje lahh hahahhaha

so tiba masa makan tengahari kami diarahkan ke dewan sebelah. Mawi is going to performe..yeay..hahah. lantak ler kome nak kata suam suam kuku ker baldi ke mangkuk ker..janji aku makan lunch ada org nyanyi ok..ko mampu!


our dome lunch

mawi in the house


mawi hanya nyanyi 3 lagu sahaja ok. Alahai ..sekejap aje ler. Selepas tu ada sorang penyanyi yang tak kurang hebatnya. Tak silap namanya intan..suara memang ada. Sangat berbakat, mungkin beliau tidak ada rezeki tuk menjadi artis yang popular. Anyway we have soo much fun on that day lunch..kolin pergi ngan kengkawan UiTM dulu..terutama kak chik ler peneman kolin hahahha

selesai lunch, kami diarahkan kembali ke dewan sebelah untuk mendengar taklimat tampil berimej dan bergaya by puan aziah jasmin azizul. Boleh tahan juga tips tips yang diberikan..All about imej yaa..maklumlah setiauasaha..

aku memang suka bergambar dan sangat meroyan suka sangat bergambar..ada aku kesah!!




dan akhirnya kursus ni pun keluarlah paper utusan...korang jangan tanya aku mana satu..sebab ramai sangat ok!!


-THE END-


Baju nikah cik Ain

Assalammualaikum

Kalau dah tudung kolin yang manikkan, mesti baju nya sekali kan. Baju sifon 'mint' color ini diminta agar pearl pink, cream diletakkan. So mengikut citarasa bakal pegantin ini ini lah jadinya untuk baju nikah yang bakal digayakan jumaat ini. 

Semoga pengantin berpuas hati..
terima kasih mempercayai kolin tuk memanikkan baju hari bersejarah ye ain..
thk u sooo much!





SELAMAT PENGANTIN BARU AIN !!!

Wednesday, May 15, 2013

Istana Bambu, Ampang

Assalammualaikum

 Reunion!!!..haa ini kali lah...

Tahniah kepada Puan Azreena yang berjaya membuatkan kami berkumpul semula dan tentunya gamat sangat suasana restoran yang aman damai tu. Semua suami sangat sporting termasuk anak-anak. Ada yang dari seremban, petaling jaya, puchong..tapi akhirnya kami berkumpul di Ampang. Restoran istana bambu menjadi pilihan kami kali ini..

Restoran ini terletak di satu jalan dengan Zoo Negara ..terus saja memang akan jumpa di sebelah kiri kita. So parking pun luas sangat-sangat tak perlu risau. Restoran yang dihiasi cantik ini amat sesuai untuk seisi keluarga..Good Job Reen!!

surau yg kelilingi pokok padi!

keadaan dalam restoran

the girls

nice walkway 


ada antara kami yang ambil set untuk 8 orang dan harganya memang bukan murah. Dan mana yang terlewat tu amik le ala carte. Buat kolin nasi goreng seafood 2, kuewteow goreng 1, air sirap 1, air laici 1 dan air nescafe air 1..semua sekali RM72.00 ok..siap ada tax bagai. Sesekali boleh la merasa nak makan di istana bambu ni. Dan kalau tak silap kolin hari bekerja ada buffet dan sangat murah. Dalam RM9.90 sahaja..hari cuti takde buffett..how bad.

selesai kami berhimpun bertukar-tukar cerita. Ada yang sedekah baju ler apa ler..bagi kuih. Masa ni jugak ler kami berjual jualan. kolin sempat beli baju kurung pesak dari puan reen. Lawa sangat leh pakai masa hari raya nanti yeay...so kepada semua assuntarians..terima kasih banyak-banyak sudi menjemput kolin sekeluarga. Seronok dapat berkumpul setelah berbelas tahun tak jumpa terutama Siti Nor. hahaha..dengar suara dia menjerit "dua singit, dua singit" hancus restoran tu hahaha..

ini lah kami ...kami tingkatan 5, Class of 97, Assunta Girl School Petaling Jaya.






Tuesday, May 14, 2013

Selamat Hari Ibu

Assalammualaikum

mood hari ibu dah on kan tuk bulan may ni. Macam biasa kolin dihujani dengan ucapan-ucapan yang best sangat. Terima kasih buat semua terutama anak-anak..

Imran adalah orang yang pertama mengucapkan selamat hari mami pada tahun ini. Waa tahniah cikgu dia kerana dapat mendidik anak saya dengan jayanya. Cikgu yang suruh dia buat kad dan berikan pada kolin..terharu sangat. Dan gembira sangat-sangat sebab dia bagi depan jiran hahahha..bole tak gitu! giler glamo mamy kolin kan..

from imran

lepas dapat hadiah tu..tak putus-putus imran wish aku. Bahagia sangat ada anak macam ali imran ni..sangat menjaga hati ibubapa. Semoga sampai ke besar lah perangai dia mcm ni. Semoga menjadi anak yang terbaik dunia dan akhirat.

Esoknya pula, dapat kad dari alisa maisara. Dia terus jumpa nak kiss dan hug, sebab teacher suruh. And terus dengar dia kata..Happy Mother's Day mommy. Again..good job to the teacher, Ms. Low. Terima kasih banyak-banyak ajar anak I, alisa maisara grow up to be a good kid. Terharu sangat-sangat...disebabkan anak aku ada 2 orang..itu aje lah ceritanya..heheh

 card from lisa

she colors the frame...cute eh!

apabila alisa mewarna..hahahha


So buat kolin dan semua pembaca yang dihormati...

Selamat Hari Ibu!!..

Let treat's mommy


a new foundation for me...yeay!!..xoxo...


Monday, May 13, 2013

Skate Board

assalammualaikum

ali imran memang dah idam skateboard lama dah. Tapi untuk membeli kolin ajar menabung. So skateboard untuk budak berharga RM35 ini. Hasil tabungan ali imran RM20 dan kolin tambah RM15 sahaja. Menjadi ok..dia semangat nak kumpul duit untuk mainan dia seterusnya.

Nak dijadikan cerita tempat kolin memang menyediakan tempat riadah bagi basikal BMX , rollerskate dan skateboard. Jadi kami bawak imran ke sana. Sebenarnya alatan keselematan imran tak lengkap lagi. soon..soon..akan lengkapkan ..helmet dan padding..

jum tengok..star to polish..
ali imran with his skate board....



dia dah boleh imbang badan sambil turun bukit kecil tu. Dah pandai skill serba sedikit. Tak sabar nak tengok progress yang positif dari imran. Semoga imran berjaya!! yeay..

p/s: kolin nak main rollerblade balik lah..

Sunday, May 12, 2013

ICITY Water Park

Assalammualaikum

kolin dapat info icity water park tengah promosi harga tiket RM10 sahaja untuk masuk. A good deal for weekend rasa kolin. Tanpa lengah 10 tiket kolin booking untuk family ..heheh. Ikutkan kolin bukan suka sangat waterpark, tapi murah kan. so apa salahnyer mencuba.

Ambil tiket hari ahad, bermula jam 4 petang sehingga 8 malam. Alah sebelum maghrib kami akan keluar dari taman tu sebab esok nak sekolah dan kerja kan. Hari yang dijanjikan tiba..jom ke icity water park. Kepada sesiapa nak membeli tiket sila ke link ini http://i-city.my/


seronok lah banyak jugak mainan air yang boleh dimain oleh imran. Sian alisa menangis dia tak cukup tinggi nak main gelungsur air. So alisa duduklah main pelampung kawasan ombak tu. Kolin dan kawan-kawan memang naik ler itu ini. Rupa budak form 5 dah kami..lupa dunia jap hahahah..



ok makanan tak payah susah payah nak seludup. Beli aje nasi lemak set siap air berkarbonat dalam RM10 sahaja. Mudah sangat dan ringkas..tak semahal mana lah pada pandangan kolin. Pelampung pula percuma tak perlu nak sewa. Lokar pulak kene sewa lah..macam kolin bawak mama masa tu so memang mama melepak aje lah kat kerusi malas sambil jaga semua beg heheheh. best kan!!..


ok.pengalaman naik tornado hahahha. Super ..sapa lah yang reka cipta menatang ni. Turun dari situ mama kata suara kolin satu icity dengar hahaha. Menakutkan..anyway good experience for me!!!...naik sekali cukup. Kalu naik banyak kali hilang nikmat..so memang best ever for RM10 sahaja. Kepada sesiapa yang duk Selangor masih belum pernah pergi..jom pergi. Bawak anak-anak..kita berendam ..yeay..

*i am bless having a fantastic family and incredible friend*

Friday, May 10, 2013

Manik untuk Baju Melayu

assalammualaikum

memang ini lah pertama kali kolin menerima tempahan untuk manikkan baju lelaki. sebab kolin ingat sebelum ini mana ada lelaki pakai manik. but now the trend is change..changing on the bright side for me ...so ini lah baju tuk dipakai waktu pernikahan nanti. kolin menerima tempahan ini dengan senang hati..so jum review baju melayu

mengikut kata pengantin perempuan ada lace hijau zamrud masa menikah. so kolin letak white miyumi manik, plus zamrud miyumi manik and white pearl. To make the baju look expensive.




siap sudah!..kawan sangat berpuas hati..syukur!!!

p/s: banyak tempahan dah sekarang. Syukur rezeki tambah murah...