Monday, December 31, 2012

Crumble white and gold

Assalammualaikum
 
baju ni milik cik peja..peja gedik nak pakai pergi kenduri on 6 januari 2013 nanti. so aku pun siapkan lah. demi nak memenuhi design baju ini aku ikut kan warna gold dan putih sebab dah ada kat top leher baju jubah moden ini. dan design pun nak enhance sikit badan cik peja yang keding tu hahah..jangan marah haa peja..
 
anyway harap ko meletups la pakai jubah ni nanti..jangan ko pergi kenduri kawen tu orang ingat ko pengantin sudah..semoga puas hati yeee
 
tima kaseh bagi kolin peluang cari duit anak anak sekolah...
thank you..thank you..thank you
 
 
 
 
 


Saturday, December 29, 2012

menyampai

Assalammualaikum

memang tak boleh nak diterima ngan penyampai. Kadang kadang tu kalau kita nak sampaikan cerita kat orang lain, tolong laaaaa dengar dari pangkal ke hujung then baru bercerita. Akibat sampaikan cerita yang dicuri dengar..semalam tak pasal pasal orang naik suara. Dan sekali lagi aku bukan budak sekolah yang sesuka hati nak awak marah depan orang lain. 

its really unforgiveable...
anyway periksa dulu, sebelum 'naik hantu' dan put the blame on the other person. aku tau ko tak suka aku..personally aku pun tak suka kau. tapi kita masing masing masih perlu menghormati "border" yang ada. tak pernah terlintas nak menaikkan suara dan memalu awak di depan orang lain. tapi tergamak sangat awak bersikap sebegitu. ini semua sikap!

sikap yang berlagak dan ego..PIC kan..so kuasa di tangan awak. Semoga Allah SWT tunjukkan dan terangi mata hati awak tu sebelum bersikap demikian di lain hari. Percaya lah..kalau awak beribadat sebanyak mana pun, tapi hubungan antara manusia ini awak tak jaga. Tak kemana pun..

Kepada si mulut penyampai...saya rasa ramai orang yang awak kene minta maaf. Sebab semalam ramai juga terasa bila si dia berkelakuan sedemikian. Dan kolin tak boleh berdiam diri sebab this is really bothering me!! Sebab sangat sangat biadab!!




yelling and raising voice at people is really showing unprofessional u are!





Friday, December 28, 2012

cendawan kukur

Assalammualaikum
kolin memang suka giler makan cendawan sisir atau cendawan kukur ini. entri kali ini adalah entri kedua, betapa aku mengambarkan aku suka sangat lah cendawan kukur ini. cendawan kukur ini boleh di dapati di batang pokok getah kalau musim hujan yang berterusan. dan pada musim hujan ini kolin dapat beli kat kawan kolin yeay..besar besar sangat..for sure makan sangat sedap..dan pilihan aku tentunya masak lemak cili api cendawan kukur.

ok cara cara masak cendawan kukur ini..buat sekian kali nya:

cendawan ini direndam di dalam air dan dibubuh garam untuk menghilangkan habuk kayu dan membersihkan nya.
amik cili api ikut kesukaan masing masing nak pedas mana
amik kunyit hidup dalam 3 cm

kedua dua cili dan kunyit itu ditumbuk bersama

panaskan periuk dengan sedikit minyak
apabila dah panas sikit, masukkan cili dan kunyit yang telah ditumbuk tadi
tumis sebentar...lepas dah tumis tumis tu
amik lah daging atau ikan bilis yang telah ditumbuk masukkan jugak
kalu takde tak payah...

lepas tu masukkan santan dan biarkan dia panas seketika..
masa tu kuah tu memang dah kuning cantek..kalu tak cantek masukkan kunyit serbuk sikit lagi dan jangan lupa garam secukup rasa..

bila dah mengelegak sikit..masukkan cendawan kukur yang telah dibersihkan tadi ...dan masak sehingga cendawan itu layu dan masak...

bila dah siap..amik nasi putih makan!!! faham ~


kesedapan lauk di dalam periuk tanah ini tidak boleh disangkal lagi ye..

jemput jemput hahahhaha

Thursday, December 27, 2012

gambo passport

assalammualaikum

korang ingat tak dulu, kalu nak tangkap gambo pasport mesti kene p foto zzoom atau kedai gambar cina lama lama. dan pastinya gambar pasport tak pernah yang cantek ok..puas aku posing camner pun..huduh aje gambo aku. stress ok!!

anyway sekarang semua dah canggih, so gambo passport di 'enhance' kan oleh beberapa kepakaran orang orang disekeliling aku..nak dijadikan cerita. satu hari opis aku gempar semua nak gambar pasport nak buat apa ntah..lupa aku. So kami pun kata..malas laa nak p foto zzoom bukan lawa pun nanti gambar aku hihih. Sekali kawan aku si sufia hafizah (dia ni memang kepala sengal alam sikit) kata.."ok jum p pantry, aku bukak foto zzoom" haa kooooo

kami ni semua pergila pantry opis, terlupa yang pantry opis punya partition tu memang warna biru air. Sufia letakkan kerusi dan suruh kami duduk, dengan selamba dia pun snap gambar lepas seorang sorang dan sorang..aku memang confuse..
sekali bila dah print ...wah lagi lawa dari foto zzoom ahh..kerlass ko sufia hafizah mohd zuki!!!

Disebabkan idea kreatif ko sufia...aku snap gambo pasport kali ini dengan tujuan mencari tempat baru. Tempat mencari rezeki yang baru bagi mengembangkan otak aku..doakan aku dapat lah kerja ini..so inilah gambar pasport aku yang digunakan untuk meminta kerja baru. Semoga dapat memikat hari para juri dan panel nanti...jeng jeng jeng


amazing kan..duk kat pantry..dpat gambo macam ni. tima kaseh kat cik tiramisu atas pengunaan hp samsung ko yang canggih tu hihih. kolin berharap ngan gambor yang super lawa ni aku dapat lah kerja baru hahahha...dan sufia hafizah...thk you so much!!

doakan ye kawan kawan..kata DMFK doa kawan kawan mustajab!!

 

Wednesday, December 26, 2012

ali imran bin sazali -happy birthday!!

Selamat ulangtahun kelahiran anakku
 
sepanjang 9 bulan kau ku kandungkan..
peristiwa terindah yang terjadi di dalam hidupku
anak yang selama ini di dalam kandungan akan ku temukan..
 
26.12.2006 akhirnya penantian ku dileraikan
doa kami suami isteri dimakbulkan..anakku ali imran
anak lelaki ini telah mengubah segala galanya
segala yang ku ada kini hanya untuk ali imran...
 
kini 26.12.2012...anak sekecil 2.85kg ini telah pun berumur 6 tahun
dan pada hari ini kami berbangga mempunyai anak semanis ali imran..
semoga ali imran berbahagia dan ceria selalu
dimakbulkan cita cita mu anakku..
 
happy birthday ali imran!
 
nanti malam kita potong kek sama sama yer..
love you!
 
 

Monday, December 24, 2012

Dinner di TESCO Extra Selayang

Assalammualaikum

aku memang pemalas..pemalas yang amat sangat apabila mendapat gaji plus bonus hahaha. So jum kita ramai ramai pergi makan di luar ye. Decided ke tesco so pergi lah food court memandangkan di sini yang best cuma ada KFC hado. 

So bila pergi foodcourt anak anak dah sibuk kesukaan nak main playgym yang ada. RM5 seorang tiada limit bermain, erti kata lain bole main sampai lebam. So memudahkan mereka ini kami pun benarkan lah kedua beradik ini bermain di dalam playgym. Sementara itu kolin dan hubby memilih menu makan untuk dinner kami.




Masa memilih milih kolin terus terpikat nak order nasi ayam. Sebab di tesco extra selayang ini, nasi ayam yang dihidangkan adalah pelbagai dan kita bole pilih. Nak ada sayur, nak ada cendawan, nak ayam macam mana semua ada..ada dekat 10 pilihan nasi ayam untuk dipilih lah kiranya.

nasi ayam yang sedap ini berharga RM6.90 sahaja

Dan hubby kolin memilik steak, tapi malangnyer steak tu hanyalah sekeping daging nipis yang sedih rasanya..sangat tak berbaloi. Dan untuk air, kami pilih air coke cincau dan air float yang sedap. Gambar lupa snap..tapi serius float tu vanila yang sedap bangat.

kepada sesiapa yang lapar dan dalam perjalanan di kawasan selayang ini boleh lah singgah untuk makan malam. Disebabkan kawasan ini terkenal dengan jem kan..so boleh jugak kalu nak cuba food court di tesco extra selayang ini. Semua ada...selamat mencuba




p/s: my nuffnang increasing to RM1.05 now...xoxo
 

Saturday, December 22, 2012

Crumble hijau vs pink


Assalammualaikum

uwwaaaaa baju ini lah menyebabkan aku tidur kul 1 pagi semalam ok. aku ingat dia nak pakai lambat lagi..sekali nak pakai hujung minggu untuk kenduri kawen..sedih oii..

anyway dapat jugak aku siapkan dalam masa 2 hari dan paling penting customer aku cik ain tu suka akan design crumble anting anting yang aku buat khas untuk perangai dia yang gedik santai tu..

semoga ko vass p kenduri on saturday nyah


Friday, December 21, 2012

HB Ali Imran

Assalammualaikum..

kolin tengah countdown HB ali imran nih...selamat ulangtahun kelahiran anak ku. Dah besar dah, tarikh lahir imran 26.12.2006 ...dia selalu tanya kenapa dia punya bufday lambat. kesian dia kan...dan kolin kata kat dia...imran bufday selepas krismas...dan imran akan jawab.."ooo..lama lagi". kesian ali imran...kann..anak hujung tahun. but later you will thanks me, sebab lambat sikit tua hahahha

So sempena hari lahir yang bakal tiba, kolin dan hubby decide bawak dia bercuti ke JB. Hotel nya biar lah rahsia, nanti kalu dah sampai kolin update ye. Dan sebagai extra treatment to him and alisa..kami decided membawa mereka ke zoo singapore. Maklumlah zoo kita lain konsep, dan zoo singapore apa yang kolin google memang fantastic!!..Hope our kid akan enjoy..
singapore memang agak mahal untuk duit kita..tapi fee masuk SG20 ok kut..bole lah dalam seorang RM50 dan mereka memang menjanjikan kepuasan sebab haiwan mereka dibela rapi.

Dan bukan itu sahaja, kami berdua decided untuk membelikan handphone untuk imran. Waa...mesti semua ingat aku beli canggih manggih kan..Tak lah aku belikan dia handphone samsung yang murahan tu aje. Ala ala nokia ...simple dan basic. target kami nak bagi imran hargai barang dan kami mudah memantau dia bila bila masa...dan pastinya handphone tu bergantung di leher ye. Semoga ali imran pandai menghargai barang yang kami hadiahkan kali ini. kami anggap ini "expensive toy" untuk imran kali ini. 

Maafkanlah papa dan mamy ye imran sebab tak belikan Ipad atau Galaxy Tab untuk harijadi abang. Rasanya kami tak nak 'spoil' kan abang...abang akan faham bila abang meningkat dewasa nanti.

kepada ali imran bin sazali
mamy dan papa doakan yang terbaik buat abang..
semoga berjaya dunia dan akhirat..

 Ya Allah
Ko lapangkanlah hatinya,
bahagiakanlah keluarganya
luaskan lah rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan
Mudahkan lah segala urusannya
Kabulkan lah cita cita nya
Jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka, keji, berkata kasar dan mungkar
jauhkanlah dia dari segala musibah serta terima lah semua 
amal ibadahnya dan kelak jadikanlah ali imran sebagai penghuni Syurga mu..

Amin Ya Rabbal Alamin


Happy Birthday Ali Imran..!!! Many many happy return!!
Mamy and Papa love u ...XOXO

 busy with his new hp

 now walking like me..alway look at the hp hahahha

 ali imran..we love u!!






p/s:...my eyes watery while writing this..

Thursday, December 20, 2012

Sinar FM

Assalammualaikum

today dah hari khamis dan tarikh cukup menarik 20.12.2012..dan memang hari ini adik kepada kawan baik aku si milah menikah. so pukul 5 nanti aku serbu umah ko nak makan tau, siap nak lauk eh ahahhah sebab nak bagi laki dan anak anak makan hahahhaha...jangan marah milah nanti kene jual...

apa yang aku tak puas hati nih, apasal sinar fm ni si keyril, kak engku dan SY takde nih. adoyai..penganti dema tu bukan tak bagus ..tapi aku memang dah rindu bangat dengan mereka bertiga ni. Lama tak dengar suara si mak tiri KE ....abg jem si SY...si keyril tu adoiyai..rindu lah

perjalanan aku ke tempat kerja hari hari minggu ini memang suram dan tak memang lah aku tak gelak langsung pagi pagi. penting tau ceria di pagi hari supaya bila masuk opis tu rasa macam syok aje. sebab pepagi dah ceria dengan story mory mereka bertiga.

topik pagi minggu ini pun tak memberangsangkan la..lagu pun macam tak kene ngan jiwa. ye lah bila ada yang tak kena memang cari salah orang aje!! hahahah

so please..abang jem, KE dan keyril..please!!
please be back next week! I am begging U..plsssssss uuwaaaa


I Miss OLD Sinar FM pagi crew!!!

 pic from goggle

Saturday, December 15, 2012

Baju Nikah Si Emy

Assalammualaikum

kolin bersyukur di berikan kepercayaan untuk megindahkan busana nikah Nor Emy. Memang kolin suka sangat sebab jubah putih ni sweet. So terima kasih buat emy yang bagi kak lin peluang ye. Thk you so much!!

Hope u like it!!





 baju nikah yang siap di manik kan



 tudung sifon syria buat pakai nikah
cik tiramisu jadi patung cendana kuikuikui...

kalu cantek puji..kalu tak cantek jangan kehji tau!!
adios

Friday, December 14, 2012

tewas akhirnya..

Assalammmualaikum
 
Malam tadi..malam penentuan nya dan kita tewas dengan pasukan thailand. memang banyak kekurangan pasukan kita bila bertempur dengan pihak lawan. kekemasan pasukan lawan menghantar bola harus dicemburui. susah giler nak dengar nama pemain HM dapat bola. Sedih tengok masa fadhlisas dilayangkan kad kuning kedua, dah tentunya kad merah disusuli. Bergenang airmata aku..dan aku tengok paper hari ni..dia pun menitiskan air mata dan menganggap kekalahan malaysia adalah disebabkan dia dibuang padang.
 
Takpelah kita tidak dapat mempertahan kejuaraan. Tak pelah..lagi pun nampak sangat semua pengadil permainan berat sebelah. Pengadil yang sememangnya nampak sangat menyebelahi pasukan thailand. Macam makan suap aje pengadil korea ni..benci aku...ko kalu datang Malaysia aku cili ko. 
 
Pihak kita harus membuat aduan sebab bila pemain thailand jatuh, wisel dibunyikan. ko tengok mat yo di asak berpuluh kali jatuh...relak aje pengadil permainan tu. siot kann..
 
Takpe kalah..HM tetap aku sokong sehingga akhir. Ambil perlawanan semalam sebagai pengalaman. Pengalaman yang tak best sangat. Anyway kita dilayan macam kelas ketiga di thailand kan..aku nak tengok apa layanan thailand terhadap pasukan singapura nanti. adakah sama? atau memang mereka anti kita...well just wait and see...
 
 
Harimau Malaya Selamanyer...~
 
pic from goggle

Wednesday, December 12, 2012

Layanan Buruk!

Assalammualaikum

Rasa macam nak marah aje dengar berita dalam radio sinar pagi ni. Pasukan harimau malaya kita mendapat layanan buruk di sana. Dah la diberikan padang awam dan hanya dibenarkan bermain separuh padang. Menurut maklumat lagi, padang awam tu sangat daif ..aiyoo..come on Thailand!..takut kalah ke..pasal bola aje kut..nak bagi layanan macam tu.

Menang atau kalah memang dah jadi adat permainan bola sepak. Perlu ke tunjuk "attitude" sampai macam tu sekali. Tu aku rasa dema nak saiko pasukan harimau malaya lah tu. Anyway, di harap semua pemain kita dapat meletakkan isu layanan buruk ini ke tepi dan fokus pada kemenangan kita. Kita haruss menang..wajib menang. Come on Harimau Malaya!!

Tak sabar nak tengok perlawanan esok jam 8 malam di TV1 nanti. Doakan sangat sangat kejayaan harimau malaya nanti.

Harimau Malaya Selamanya!!


Tuesday, December 11, 2012

Selangorian cuti yeay

Assalammualaikum
 
hah...syok nyer weh cuti today. seronok sangat! dan betul sangkaan ku bos ku dapat anugerah dari Sultan Selangor. Rasa macam nak tanya masa kat opis hari tu tapi macam tak tertanya hehe..
Anyway ...Congratulations bos!!
 
anyway today hanya melepak lepak aje. kunun nak siapkan tudung nikah customer tapi tak siap jugak. so aku postpone ler..lagipun tak urgent. nak pakai nikah untuk bulan 3, cuma ada tudung kain sifon permintaan customer kene disiapkan pada 18 disember ini. hhehehe bonus bonus bonus
 
So semua tau kan cuti..aku pun melepak ngan cheepot aje satu hari nih. masak, makan dan borak borak aje sepanjang hari..fun!!!...thk u pot sudi datang rumah kolin ye..harap nanti datang lagi tau!
love u pot..
 
 
cuti sempena keputeraan DYMM Sultan Selangor..
Daulat Tuanku..Daulat Tuanku...Daulat Tuanku....
 
 
 
 
 
Kepada semua Selangorian...Selamat Bercuti yaa....chaiyokk  zz zz.z..z.z.z.z.z.
 
 
 
 

Monday, December 10, 2012

Ultras Malaysia Terbaik...!

Assalammualaikum
Aku pergi tengok bola malaysia vs thailand malam tadi. Kami pergi sekeluarga termasuk adik ipar aku lah. anyway kami decided nak pergi naik LRT sebab kalu kereta memang tak akan nak sampai lah kan. So pukul 5 petang kami dah bersiap dan tinggalkan kereta di LRT sentul. Yeay..masa kat  sana memang dah ramai dah oii..gelombang kuning hitam tak ketinggalan jua biru. Apa saja yang tulis malaysia semua orang pakai..semangat dengan bendera malaysia.
kolin, suami dan anak-anak terus amik lrt dari sentul ke bukit jalil hanya RM2.80 sahaja sehala. Masa dalam train LRT tu pun dah terasa kehangatan oii. tak dinafikan penyokong harimau malaya memang bersemangat sangat sangat termasuk aku.
sampai di stesen LRT bukit jalil, keluar aje dari perut LRT tu mereka bersorak sehingga bergema. penangan penyokong harimau malaya. kolin pun gedik sama pergi cari tshirt tuk suami, kolin dan anak-anak.mereka semua tukar tshirt lepas beli. kolin tak lah sebab memang dah pakai baju kuning pun. semangat tak aku hihihi...
Wah perlawanan bola bakal dimulakan, azan maghrib pun berkumandang. bangga sangat kolin, melihatkan senario ramai anak anak muda, semua lah..menunaikan kewajipan di mana mana sahaja. mereka mengunakan bendera dan kain apa saja dialas untuk menjadi sejadah. yang penting tuntutan kewajipan Yang Maha Esa ditunaikan. jangan ingat kami ke stadium tak bersolat ye...solat tetap solat.

masa nak mula tu sempat laa aku posing posing. tapi kan aku rasa penjual makanan kat
stadium ni memang mencekik darah. air dibancuh nampak oren, rasa ntah hape hape, burger kering nak mampus RM3 dema jual. Dah nak balik boleh pulak jual RM1 air dan burger pun RM1. dari awal awal bole tak jual makanan awak tu ikut harga yang boleh diterima akal. ini memang mengambil kesempatan mengila sangat tau. Sangat sangat tak bagus senario ini..
bayangkan nugget setangkat RM2 dan ada 3 ketul. sejuk, dah digoreng lama....berani dia jual harga tu. aiyoo..tak baik nyer...
anyway..masa perlawanan dimulakan..best giler weh. Pasukan Ultras Malaysia memang terbaik!!! Terbaik dari Ladang. teringin nak join sama oi..seronok giler..memang kalu pemain malaysia tak bersemangat tak tau lah kolin. Senario di stadium masa menyanyi lagu Negaraku sangat sangat meremang bulu roma. Sahutan sorakan dan nyanyian lagu semangat berkumandang tak kira mana saja di dalam stadium.


permainan pun dimulakan. memang tak dinafikan kita mempunyai banyak peluang untuk menang malam tadi. Tapi nasib tak ada, semoga pemain malaysia akan bertempur habis habisan di Bangkok nanti. Pastikan kemenangan milik kita MALAYSIA.

teringin nak kongsi semua gambar yang sempat kolin snap semalam. Perlawanan berakhir dengan seri 1-1...takpe kita masih ada peluang. Berjuang lah wahai perwira ku

apa yang tak best masa nak balik, penyokong harimau malaya berasak nak masuk dalam LRT..kesian ali imran ditolak sana sini..nasib baik tak jatuh. Harap lepas ini penyokong harimau malaya lebih prihatin terhadap anak-anak kecil dan kaum wanita yang sama-sama turun menyokong harimau malaya. selain makanan...takde apa nak dikomplen semasa berada di stadium malam tadi. Pihak berkuasa sepatutnya memantau harga makanan yang ditawarkan supaya peminat bola sepak ada win win situation. Peniaga dapat keuntungan..keuntungan yang sewajarnya..bukan meletakkan harga mencanak dan sesuka hati..

So keputusan seri..kita nantikan perlawanan timbal balik di bangkok..ayuh Harimau Malaya!!








 
tu nampak bunga api dan kertas putih putih tu..tak silap kolin tisu gulung. memang kreatif ultras malaysia buat macam ni..meriah giler..dan kolin memang baca paper today yang thailand memang saiko dengan peminat fanatik malaysia...saiko saiko
 
bersepah giler tak oii..ultras malaysia terbaik!!
 
KERAJAAN MALAYSIA TERUTAMA KBS HARUS MEMBAWA GENG ULTRAS INI KE BANGKOK UNTUK PERLAWANAN TIMBAL BALIK BAGI SUNTIKAN SEMANGAT KEPADA HARIMAU MALAYA..PLS CONSIDER THIS KBS!!!!
 
semasa lagu Negaraku bergema satu stadium bukit jalil...syok sangat...!!
 


 
dan lelain tu gambar kolin anak beranak ler..anyway kalu harimau malaya mara ke final...kami sekeluarga pasti akan ke stadium sekali lagi untuk memberi sokongan..Go HM...