Friday, November 30, 2012

Bawal Crumble alialisa


 
Assalammualaikum
 
tudung hasil tangan kolin ni ada few pieces left. ada sehelai lagi bawal crumble lupa nak snap pic. Insya Allah by end of this week akan banyak lagi syria crumble yang ekslusif untuk sesiapa yang mencari kelainan dalam design tudung. Manik manik yang dijahit adalah hasil jahitan kolin sendiri dan sememangnya satu design untuk satu tudung dan tiada re-stok.
 
sila email kolin di collin3108@yahoo.com sekiranya mempunyai apa-apa pertanyaan. Dan tudung kolin dijual di FB di Aura Jelita Shoppe. Jangan lupa LIKE nanti ye..
 
Terima kasih kepada semua yang menyokong
 
 
-alialisa hijabster-
 


Terima kasih kak chik!

Assalammualaikum
 
kolin rasa bangga sangat laah..baru baru ni customer setia kolin hantar watsapp bagitau baju yang kolin manik kan tu jadi bualan satu opis kak chik. Wah hati ni memang berbunga bunga syukur alhamdulillah sangat. kerja tangan kolin yang penuh ikhlas ni..mencari rezeki demi keluarga dan anak anak. Memang rasa bangga sangat..harap semua doakan rezeki kolin murah dengan kerja tangan ni.
 
syukur alhamdulilah
hati rasa syukur sebab customer suka hasil kreatif kolin
 
thk u sooo much kak chik!!!
 
 
gambar baju kak chik yg di watsapp!!! santek tak!!

Thursday, November 29, 2012

Harimau Malaya menganas!!

Assalammualaikum
 
Malaysia..Selamanya..lalallala
 
wah perlawanan malam tadi menentang Laos sangat teruja. Masa kolin tengah menjahit manik manik tu suami tanya..' eh rasa malaysia bole menang ke?' hihihih..kolin senyum dan cakap ..Insya Allah boleh. Sebab kolin perasan rakyat malaysia ni sangat bersemangat. dan ini terbukti malam tadi mereka bermain dengan bermati matian ok. sangat suka tengok kerakusan wan zack haikal yang memang tak putus putus namanya di sebut dato hasbullah awang pengulas sukan disukai ramai kita. syok giler..tapi kunalan memang terbaik untuk support penyerang handalan kita.
 
namun safee sali dan mat yo memang mempunyai banyak peluang malam tadi..sangat banyak. ikutkan kita bole bantai Laos 10 - 0 ok. tapi tu  lah kelekaan penjaga gol kita melepaskan satu gol malam tadi harus diberi perhatian. Tapi bagi kolin..gandingan khairyl muhaimen dan baddrol lebih mantap berbanding safee dan mat yo. sebab kedua pemain jutawan ini macam takde 'chemistry' atas padang la.......
 
anyway ..tahniah harimau malaya. semoga kita dapat mengukir sejarah sekali lagi. Rajagopal jangan putus asa..jangan putus harapan. yang ni kolin nampak dalam tv malam tadi
 
'busuk busuk harimau malaya, orang kita jugak'
 
betul betul dan betul...
 
come on harimau malaya!
we can to this!!! Chaiyokkkkk
 
 

Wednesday, November 28, 2012

Piala AFF Suzuki 2012

Assalammualaikum
 
untuk makluman semua kolin ni peminat bola tempat tempatan, kalu international memang laa tak layan. sebab banyak lah sangat oiii..yang ensem ohsem aku kenal ler. anyway semua orang tau yang piala AFF suzuki yang telah dimenangi oleh negara kita tahun lalu. Kita menang mengatasi indonesia dan pada masa tu memang semua wira bolasepak di angkat dan dijulang.
 
tapi prestasi hambar skuad harimau malaya menentang singapura minggu lalu amat mengecewakan. memang nampak ada pemain yang bersungguh, cuma satu pada amatan kolin. pemain bola jutawan jutawan malaysia kita ni malas berlari kejar bola..memang berlainan dari permainan pihak lawan.
kenapa harimau malaya? kami memang akan tetap menyokong kamu dan terus berdiri bersorak untuk kemenangan kamu..merayu kamu wahai harimau malaya, berjuang lah ke titisan peluh terakhir.
 
Malam ini harimau malaya akan menentang Laos...hanya kemenangan yang kami dahagakan. Kami dahagakan gol yang banyak banyak. Kepada apek yang bakal bergelar pengantin baru..yang terbaik buat mu wahai apek. Jagalah pintu gol negara kita dengan penuh hemat!!!
 
Doa kami untuk kemenangan mengiringi pasukan harimau malaya. Semoga Dato Rajagopal dapat menyuntik tip tip baru buat semua pemain harimau malaya.
 
Peace!! Sukan menyatukan negara!!
 
gambar PM memberi suntikan semangat kepada team harimau malaya
sumber dari : Heloo PM email kolin tau hahhaha...Thk u Dato Najib
 
 

Tuesday, November 27, 2012

ikan bawal stim

Assalammualaikum

haa hari ni kolin nak share resipi ikan bawal stim yang memang stim dan senang nak stim heheheh. Nak buat ikan stim ni memang senang mengila. Agak-agak kalau korang terasa nak menu sihat dan senang disiapkan boleh lah tiru gaya aku hahah
 
so 1st..beli ikan bawal, siang bersih bersih dan letak dalam pinggan ok..
 
 
ok letak pulak la pinggan tu atas tray periuk nasi baru aku. Kan aku dah kata senang..sebab nasi masak, lauk pun siap..ko mampu. Punya lah pemalas kan aku nih..
so kat ikan tu letak la cili padi potong ikut suka, kalu suka pedas letak lah lebih. letak jugak kunyit,  halia, bawang putih dan bawang merah. Haa letak ikut suka lah ye..aku ni memang suka buat halia dan kunyit ulam makan dengan nasi, maklumlah perasan awet muda kuikuikui.
 
 
selepas itu amik sebiji limau tu..haa tu aku pegang limau tu. Korang belah dua dan perahkan limau tu atas ikan tu..ini mengantikan serai dan menghilangkan hanyir ikan. so masa stim nanti wangi aje weh ikan tu. Memang sedap rasa ok!
 
Selesai semua tu..tak payah sibuk buh air ler. Sebab masa korang stim ikan ni nantikan. Kuah tu akan terhasil secara semulajadi dengan ikan bawal tu, so semulajadi yang sedap.
 
Amik tray putih tu yang berisi pinggan ikan yang sedia untuk distim dan letak lah ke atas periuk nasi tu. Jangan lupa lak basuh beras untuk masak nasi. So dah ready!!..letak letak letak
 
 
ok letak tray dan pinggan yang berisi ikan tu di periuk nasi. ni lah periuk nasi baru kolin, canggih tak hahaha. Saja nak tayang ngan korang... tu yang kolin share resipi baru ala ala sengal nih. Rasainnn....
 
bila dah letak ikan kita tutup penutup periuk ni dan apa lagi on switch dan tekan cook. So bila kita masak nasi, kita dapat lah lauk yang sihat dan berkhasiat. Simple dan senang bukan..
 
haa ni lah tajuk periuk nasi aku..alah wei..murah aje..hasil duit manik ler nih..
 
 
 
bila dah siap..ini lah rupa ikan bawal stim kolin. Makan tuk tengahari yang malas..sangat mudah kan Semua orang bole buat,orang yang tak pandai memasak pun bole jadi terer ok ngan masakan se simple ini. Yang penting bole masuk perut dan baik untuk kesihatan.
 
selamat mencuba
 
 
p/s: korang agak-agak sok lusa bole tak kolin bukukan resipi resipi aku ni hahahha

Monday, November 26, 2012

Crumble jubah


assalammualaikum

kali ni tempahan dari kawan sekolah kolin tu si azreena. Baju jubah yang sama fesyen dengan sebelum ini. yang dulu kuning tu buat manik di bahu dan di hujung lengan. tapi kali ini kolin letakkan taburan pearl di dada jubah ini mengikut butang dan batu batu yang memang sedia ada di baju jubah ini. Baju jubah ni sebenarnya warna oren..ntah apa malang nasib kamera bbery aku tu bila snap  jadi macam warna cokelat cair lak warna jubah tu. And kolin hiaskan hujung lengan baju jubah ini dengan crumble yang sweet untuk si pemakai.

Semoga azreena happy!!!
Rezeki kolin cari duit anak nak sekolah tahun depan...yeay!

 

Friday, November 23, 2012

Clothes Dryer

Assalammualaikum
 
Haa aku memang sangat mencari clothes dryer sebab macam perlukan sangat. Lagilah rumah flat dan susah sangat nak sidai baju bagai-bagai memang menyusahkan. Tu yang mencari dryer yang senang dan mudah. Tapi kata orang dryer ini memang akan memakai letrik yang banyak. Well  ni yang membuat aku susah ati nih. Lagi satu dema kata lagi bagus pakai dryer yang harga beribu-ribu tu. Haa masak laa bape puluh baju aku nak manikkan oii..baru dapat beli dryer tu..
 
sebenarnya untuk yg duduk kondo atau flat memang sangat memerlukan dryer tu. Itu yang macam aku berkira kira sangat nak membeli dryer..but soo expensive laa oii. Yang portable tu memang lah ratusan tapi letrik pulak kuat.
 
Sesiapa pernah mengunakan dryer boleh tak share apa kebaikan dan keburukan pakai dryer ini....
 
uuwaaa...laundry banyak ..!!!!
 
 
p/s: kepada rakan taulan..tolong hadiahkan saya ni..saya merayu!! hahahah

Derma Aman Palestin


saya sudah!..Alhamdulillah


Anda bila lagi?

sila layari www.amanpalestin.net untuk maklumat lanjut.
Bersama-sama menderma untuk saudara kita di Palestin 


Save Gaza!!

Thursday, November 22, 2012

aktiviti cuti sekolah

Sangat betul!!
dulu aku selalu buat aktiviti luar rumah masa sekolah cuti. Main teng-teng laa, konda - kondi lah, panjat pokok ceri lah. Sekarang semua duk dalam rumah main game PS2, Ipad dan tablet yang canggih manggih sekarang, termasuk lah anak anak aku. 
Memang zaman dah berubah sangat sekarang kan. 

Dulu aku memang hitam lah keluar main tak ingat dunia. Cuba sekarang suruh anak keluar main tengahari, tak mau nyer dia pergi..panas laaa. Suruh tolong masak kat dapur pun, 
eh mana bole, panas tau hahahah. Amek aku!!

tak sosial lah budak-budak sekarang. Tapi takut jugak budak-budak main kat luar sekarang. Faktor keselamatan harus dijaga jugak. Sekarang banyak orang giler, budak 3 tahun pun mampu dia nak cabul. Suka culik laa, bunuh laa..macam takde keje lain. 
Sesuka hati mak pak dia aje buat anak orang. 

Anyway...kartun di atas very true!! duk rumah main game zaman sekarang. Tablet cap ayam pun mudah didapati sekarang. Yang kolin beli jenama jonix enterprise tu pun not bad tablet tu. Siap tarik WIFI tuk main FB ko..*maklumlah sekarang semua dipantau* . Main la FB kat tablet aku cap ayam tu hahahhahah...So Selamat bercuti Sekolah semua yaaa


Wednesday, November 21, 2012

Derma untuk Aman Palestin

Assalammualaikum

Kolin masih mencari jalan macam mana nak tolong bumi palestin, tolong gaza. Berdoa setiap hari dalam solat 5 waktu Insya Allah. Tapi selain berdoa usaha juga perlu di lakukan. Mencari ruang dan peluang, ada juga di facebook kawan-kawan suruh boikot itu dan ini. Well salah satu usaha juga. Mungkin tak besar bagi sesetengah yang mengkritik, tapi berusaha juga tak salah. Berdoa dan berusaha sangat-sangat untuk rakyat palestin.

Sedih lihat dalam facebook, surat khabar, berita dan semua sumber yang ada ini. Katanya gaza menyerang mereka, tapi kenapa pulak yang melayang nyawa cuma penduduk gaza!! takde pulak berita atau gambar anak orang israel yahudi tu mati. Tapi semua anak warga palestin yang terbunuh, cedera dan trauma. Kalau benarlah palestin membedil negara mereka..tunjukkan lah gambar kemusnahan israel. Tapi tak de kan? 

Lagi satu, usaha apa bumi arab yang lain buat. Mengaku kita saudar sesama islam, kenapa dibiarkan bumi gaza dan rakyat palestin menderita. Apa tindakan semua warga mesir??? susah sangat ke nak hantar kereta kebal runtuhkan tembok tu. Susah sangat ke nak cross hantar bantuan..mati syahid di zaman moden ni bukan yang kita nak sangat ke? Kenapa takut sangat dengan Israel Laknatullah tu!
Tapi again...aku hanya boleh cakap..Cakap senang buat..hrmmm. sedehh

Anyway i am doing my part now. Menderma melalui tabung aman palestin. Semua kawan-kawan boleh menderma dari serendah RM10 untuk tabung amal ini. Semoga dengan sedikit sumbangan dari tiap seorang dari kita membawa perubahan dan gelombang baru yang lebih aman di bumi Gaza.

Melalui www.amanpalestin.net kita boleh menderma secara terus untuk membantu rakyat palestin. Semua wang yang didermakan ini akan disalurkan untuk berbagai bagi meringankan beban mereka.

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
Maybank (M) Berhad: 562263010787
Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95
 
Pilihan di tangan anda~
 
Free Palestin!!
 
 

Tuesday, November 20, 2012

Restoran Seri Melaka, Amcorp Mall

Assalammualaikum

Hari minggu yang lalu, kami anak beranak beramai-ramai decided nak makan kat restoran ala-ala baba dan nyonya ini. Maklumlah tempat ini memang agak mahal sedikit tapi ambience dan 
masakan nya bole tahan. 

Kami pergi selepas maghrib disebabkan tengah bulan kami memang beranggapan restoran ini tidak penuh. Dan memang yee! restoran lenggang aje kann

So apa lagi kami pun terus mencari meja yang bole menempatkan 10 dewasa dan 6 orang kanak-kanak. Malangnyer restoran ini memang takde kemudahan itu, dan akibatnya kami terpaksa berasak-asak di meja yang sepatutnya untuk 10 orang. Ada ker mereka suruh kami berasing meja. Hilang lah kemeriahan makan besar sekeluarga tu kan.

Jadi mengorder time, memang aku aje lah jadi mangsa. Kolin siap order ikan siakap deep fried sweet and sour, ikan senangin asam pedas, asparagus belacan, mixed vege with meet, petai with prawn sambal, mango kerabu dan bla bla bla..aku tak ingat. Memang banyak lah aku order ooii

acara makan pun bermula ~

 menu atas lazy susan

kolin dan achik awen

the family!

haa dema suka naa main lazy susan tu


akhirnya makanan yang diorder pun sampai lah. Apa lagi semua memang tengah kebulur so memang jahanam style hahah. Suka makan ramai-ramai dan rebut-rebut, menda yang tak sedap pun jadi manis dan sedap aje tau. Ini lah apabila keluarga cik timah berkumpul.


ok tu lah siakap deep fried yang digatah secara rakus oleh kami. Apabila order di sini haruslah simpan dalam hati, ikan tu menelan kos RM80 ye seekor..ulangan RM80 seekor. Its not soo cheap..

makan time

tuan tanah kedaung

the loves one

so selesai semua tu dah abis, acara clearkan table oleh waiter dan waitress. Disebabkan ada antara kami mengunakan tangan semasa makan mula la mencari sinki. Sekali lagi restoran mahal ini takde sinki so kene basuh tangan dalam mangkuk yang ada hirisan lemon. Dah tentu lah kan sorang basuh tak kan lah sorang lagi nak basuh. So padan muka ler orang tu kene buat air basuh tangan bermangkuk mangkuk..Kita kan orang Malaysia..for sure using hand to eat loorrrr

So the last one...mixed fruit!


lawak masa ni, imran bole kata " abang nak yang putih tu aje" kene gelak laa abang oii.  Yang itu cuma ais ler hahahha...so makan ler..dah makan kann..dah kenyang kann..so tiba masa tuk jadi sengal! so over to you..

 awen dan bob

them again!

 them with my lovely mama~

jadi dengan itu berakhirlah upacara makan besar kami. Bil makan hari ini usah ditanya..mahal!! ok mahal dan mahal..sesekali bole lah beb..hihihi

Doa buat GAZA


Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar

Ya Allah ya tuhanku,
Ko selamatkan lah saudara-saudara ku di Gaza
Ko lindungi lah rakyat Palestin
Ko peliharalah mereka Ya Allah
Kau hancurlah Israel, Ko hancurkanlah Israel Laknatullah...

Free Palestin!!



p/s: sumber gambar dari goggle

Monday, November 19, 2012

Durian Hulu Langat

Assalammualaikum

Minggu sudah kolin ada kesempatan ke hulu langat sebab menghantar baju kawan yang minta di manikkan. So hari cuti awal muharram tu kolin sempat la lalu bukit ampang yang dekat menara tinjau tu. Memang keadaan tanah nampak sangat tak stabil, siap pokok besar tumbang. Tapi pada masa kolin dan family lalu pergi dan balik memang keadaan masih boleh dilalui kenderaan lah. 

Anyway lepas jumpa kawan si azreena, dan syukur alhamdulillah dia suka hasil manik kolin. Dapat lah duit sikit!! apa lagi hubby duk ajak durian lah! Kami pun masuk lah arah ke sg. congkak dan pangsun memang banyak gerai tepi jalan menjual durian. 

Pitstop yang pertama kolin berhenti untuk beli durian kampung. Suka durian kampung isi putih rasa pahit-pahit sikit. Dan pakcik tu jual RM10 untuk 3 biji, harga yang standard lah.


yang gerai ini kolin berhenti dekat dengan kolam air panas. Ada jugak lah pengunjung yang berhenti dan saja-saja rendam kaki. Kami tak buat pun sebab rumah kami di jinjang jadi dekat aje nak p mandi manda malam-malam di kolam air panas selayang tu kan. So sangat berlagak hokayy!

antu durian!!

Anyway selesai membeli durian kat pakcik tu. Kami terus cari tempat lain untuk berhenti dan makan. Sekali masa jalan tu macam berkenan kat gerai pakcik ni. 

meriah kan buah nyer

So masa berhenti pakcik tu terus cadangkan kami makan durian tembaga. Sebiji RM34....harga memang boleh tahan. Tapi kolin nak kata memang terbaik lah! sebab isi kuning sedap, biji dia kecik aje ok. Makan 2 pangsa saja kami anak beranak memang suruh tapau aje..Tak mau dah..terlampau kenyang dah..cannot go~

Tak ketinggalan ye kami tapau buah manggis RM7 sekilo. Saja suka makan-makan dalam kereta..nasib baik keta lama kan hahahha.

Jadi sesiapa nak cari durian tak perlu pergi jauh-jauh untuk mendapatkan yang sedap. Di sekitar hulu langat ni memang syok durian. Lagilah kawan kolin kata, kalu rajin masuk perkampungan orang asli makan di situ lebih baik duriannya dan murah tau. Siap kome bole berkelah lagi tepi sungai. 

Oh Malaysia ku~

Friday, November 16, 2012

Crumble di bahu


Assalammualaikum

baju kat atas tu atas permintaan kawan kolin sendiri. Dia nak manik crumble atas bahu, jadi untuk tambah manis kolin letak sikit tabur kat bahagian lengan nya..Dan Alhamdulillah dia suka..yeay..

Again..thank you bagi sokongan pada kolin tuk cari duit poket tambahan..yeay




Thursday, November 15, 2012

Selamat Menyambut Awal Muharram

Kita bakal manyambut SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1434H maghrib ini,
hari di mana segala catatan amalan kita tahun ini ditutup dan diserahkan kepada MAHA PENCIPTA kita ALLAH SWT
dan akan digantikan denagan 'BUKU CATATAN YANG BARU".
 
Dan buat semua ...
 
 
kolin susun jari memohon ampun dan maaf kepada semua atas pelakuan kolin yang mungkin selama ini ada menyakiti hati tuan/puan semua.
 
Semoga tahun baru membawa lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
 
 
Ampun Maaf ye..
 
   

Wednesday, November 14, 2012

Cousin E-Day

Assalammualaikum

Pada 10 November 2012 sabtu lalu kami sekeluarga di jemput oleh pakcik mengeringi rombongan pertunangan sepupu saya Rafy atau panggilan manja Epy. Sesuai nama tu ngan karakter nya yang sangat happy go lucky.

Majlis pertunangan yang cukup simple memang  meriah diserikan dengan kehadiran sanak saudara kedua-dua belah pihak. Terima kasih tuan rumah kerana menyediakan hidangan yang sangat 'syok'.

Buat Rafy dan Diyana

"Selamat Bertunang"

pasangan yang bertunang

hantaran yang owesome!! i like it!

candy bar ini lah menjadi pujaan alisa yee

the combination that so sweet

hrm..alisa...alisa...

Monday, November 12, 2012

Mekap!!

Assalammualaikum

Semua kata kan mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ini lah terjadi kepada aku..nak dijadikan cerita aku memang suka pakai mekap..pakai mekap dan pakai mekap.
So anak aku si alisa maisara ni memang suka lah tengok aku bermekap. Dan semenjak dah menganjak ke umur 3 tahun ni makin lah terserlah "beauty concious". Siap ngan bedak, minyak wangi avon, sikat rambut, cekak, sepit bla bla bla bla

nak dijadikan satu cerita..di pagi yang hening di hujung minggu
aku menjerit-jerit cari alisa mana..so masuk bilik aku dia takde..
so aku macam dapat agak si alisa maisara tu dekat mana..

yeee dia dalam bilik dia, duk depan cermin sedang bermekap.
Lipstik AVON aku laaa jadi mangsa ok...


Inilah diva cilik saya...oh my lisa!!

hai mamy, lisa pakai mekappp....

Sunday, November 11, 2012

bunga labuci plus manik tabur

Assalammualaikum

Dah lama dah share pasal manik kan. So kali ni kolin berjaya memanik kan baju sendiri. Baju ni dah pernah dipakai sekali masa raya dulu. Tapi masa tu pakai memang tak sempat nak buat manik sebab tempahan mengalakkan, alhamdulilah. Anyway lepas tu nak pakai tuk raya haji..again tak sempat nak disiapkan jugak. Akhirnya siap sudah malam tadi, so kolin bole pakai baju kurung ni masa kenduri sabtu ni. Sabtu dan ahad ni total kolin ada 4 kenduri ok..adeh..lari diet ku okay. Ni yang rasa macam jamu perawan ayu tuk lost weight macam tak berkemampuan aje tau. 

So ini lah baju yang berjaya kolin siapkan untuk digayakan bagi memenuhi undangan kenduri..