Wednesday, October 31, 2012

Solat!


Assalammualaikum

Maaf lah gambar memang kurang pixel maklumlah dari bbery yang sangat antik kan. heheh. Bila lah aku boleh upgrade nih..oh doakan aku kaya hehe. (sila lah beli tudung alialisa). Inilah buah hati pengarang jantung ku, alisa maisara. Sekarang bertambah bijak dan cerdik malah sekarang sangat "talkative"  dan dia memang tahu apa yang dia nak. Sangat teruja melihat alisa membesar ok. 

Selalu dia akan dapat join solat time maghrib lah. Time aku dah selesai acara masak memasak. So dia pun akan sibuk lah nak diri sebelah aku dan sejadah nak sendirian berhad ok. So mula lah kita bersolat sama-sama. Alisa pun pakailah telekung pink mengada tu, mula lah aku pun takbir nak solat. Dia ikut lah semua yang aku buat, paling tak tahan dia siap berbisik-bisik seolah-olah memang tengah membaca bait-bait ayat tuk bersolat. Selesai satu rakaat, alisa tetiba berhenti dan tadah tangan siap amin tu. 

Aku memang lah tak khusyuk lah kan...sekali dia bukak semua telekung dia..haa ko...siap kuar dari bilik dan annouce kat semua orang!!

ALISA DAH SOLAT!

aikk...satu rakaat aje maghrib ko lisa hahahhaha...
jadi lah daripada takde kan...






p/s: mamy doakan anak mamy ali dan alisa yang terbaik dunia dan akhirat

Tuesday, October 30, 2012

Birthday Mr. Hubby Esok!!

Assalamualaikum

hooiii...Mr. Hubby bornday on 31 Oktober aka Rabu aka Esok...
Apa aku nak beli nih..sangap tak tau nak beli apa. For sure kek dan kad memang lah aku beli. Hadiah ni beb..nak beli apa. Adoyai...

Walaubagaimanapun....

Selamat Ulangtahun Kelahiran wahai suami ku
En. Sazali Bin Saud

Semoga Allah memberikan yang terbaik dan memberkati kehidupan mu. Dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan senantiasa di bawah lindungan yang Maha Esa.


xoxo...

 

Bulan Kesedaran Kanser Payudara



Well..email kesedaran bulan kanser payudara ini adalah dari PM kita, Dato's Seri Najib. Best kan dapat email kepada kita siap tulis nama penuh kat atas tu. Macam important sangat tau. Anyway bercakap tentang kanser. Kolin memang banyak kehilangan ahli keluarga disebabkan penyakit ini. Malah kanser payudara ini dihidapi oleh makcik kolin sendiri. So mari kita bersama mencegah kanser ini dari peringkat awal. 

***********************************************
Setiap tahun bulan Oktober akan diingati sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara di kebanyakkan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.  

Kanser payudara sering menghantui setiap wanita tidak kira bangsa mahupun etnik dan sebab itulah kerajaan telah melakukan pelbagai kempen kesedaran kanser payudara melalui pelbagai inisiatif.

Untuk itu, saya mahu berkongsi infografik yang mempunyai maklumat berguna termasuk statistik, pengesanan dan juga cara untuk mendapatkan pemeriksaan mammogram secara percuma yang telah disediakan kerajaan. Sebarkan maklumat itu kepada pasangan anda, ibu, keluarga mertua, saudara mara dan sahabat handai anda!
 
 

Monday, October 29, 2012

Airasia Free Seat


ok bermula dari malam tadi sehingga 4 November 2012 Airasia menawarkan free seat. Kepada sesiapa yang beminat boleh la booking. Booking flght untuk travel Mei 2013 sehingga September 2012. So moh booking!!!




p/s: kolin tak leh booking dah...hukhukhuk..Bandung RM92 returns..uuuwaaaaa

Tuesday, October 23, 2012

demam

demam..demam dan aku demam..
batuk + selsema..

no ...no no...post...

adios...


Monday, October 22, 2012

Bawal Crumble

Assalammualaikum

Hari ini dengan bangganya kolin nak memperkenalkan koleksi bawal crumble yang ada untuk alialisa. Sila view dan kalau suka bole email atau tinggalkan komen. Semuanya handmade dari kolin sendiri dan memang nya satu design untuk satu bawal. No repeating!!

Untuk Aildiladha yang bakal tiba ni...jum shoppin!...

**RM45 plus postage**

 alialisa 01

alialisa 02

alialisa 03

alialisa 04

alialisa 05



Selendang Jurai Sufia

Assalam

Yang lelain dah upload sekali tertinggal pulak yang warna purple.
So happy viewing!





Nantikan bawal crumble untuk koleksi yang akan datang..


Saturday, October 20, 2012

Vitamin C from CBA


Assalammualaikum

Pernah dengar pasal vitamin C? Tahu tak tentang kebaikan vitamin C nih?

Kebaikan Vitamin C


Umum tahu kebaikan vitamin C, dan di sini saya ingin berkongsi banyak lagi kegunaan vitamin C dalam kehidupan kita.
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
  • ******************************************************************************
 Melayukini.net – Apakah Kebaikan Vitamin C? (Menarik!) | Penjagaan kesihatan amat penting terutamanya dalam pengambilanvitamin C. Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia,Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun. Ia telah terbukti memainkan peranan yang penting dalam hampir semua aspek kesihatan kita dan berikutan itu,tidak hairanlah apabila ia diberi tarikan hebat dan menjadi bahan kajian kepada saintis sejak berdekad lamanya

Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan,sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun).Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung,masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki.Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan system imun(pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini para saintis telah meneruskan kajian tehadap vitamin yang ajaib ini.Antara lain, mereka menemui jawapan kepada persoalan seperti:?Berapa banyakkah Vitamin C adalah mecukupi??;?Apakah jenis Vitamin C yang terbaik?? dan ?Adakah sebarang kesan sampingan jika Vitamin C diambil secara belebihan??
Fakta mengenai Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar.Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh.Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan,anema dan adema).Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk,sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut.Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.
Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?
Vitamin C adalah perlu untuk:
· Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
· Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
· Mematikan radikal bebas merbahaya
· Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain
Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.
Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.
Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan vitamin c.

*******************************
 
Sila baca fakta di atas dan fahamkan. Kini Aura Jelita Shoppe di FB menjual vitamin C yang mengandungi 1000mg Vitamin C untuk supplement seharian kita. Untuk kulit dan badan yang sihat mari cuba makanan kesihatan ini. Dapatkannya sekarang!


 
 

Friday, October 19, 2012

Amuse Friday


bracess oh bracess

ok..tengok gigi ku itu..nampak tak jaraknyer dan jonggang kann..ok ni masa mula setahun pakai braces

masa ni gigi aku dah mula rata dan semua space macam dah tertutup...

semasa ini gigi aku tambah ok dan elok sangat-sangat...masa ni lah tak sabar nak jadi maya karin sangat okay. Sangat teruja nak bukak braces tau!!

dan sekarang..kolin dan totally removed the bracess..jeng jeng jeng






ok hanya perhatikan pompuan cantek tudung kuning tu..fokus kat jelitawan tudung biru ok ....so kolin dah transformers jadi maya karin tau hahahah..lawa tak gigi kolin sekarang. Dan perubahan kulit tu terima kasih banyak-banyak pada Chahaya Beauty Aura yang menjadikan kulit kolin semakin baik dan ok sangat. Dan lagi lah sekarang kolin dah amalkan makan vitamin C 1000mg dari CBA. Dikatakan satu pil vit C tu umpama suntikan vit C sehari-hari tau. Waa retiss sangat aku kan..takpe melawa untuk confidence diri dan suami. Lagipun yang penting kita nampak kemas dan suci bak zaitun hihihihih..So itulah cerita tentang bracess kut...Pada mulanya niat hanya nak membetulkan gigi yang jonggang 12mm..now ...alhamdulillah my look getting better..

Syukur!!!












Thursday, October 18, 2012

Retainer gigi ku

Assalammualaikum

Hrmm..ingatkan bila dah bukak bracess dah berakhir penderitaan aku kan. Malangnyer aku ada retainer yang perlu di pakai 24 hours selama 6 bulan. Dan selang seli selepas itu, sebab tak nak kasi gigi aku bergerak jonggang semula. 

Redha aku memakai menatang ni. Dan akibat pakai benda ni aku cakap dah pelat. Sebab lidah aku sangat tak biasa dengan bendasing baru yang ada dalam mulut aku yang vogue ini. Demi menjadi seperti inspirasi ku Maya Karin tu aku turutkan jua memakai retainer ni tau. Aiyooo...sangat tak selesa..sangat tak best!! macam nak bukak aje retainer ni..Tapi kalu bergerak gigi aku..nangis kang nanti...uwwaaa so nak santek..pakai laa kolin

retainer ku..

ok sebelah kanan..tuk gigi atas. sebelah kiri tuk gigi bawah

so itu lah gambar retainer aku..menatang ni akan jadi peneman hidup aku seterusnya di dalam memastikan gigi secantik maya karin ok..hahhahah...






nak kongsi

Assalammualaikum

Terbaca kedua nya ni di FB kawan terus tertarik untuk copy dan paste untuk dikongsi. Macam best sangat kata-kata dari Haslinda Alias ni. I don't know who you are, but all thats touch my heart. Memang best sangat buat inspirasi dan matlamat hidup ini. Thank you


 

Wednesday, October 17, 2012

Selendang Jurai Sufia

Assalammualaikum

Kali ini kolin introduce second koleksi.
Selendang yang ada dua tone di bahagian depan dan di sekeliling selendang ada manik yang jurai-jurai. Boleh digayakan dua cara....sama ada yang tone di bahagian depan atau belakang mengikut citarasa masing-masing.

Happy viewing!
Hanya RM35 sahaja termasuk poslaju...

Terima kasih yang menyokong...

 

Koleksi MIla

Assalammualaikum

Rasa bangga sangat sebab koleksi mila almost sold out ye. Wah...murah rezeki betul rasanya, tinggal yang paling akhir sekali nih untuk di clear kann. Berminat untuk mengayakan selendang mila untuk raya haji ? Jangan lupa email saya ye..atau tinggalkan komen di bawah..

Terima kasih kepada semua supporter
 doakan kejayaan saya menjadikan impian brand alialisa satu kenyataan!

Last piece of Selendang Mila




Tuesday, October 16, 2012

dalam hati ada dengki...APTB

Assalammualaikum



Aku memang nak tegaskan sangat. Mana-mana manusia pun memang tak boleh nak puaskan hati semua orang. Kalau dah hati tu memang ada rasa tak puas hati atau mendengki atas kelebihan seseorang itu memang tak akan boleh nak ubah. Umpama orang itu memang pandai melawa, dan ko yang memang tak melawa tengok. Dan mula lah bibir ko berbicara, eh minah tu gaji berapa sen lah kan tapi melawa aje kerjanya so sah la tu ada sugar daddy. Satu cerita...

Dan mamat tu eh..memang cekap buat kerja. Buat kerja semua tip-top apa saja tanggungjawab yang diserah di laksanakan dengan baik. Tapi kalu dah ada rasa dengki dalam hati, sebab tiap-tiap kali apa saja keramaian dia ditugaskan buat. Kerja tip-top apa sahaja lah mamat ni boleh buat. Tapi kalu dah ada makcik atau pakcik yang mendengki  memang selepas itu tak akan ada apa-apa upacara mamat tu di lantik. So kejadian nya apabila hati ada dengki.

Bagi kolin pulak, takpe lah kalu takde rezeki. Tak terkesan di hati pun, biasalah manusia memang suka bercakap, mendengki dan memang itu hobi mereka. Mereka memang suka hakimi orang lain dan memang best pasal itu. Kalau susah orang tu lah dema cari, kalu senang orang tu lah dema lupakan. Anyway...life cycle ..u will have ur day soon...






"@QURANdanSUNNAH: Orang lain berbuat buruk pada kita, maka janganlah kita ikut-ikutan berbuat buruk dengan membalas keburukannya.

Monday, October 15, 2012

apabila 'bracess' dah di buka

Assalammualaikum

Pada 12 Oktober 2012 yang lalu..tarikh keramat buat kolin tau..maklumlah pagar besi yang selama ini menjadi peneman gigi telah dibuka akhirnya. Wah terasa macam gigi nak luruh satu persatu lah sebab almost 4 years duk pakai kan. Bila dah bukak ni terasa ngilu semacam ooii. Nak berus gigi pun pelan-pelan aje sebab mcm rasa sakit bila di tekan kuat-kuat. 

Dan perubahan mulu apabila bercakap, kalu orang tak tahu aku ni bekas memakai pendakap gigi besi mesti kata aku ni bercakap mengada-gada tau. Hakikatnya tidak..kome tak caya..p pakai dulu dan mesti tau kenapa tetiba bibir kita tu jadi angelina jolie wannabe tau..

sebab..bibir kita expand masa memakai bracess tu ..tuk accomodate besi-besi yang melekat pada gigi ok. Then ....sekarang..kolin dah pun remove bracess..Impian menjadi 'maya karin' menjadi kenyataan semua duk ngata aku maya karat..ada aku kesah!!

so...nanti akak aka maya karin upload pic yaa..heheheh








p/s:  Thk u to Dr. Maryati..for helping me on 12mm jonggang dulu..now tidak lagi..
Thk you soo much!

Thursday, October 11, 2012

Chocslover Moist Cake

Assalammualaikum


Sedap kan nampak kek tu 1.5kg tau...dan memang sedap sangat. Dan paling penting ini lah usaha anak melayu yang ingin maju. Kek ini ditempah sempena jamuan di pejabat kolin baru-baru ini. Sangat berbaloi dengan harga RM50 sahaja. Daripada belikan kedai luar tu yang tak tentu kebersihan dan pembuatanya baik beli kat sini. Murah, sedap dan sangat berbaloi. 

meh tengok lagi gambo kek kat bawah nihhhh

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
 

 mengiurkan ...

Kalu ada sesiapa yang nak order kek ini dan kalu ada sebarang pertanyaan, bole lah ke FB www.facebook.com/chocslovers atau lebih senang ke blogspot beliau thechocslovers.blogspot.com

Mahukan yang lebih sedap??
buat sendiri!!! huhuhuh




Cendol Seksyen 16, Shah Alam


cendol! cendol! cendol!

ok semua jom JJCM ...yang ini cendol tapai. Kat sini dia jual di depan masjid dan dia park lori dia selamba aje kat bus stop. Memang terbaik! Ada cendol kosong, tapai, pulut, jagung dan nak campur pun boleh. Memang sedap sangat...di samping itu ada juga di jual rojak dan karipap. Karipap 50 sen sahaja dan biasanya mereka jual panas-panas. Menyelerakan nyum nyum...

So moh ke shah alam seksyen 16 ok...


Wednesday, October 10, 2012

sahabat ~

Assalammualaikum


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sahabat...

ko lah payung ku
ko lah bantal tempat ku tidur
ko lah kucing untuk aku belai-belai
ko lah air sirap tuk aku hilang dahaga

sahabat...

ko lah gula-gula memberi kemanisan hidupku
ko lah badut memgembirakan hati ku
ko lah "along" di saat aku sesak
ko lah diari hati tempat ku mengadu

sahabat...

akan ku pelihara nya sehingga ke taman firdausi...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Tuesday, October 9, 2012

moh tidur!!


Assalammualaikum

fakta tidur:

TIDUR BERUPAYA MENGUATKAN DAYA INGATAN DAN MEREKA YANG KURANG TIDUR MEMPUNYAI HORMON STRESS, KOTISKOSTERON 
YANG LEBIH TINGGI

so kalu aku tertido jangan sibuk kacau ye...






p/s: benci ngan orang sibuk kata..."takde kerja, takde kerja"
Orang yang kata gitu yang takde kerja sebenarnya sebab asyik perhatikan orang..

Monday, October 8, 2012

Naik bas!

Assalammualaikum

Sabtu lepas kan...kolin dan anak-anak teringin nak ke kl. Tapi aku memang la malas giler nak drive kan..dengan sesak dan parking yang ntah apa-apa kat kl tu. So penyudahnyer aku naik bas lah dari jinjang utara ke sogo. Kome jangan lah ingat jauh benor..jinjang ke sogo tu. Buat pengetahuan am kome..rumah aku dekat giler ngan jalan kuching dan jalan ipoh. So memang kat bandar ye..

Aku dan anak-anak naik lah bas, RM2.50 sahaja. Aku aje konduktor tu caj sebab budak-budak dia kata tak payah. So bermula lah naik bas, anak-anak aku sikit punye excited lah weh. Maklumlah lahir aje dah ada kereta, tak macam aku dulu-dulu ke hulu hilir naik bas. Maklumlah anak orang susah...

Ok..sampai aje kat sogo tu..lunch hour. Anak-anak aku excited nak makan KFC. Ya Allah, daifnye KFC kat Kompleks Pertama ini. Dengan berbau macam busuk, kotor, meja tak dikemaskan, lantai rupa tak bermop. Aku memang macam nak give up..tapi anak-anak tetap dengan KFC. 

Memang tak macam KFC tempat lain ok. Ko kene order dan bayar dulu. Then beratur untuk ambil pesanan, pesanan akan dibuat pada masa kita bagi resit kat staff dia. Lama ok menunggu. Oh KFC terlepas pandang ke yang kat Kompleks Pertama ini. Dah lah kawasan ini banyak pelancong, malu giler aku. KFC yang ini memang harus ditutup dan direnovate sahaja..Memalukan..

Dan akhirnya kami selesai makan cepat-cepat dan terus ke SOGO. Dalam sogo pulak..mak aiii..ramainyer umat membeli belah. Hamboi hamboi mentang-mentang lah baru dapat gaji ek..Berduyun duyun orang men- shopping tau. 

Aku dan anak-anak hanya lepak-lepak. Pergi ke Jalan TAR tengok-tengok tudung, baju dan mainan. Lagipun pun sabtu kan ada pasar malam. Haa kami pun pergi membeli makanan dan minuman sambil melepak-lepak. 

Tujuan aku ke SOGO hari tu ..hanya untuk NAIK BAS!
sebab anak-anak aku teringin nak NAIK BAS!
best laa sangat kann..NAIK BAS!...(dua tangan di bahu)

moh kita NAIK BAS!!!!!!


budak-budak yang suka naik bas!!

Friday, October 5, 2012

ex - assuntarians

Assalamualaikum

Pada 22 September yang lalu kami semua dijemput oleh Suzana untuk menghadiri parti hari lahir anak lelakinya Aqiel yang baru masuk Satu Tahun di A& W Petaling Jaya. Nak dijadikan cerita masa ni kami terus ambil kesempatan untuk menjadikannya majlis reunion untuk kami. Aku bersekolah di Sek. Men. Assunta, Jalan Changgai Petaling Jaya dari from form 1 till form 5. Bayangkan lah betapa banyak kenangan manis dan pahit aku lalui. 

Bayangkan lah masa kat sekolah dulu kami memang aktif dan nakal sangat dan semua ni dah jadi kenangan dah oooii. Tapi bila berjumpa balik kann..hrmm haru biru lah semuanya...lagi pulak lah rumah aku pernah terbakar dulu so memang gambar-gambar kenangan zaman sekolah dan uitm semua hangus habis. Nasib baik aku ni tak lupa ingatan lah..ingat lagi kawan-kawan aku hehehehe..
walking tru memorylane....

20 September 2012 Sabtu
A & W Petaling Jaya
1.30 Tengahari







syok kan kami ramai-ramai berkumpul...sekarang masing-masing dah 32 tahun ok. Still look remaja tak? haha ada aku kesah..sapa kata aku remaja purba tu..mak cili kan mulut ko nanti nakk

Now waiting for the 2nd reunion on 3 November 2012. Puan Mastura Azman akan mengadakan parti hari lahir anak-anak kembar 4 dia..Syok ooo..

Doakan silaturrahim ini terjalin baik buat selamanya..Insya Allah