Saturday, September 29, 2012

My Boy Graduate!!

Assalammualaikum


yeay..my boy dah graduate!! Tahniah Ali Imran mamy...cayang bucuk mamy sangat. Hahahah over tak mamy..baru umur 6 tahun kut...kann..tapi takpe..graduate jugak...

Anyway ni gambar umur dia 6 tahun, masa 5 tahun ...tak dapat tangkap sebab masa tu lah ayah mertua kolin meninggal dunia. So pada masa sesi bergambar kami semua di kampung lah kan.

Semoga Ali imran menjadi anak yang baik, rajin, pandai, bijak dan pemurah. Murah senyuman ye sayang...Mommy love you!!


Friday, September 28, 2012

Forgive and Forget


hrmm..yes memang bole maafkan tapi nak mempercayai balik tu lain citer. Macam susah aje..tak percaya orang yang pernah khianat atau menipu..atau lebih suka menganiayai kita. Aishh..sori lah..
kolin boleh maafkan..but nak percaya balik...CITER LAIN ok...

Thursday, September 27, 2012

ustaz azhar idrus - love this!!


Wah..setuju!! hahahha...
Love u ustaz azhar....kata-kata beliau banyak memberikan inspirasi kepada kami yang dahulunya banyak tak tahu menahu apa pun. Contohnye aku ler...Wah dengan adanya semua ini kadang-kadang simple question memang terjawab. Thanks a lot !!!


Medan ~ Part 6

Assalammualaikum

Well...kami pun balik hotel bila dah selesai membeli belah di Kek Lapis Zulaikha tu. Anyway sebabkan hari ahad banyak kedai di pajak ikan ditutup demikian juga lah money changer. So bila sampai di hotel, kami bertanyakan money changer yang terdekat. So memang SAH tutup kata mereka. Dan hotel ada menawarkan tukaran wang tapi dahsyat bapak mahal nyer 1 juta Rupiah almost RM450 tau...padahal satu juta Rupiah dalam RM335 aje pada masa tu. Tak jadiikkk!!

so selepas hantar mereka ke hotel, kolin kata kat hubby yang mama dan kolin nak keluar berdua nak cari money changer di sun plaza tadi. So dia pun setuju memandangkan dia dah mengantuk dan sememangnyer dia dah penat. Anak-anak dan hubby take a good nap lah semasa di tengahari, so kolin dan mama syok-syok keluar berdua hahahah. Masa tahan bechak tu duk kata kat dia nak p Sun Plaza. Tapi masa dalam bechak terasa macam jauh betul. Sama juga kolin bayar RP10,000...tapi dia hantar salah tempat daaa...Medan Fair Plaza lerr

fokus pada cermin yeee


masa sampai tu terasa gak macam kenapa lain eh. Tapi bagus gak orang tu tersalah hantar sebab kat sini kalau korang nak shopping memang best! murahan ko..Pumps shoes lawa-lawa dalam RP50,000 aje. Nak beli baju RM5 pun ada dan sangat boleh dipakai. Di bahagian luar mall ni pulak ada macam deretan rumah kedai bertentangan mall. Cara melintas ada jejantas tertutup siap air-cond. Masa kat sini kolin beli brownies lah, saja nak merasa kan. Orangnya memang ramai ala-ala chow kit lah...dan murah sangat-sangat membeli belah kat sini. Kami dapat juga jumpa money changer akhirnya. Lega sikit..sebab masih ada semalam lagi kat sini nak makan dan nak bayar aiport tax lagi. Duit Rupiah dah susut akibat beli belah. 

Anyway kami jalan-jalan dan beli serba sikit terus nak balik ke hotel. Sebab panas sangat, kolin dan mama tak larat nak ke mana-mana. Masa tahan bechak tu, kata hotel kesawan lah. Dia kata tau tak harga, kolin duk kata Rp10,000 tapi dia kata tak boleh nak RP15,000. Ikutlah wahai orang indon tu...dah tau korang selagi boleh nak perah, perahlah kami pelancong ni yang datang..nasib ler..mana-mana pun sama. Orang kita pun suka kenakan pelancong gak kalu mereka ke Malaysia. Ni semua sikap lah...Dah tu sampai hotel..yeay...tido hahahha. Penat ko...tu bayangkan kalu aku ke brastagi ...hrmm hampehh ler..

RP80,000

ni beli kat airport...durian kek lapis dalam RP35,000

brownies dalam RP15,000

dodol bagai-bagai dalam RP8,000 kut..

kartu hotel kesawan yee..

so kami tidor..nantikan apa kami buat malam ahad di Kota Medan dalam part 7 ye..saja bagi pecah-pecah story. Kang kolin ketandusan idea lak nak menulis hahahha. Takpe-takpe...doakan yer..semoga semua dapat manafaat di sebalik semua pengalaman yang kolin share nih..adios..


p/s: tak faham dengan orang yang suka tabur pasir dalam periuk nasi orang nih...meroyan!!

Wednesday, September 26, 2012

Alisa Maisara ~ 3 Tahun

Assalammualaikum

Pada tarikh ini 25 September 2009 saya tengah sarat ke hulur hilir membawa perut....rasa macam tak sabar nak terima orang baru pun ada. Kalu di ikutkan tarikh due date pada 1 Oktober. Pada  masa itu masih musim beraya, tapi kolin dan duduk di rumah. Kunci segala pintu disebabkan ada anak-anak jiran yang masih nak datang beraya..dan pastinya aku malas sebab dah sarat sangat-sangat.

Dan pada 28 September 2009 aku dikejarkan ke HKL sebab rasa macam dah dekat sangat. Betul sangkaan aku tanda-tanda awal dah keluar dan pintu rahim sudah terbuka 3cm. Tapi korang tau aku buat apa..aku duk usap-usap perut duk kata kat baby...

"Jangan lah keluar hari ini..Keluarlah besok 29.9.2009 hehehheheh"

Ya Allah, dikabulkan doa kan ku itu..Pada jam 5 petang aku dikejarkan ke bilik bersalin dan pada jam 9.39 malam aku selamat melahirkan bayi perempuan yang menjadi idaman kami suami isteri...yeay. Ko bayangkan bile baby keluar nurse tu tanya kolin "tengok anak puan, anak apa?" tak sempat aku nak jawab laki aku dah jawab..mamy amoi laa!!
Terus kene sound dengan nurse tu hahahha....ni saya tanya isteri awak, bukan tanya awak. Hihihih ye lah dalam keadaan aku yang memang tak bermaya tu kan..memang lemau nak menjawab. Tapi senyum dan gagahkan...anak perempuan misi...waa seronok.

Selamat melahirkan baby girl 2.65kg...happy sangat! 

 semasa baru dilahirkan..
 i know...she is fair heheh

4 months

1 year birthday celebration

2nd year birthday celebration


dan kini alisa maisara yang akan menganjak ke 3 tahun pada 29.9.2012..
Alhamdulillah..semakin cerdik, pandai mengambil hati, mulut kepoh and i LOVE everything 
about her!!

Happy Bushday Daughter!!!..We love u soo much...

dan sekarang...kome tengok ler sendiri

 santek tak mamy?!! dan mamy kata....saannnteekk sangat tau!!!..hahahhah



Will update her 3rd bufday celebration at PD soon~...May Allah Bless her...

Tanya PM kita!!

Salam 1Malaysia! Perdana Menteri kita, selaku Menteri Kewangan, akan mengumumkan Bajet 2013 untuk Rakyat pada 28 September ini. Bajet ini merupakan sebuah bajet daripada Rakyat untuk Rakyat. Jika anda ingin memahaminya dengan lebih mendalam, kami ingin menjemput anda sebagai rakan online YAB Perdana Menteri untuk mengambil bahagian dalam sesi #TanyaNajib: Bajet 2013 secara langsung. Sesi ini akan diadakan pada hari Rabu (3 Oktober 2012) jam 9 malam.

Jika anda berminat untuk menyertai sesi ini, hantarkan sebuah video 30 saat dan nyatakan mengapa anda layak untuk menjadi salah seorang daripada peserta sesi #TanyaNajib Bajet 2013. Emailkan video anda kepada admin@1malaysia.com.my dengan berikut:

Tajuk Email : #TanyaNajib

Nama:
No Kad Pengenalan:
Alamat Rumah:
No Telefon:
Email:
ID Google+:
Tentang Saya:

Klik di sini
 untuk mengetahui cara-cara mendaftarkan sebuah akaun Google+.

Mengikut cadangan asal, tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Rabu (26 September). Namun begitu kami ingin memberi sedikit keistimewaan khas buat mereka yang berada di dalam senarai e-mel kami. Kami telah membuat keputusan untuk melanjutkan tarikh tutup kepada Sabtu, 29 September 2012 khas buat anda. Ini sebagai satu tanda terima kasih kami atas sokongan anda yang tidak terhingga! 

  *******************************************************************************

Wahhh today dapat email begini. Seronok betul kan...heheh. Nak pikir video apa nak hantar dan nak tanya apa pada PM. Excited dol...

Saya Pilih Malaysia!!

 ihsan google


p/s: bersyukur lah Malaysia aman sejahtera

Tuesday, September 25, 2012

"Why Maybank should give me tickets to Legoland”

Assalammualaikum

Maybank harus memberikan kolin tiket ke Legoland ni sebab kolin adalah pelanggan Maybank yang sangat-sangat setia tau. Gaji masuk Maybank, beli barang online pun pakai M2U wee...sangat mudah dan senang! Lagipun Maybank ini ATM dia sangat friendly dan mudah didapati di mana-mana juga. Pendek kata kalau kita nak buat transaksi memang selalunya kawan-kawan kita memang ada akaun Maybank. Cepat, mudah, senang dan ringkas.

Maybank harus memberikan kolin tiket ke Legoland sebab Maybank baik hati, pemurah, bertimbang rasa, berbelas kasihan, penyayang dan comel. Dengan warna kuning dan logo harimau tu kan "rimau ada jaga aku" haa macam iklan yang cakap sarawakian tu...

Maybank harus memberikan kolin tiket percuma ke Legoland sebab kolin memang suka adventure sangat-sangat. Lagilah kalu diberikan peluang pergi dengan yang disayangi. Kalau lah dapat tiket free dari Maybank kan memang tak tahu nak kata apa. Seronok tak terkira dan barulah terasa diri ini disayangi hehehhe...Oh! Maybank, please give it to me~

Lagipun website Maybank ni senang sangat nak ingat http://www.maybank2u.com.my/ klik aje tu terus boleh buat macam-macam. Nak transfer senang, nak bayar bil senang, nak bayar cukai pintu dan tanah senang, nak bagi duit kat mak ayah senang. Apa saja lah senang 
kalu kita ada Maybank tu. 

Disebabkan semua di atas itu lah Maybank harus memberikan kolin tiket ke Legoland tu. Mengharapkan tiket tu dah di tahap ultraman dah ni. Nak tiket! Nak tiket! Nak Tiket!...

Doa banyak-banyak supaya Maybank memberikan tiket Legoland tu..amin

tempat idaman ku~ pls maybank give the tickets to me!!

"ada rimau jaga aku"

pose! nak tiket Legoland!!!

Monday, September 24, 2012

Koleksi Mila dari alialisa

Assalammualaikum

Bismillahhirrahmannirrahim

Dah lama niat nak bisnes sendiri, dan akhirnya kolin decided nak mengeluarkan tudung dan selendang jenama alialisa untuk merealisasikan impian. 

Dengan rasa rendah diri dan sukacitanya kolin melancarkan koleksi tudung dan selendang untuk pengemar yang suka bermanik. Semoga kalian mendoakan dan menyokong koleksi terbaru ini. Kesemua koleksi adalah 'handmade' dari kolin sendiri.




Kesemua koleksi akan diupload pada penghujung bulan September 2012. Berbagai warna bole dipilih oleh semua. Nantikan kemunculan koleksi Mila soon!~




Medan ~ Part 5

Assalammualaikum

Well hari ni hari ahad, so kami bangun dalam pukul 7 pagi..tapi di medan masih jam 6 pagi sebab mereka lewat sejam dari Malaysia. Siap aje..sarapan pun sampai, di Hotel Kesawan sarapan boleh di hantar terus ke bilik lagi mudah kan. So kami pun order lah nasi goreng satu dan mihun goren satu. Semua nya ada 4 pinggan, siap teh O sekali. Tapi yang amat pedas ok. Sedap memang lah sedap tapi pedas mengiler. Siap hubby kuar ke restoran Garuda beli murtabak mesir yang sedap takut perut kami tak bole terima makanan yang terlalu pedas tu pagi-pagi. 

murtabak mesir di Restoran Garuda

Siap bersarapan, kami dah ready nak ke Istana Maimon yang famous di Kota Medan. Kami ke sana menaiki 'bechak' di sini memang banyak sangat warga Medan mencari makan dengan menaiki kenderaan ini. Kenderaan ini sama dengan beca di Malaysia cuma mereka di sana mengunakan motor. Pada mulanya kami ingin menyewa 2 bechak ke sana. Rupanya kami silap dengan menaiki satu bechak sahaja kami berlima (3 dewasa 2 kanak-kanak) boleh kemana sahaja dengan menaiki bechak ini. Waa anjatt boboi...!!!

bechak ini lah yang kami naik tu...

3 generasi...bersempit sempitan...

Cara menaiki bechak ini ..kami berempat di dalam tempat yang disediakan tu....dan hubby duduk dibelakang dia. Believe me! Scary ok..selamba kodok aje tukang bawak bechak ni ..dengan melawan arusnya...adoi..memang kalu kat Malaysia ada pengangkutan begini memang sangat membantu kut...mengelakkan jem. Tambang kami dari Hotel Kesawan ke Istana Maimun ini sepatutnya RP10,000 sahaja. Tapi disebabkan muatan yang terlebih dia minta RP15,000 ..so kami setuju. Kalu tidak RP20,000 sebab kami plan nak mengunakan 2 bechak kan...

jalan masuk Istana Maimun

tangga menaiki Istana

kawasan hadapan istana

singgahsana yang masih dikekalkan


Yuran yang dikenakan bagi setiap pengunjung ialah RP5,000. Kami difahamkan yuran ini dikenakan untuk maintenance kawasan istana. Kesultanan Medan ini telah dimansuhkan sebaik sahaja medan memasuki Republik Indonesia. So bila kami interview penjaga nya adalah cucu cicit kesultanan yang masih tersisa ini, seramai 25 keluarga yang masih menghuni kawasan istana ini. So maknanya mereka tinggal di bilik-bilik yang disediakan didalam istana lama ini. Lagipun di sana penginapan adalah sangat sukar kerana penduduk mereka yang ramai. 

di balkoni istana

kami melepak adalah dekat setengah jam kat istana tu..saja pusing-pusing tengok peninggalan. Dan kebetulan pada masa kedatangan kami ada sekumpulan mat saleh tengah cuba baju pakaian diraja. Waah ketawa besar mereka, siap lepas pakai duduk di kerusi untuk tangkap gambar. Tak pasti berapa sewaan yang dikenakan. Perasan juga ada anak-anak gadis pakai pakaian tu dah siap bergambar di taman. Mama ada suruh kolin try..but i dont want hahah sebab masa tu cuaca agak panas ler. 

Selesai tour di sekitar kawasan istana, kami ternampak souvenior shop di sekitar compaund. Memang di sini lebih murah berbanding di tempat lain. Kalau nak beli tshirt, keychain dan lain-lain, baik tunggu ke sini. Lebih bagus untuk berjual beli dan minta murah. Berbanding di pajak ikan sebelum ini tshirt yang kami beli agak mahal. Tu lah tak beli banyak masa tu. Tapi di sini kami membeli siap-siap apa yang bole diberi kepada kawan-kawan buat ole-ole. 

Selepas dah beli-belah tu..sekali bechak yang sama menghantar kami siap tunggu rupanya. Patutlah dia tanya selepas ini ke mana...kami kata ke sun plaza. Sekali masa nak naik bechak tu...kami kene bayar RP2000 untuk parking bechak. Aaiikkk...macam pelik tapi itulah mereka di sini apa saja mampu dibuat asalkan mendatangkan duit. Sedangkan kami tak suruh dia tunggu pun kerana kami boleh menahan bechak yang lain. Tapi takpelah dah terlanjur kami terus ke Sun Plaza. 

entrance sun plaza

di dalam sun plaza

Semasa kami sampai ke sun plaza..baru lah perasan tempat ini macam shopping complex yang bertimbun kat KL. Kami saja pusing-pusing dan terus hilang minat. Tapi masa tu teringat nak tukar duit, tapi disebabkan kami sampai terlalu awal money changer pun tak bukak lagi daa...So terus keluar teringat nak beli kek lapis medan yang terkenal tu. So misi menahan bechak laa yee

 sekitar di Sun Plaza

gereja besar-besar di medan ni

disebabkan hari ni ahad ..banyak kedai ditutup

bechak!!

So kami pun dapat tahan bechak dengan harga RP10,000 ke Kedai Kek Lapis Zulaikha. Sesampai di sana memang ramai lah orang ooiii. Semua duk nak borong kek ler...kami pun sama lah memborong so hasilnya membeli 2 kek besar dan sampai nak kami bahagikan. Sebab satu kek dah 3kg so takut beg kami berlebihan KG di airport nanti. Lagipun banyak-banyak sapa lak nak makan kan..benda manis-manis janji ada. Hubby lak sibuk borong dodol memang dia dan anak-anak aku suka makan dodol. Murah dong!


Selesai beli belah kami pun terasa nak balik hotel. Sebab anak-anak pun dah mengeluh kepanasan. Hadoiyai..nasib baik kami dah plan nak lepak kota medan saja. Kalau kami ke brastagi dan lake toba, tak tahu lah karenah anak-anak macam mana. Penat rasanya...

muka budak-budak konpius naik bechak hahahhaha

So berakhir sudah perjalanan separuh hari kami di kota medan..sambung part 6 ye..banyak sangat nak dikongsikan buat bekalan kawan-kawan lain yang akan berkunjung ke sana kelak...adios

Friday, September 21, 2012

Medan ~ Part 4

Assalammualaikum

So untuk dinner malam pertama ini kami pun melepak di Merdeka Walk tu, tak jauh pun berjalan kaki dari hotel ke sini. Cuma memang nak kata, di sini tempat penjalan kaki memang tak mesra sangat. Bahaya jugak sebab bile tempat penjalan kaki dijadikan tempat meletak kenderaan, jadi kami tiada pilihan terpaksa jalan di tepi jalan yang memang kenderaan mereka sangat laju lah.
.takut jugak ler. 

Anyway lepas dah dapat restoran yang kami rasa macam ok...upacara mengorder pun dimulakan. Masa kolin usha-usha tu ternampak kerang bulu yang besar..harga murah aje RP14,000 so order lah satu pinggan, order satu set nasi kamplit bakar, mama kolin order nasi ayam penyet, imran pulak order kuew teow goreng dan papa imran order some sort of mee tapi memang tak ingat apa namanyer. Tempe goreng pun kolin order sebab memang suka makan kat sini, tempe mereka rasa lagi tebal dan syok aje wehh..

 kerang bulu RP14,000

tempe goreng RP10,000 kalu tak silap

nasi kamplit bakar..memang sedap sangat..bole makan dgn ikan atau ayam..
sedapp nasinya rasa manis daun pisang tu..

 nasi ayam penyet

kuew teow goreng

gambar semua jadi hijau heheh..sebab lighting kat situ warna hijau dan kolin tak gunakan flash. Air pulak ada yang kami order air buah tapi more to mineral water sebab rasa macam panas aje medan ni, rasa dehydrated sangat. So kami pun makan lah dengan berseleranya...seronok kami anak beranak dapat berkumpul dan makan begini. Sempena anniversary kami dan birthday kolin..semoga kami semua dilanjutkan umur dan dimurahkan rezeki mudah mudahan. Dapat la kami berkumpul lagi dan bercuti next year!!..

dan pada masa makan malam tu alisa yang kepenatan dah tertido dalam stroller..selesa sikit nak makan. Disebabkan makan macam-macam kolin siap tapau tempe tu dalam tisu bawa balik hotel. Takut-takut alisa bangun lapar pulak nanti kan. 

Selesai makan jam 10 malam kawasan Merdeka Walk tu dah mula sibuk dengan gelagat anak-anak muda medan yang berkumpul. Rasanya ini lah aktivit mereka malam-malam di kota medan ini. Nampak seperti anak orang kaya mereka ni, masing-masing lebih gemar memegang BBery di tangan masing-masing.

Buat kami pula, dalam perjalanan balik ke hotel singgah sekejap kat IndoMart ala-ala 7eleven. Beli pampers lisa dan kudap kudapan untuk makan dalam bilik  hotel. Seronok gak..sebab rasa macam murah aje membeli kat sini hehehe..

So balik hotel..terus tido dan kita sambung esok pula jelajah kota medan ni..so kolin share some of the pictures to cherish our moment...

adios

wonder what they talk..happy giler

me with mama

alisa sleep selepas mengamuk nak main game..

my handsome boy

i realized we have a same smile laa hahahha