Monday, October 31, 2011

manik tuk mamy ~

Assalammualaikum..

Dah lama rasanya tak share hasil tangan mamy
well this time baju mamy.....jenis mamy ni suka yang simple dan sweet. 
so tak suka sangat macam "pelangi petang" atau "awan larat"
jadiknya simple sudah hehehhe rasanya memadai kut...

then baju ni kain cotton (murah jekk!!)
so ini lah jadiknye kann..

ini bahagian lengan baju mamy ~

Memang simple kan..mamy memang suka begini
kunun kunun nyer nak citer kat kome laa mamy ni simple orangnya kuikui

buat masa ni memang jahitan manik agak slow..tapi ok jugak
dapat mamy curahkan idea ke baju sendiri..sbb duk jahit
baju orang saja..baju sendiri plain aje takde manik..

sweet ler kununnyerrr

so ini lah jadiknya baju mamy..
baju ni kurung moden..so masa pakai baju ni semua kata comey
hahahahah aku dah perasan..lantak ler..janji aku bahagia hahahahha

so sape sape nak cuba..silakan ler
pm inbox ye..cewahhh mcm FB lak aku wat...

sayonara..





Jungle Lodge, Alang Sedayu

Assalammualaikum

kali ini mamy berpeluang buat 'site visit' tuk program
pembersihan sungai gombak yang bakal kami jalankan pada 26 November 2011.
bertempat di Jungle Lodge, Alang Sedayu kat area gombak, belakang UIA tuh..

perjalanan kami mengambil masa dalam setengah jam sahaja..sepanjang perjalanan
mata mamy dijamu dengan kehijauan dan tempat tinggal orang orang asli disekitar situ.

apabila sampai di papan tanda..alang sedayu, jungle lodge kami pun
masuk ke sebelah kiri jalan..jalan nya agak sempit dan pemandu kami membunyikan hon
di setiap selekoh. lebih kurang 5 minit kami pun sampai ke tempat yang dituju..


mamy sampai nampak satu kawasan yang agak biasa..ini pertama kali mamy ke sini.
baru tau di sini ada kem yang sangat ok lah untuk buat apa apa program..mamy rasa family day pun ok kut..

so masa sampai tuh..mamy terus di bawak ke kawasan jambatan kecil tuk melihat
sungai yang bakal kami jalankan aktiviti qua qua dan gotong royong pembersihan sungai 
nanti bersama TLS Group. Ini kira kerjasama pihak swasta dan kerajaan kan..how nice!

mendamaikan~

begini la keadaan sungai pada waktu itu..mamy rasa heaven sangat..sangat sangat..besh
tima kaseh pada mereka yang percaya pada mamy dan meletakkan mamy
sebagai setiausaha program bagi event kali ini..TQ TQ
part of the groups!

so kami terus berjalan lagi dah mamy ternampak satu papan tanda di tepi sungai
wallah..bangga nyer..


Alhamdulillah..semoga khidmat bakti kawan kawan mamy di lihat dan 
disokong sentiasa..thats show we care!!
kami pun berjalan lagi di sekitar Jungle Lodge ni..tak silap mamy
pengambaran cerita 'kasih alia' tempat ini digunakan sebagai 
asrama anak yatim tuh kunun nya..kalu tak silap lah kann

anyway mamy teringin nak share gambar gambar persekitaran di sana..








wah wah wah kannn...tempat yang sangat cantek..
dalam bandar ok..mamy tak pernah perasan tempat ini memang they have the nature beauty!!!

i can't wait for this 26 November tau untuk buat program ini
doakan kejayaan kami....semoga alam ciptaan Allah Taala ini 
dapat kami pelihara dan jaga demi generasi kami seterusnya...

memang banyak sangat sampah ye kawan kawan
bukan di kawasan jungle lodge lah..di luar nya itu..so usaha ini memang patut berterusan sampai 
bila bila...

doakan kejayaan kami!!







tidak kepada beg plastik dan polisterin..

Assalammualaikum
Inilah tajuk kita kali ini..
seperti yang kita maklum memang sekarang banyak kempen dijalankan 
untuk alam sekitar kita..semakin membimbangkan juga lah..sampah sarap merata rata
beg plastik dan polisterin ini memang jadi satu masalah agaknyer..

satu cara kita bole support event ni dengan
membawa sendiri beg apabila kita pergi shopping atau mungkin troli kann
memang bagus amalan begini...yang biasa mamy nampak
melayu kurang kesedaran kempen begini..
kebanyakkan bangsa cina yang selalu bawak..

bukan nak kondem..tapi ini realiti..
pergi jusco atau carrefour memang bangsa mereka 
prihatin lah akan kempen kesedaran begini..
lagipun sekarang kan kempen tiada beg plastik pada hari sabtu..
so selalu mamy sediakan aje beg ini dlam kereta siap...senang kannn


satu lagi yang bole kita lakukan adalah..membawa tupperware sendiri
biasanya kita bole standby kita punye tupperware dan botol air..
so tak yah beli mineral water..sbb of coz botol tu kita akan buang kann..
dan tupperware untuk "tapau" makanan..so no more polisterin

rasanya pernah artikel pasal polisterin ni keluar dulu..membahayakan kesihatan
tapi mamy sendiri kadang kadang terlajak jugak ...dah sampai kedai baru perasan 
tak bawak tupperware..so no tapau...makan di situ hehehehe
sambil tuh leh usha usha kannn

rasanya kempen yang dijalankan oleh Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar & Hal Ehwal Penguna 
Peringkat Negeri Selangor ini sangat menepati masalah kita di kala ini.
lagi lah di lembah klang ini penduduk nya ramai..
bayangkan laa kalu semua orang ambil sikap tidak peduli..dalam masa beberapa tahun
Malaysia akan ditimbuni sampah sarap..so start recycling..

sebenarnya kita ni kaum ibu bole main peranan di rumah
mamy selalu kumpulkan katalog dan surat khabar di luar..
apabila datang orang yang mengutip..mamy ajar ali imran..berjual surat khabar.
So dia realize yang dari situ dia bole menjana duit poket nya sendiri di samping 
kitar semula kann..

macam tu jugak kalu imran mula mengumpul tin minuman dan botol botol plastik
kita sebagai mak pak kepada anak anak kena laa bagi galakan
sediakan ruang untuk mereka buat perkara perkara ini...
semuanya bermula dari rumah

Semoga kempen murni yang dijalankan di Peringkat Negeri Selangor ini 
membawa gelombang bermulanya kempen
"TIDAK KEPADA BEG PLASTIK DAN POLISTERIN"

Sama sama lah kita menjaga alam sekitar kita..
chaiyookk!!





Friday, October 28, 2011

perihal jodoh~

Assalammualaikum

mamy kadang kadang perasan ramai kawan kawan mamy yang belum
bertemu jodoh. Tapi bila difikirkan balik..bukan semua yang
sudah ketemu jodohnya bahagia.

So ada hikmah jua bagi kawan kawan yang masih belum berkhawin.
Kalu berjumpa jodoh yang tidak elok, suka mengambil kesempatan,
suka memukul, mengendahkan tanggungjawab...bil bil dan semua hutang
piutang di tanggung isteri atau si suami, tak ker naya..

so mamy rasa perlu mamy share artikel ini untuk kesedaran dan
rujukan kita bersama. Mungkin ada benarnya di dalam artikel ini untuk
semua yang kunun nyaa “bujang terlajak” ini renungkan...

mamy rasa kawan kawan mamy yang masih single mingle..belum berpunya tuh.
Janganlah risau sangat..kalu memang ada jodoh tuk kita..doa banyak banyak.
Tak usah risaukan pandangan orang lain, masyarakat atau kawan kawan yang tidak membina kritikan itu.

Sebab bila badai melanda perkhawinan kita..kita sahaja yang
menangung dan mengerti kepahitan sesebuah rumahtangga.

Mohon kawan kawan baca dan sebarkan ..so kepada yang masih single..don't worry ok.


Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

"Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya
sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."
Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum
apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki
yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar
seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian
nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka
aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping
membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah
apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang
sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala
cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan ima, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan
kepadakesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia
akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Sekian

Hrmmm....rasanya dah panjang lebar keterangan Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj ini.
Semoga dengan apa yang diceritakan oleh beliau mendapat inspirasi dan menghilangkan gundah gulana kepada kawan kawan yang single dan masih tidak berteman.

Apa pun..mamy sentiasa doakan kepada kawan kawan yang masih tidak bertemu jodoh..

Semoga anda semua ditemukan jodoh yang baik baik..dah dilindungi Allah SWT senantiasa..Amin





Thursday, October 27, 2011

nak raya mana??!!

Assalammualaikum..

mamy sekarang ngah confuse..tadi dah pengumuman raya haji bila.
but then..sekarang nak balik kedah..arwah ayah dah takde. well raya puasa
hari tu dah raya kat pee jay with mama tersayang..

hrmm..baru terasa sekarang lost sangat lepas arwah ayah takde..mcm takde
tempat kami ni nak tuju..skrg tinggal adik beradik..itu pun masing masing
masih berbincang tak tau nak p raya mana..umah sapa?

today mood memang sedih sedih sedih..
nak raya mana???!!

hati sedih~

Assalammmualaikum 

Mamy dah lama tak rasa sedih...sedih ngan kehilangan seseorang
bukan pergi selamanya..cuma pergi untuk meneruskan cita cita di tempat lebih baik..
paling last mamy sedih sangat ..masa mamy menerima keputusan SPM dulu ngan si milah

kome bayangkan laa result mamy pangkat 2 aje kut..(tapi percubaan SAP ye kawan kawan)
si milah dpat pangkat 1...kami celebrating like never ending...berpeluk pelukan..kami bukan rakan 
sekelas..but some how we r close lah..

so masa nangis nangis..kami dah tau yang selepas ni kami akan jarang berjumpa
jarang berjalan bersama...akan terpisah seketika demi mengejar cita cita kami. 
so memang betul ..mamy dapat uitm jengka pahang dan milah mengejar cita cita 
di uitm shah alam..berpisah jua kami..

kalu nak tau..dalam perjalanan dari sekolah assunta di pj..ke central market key ell (nak celebrate laa kan)
kami menangis nangis dan nangis..tak tau kenapa sayu sangat hati...sayu sangat sangat
nangis nyer sampai tidak hiraukan orang lain..mamy n milah ngan dunia kami sahaja..kami sahaja yang 
memahami kesedihan nak berpisah...
tiga serangkai ~

di saat saat akhir memang kami mengabiskan banyak masa bersama sama. 
kalu semua nak tau ..mamy n milah..memonteng sama sama, p mandi ujan sama sama
pergi makan abc kat "perabot" pj tu sama sama..memang kegemaran kami banyak giler
kalu pusing pasar malam 10 kali pun takpe..sebab nak jalan sama sama...

Anyway now..dah bertahun berlalu..masa terus berlalu
dan sekarang kami kasih sayang kami mulai bertaut kembali...*sengih*
p/s: milah aku nak bronze ko tuh?! dengkiiiiii

dan sekarang..adakah mamy rasa akan punyai rasa sedih tuh sekali lagi?
sedih kehilangan orang yang disayangi?
sedih mengetahui lepas ini akan berlaku sekali lagi di hati ini??
kesayuan melanda hati di kala ini..tak ketahuan..

*sebak*





Wednesday, October 26, 2011

penyibuk ke kita?

Assalammualaikum

kali ni mamy nak tulis bukan nak kenakan sesiapa pun..
ni berdasarkan atas pengalaman, perangai mamy sendiri, orang orang di sekeliling mamy.
tak berniat apa pun...well nobody perfect kann

tapi kadang kadang tu nak tanya diri ler..penyibuk ke kita??
sibuk orang tu buat apa, sibuk orang tu makan apa...sibuk tudung dia beli longgok RM5 ke, p beli tudung Ariani ker..kut kut pearl haya (ntah apa yg sue duk kata selalu)
sampai sedahsyat itu kita menyibuk kannn...

walhal kita ni patut tak payah sibuk hal orang..sibuk orang nak buat apa..
biarkan lah selagi orang tu ok ..dah bahagia..
melainkan orang tu minta nasihat dari kita...then kalu tidak tak yah laa sibuk eh

 ko tengok opis orang kat india nih...sibuk tak?

Satu lagi mamy pelik kalu sibuk orang tu pakai barang apa...
dah orang tu sakai ...dia nak pakai semua phone canggih yang ada kat dunia nih..
lantak dia laa kan..bukan pakai duit laki tiri mak sesapa pun kan..duit dia

dah ada bbery, iphone then beli pulak tab...tuh aku tuju untuk mastura hahahhah
tapi dia ada sibuk ke hal orang lain..idak kan? dia ngan hal dia..dah dia mampu..ko kesah menda?
ni mesti ko sakit ati kan..hah..tak baek ler..biar kan ler

satu lagi yang kome nyibuk nyibuk hal orang ...apa kata orang lain sibuk hal kome
marah tak? kome tak datang keje..sibuk bukak bilik pejabat kome..nak cari apa?
sampaikan perangai "menyelongkar" bilik pejabat orang lain dihalalkan...tu tahap dewa penyibuk..
ni mesti kes berak tak cebok..tu yg penyebokkk

mamy ckap cakap ni sebab memang terkena..terkena ngan org yg suka menyibuk
kadang kadang tu tertanya gak..penah ker mamy sibuk hal dia?
dia tak datang kerja ..masuk bilik dia selongkar barang barang dia..
cari barang barang dia tuk cari kesalahan...bole pulak si penyibuk tu tido malam eh buat begitu
sedehh laaaa perangai kann

anyway...lagi satu kesah sibuk..
sibuk tanya kalu orang pakai barang, baju dan sewaktu dengannya
nak tanya tajuk..checking laa pakcik google..sedih laa kan
ko kalu tak tau pesen..rajin rajin ler baca majalah vogue ker..paling paling media hiburan
bagi update tajuk tajuk yg ada di pasaran

mamy tak faham betul orang nak menyibuk..umpama ginih
mamy duk dlm bilik memang suka tutup semua blind..tak suka laa org tengok
but then..kalu lalu bilik mamy..duk jengah jengah..wat the &$$&*$*#
kalu aku tak nampak takpe gak kan..ni ada reflection..adoi..apa penyakit
ko sampai nak teleng teleng kepala tiap kali lalu depan bilik aku.
ooiiii ni bukan zoo ok ...

penat sangat ngan si penyibuk...penyibuk antarabangsa..
kome tau idak..dulu dulu time ujung 2009 mamy pakai baju cotton
bunga kecik kecik datang opis..
ada minah senget ni sound mamy..eh ..ko pakai baju cotton tu mcm pompuan kampung..

ello..time tu trend dah sangat 'in' tau kat key ell laa
maklumlah laa dia tinggal ulu ulu...tapi masa dia sound tuh mamy diam aje

sekarang nih..minah senget tuh hari hari pakai cotton..aik ko x rasa kekampungan ker..
menggong aje perangai kan..

so sebagai kesimpulan tak payah menyibuk hal org
kita ni sibuk ngata ngata orang sok lusa kita buat laks..
tak ke hodoh..so better duk diam diam buat apa yang korang suka n sama gak ngan mamy
berkali kali kata kat diri sendiri

JANGAN SIBUK HAL ORANG!

sekian terima kasih

p/s: jauh kan laa dari kawan kawan yang ada perangai penyibuk nih

Tuesday, October 25, 2011

10 ADEGAN TAK LOGIK DALAM DRAMA TV TEMPATAN


Assalammualaikum
Pagi ni mamy jalan jalan tengok email..
sekali terpana mata ngan email nih..mcam menarik nak dikongsi
well sekarang drama melayu memang banyak perubahan..banyak kemajuan

ini mungkin sekadar satu renungan dan kesedaran untuk
kita bersama sedari..selama ini ...
benda benda ini berlaku...well
moh kita baca sama sama yee

Untuk renungan bersama...
1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian

dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak

sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan

talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur

lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan.

Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu

hingga kini.



2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera

fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan

seiringan keluar dan masuk.. Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri

drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.


3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah

filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan,

bukannya pelakon.



4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-

pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka

boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.



5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan

ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina.

Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli

keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....



6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar

semalam?" .



7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya...

Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang

mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone

biasa (monofonik).



8. Babak ini yang kelakar.. Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak

menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan

mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon

berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.



9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku

diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi

Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan.

Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta

tersebut hanya kena satu das sahaja.



10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-

mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana

kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang

telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem.... 


haaa apa kata anda..? ada ke lagi kesah kesah ini berlaku di dalam drama melayu masa kini
well..i am big fan of nur kasih drama..not the movie..
i think ..dah ok kut..

enjoice~





Monday, October 24, 2011

milik siapakah jam ini?!

Assalammualaikum

jeng jeng jeng...haaa
sekarang ni mamy nak main teka teki tekuk..korang mampu?!

so sekarang ni mamy nak kome orang teka ler..
milik siapakah jam ini jeng jeng jeng...

 jam baru seh~

jenama jam tuh..kome tak yah ler amik tau
yang mamy nak skrg ni..teka pemilik jam ini 

teka?

teka teki

teka teki tekuk ...lalallal

tak tau jugak jugak..

skroll bawah lagi ...

lagi bawah..

Ini laa tuan punya jam

sufia hafizah punye~

hadiah hari jadi katanya..hari jadi sufi pada 21 Oktober yang lalu..
so orang tersayang hadiahkan katanyer..

well sue...we gonna miss u badly
happy birthday sue..
semoga dilindungi Allah SWT selalu...

kemang indah resort, port dickson..

Assalammualaikum

Well..mamy sekeluarga dijemput ke port dickson last saturday at Kemang Indah Resort, Condominium.
so tak menghampakan jiran mamy (cik zura & zul) kami pun pergi
memenuhi undangan..heheh

so mamy ditugaskan membawa barang barang tuk BBQ heheh..apa lagi
bersilat p tesco..beli ayam, ikan dan udang..sotong takde laks on that saturday.
dah balik..kemas semua..perap..tunggu hubby balik then
kami pun bersiap pergi ke PD.

 kolam renang kanak2 & dewasa sebelah menyebelah..dalam tau kolam nih
kemang indah condo

bertolak dalam pukul 4 petang..kami lalu LEKAS..sbb
macam rasa jem aje jalan biasa tu kan..so memang cepat sampai
kuar kat paroi..masuk pekan seremban jap..then hala ke highway PD tuh. 

living hall

So bila sampai kat pd dalam kul 6.30 petang gitu...tempat yang kami
perlu tuju adalah Kemang Indah Resort di batu 7 1/2 port dickson. 

 the 2nd room..imran sleeping


alisa in swimming suit~

So lepaskan mobil then kene cari ummi seafood village..memang
senang sangat nak cari sebab awal awal bile menerima jemputan jiran kami nih
dah tengok jalan nyer dalam googgle ..no sesat barat laa kannn

bila sampai tuh...perut memang dah lapar sangat..
tapau laa nasi goreng kampung 2 bungkus..sbb call jiran mamy cik zura
dia kata dah ada nasi..but then takut tak cukup mamy tapaukan jugak.

bila sampai kat apartment 2 bilik tu..mamy terus makan n letak barang-barang.
lagipun malam ni kami plan nak BBQ ...haa menarik kann

so lepaskan makan..anak mamy ali imran dah nampak swimming pool
so tak sabar sabar nak pergi..selesai aje makan tuh..kami terjun
lah swimming pool ramai ramai..haa kolam renang di kondo ini dibuka sampai
pukul 10 malam..bole laa tu kan..

 the pool~

but then kolam kanak kanak dan kolam dewasa memang sebelah menyebelah..
tapi kolam dewasa tuh..dalam sangat..so x leh mamy nak tunjuk skill
berenang ala ala penyu mamy hahahhah...dah 2 tahun x praktis laaa

oh terima kasih pada para suami yang BBQ makanan makanan yang ada..
seronok kami makan macam-macam..sampai kekenyangan ..
dan malam itu kami tido di bilik no. 2 ...thank you for inviting us yaaa!

Dan pagi keesokkan harinya, kami siap makan roti canai sebagai sarapan
dan pergi terjun kolam lagi yeay yeay..but alisa maisara takut ler...so dia duk tepi
kolam kebanyakkan waktunya..

then tiba masa tuk packing dan check out..so kemas laa barang barang...
for me this resort its a bit quite and far from the roadside..hrmmm
the apartment should be fine..tak laa nampak lama sangat...
anyway ini kat percutian free!! yeay..so no complaint has been made ok...

selepas siap semua kami tuju ke teluk kemang batu 8, port dickson
sebab ada permintaan anak anak yang mau bermain pasir pantai..
mamy cuma "sun bathing" aje laa..malas nak tukar tukar baju..

 arriving at teluk kemang


kalu nak rasa naik kereta kuda..silakan lah

air surut~

but again..yg enjoy katak hanya laa ali imran..alisa maisara duk tepi..
sampai dia tertido lerrr hahahahh...senget senget senget..


lisa sleep...

kami makan macam2 kerang rebus, air kelapa, nasi ayam, pisang goreng
keropok lekor, siput sedut masak lemak dan bagai bagai
..lepak lepak..till 3.30 petang macam tuh..
sibuk nak balik..again ali imran tak mau balik..so terpaksa berperang


kerang rebus + air kelapa

 lisa minum air kelapakkk

anakku ...pantai tak pernah lari..hanya pasir yang berubah ajee..hehehhe
so nanti kita datang lagi eh...cherating maybe!..mana tau next year eh..!!

ok..till then..







Friday, October 21, 2011

gelang dari bombay!

Assalammualaikum

mamy dpat hadiah heheh..gelang gelang dari bombay..seronok ronok ronok
memang sangat suka aksesori..kalu dari over the sea..lagi laa suke..

heheheh..gelang ni ada dua set satu warna maroon bling bling dan satu lagi mcm
sesuai dipakai bile pakai kasual lah..seronok nya bile dpat adiah kan

dan kalu nak tau gelang india ni "kerincing" dia memang lain tau..
lain ngan gelang gelang stainless steel yang kita beli kat luar..haaa

so memang agak menarik perhatian..mamy ni mmg ada darah ehem ehem
so memang in laa kalu aksesori begitu hahahah


so dengan selamba nya mamy mengayakan gelang ini bersama baju kurung..
haa sape kata trend ni tak ok..memang ok sangat...kelass aku tau!
(sape lagi nak puji kan?!) well kepada pemberi hadiah gelang dari bombay ni
sangat laa berterima kasih..

ianya sekarang menjadi koleksi gelang mamy tau
aksesori sangat banyak..insya-Allah satu hari nanti nak tangkap gambo semua
dan share ngan semua semua kan..haa mana tau mamy leh masuk buku rekod of the world?! kannn
dreaming always...


anyway mamy suka gak earing tau...byk gak koleksi
cuma tak terjaga aje sekarang nih...

well mana tau satu hari nanti mamy leh share semua ni ngan anak mamy alisa..hehehe
mamy ni jiwa muda kaedahnyerrrr...aku memang suke perasaan ..perah santan malas eh...hahahh

watever~







tengkujuh!

assalammualaikum

huhuhuhu...hari hari hujan lalallalala
rezeki rezeki..hehhehe...sejuk, alhamdulillah

tapi kan hungry....hungry...hungry...
lapar semendang oooo....tu laa nasib baik..kopok ikan tu kalu digoreng sooodapp woo
lapar sangat laaa..air teh panaz satu!

 mamam nasi dap dap

dah laa sejukkkk n lapar
apa lagi jum kita p makan heheheh

kalu mamak ni dah mintak roti tampal nih
sodap woo....lagi laa kalu telur tu setengah masak..
wallah..terliur aku adedeh

ihihhihi....lagi laa kalu telur kampung setengah masak dua biji
buh kicap..waaa nih bole buat aku berebut ngan si ali imran..

so time masa musim tengkujuh ni mamy nak pesan
pada diri sendiri dan kawan kawan juga..elakkan ke sungai ye..

jaga diri dan keluarga ye...makan yang berkhasiat..
berhati hati kalu pandu kereta, motor, basikal dan sewaktu dengannya
kalu kawasan rumah tu ada longkang ker sungai apa ke
kene ingatkan anak anak dan adik adik jangan pergi
biar laa dia nangis tak leh pergi..jgn nanti kita tangisi pemergian orang pula

anyway..i like rain ~



Wednesday, October 19, 2011

penyakit "tengok org ada keje ker idak"

Assalammualaikum

Hari ini mamy nak berkongsi satu penyakit yang baru menular di kalangan kawan kawan 
sepejabat mamy. kalau opis lain mamy tak tau ler..
tapi di opis tempat mamy mencari 
rezeki ini lah yang terjadi. 

tempatnya biar lah rahsia kan..hatta ramai yg tau haaaaahahahah
ada aku kesah?! anyway penyakit ni memang sangat tengah menular..
adoi ciantengok kepada si pengidap penyakit ni ok...

perkara yang selalu di lakukan oleh pengidap penyakit ini ialah:

1. Selalu tengok dan jeling jeling apabila orang buat keje apa di komputer masing masing. lalu bergosip tentangnya dan  memaklumkan ketua masing masing (nak kipas lebih) so kata "si polan tu main internet tak ada keje".

so ketua tadi..amik bulat bulat tanpa menyiasat..lalu satu fitnah terjadi
apa kata ketua n org tadi tanya dulu..ntah ntah kerja dah siap..org bukan cam dia. 
pekasam kerja..orang buat kerja laju laju dan percepatkan semua..so bile free tuh, tengok tengok
internet, news, blog what so ever laa kan..

so dah dpat penyakit "tengok org ada keje ker idak".

2. Orang yang suka tanya orang lain nak pergi mana, maknanya penyibuk lah kan. haaa yang ini sangat 
merbahaya laa...leh kene parkinson..gigil aje tengok org nak kuar. masalah ngan org sebegini ialah apabila dia keluar "membabi" aka "mengular" tidak mengapa.  
(pernah kantoi ye ini bukan tuduhan semata mata)
akan tetapi kalu orang lain dia akan kata tu keluar tak buat keje haaaa...

so dah dapat jua penyakit "tengok org ada keje ker idak"

3. tak senang hati apabila tengok meja orang tu kosong dah bersih. hello..kalu dah siap keje kene ker sepah sepahkan meja eh. dah org efisien ..bukan cam ko eh?! adoi tu yg timbul..p mengadu kat ketua dan suruh ketua bagi orang tu kerja lebih-lebih padahal orang tu kerja melambak lambak. cuma dia bijak dan pandai untuk handle...huh..kehji ko kan..

4. ketua yang suka "tai chi" kerja. haaaaaaaaaaa yg ni penyakit paling marvelous bahaya ok...terjadi jua di hadapan mata saya. orang cam ni harus di gelek ngan pengelek kuih sebanyak 80 kali ok..haa tragis sikit..

anyway itu saja nukilan penyakit "tengok org ada keje ker idak"
kalu ada penambahan dari masa semasa ..
mamy akan hupdate segera ok...

yang penting kita nih..jangan ler suka aniya orang..
kadang kadang kita pun bukan bagus sangat nak nilaikan orang.
Allah SWT dah bagi malaikat kiri dan kanan menilai..kita terima aje laa nanti kan.

perkara macam ni sangat menwujudkan tempat kerja yang berpenyakit
buat semua yg datang tak happy...bile pekerja tak happy kan tak best
ukhwah dan silaturrahim pun terjejas..nape laa kita nak gitu kan..
mind ur own business ok! tu yg sebaiknyer...

adios amigos~







Tuesday, October 18, 2011

nando's bersama milah

Assalammualaikum

Hari tu mamy pergi laa jalan-jalan kat SACC Mall Shah Alam.
Jumpa cik Milah kawan satu sekolah dari form 1 till form 5 tau.
so makcik kaya nih...ajak mamy jalan jalan keliling sacc tuh

kami pusing punye pusing pusing dan pusing lagi
finally kami masuk ke nando's untuk makan tengahari.
sebabnya masing masing dah kebulur..

mamy pantang aje si milah belanja..singseng lengan ler
so masa nak order tuh..mamy ni bukan fan of nando's..

apabila sampai menu..belek belek
baca itu ..baca ini bla bla bla

then waitress pun mai ler..nak amik pesanan kami kan..
well mamy tak order dulu...sebab tak brapa bijak order kan lalalla

so masa order mamy ikut aje si milah ni order ...
then kami pun gossiping laa...pasal kasut jenama vincci tu mahal
pasal emas sekarang naik harga gegila..
pasal nak p bercuti cuti malaysia...

so sampai laa makanan yang kami pesan ..
u all tau tak apa dia letak ....huh...sentap tau mamy...


NOT SO BRAVE!

ooo mentang mentang lah aku order ayam lemon dan herbs 
ooo memandai mandai kata aku x berani..cessss

anyway milah...thank you for the lunch..
love u babe


bruuupppp ..kenyang sudah
alhamdulillah..lain kali belanja lagi tau milah..hhheheheh








Monday, October 17, 2011

sheep placenta - the reef

Assalammualaikum

tahun ni pada bulan mei 2011, mamy ada pergi rombongan ke hatyai.
ala-ala rombongan cik kiah tu laa..ada dalam 20 orang jugaklah
mengikuti rombongan ini.

rombongan bersama sama bebudak opis cik bedah..apa nak buek
so kami bertolak jam 12 malam dan sampai subuh..settle beli
insurans bla bla bla..dlm jam 10 pagi kami dah pun berada di
danok tuk sarapan pagi.

nak dijadikan cerita ...mamy masa jalan jalan
di hatyai tuh..pergilaa 7 elevan..

so masa usha barang barang dalam tuh..terus terpandang
SHEEP PLACENTA kalu kat malaysia susah nak cari..
tau tak brapa RM...ianya 100 bath..so dlm RM10 duit kita.
kalu kat tempat kita ...fuh mahal
lagi laa menda ni produk new zealand tau


so kalu tengok kat kotak tuh dia tulis bright placenta cream + vit C tau
yang lelain tuh tulisan siam lalalla
Active origin - new zealand

kalu tengok active ingredient tuh

placenta enzymes
ascorbyl tetraisopalmitate (vit c)
tocopherol (vit e)
niacimanide
glycolic acid
dipotassium glycyrrhizate
chamomilla recutita (matricaria)
flower extract

hrmm...itu yang tertulis ler...so...
mamy pun beli laa..satu kotak aje by that time..
menda tu kecik tau..mcm leh last for 2 weeks tu pun pakai sikit sikit


u know wat? mamy pakai mmg elok dan sesuai sangat
lubang lubang yang kat muka mula mengecil
muka tegang..so memang dia menolong hilangkan garis garis halus sebelum terjadi

hrmm..putih laa..but not soo putih..
yang penting takde pengelupasan
look radiant sangat..tu pujian kawan kawan laa



lagi satu nampak muda hah..amik ko..perasan kan aku
but then memang parut berkurangan laa...itu yg perasan
so no more bedak tebal..best kan....*ngeeeeee

so masa kawan kawan mamy p bangkok, hatyai aka siam
memang mamy pesan laa bagai bagai


now the sad news adalah ...stok bakal habis..uuuwaaaa
tinggal 2 kotak last daripada 20 kotak kut..
kat sini susah tul nak cari supply menatang ni...
yang ada dekat rm44 ada ke patut????

hrmm ...so sesapa nak p siam sila maklumkan mamy..nak pesan hehehe

or else i will go there end of this year ...bole keh????
adoi jum hatyai~









main main di Jusco Kepong

Assalammualaikum

Hari ahad lepas 16 oktober 2011, mamy bawak anak-anak
berjalan ke Jusco,Kepong. Yeeaayy kata imran..eventhough dia
macam nak tertido dlm kereta..hrmm biasak la budak2..aircond.

alisa dah lama tido pun..so terpaksa pakai stroller lah.
masa sampai sampai tuh..kami terus tuju ke tempat main motor n kereta
yang pakai remote control tuh RM3 sahaja..dlm 5 min jekkkk

yang penting anak-anak gembira sangat...hehehhe..
then we all proceed to 1st floor..tempat main game!!!

naik chugginton train...

Imran dan alisa sangat teruja lah main game macam-macam kat sini.
ye lah kita kan kerja hari-hari, anak pula taska hari-hari.
jumpa pun dah petang dah malam..cian budak budak..
so ini terapi untuk mamy dan anak anak.

alisa soo confuse..~
Selesai menjahanamkan duit mamy heheheh
mereka pun heading for makan-makan..
u all tau Marry Brown kat sini ada tempat main main kat belakang..

sekali lagi mereka serbu laa p main..sampai sejuk dah nugget n ayam tau..




yeay main ball banyak banyak...
sebenarnya mamy teringin nak masuk gak
tapi pakai skirt daaaa...so malu laa hahahah

main punye main..jam dah tunjuk jam 5 petang..
mamy pun suruh anak anak abiskan makanan
dan balik..

so berakhir laaa "sesi terapi"
hopefully minggu depan kami bole p cek in hotel
dan berenang renang di dalam swimming pool..yeayyy

cik lisa try nak naik dari kolam bola bolaan

so doakan mamy kaya raya rich and richer..hahahah

doa tau..bye bye









Sunday, October 16, 2011

5 makanan terbaik untuk kulit kita

Assalammualaikum

haa kali ini mamy come across satu artikel yang sangat menarik for me!
well umo dah masuk 3 series nih memang nak makan
yang berkhasiat dan membawak kebaikan aje..maklum lah nak kekal
keremajaan berpanjangan kui kuikui..

anyway apa saja yg bagus kita patut amik dan makan. betul tak?
untuk kita dan jua keluarga yang tercinta...

untuk itu..mari kita sama-sama usha ok!

1. Brokoli

kaya dengan vit a, c dan k. Vit A dpt membantu mengelakkan kulit muka
dari berminyak. Vit C pula merupakan anti-oksidan kuat dan Vit K pula dapat
mencegah timbulnya lebam di kulit.

kalu melihat kebaikan ini..mamy rasa kene mula beli lah..
cara yang paling mudah nak masak brokoli ni..for mamy lah
masa masak nasi tuh..buh sayur brokoli ni kat atas dan stim...

haaaa....mesti sedap kan..or else kita buat masak sos tiram..yummy
i am really fan of sayur n ulam ulaman ...

2. Teh Hijau

Tiga teko teh hijau sehari dpat menyumbang kepada antioksidan yang
secukupnya bagi tubuh anda sehingga ia terbukti mampui melawan
penuaan serta peradangan. seperti badam juga teh hijau mampu
mengurangkan risiko kanser kulit.

mamy memang peminat teh..but then selalu minum lipton.
lepas ni kene switch to teh hijau laa..lagi bagus rasanya.
rasanya lipton ada kut teh hijau nih..

3. Minyak Bunga Matahari

Menganduni omega-6 yang penting untuk mencegah kulit kering
dan radang kulit. Juga penting bagi pembentukan prostaglandin iaitu
hormon yang menjaga sel-sel tubuh agar berfungsi dengan baik.

hah..mana laks aku nak p cari minyak nih???? naya tul..

4. Ikan Salmon

Ikan salmon dan ikan kod contohnya kaya dengan khasiat Omega 3.
Ini penting kerana ia berfungsi memelihara kulit, melembapkan
dan dapat menghindarkan kulit dari penyakit-penyakit kulit
seperti dermatitis atopik dan rosacea. Ikan juga mengandung
Vit D yang baik untuk melindungi kulit dari penahan sinar matahari.

Wallah..mahal ooo ikan nih...
jusco jual brapa ingit tak sekeping tuh..bajet lari lalalalal

5. Badam

memakan segenggam badam setiap hari dapat meningkatkan kadar
Vit E dan antioksidan yang penting untuk kesihatan kulit.
Ia juga berfungsi untuk melembapkan kulit yang kering.
Selain itu, ia jua melindungi kulit dari penuaan, peradangan dan kanser kulit.

Apa kata anda?
bole ke kita nak amalkan nih...mamy ler..insya-Allah bole kut..

Untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat, apa kata kita ramai-ramai cuba makan
ikan salmon yang dihidangkan dengan brokoli, dan siramkan
sikit dengan minyak bunga matahari...waa mesti menarik kannnn

Selamat mencuba~






/