Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KONGSI: TEATER JALANAN- PENTAS UJIAN BUAT PELAJAR OGY'S CENTERSTAGE & ACADEMY

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Siapa lah kat Malaysia ini yang tidak kenal dengan Seniwati terkenal tanah air iaitu Seniwati Fauziah Ahmad Daud.  Seniwati ini kan  terkenal dengan minat yang mendalam terhadap dunia seni dan kini beliau telah pun berkongsi dengan seisi masyarakat tau. Melalui Ogy's Centerstage & Academy, beliau akan menganjurkan 'Street Theatre Carnival' atau dalam bahasa melayu yang senang difahami adalah Karnival Teater Jalanan. Karnival yang bakal di adakan pada 3 & 4 Mac 2018, di Courtyard Fountain, Street Market, The Curve, Mutiara Damansara. 





Buat pengetahuan korang yang mungkin tak faham apakah itu Konsep Teater Jalanan kan, ianya satu konsep seni teater yang dalam pun bertapak di bumi Eropah ataupun Amerika. Tapi macam biasa di Malaysia, ianya masih baru dan masih lah asing. Tapi jangan tak tahu, pemuzik jalanan atau buskers hari ini telah pun mendapat tempat di sisi masyarakat tau. Kini tibalah giliran teater pula, makin berwarna warni lah budaya kita kat Malaysia kan. 





Penganjuran Teater Jalanan ini adalah penganjuran kali kedua di Malaysia. Ianya pernah di adakan kali pertama pada tahun 1990, di bawah arahan Allahyarham Syed Alwi. Ketika itu, ianya di adakan di hadapan Kompleks Sogo di mana Seniwati Fauziah Ahmad Daud merupakan salah seorang pelakon pada masa itu. Kini penganjuran kali kedua dibuat sebagai menyambugn semula apa yang telah di inspirasikan oleh Allahyarham Syed Alwi. Ianya juga merupakan pentas ujian bagi semua pelajar-pelajar Bengkel Seni Lakonan Ogy's Centrestage & Academy yang kini telah masuk kelompok yang ke-3. 

Selain dari Teater Jalanan, Karnival 2 hari ini juga bakal menyajikan beberapa acara lain seperti Ujibakat sebagai Pengacara dan Pelakon, Pertadingan Jurumekap Meletop dan Pencarian Lelaki Idaman Malaysia. Haaa...korang mana yang rasa ada bakat kat semua kategori kat atas tu boleh cuba nasib weii. Mana tahu, korang bakal next Zul Ariffin ker hahahahah. Nasib orang kita tak tahu wei..tak boleh nak kata juga. Banyak bakat lahir dari program sebegini tau. Bagi yang berminat, korang dijemput hadir bersamalah pada hari karnival tu. Banyak peluang dan banyak ilmu seni yang boleh korang saksikan sendiri nanti tau. Jangan lupa 3 & 4 Mac 2018 okay...Maklumat lanjut berkenaan Konsep Teater Jalanan ini korang boleh call 011-23586780 atau 010-445 4645. Call untuk apa juga persoalan okay. Jadi korang semua, kita jumpa di sana yaa! Kita datang beramai-ramai dan meriahkan suasana ye. Jumpa nanti ...chowww....jaga diri okay...


Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you