Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Tempah Cupcake birthday Alisa dari Lienalicious De Lite

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Warga Shah Alam dan Klang terutamanya yang nak menempah kek hari jadi, kahwin, tunang atau apa sahaja sila baca entri ini okay. Hari lahir Alisa yang lalu kolin nak cari cupcake. Maklumlah anak dara nak buat upacara potong kek kat sekolah, tapi kolin tak nak nyusahkan cikgu. Jadinya nak tempah 100 biji cup cake dan edarkan aje sekolah pagi dan petang. Kan senang....

Lagi senang kalau korang ada masa untuk buat sendiri. Tapi kolin tak ada masa ler, baking pun sesekali ikut mood. Jadi untuk tujuan itu kolin terus ke IG www.instagram.com/LienaliciousDeLite

Owner peramah dan senang nak deal. Kolin request kek coklat moist biasa dan butter cream pink. Hiasan pun simple yang penting nak la nampak sweet untuk budak perempuan. Harga yang diberikan pun sangat berpatutan. Korang kena ambil maklum juga, kalau nak hiasan atau deko kek yang super extra mahal la sikit kan. Kalau simple, harga pun simple laa....

Terima kasih buat LienaliciousDeLite sebab sudi menyediakan 100 cupcake buat Alisa Maisara. Dia happy, kolin pun happy. 

Korang jangan lupa follow dan like IG dia. Tapi kalau nak terus call pun boleh. Call sahaja di 017-6158082 untuk tempahan. Kalau tengok kat IG tu bermacam jenis kek ada untuk di tempah. Ikutlah majlis apa yang korang nak buat kan. Kalau nak tunang dan nak letak dalam dulang hantaran pun boleh. Kek dah la cantik, dekorasi menarik, kek pun sedap dan kalau korang nak tahu Alisa dapat pujian dari kawan-kawan dan cikgu tau. Kek tu sedap katanya....ini bukan cubaan tau..ini betul-betul kejadian. 





Try tempah baru tahu kan..so jangan lupa tempah


Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you