Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Rangkaian Cili Tuna Ayam Brand, Kini Lebih "Hangat"

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera 

Siapa yang tak suka tuna kan? Kolin sekeluarga adalah pengemar tuna juga tau. Disebabkan itu, kolin ingin berkongsi dengan korang semua hari ini bahawa tuna dan bergabung dengan cili. Cili Tuna Ayam Brand ini didatangkan dengan tiga tahap kepedasan iaitu Light, Original dan kini yang paling pedas iaitu Fire-Hot ! Yang ada dalam gambar ni ada tahap 2, tahap 3 dan tahap 5. Mau berdesing pedas kannnnn


Ayam Brand merupakan satu jenama yang terkenal di Malaysia dan kebanyakkan negara sejak 125 tahun dahulu. Buat pengetahuan korang lagi, jenama ini memang terkenal dengan makanan bertin yang berkualiti tinggi, sihat dan mudah. Tambahan pula ianya tiada bahan pengawet dan tiada MSG Tambahan digunakan. Kempen "We Care, We Are Family" Ayam Brand memang terbaik lah buat kolin yang sibuk bekerja kan. Maklumlah nak sediakan makanan untuk suami dan anak-anak memang menjadi cabaran setiap hari tau. Tuna yang kita semua tahu, kaya dengan Omega 3, merupakan asid lemak yang perlu untuk tubuh badan. Jadinya korang boleh lah jadikan ianya makanan buat anak-anak disebabkan kualiti produk ini sendiri memastikan membantu dalam fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit jantung. 

Isi ikan tuna dalam Cili Tuna Ayam Brand mengandungi protein rendah lemak. Jadi untuk sesiapa yang nak diet dan jaga makan pun boleh makan. Sebab rendah lemak kannn

Kembali pada Ayam Brand Cili Tuna Fire Hot yang mempunyai tahap kepedasan lima cili memang boleh buat air mata menitis tau. Dan kalau korang perasan amaran pun dah diletakkan di luar label tin ini tau. Siapa yang suka pedas kolin memang syorkan korang beli dan cuba ! Tahan ker tak tahan tahap kepedasan tu kan. Yang paling utama, barisan produk Cili Tuna Ayam Brand ini telah disahkan Halal oleh JAKIM.  Lagi satu kolin nak share, siapa yang sedang menjaga badan atau lebih tepat lagi diet boleh juga kalau nak menu dari Ayam Brand. Cili Tuna Light yang mempunyai tahap kepedasan dua cili ini sesuai untuk yang menjaga bentuk badan. Ini kerana tahap lemaknya yang rendah iaitu 33 peratus kurang berbanding rangkaian Cili Tuna Ayam Brand yang lain. 


Sebenarnya pelbagai hidangan yang boleh korang hasilkan dengan Ayam Brand Cili Tuna. Antaranya macam mini tuna burger macam gambar di atas ini. Ini adalah salah satu contoh hidangan yang korang boleh explore untuk keluarga di rumah. atau nak resipi lain boleh lah ke patutan http://www.ayambrand.com/recipe.html atau tonton video cara membuat hidangan mengunakan ayam brand di www.youtube.com/ayambrandmalaysia 

Ini antara contoh hidangan yang terhasil tau.



Ada juga kawan kolin update resipi nasi goreng gunakan Ayam Brand Cili Tuna tau. Nanti kalau rajin kolin share versi kolin buat bergedil ker, sandwich atau apa sahaja mengunakan Ayam Brand Cili Tuna ini ye. Ayam Brand Cili Tuna Light, Original dan Fire-Hot kini boleh didapati di seluruh negara dengan harga cadangan iaitu RM5.90 (tidak termasuk 6% GST) untuk satu tin 165gram.

Love, 

Kolin Zainal 

6 comments:

  1. SA la tu yang buat nasi goreng tuna....best tau kolin..nanti cuba ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha a..itu la kawan kolin yang masak nasi goreng tuna hahaha...
      kreatif SA tau

      Delete
  2. Alamak bege comel tu plg menarik la...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tuna tu..kalau buat sandwich pun memang tuna ayam brand jadi pilihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sama !! kalau travel memang beli yg ini. senang dan mudah

      Delete

loving me..loving you