Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

EVENT: Sengat Keremajaan SAFI RANIA GOLD

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Bagi penguna SAFI MALAYSIA, kolin ada berita baik untuk anda. SAFI RANIA GOLD "Bingkisan Emas Sang Ratu Lebah: Gabungan Kecanggihan Teknologi & Keajaiban Alam Semulajadi" kini telah dilancarkan. Kita semua tahu manafaat madu dalam pelbagai perkara di dalam kehidupan. Tidak ketinggalan dengan produk, madu juga menjadi pilihan melalui kajian teknologi. Bisa lebah yang turut mendapat gelaran "jawapan alam untuk botox" ataupun "beetox" ini disifatkan mampu merangsang penghasilan kolagen secara semulajadi pada wajah. Proses mengeluarkan bisa lebah yang rumit serta populariti yang diraih menjadikan produk-produk berasaskan 'sengatan emas' ini kelihatan mewah dan dijual pada harga yang sangat tinggi. Tapi SAFI RANIA GOLD - rangkaian penjagaan wajah Halal Nombor 1 di Malaysia tampil membawakan solusi anti penuaan dengan sentuhan emas Teknologi BEETOX untuk kita semua 
melawan penuaan. Sesiapa yang nak kulit tegang tak perlu guna suntikan botox dah weii..guna aje Bee-Tox.


kredit picture to  Achik Huda
 

SAFI GOLD RANIA kini berbangga untuk memperkenalkan Nano Gold 24K dengan Teknologi BEETOX. Kolin sendiri tak sabar nak guna produk ini kat muka tau. Maklumlah melepasi umur 37 tahun segalanya kita kena jaga kan. Nano Gold 24K bersulamkan amino peptide memberikan aksi berganda bagi meningkatkan proses sintes kolagen I dan III seterusnya meningkatkan penghasilan kolagen 2 kali ganda. Memang best lah kan, produk tempatan mampu memberikan pengalaman dengan produk setaraf antarabangsa. Tambahan mereka lagi, Teknologi BEETOX yang dicipta merupakan gabungan keajaiban - Bisa lebah, Madu, Jeli Diraja dan Propolis. Ia berkesan menguatkan struktur dalaman kulit dengan mengaktifkan pengeluaran kolagen dan formulasi ini juga boleh merawat penuaan tau. Maknanya kalau korang guna rangkaian ini tekstur kulit wajah akan kelihatan muda remaja secara semulajadi. 


En. Sriram Krisnamurty, Ketua Eksekutif Wipro Unza Malaysia

Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran (Safi) Wipro Unza Malaysia 


Tambah Mr. Sriram Krishnamurthy, Ketua Eksekutif Wipro Unza Malaysia, berdasarkan kajian bebas yang dijalankan oleh Nielsan Malaysia baru-baru ini, 88% daripada 160 pengguna wanita melayu berusia 25-35 tahun mengunakan produk Safi Rania Gold selama 14 hari telah bersetuju bahawa produk ini membuatkan kulit mereka lebih tegang dan anjal. Manakala 80% bersetuju bahawa produk Safi membuatkan kulit mereka kelihatan lebih muda. 

Bingkisan Emas Sang Ratu Lebah - Eliksir keremajaan Safi Rania Gold, formulasi dwi aksi ini juga berfungsi mengandakan kuasa anti penuaan dan anti pigmentasi. Kolin sendiri sempat semak kulit sendiri. Sekarang takde lagi pigmentasi, tapi dah kena pakai lah wei.. Maklumlah makin tua nih, lega ada produk ini dah. 




Ini dia kebaikan kalau korang guna Eliksir Keremajaan dari Safi Rania Gold. 

1. Bee-Tox menghasilkan kulit yang tegang dengan segera seakan-akan sengatan lebah. Ia juga diperbuat dengan Propolis dan Nano Gold yang bertindak mengurangkan kedutan, menghaluskan tekstur kulit wajah dan mengembalikan keanjalan kulit. 

2. Ia mengandungi bahan-bahan aktif yang mencerahkan kulit wajah, Vitamin C dan NutrixBright Complex yang berkesan melawan pigmentasi dalam masa 2 bulan dan mencerahkan tona kulit, seterusnya meningkat seri pada wajah. 

3. Serum dwi-aksi yang di adun dengan pati minyak berkhasiat yang seimbang dan aqua phase yang menyegarkan agar kulit terasa licin dan lembut sehalus sutera selepas di sapu. 

4. Formulasi penyerapan yang pantas dan tidak melekit memberikan pengalaman yang menyenangkan tanpa rasa tidak selesa pada kulit. 



Haa...apa tunggu lagi korang. Ini semua informasi kolin dah kongsi tau. Kolin sendiri akan cuba pakai rangkaian produk ini. Tak sabar nak kongsi hasil nanti. Terima kasih SAFI Malaysia !!!

Love, 

Kolin Zainal

   

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you