Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Part 1: Nusa Holiday Village, Kuala Tahan Pahang

Assalammualaikum dan salam sejahtera

 Buat korang yang mengimpikan percutian keluarga yang sangat bermakna kolin nak cadangkan ke NUSA HOLIDAY VILLAGE, KUALA TAHAN yang terletak di Taman Negara Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur, masuk Temerloh dan kemudian ke Jerantut ini mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah ke 2 jam mengikut pemanduan korang lah. Yang penting banyak papan tanda yang korang boleh ikut untuk terus ke Kuala Tahan atau Taman Negara. Pesanan penaja, apabila sampai ke Bandar Jerantut sebelum simpang terus ke Taman Negara pastikan minyak kereta di isi penuh, sebab di Pekan Kuala Tahan kolin tak nampak pun stesen nak isi minyak. Eloknya makanan pun beli lah siap-siap takut kat sana mahal dari biasa. Memang jalan ke Kuala Tahan boring dan sunyi tau. Lalu ladang kelapa sawit dan kawasan Felda. Sesekali nampak la rumah-rumah orang.




 Jalan masuk ke Nusa Holiday Village ini lebih kurang 6 kilometer dari jalan utama. Masa korang sampai di Pekan Kuala Tahan, perhatikan pintu gerbang DAULAT TUANKU yang betul-betul bertentangan dengan food court tu. So ada simpang terus masuk ke sebelah kanan. Jalan tidaklah begitu cantik, nasihat kolin bawa berhati-hati. Kalau perasan masa nak masuk siap tulis, untuk kenderaan 4x4 sahaja. Tapi pandu perlahan okay, insya Allah semua okay. Ini lah pintu masuk dia. Jalan ke resort lebih kurang 4-3 kilometer lagi. 


Jalan sunyi dan agak seram, tapi korang terus aje okay. Ikut sahaja trek yang ada tu. 


Lebih kurang 6-10 minit kami pun sampai ke resort. Kami sekeluarga memang tak harapkan sesuatu yang mewah pun. So memang simple, damai dan paling penting sikap ramah tamah dari tuan rumah resort terus menghilangkan rasa penat perjalanan kami. Lihatlah sendiri, resort ini simple dan sesuai untuk keluarga. 


Dah sampai terus check in, sebab dah hampir jam 3.00 petang pun. Kami saja singgah Kuala Krau pekena ikan patin masak tempoyak. Sedap betul laa..korang kalau dalam perjalanan sila singgah foodcourt dan cari kedai nama Gerai Sakinah. Nanti kolin review dalam entri lain ya. Macam tempat lain, resort ini masa check out macam biasa lah sebelum 12 tengahari. 



Dewan makan yang boleh menempatkan lebih kurang mungkin 100-200 orang pada satu-satu masa. Yang penting pemandangan Sungai Tembeling masa menjamu selera. Seberang tu lah Taman Negara Pahang. Hutan tertua di dunia tau.




Jangan kecam akak posing sekeping dua buat kenangan hihi


Surau pun ada, buat yang suka berjemaah boleh lah ke surau.




Kami memilih Family Cottage sebagai penginapan 3 hari 2 malam kami sepanjang berada di sini. Nombor bilik kami istimewa sangat MH17 tu. Semua di sini mengunakan kod MH. Kalau nak duk asrama pun boleh juga kalau korang datang ramai-ramai kan. Ikutlah trip korang tu, yang penting budak kecik pun boleh datang sini. Tak kira peringkat umur pun. 


Disebabkan Taman Negara Pahang ini lebih suka dikunjungi oleh orang asing atau mat saleh, jadi pihak resort pun letak lah notis ini. Ye lah kan, mana ada orang masuk bilik pakai kasut kat Malaysia.

Inilah bilik kami sekeluarga. Dua katil single dan satu katil queen untuk penginapan empat orang. Bilik air ada, sabun dan tuala juga ada disediakan. Cuma tak ada TV! No TV, no line telefon pun uuwwaaaa. Kolin pakai Digi memang terus 'no service'. Kolin dapat tahu cuma Maxis aje ada line. So rehat mata lah kami sekeluarga hahahha. Tapi lagi best masa ini lah kami betul-betul dengar cerita anak-anak, kualiti masa yang tidak boleh langsung dijual beli. Korang datang sini jauhkan diri dari handphone ok. 





Macam kampung kan!! Memang best kalau korang rasakan, korang dan anak-anak korang ada lah orang BANDAR sesangat. Haa...datang sini segalanya sederhana dan terasa sangat kampung. Buat pengetahuan korang, resort ini pernah tenggelam pada banjir besar 2014 yang lalu. Memang kalau tengok gambar masa tu sedih sangat. Cuma tinggal surau sahaja yang tidak dinaiki banjir. Bantuan yang datang pun naik helikopter tau. So dari 2014 ke 2017 mereka bangkit dan mula beroperasi lah. Itu yang kolin dan keluarga dapat jua nikmati pengembaraan ke Taman Negara tu.


Ada hammock, kerusi meja dan macam-macam tempat korang boleh melepak uoolsss. Laki aku tu tengok aje laah handphone sebab takde line jugak hahahhaha. So main lah game hilang gian kata dia. Cuma kalau nak ke sini, pesanan mak-mak yang aku nak bagi adalah bawa bekalan makanan cukup-cukup.

Macam family kolin memang kuat makan. Anak bujang dan suami memang kaki makan. Memang satu beg ikea besar kolin bawak makanan lah. Semua ada dari meggi, biskut, roti, coklat dan segala semua bawa. Ikutkan masa kami check in tu kolin siap bawa bekal nasi dan lauk pauk dari rumah. Jadi kami makan awal jam 11.00 masa kat Kuala Krau, dan jam 3.00 petang makan nasi lagi hahahha



Sebenarnya dewan makan mereka pun boleh order makan. Tapi kolin saja ambil pendekatan mudah, siapkan segala dalam bilik. Dalam bilik tiada mineral water ataupun cerek air. Kolin bawa dari rumah, maklumlah tengah malam nak minum kopi ker, nak makan meggi ke boleh masak air. So disebabkan kita bawa kereta memang kolin angkut aje dari rumah. So pesanan kolin bawak botol air mineral dan cerek air kalau nak senang. Kalau tak nak bawak pun tak apa, sebab korang boleh aje minta air kat dewan makan. PERCUMA aje...cuma kolin sebab ada anak-anak kan tu yang nak senang bawak cerek air elektrik terus. 

Cuaca masih panas masa kami sampai tu. Dalam bilik ada penghawa dingin dan jua kipas. Jadi kami semua berehat tunggu jam 5.00 petang untuk aktiviti seterusnya. Buat pengetahuan korang NUSA HOLIDAY VILLAGE adalah satu-satunya resort yang ada sungai kat dalam tempat mereka. Sungai lawa, sejuk, jernih dan kebanyakkan pelancong berhenti di sini untuk mandi manda sungai. So kalau korang tempah pengembaraan korang kat sini boleh lah pergi sungai jalan kaki. Dekat sangat dengan dewan makan. 

Bersambung lagi nanti...yang nak tempah dan pertanyaan lanjut sila emel kepada nusa@tamannegara-nusaholiday.com.my atau call mereka di talian 09-2662369. Kalau nak tengok lebih info terus ke laman web mereka www.tamannegara-nusaholiday.com.my


Love,

Kolin Zainal

6 comments:

  1. Eh...giler la seronok kalau dapat bercuti ala- ala kampung macam ni..anak dara SA tu ala2 ORANG BANDAR...tak membesar dalam suasana kampung macam SA...so boleh la bawak dia kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA nanti datang try bercuti sini. Murah aje kalau berdua bersama anak dara tu. Best tau.

      Delete
  2. last pergi tahun 2010.. mesti dah bnyk perubahan kan

    ReplyDelete
  3. aida da baca jugak part 2
    akan ada part 3 kan :-)

    ReplyDelete

loving me..loving you