Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Hari Raya Aidiladha kami di tahun 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Tahun ini kolin tak balik kampung pun. Beraya di rumah kolin Cik Timah di PJ aje. Tahun ini kolin berjaya buat korban untuk cik timah di kampung Champa, Kemboja. Terima kasih kepada Azwan Suroto yang merealisasikan impian kolin. Sekarang nak kerja kuat-kuat lagi, mana tahu boleh hantar mama umrah kali kedua dan korban lagi sekali kan. Inilah korban yang telah pun dibuat. AlhamdulillahSelesai satu tanggungjawab terhadap mak. Nak berbakti kepada arwah abah tak sempat. 
So yang ada ni kita pulun ye.


Raya simple aje tahun ini, memang kolin plan tak nak rendang or nasi impit. Kolin punya menu nasi hujan panas dan ayam masak merah. Tapi suami nak ketupat palas dan rendang kerisik yang selalu makan kalau balik kampung tu. Jadinya kolin kukus la pulut, mula lah merendang. Tapi rendang kerisik kari daging orang utara ini senang, tak lama pun masaknya. So sekejap dah siap. 


So inilah antara menu yang ada pagi raya. Semua masak kat rumah kolin dan tapau terus pergi rumah cik timah. Sebab tak nak rumah cik timah bersepah, so kolin masak sesiap lah. Tapi cik timah tetap rebus nasi impit dan buat rendang cili api daging sikit. Jadi lah kan! Semua hidangan ini cukup untuk kami beraya sampai malam tau. Kenyang satu hari di hari raya. Dan gambar raya ada lah satu ni haaa...tapi cik timah yang kurang sihat tak mau tukar baju raya hahahha. Biarlah ek...orang tua kan memang gitu. 


Haa..yang adik beradik pagi tu pun tak ada. So ini lah aje yang ada dalam rumah kolin paksa bergambar. Bukan apa, ini lah kenangan esok lusa. Dah makan, dah siap bergambar, kami terus ke kubur arwah ateh yang terletak di Kg. Tunku PJ. 


 Dah berapa kali kami pekatkan nama kat batu ni. Tapi dah pudar sangat kan...iyelah dia pergi meninggalkan kami pada 2004 dah hampir 13 tahun ateh pergi. Yang anak-anak buah ini ada yang sempat jumpa dia, ada yang tak sempat. Tapi di kesempatan ini lah kolin selalu cerita kat semua. Inilah adik, ini lah adik umi. Al Fatihah buat mu adikku. 



Selesai ke kuburan kita pergi rumah BFF lah si kamilah. Mesti pergi kalau raya kat PJ sebab rendang paru tu meletop. Tak pergi beraya dan makan memang rugi !!! So kena pergi beraya umah milah okay. Dapat lah selfie perasan satu !


Dan tambah lagi satu lah selfie perasan


So selesai beraya rumah milah, kami pun balik rumah cik timah dan pesta makan raya haji sampai ke malam. Itu aje lah aktiviti Hari Raya Aidiladha kami di tahun 2017. Simple dan yang paling penting mak kita gembira anak cucu semua keliling dia. Lagi tambah manis, dia dah buat korban kan. Walaupun bukan kat KL, tapi Insya Allah ibadah korban tu akan diterima, kita doa laa Pencipta kita menerima ibadah tu. Kalau kita buat kerja ikhlas, maka hasil yang dapat pun lagi manis betul tak?

Jadi hope tak terlambat sangat lah nak wish korang selamat hari raya haji hehehhe. Walau pun dah lambat, nak wish jugak eh...

Disebabkan makan banyak malam tu kita pun buatlah mangga muda cicah. Cicah tu kolin tumbuk belacan (buh banyak) dengan cili padi. Lepas tu masuk dalam mangkuk, buh gula dan kicap secukupnya. Dah siap untuk mencicah...so sapa suka pedas buh la banyak-banyak cili okay. Selamat hari raya haji korang !!!!


Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you