Thursday, June 1, 2017

SKIM THOHIR - skim potongan gaji zakat dari PPZ-MAIWP

KEMPEN SKIM THOHIR DARI PPZ MAIWP

Assalammualaikum dan salam sejahtera

ZAKAT ini antara isu agak sensitif sebenarnya kan. Tapi hakikatnya semua yang mana beragama Islam memang tak boleh TAK NAK ambil peduli. PPZ atau Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) adalah satu agensi yang berperanan untuk mengutip segala jenis zakat di Wilayah Persekutuan sahaja. Maknanya kalau korang bekerja atau tinggal di negeri lain sebagai contoh: Selangor, Melaka, Pahang lain lah nama agensi kutipan zakat tu. Tapi kalau di Wilayah Persekutuan, PPZ-MAIWP lah bertanggungjawab. Bila dah ada agensi yang bertauliah mengutip zakat, ianya pula di agihkan oleh Baitulmal-MAIWP kepada semua golongan yang memerlukan di dalam Wilayah Persekutuan. Kena faham ini tau, sebab PPZ-MAIWP bukan untuk satu Malaysia, tapi bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan sahaja.


Pejabat PPZ MAIWP di Taman Shamelin Cheras

Mesti korang terfikir kan, mesti susah nak berzakat, macam mana nak berzakat, kat mana nak berzakat kan. Ini semua sebenarnya pihak PPZ-MAIWP dah permudahkan tau. Macam kolin sendiri, ini bukan nak bangga diri tau, tapi nak berkongsi dari mula kerja kolin memang buat potongan zakat untuk setiap bulan bila dapat gaji. Bukan apa, kolin rasa selesa sebab bila terima gaji tu, dah ‘dibersihkan’. Lagipun senang sangat dengan skim potongan gaji.

Oleh itu, Skim Potongan Gaji atau SKIM THOHIR pun telah diperkenalkan oleh PPZ-MAIWP bagi memudahkan golongan macam kolin ini. Ye lah, potongan gaji kan senang, jimat masa dan setiap bulan korang akan tahu gaji korang sudah pun di zakatkan. Mulakan dengan amaun serendah RM10 kenapa tidak betul tak? THOHIR membawa maksud suci/bersih ini sesuai sangat lah dengan tujuan kita membersihkan setiap pendapatan bulanan kita. Bagi tahun 2017, Skim Thohir memang menjadi satu kempen bagi PPZ-MAIWP bagi memudahkan semua pembayar zakat di Wilayah Persekutuan. Kolaborasi bersama CIMB Islamik bagi menyediakan pelbagai hadiah seperti Umrah, Percutian dan jua wang tunai. Macam banner kat bawah ini, korang sendiri boleh berzakat sambil menyertai tau. Mana yang dah buat, boleh lah tambah jumlah zakat korang tu dan sertai jugak peraduan ini. Mana lah tuah korang dapat menunaikan umrah di taja kan.



Bagi menyertai SKIM THOHIR, borang disediakan di 11 kaunter tetap PPZ MAIWP di Wisma PPZ, Dataran Shamelin, Plaza Rah Kg Baru, Masjid Negara, WangsaMaju, Wangsa Delima 6, Presint 9, Putrajaya, Presint Diplomatik, Putrajaya, Masjid At Taqwa TTDI, Masjid Abdul Rahman Bin AUF, Puchong, Masjid Imam Al Ghazali, Kepong, UTC Pudu Sentral, Labuan Times Square di Labuan.

Selain lokasi nii korang juga boleh dapatkan di kaunter zakat bergerak tau. Antara lokasi Kaunter Zakat Bergerak di Perbadanan Putrajaya, KWSP Wangsa Maju, CIMB Bank Setiawangsa, Jalan Dungun, Masjid Asy Syakirin KLCC, Jalan Tunku Abdul Rahman, Menara Binjai, Surau Bank Islam, Surau Tabung Haji, Taman Melati di Kuala Lumpur. Senang kan, banyak sangat tempat yang korang boleh mula ambil borang dan mula lah berzakat secara potongan gaji mulai sekarang. Apa-apa pun korang boleh call 1 300 88 5757 atau rujuk facebook PPZ-MAIWP (facebook.com/myzakat) untuk tahu dimana lokasi Kaunter Zakat Bergerak berada masa korang nak bayar zakat tu nanti.


Dengan Skim Thohir korang tak perlu nak isi borang setiap bulan, bersesak-sesak buang masa, hanya sekali sahaja. Isi borang dan salah satu rukun Islam telah pun korang laksanakan. Jangan risau, lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita terima nanti.
PPZ MAIWP mempunyai harapan yang sangat besar dengan adanya semua kemudahan ini. Selaku yang menjalankan amanah yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan masyarakat meletakkan harapan SKIM THOHIR dapat dimanafaat oleh semua penduduk di Wilayah Persekutuan. Dengan berzakat dengan agensi yang betul dan di iktiraf, kita semua tak perlu bimbang pun. Sebab dah tahu sumbangan wang zakat kita akan diagihkan kepada asnaf dan golongan yang benar-benar memerlukan bantuan. Selain itu, dengan zakat dari kita semua lah memberi kelangsungan hidup kepada mereka yang memerlukan melalui Baitulmal. Sekiranya korang ada kemusykilan sebab manalah tahu ini pertama kolin korang faham apa itu PPZ MAIWP boleh lah ke www.zakat.com.my atau Facebook mereka www.facebook.com/myzakat korang jua boleh telefon terus dan tanya sendiri kempen SKIM THOHIR PPZ MAIWP ini di talian 1-300-88-5757.

Ingat ye, bermula join sama SKIM THOHIR ini, dan mana tahu rezeki anda untuk menang salah satu hadiah yang ditawarkan bersempena kempen yang dilancarkan sehingga bulan Julai untuk fasa satu, dan fasa dua akan bermula dari bulan Ogos sehingga November 2017. Siapa tahu, niat murni korang untuk berzakat dapat tuah lain kan.

Semoga perkongsian kolin mengenai skim potongan gaji atau SKIM THOHIR ini membawa satu manafaat untuk korang semua. Dan kolin pun dah buat sejak dulu, korang kalau nak buat, mulakan lah tahun ini ya. Semoga murah rezeki semua dan jom berzakat 
mulai hari ini !!! Ingat ye peringatan mesra ni, ZAKAT TU WAJIB J
Berzakat kepada agensi yang sepatutnya ya korang, buat aje secara bulanan sekurang-kurangnya dengan RM5 atau RM10 dari kita tu dapat memberikan lebih kebaikan kepada seisi masyarakat. 




Love,


Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you