Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Safi Shayla Syampu Wanita Bertudung

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat semua wanita, rambut adalah mahkota kan. Macam kolin yang bertudung ini kan memang sentiasa mencari penjagaan yang rapi dan betul dalam menjaga rambut. Maklumlah berhijab dari pagi sampai ke malam kekadang. So agak penting jugaklah penjagaan rambut buat diri sendiri. Lagi satu memang rasa satu kepuasan bila rambut tu wangi dan terjaga aje. Memang dari dulu selalu kolin ke salon tau, sebab memang minat menjaga rambut ni haa....

Dengan itu kolin nak memperkenalkan kepada korang semua SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas untuk wanita bertudung yang telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian atau pilihan diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Syayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung. 



Walaupun kita semua tahu kan pelbagai jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran. Tapi buat yang khas bagi wanita bertudung memang SAFI Shayla mampu dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2-16 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi kedua dua anugerah tersebut. Ini dah terbuktilah kan, syampu ini memang memberikan kesan yang terbaik. Macam solusi kepada rambut gugur dan gatal kulit kepala yang sering dihadapi oleh wanita bertudung kan. Memang kolin salah seorang lah penguna tegara SAFI Shayla tau. Kalau korang guna juga boleh lah #HanyaSAFIShaylaUntukSaya di media sosial. 

Kalau dah ada syampu dan juga perapi satu lagi yang best pasal SAFI Shayla ini ialah pek bentuk fleksi. Memberikan perhatian kepada ekonomi yang kian mencabar masa kini, SAFI Shayla kini menghasilkan produk yang mampu milik buat semua penguna.  Inilah yang kita semua mahukan betul tak. Murah dan jimat yang penting kualiti tinggi.

Menurut Puan Mahsuri Sulaiman iaitu Pengurus Pemasaran SAFI, dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, penguna boleh guna terus atau digunakan sebagai pek isian semula ataupun sebagai pek kembara kalau nak balik kampung ataupun bercuti. Senang nak masuk dalam beg tu tak makan ruang sangat. Tambah beliau lagi, mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanan boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat lagi. Kolin dah pun dapatkan rangkaian yang kolin suka iaitu untuk variasi licin terurus dan kawalan minyak. Lagilah nak musim beraya ni kan nanti, memang satu hari aktiviti rumah terbuka memang memerlukan kulit kepala yang segar dan wangi tau. Dengan SAFI Shayla korang tak perlu lah risau. Jadi macam kolin pergi beli sekarang di pasaraya terdekat ok. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh tengok sendiri pandangan penguna terhadap syampu untuk wanita berhijab di YouTube SAFI iaitu https://www.youtube.com/SAFI 

Jangan lupa klik like FB mereka juga tau, www.facebook.com/SAFI.MY 
www.instagram.com/safimalaysia dan laman web SAFI

Buat korang yang masih mencari syampu yang sesuai untuk rambut terutama yang pakai tudung ni. Cubalah SAFI Shayla ok, kolin sure tak akan mengecewakan. Sebab memang dah pakai sejak dulu dan alhamdulillah rambut makin sihat tau.  Cuba ok !!

Love, 

Kolin Zainal 

4 comments:

  1. I pun guna Safi Shayla dah setahun dah...suka bau yg wangi..dan rasa segar berpanjangan

    ReplyDelete
  2. Migha pun suka pakai safi shayla. Wangi lepas tu rambut pun tak kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..rambut tak kering, tak kusut dan lagi best macam kuar salon huhuhu

      Delete

loving me..loving you