Tuesday, June 20, 2017

Beza KAWAN dan SAHABAT

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin tak tahu lah kalau korang mengikuti kes yang berlaku baru-baru ini. Kes pelajar di dera dengan sterika dan baru tahu ianya perbuatan dari kawan sendiri. Ianya pernah terjadi juga pada kolin dan akhirnya kolin sendiri faham apa maksud KAWAN dan apa maksud SAHABAT. 

Ini berdasarkan pengalaman kolin tau. Bukan nak bercerita atau menghina sesiapa pun jua. Macam perkara pertama tu

1. rasa dengki bila tengok kita bahagia.. (kawan)
turut merasa kebahagian kita (sahabat)

ini laa hakikat kalau kawan. Ada aje cubaan nak menjatuhkan kita. Kalau cerita pasal 'boifren' ke apa, mesti macam nak tak nak dengar. Kalau sahabat, dia akan bagi reaksi "Iye ke beb" bestnya ko...boifren ko belikan ko pandora kaaa... Ayat yang penuh happy tanpa mendengki sahabat tu dapat pandora baru. Tapi kalau kawan dia terus pergi beli pandora, tetiba minggu depan dia pakai. Haa...ini contoh ya...mendengki tak sudah.



 2. Akan cari jalan untuk menjatuhkan kita (kawan)
turut gembira dan sentiasa usaha untuk kejayaan bersama

ini banyak sangat contoh yang berlaku kat kolin ni. Macam kalau korang dapat pujian dan bos lah kiranya. Kalau kawan, dia akan lagi suka nak bercerita macam-macam supaya nak kita nampak tak best. Ala dia dapat pujian tu sebab bodek lah tu. Tapi kalau orang itu sahabat ko dia akan cakap 'tahniah beb, hasil usaha kerja ko berbaloi bila bos puji ko'. Nampak tak gaya cakap tu. Dah lain kan...ini kolin pernah jumpa. Tak tahulah korang...

3. turut sama menghina bila kita di hina (kawan)
 akan mempertahankan kita walaupun mungkin dia kecewa (sahabat)

Ini lagi best, duk sesama kawan lain dia pun sama mengumpat, membawang dan sewaktu dengan nya. Lupa dia jasa kawan dia dulu. Duk sesama kuar lah 'macam model' dan sebagainya. Sebab apa dia adalah KAWAN. Tapi kalau sahabat, tak akan terjadi macam tu, sebab kalau dah bergaduh ke apa, aib sahabat kita simpan dan jaga rapi sebab kita pernah bersahabat. Ini antara yang kolin memang sukar nak terima. Jumpa orang macam ni memang berkawan sekali aje, kena sekali terus blah weiii...plastik !!!

4. akan mengata di belakang kita (kawan)
akan simpan segala kekurangan & rahsia kita sebagai satu amanah

Iye...kalau awak sayang sahabat. Segala rahsia simpan, jangan bagitahu sesapa pun. Tapi kalau awak hanya kawan memang segala aib awak akan keluarkan kepada orang lain. Sebab apa..sebab perkara pertama DENGKI. 

5. sangat mudah di jumpa (kawan)
bagaikan pertama yang sukar di temui (sahabat)

Sememangnya tak boleh di sangkal. Itu sebab kawan ni kita berkawan lasting 3-4 tahun lepas tu berselisih faham, bergaduh terus tak bertegur. Sebab berkawan tak ikhlas, berkawan nak berlawan siapa hebat lagi. Siapa lawa lagi, siapa nak lagi menonjol. Sedangkan sahabat tak pernah berlawan siapa lagi 'best' atau siapa lagi 'lebih'. Sahabat sampai liang lahad segala-galanya dirasai bersama bagaikan satu keluarga. 

Bukan lepas jumpa kawan baru, kawan lama tinggal. Kawan lama dibiarkan. Lepas tu jangan lah menyesal ko hilang kawan yang boleh terima ko seadanya. Yang sentiasa back up ko bila ada masalah dan tak pernah hakimi apa sahaja kerja atau benda ko buat. Alhamdullilah kolin dah jumpa 'permata persahabatan' kolin. Alhamdulillah syukur....syukur kolin ada rezeki dapat sahabat. Kawan banyakkkk..banyakkkk sangat. Tapi mungkin nanti kita pun boleh bertukar status dari kawan ke sahabat kan.. Doakan tau.



Dapat juga berbuka dengan sahabat yang baru balik dari tanah suci ni pada puasa ramadhan yang ke 24. Kolin doakan semua yang baca entri ini dimurahkan rezeki dan dapat jumpa sahabat korang ye. Dalam berkawan kita kena lah ikhlas, sentiasa terbuka menerima pendapat dan jangan lah ada sikap nak melawan siapa yang lebih hebat. Rugi...rugi sangat !!!

Love, 

Kolin Zainal 


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you