Monday, May 22, 2017

Ya Tuhan, sembuhkan lah penyakitnya

assalammualaikum dan salam sejahtera

Ya Rabbi, kolin ni sedih sangat. Baru lepas melawat kawan yang kolin panggil 'kakak'. Siapa sangka dalam masa sebulan kanser hati yang kini kian merebak dan tak tahulah kolin tahap mana dah. Yang pasti, melihatkan kawan yang semakin lemah, terbaring tak bermaya membuatkan hati kolin meruntun sangat. 

Terus hari ini tak ada mood. Sebab terbayang dia dari tadi. 
Allahuakbar...sembuhkanlah dia, sihatkan lah dia dari penyakitnya. Tak tertanggung derita kolin tengok dia dah. Mana dengan ubat, mana dengan tak larat. Sedih sangat


 semoga sihat dan kolin doakan akak kuat melawan kanser yang akak hadapi. 
Tiada apa yang mampu kolin beri, hanya doa dan bacaan surah yassin buat akak kuat dan sihat seperti biasa.


Tengah menaip, hati meruntun hiba, air mata laju turun. 
Tak tahu nak cakap apa, tak reti nak taip apa. Kolin harap korang yang baca blog kolin dan post ini doakan untuk kawan kolin ya. Doakan dia sembuh, doakan dia kuat. 
Semoga segala penyakit yang dihidapi kak Mas dipermudahkan. 

Love u always kak

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you