Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Selamat Ulangtahun ke 40 VITAGEN


Assalammualaikum dan salam sejahtera


Tahniah buat VITAGEN yang meraikan ulangtahun ke 40 tahun dalam menjaga sistem penghadaman semua rakyat Malaysia. Kolin dan keluarga memang peminat Vitagen pun selama ini. Dapat bersama-sama dalam sambutan ini memang buat kolin teruja !! Menerusi Kempen ‘A Better Gut Begins with VITAGEN’ (sistem penghadaman yang lebih baik bermula dengan VITAGEN) ianya berniat untuk berkongsi dengan semua lapisan masyarakat mengenai kebaikan VITAGEN.



Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Mr. Poh Eng Lip, General Manager VITAGEN dan disusuli dengan acara potong kek beramai-ramai sempena menyambut ulangtahun VITAGEN. Sedikit fakta mengenai minuman Vitagen mengandungi berbillion-billion bakteria baik di dalam kultur Lactobacilius Acidophilus dan Lactobacillus Casei yang hidup dan aktif. Formulis ini membantu penyerapan nutrian daripada makanan dan dapat membantu merangsang sistem imunisasi yang lebih kuat. 



Jadi untuk kita ibubapa boleh lah galakkan anak-anak kita minum sehari satu botol. Tapi kekadang kita ingat minuman ini hanya untuk anak, padahal kita yang dewasa pun boleh minum tau. Banyak kebaikan yang mungkin kita boleh manafaatkan. Antaranya mungkin antara kita yang jalani hidup kurang aktif atau stress. Minuman ini membantu menaikkan kesihatan sistem penghadaman berkait rapat jua dengan obesiti.





Varian terbaru iaitu kurang gula dan kolagen memang kolin suka lah sangat. Sebab itulah Vitagen Less Sugar dianugerahkan logo pilihan lebih sihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Telah pun berada di pasaran Malaysia sejak 40 tahun yang dahulu. Keyakinan memang tak pernah pudar kan. Malah ini lah minuman yang sering ada dalam peti sejuk buat sekeluarga. 





Tahniah atas sambutan ulangtahun ke 40 VITAGEN ! Terima kasih jua memberikan kolin ruang menjadi sebahagian daripada acara gilang gemilang ini. Untuk lebih lanjut mengenai kempen ‘A Better Gut Begins with VITAGEN’ korang boleh ke laman facebook www.facebook.com/VITAGENMalaysia atau www.vitagen.com.my

Happy birthday VITAGEN!!!


 
Love,
Kolin Zainal  


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you