Friday, May 19, 2017

Santapan Klasik Ramadan dari Hotel Holiday Villa Subang



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Dah nak puasa kan minggu depan, jadi hari ini kolin nak kongsi dengan korang tempat berbuka yang best ala 60an. Korang mesti nak sangat makan lauk orang dulu-dulu kan. Jangan risau korang semua boleh rasa hidangan masa silam kalau ke Holiday Villa Hotel & Conference Centre Subang tau. Bertemakan Santapan Klasik Ramadan’ memang banyak hidangan yang memang korang tak pernah jumpa pun. Maknanya kolin pun tak pernah jumpa hahahah. Memang klasik sangat-sangat berbaloi untuk datang berbuka puasa di sini. Inilah Chef Azram yang menyediakan semua ini bersama-sama team beliau. Semua sedap-sedap, bau pun sedap, memang masa tangkap gambar semua hidangan ni, kolin duk lah telan-telan air liur ni haaa...



Antara lauk pauk yang menjadi tumpuan kolin ialah Sup Huru Hara. Sup ini yang direneh dengan pelbagai jenis rempah, daging pun lembut sangat. Korang boleh makan dengan roti, nasi atau minum lah sup ini begitu sahaja. Kolin sangat-sangat suruh korang try sup ini sebab sedap dan tak pernah kolin rasa kat tempat lain lagi. 

 
Selain itu ada Daging Bumbang Nyior, Serawa Buah Semangka, Gulai Daging Rebah Bangun, Ayam Percik Bermadu dan kalau nak cerita ada 250 hidangan bakal dihidangkan sepanjang Ramadan nanti di Holiday Villa Subang. Lokasi pun senang, parking pun banyak, surau dan toilet pun di aras yang iaitu di Palm Terrace Coffee House. Banyak juga gerai yang bakal ada nanti. Jadi datang di sini bermula dari 27 Mei sehingga 24 Jun 2017 nanti. Tapi pastikan buat tempahan awal tau. Nak tempah mudah sahaja call 03-56338788 ext. 7211/7201 atau emel mereka di fbrest@holidayvillasubang.com.my.







Kalau stall atau gerai pula ada banyak pilihan yang ada. Antaranya ‘teratak bonda’ yang bakal menyediakan hidangan seperti cempedak goreng, lempeng pisang, keledek goreng dan pelbagai hidangan yang selalu mak kita semua sediakan dulu. Senang cerita memang semua menu klasik bakal di hidangkan, so kenalah dengan tema mereka SANTAPAN KLASIK RAMADAN tu kan. 





Selain lauk pauk, kuih muih tradisional juga banyak pilihan. ABC, cendol, lai che kang dan banyak pilihan minuman yang korang boleh pilih. Kan kolin dah cakap 250 menu kan..so datang dan pilih sahaja ok. Tempat pun selesa disediakan. 




Kalau ikutkan memang banyak sangat gambar menu dari Hotel Holiday Villa Subang ni yang kolin nak kongsi dengan korang. Tapi lagi bagus korang tempah aje berbuka puasa di sini. Sebab korang memang sure akan rambang mata. Dah la menu banyak, Chef pun masak sedap-sedap. Tempat dekat, selesa, tak sesak semuanya mudah aje. Lagipun bukan jauh pun bagi yang tinggal di lembah klang. Kalau selalu cuba di area pusat bandar, apa kata cuba Hotel Holiday Villa Subang ini pulak kan. 


Santapan Klasik Ramadan buffet ini berharga RM120nett untuk seorang dewasa dan RM74.oo unuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan jua untuk warga emas. Masa ini lah korang boleh datang beramai-ramai dengan keluarga kan. Makan bersama tanpa perlu fikir siapa nak kemas selepas berbuka hahahha. So tempah ok, datang ramai-ramai. Nikmati potongan 50% diskaun jika korang datang berbuka di sini pada 3 hari pertama dan 3 hari terakhir di bulan puasa nanti. Untuk pembelian awal korang bakal dapat 30% diskaun juga. Jadi beli bermula dari 1 May sehingga 21 Mei nanti. Pastikan korang semua datang dan cuba makan Sup Huru Hara ok. Highly recommended !!!




Love,

Kolin Zainal


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you