Tuesday, May 30, 2017

'Sajian Bijak Raya' KIMBALL untuk Aidilfitri

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat kita yang sedang menjalani ibadah puasa memang dah fikir dah menu apa yang istimewa nak dihidangkan di pagi raya kan. Hari raya memang hari buat semua bergembira, tapi kadang-kadang bajet yang ada membataskan segalanya betul tak. Dengan itu untuk memberikan korang satu idea di mana nak berbelanja dan semua barang yang naik ini dengan 'Sajian Bijak Raya' Kimball memang suatu yang istimewa buat kita semua. 


KIMBALL adalah satu produk kulinari yang terkenal dalam sos, sos spaghetti, pasta dan lain-lain kini memahami cabaran suri rumah yang teringin sangat nak adakan rumah terbuka sempena menyambut Aidilfitri nanti. Berikutan itu, kerjasama dengan pencipta resipi iaitu Chef Rohani telah mencipta menu 'Sajian Bijak Raya' Kimball bagi memperkenalkan cara bijak berjimat dalam mengadakan jamuan hari raya tanpa mengunakan bajet yang tinggi. Dengan bajet RM100 sahaja, lima menu hidangan telah disediakan. Ada dua pembuka selera, dua hidangan utama dan satu pencuci mulut yang dapat memenuhi selera seramai lapan orang. Demontsrasi masakan ini menghidangkan sajian berkelas restoran dan pengacara popular Raja Azura atau dikenali dengan Kak Engku memeriahkan lagi majlis. 

Menurut Chef Rohani, kebanyakkan menu di jamuan hari raya kini senang untuk di ramal. Memang ada ketupat, rendang dan lemang. Jesteru ini saya menghasilkan menu 'Sajian Bijak Raya Kimbal' bukan sahaja menjimatkan malah ianya adalah pilihan yang lazat untuk Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri yang bakal menjelang nanti. Untuk Kak Engku yang mempunyai 3 orang anak, beliau memang agak tertekan nak sediakan jamuan hari raya yang lengkap dan kreatif. Sebagai seorang selebriti, sudah tentu hidangan yang hebat menjadi keutamaan dalam hidangan beliau. Dengan Sajian Bijak Raya Kimball ianya sudah tentu lain daripada yang lain dan beliau amat teruja nak hidangkan Ayam Masala Kimball kerana ianya mengunakan sos spaghetti. Agak unik dan tentunya istimewa untuk semua tetamu yang datang berhari raya. 

Ayam Masala Kimball

AYAM MASALA KIMBALL
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 30 minit
Saiz Hidangan: 8 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani
Kos: +RM21.00

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (anggaran 1.8 kg), potong sebesar 4 sm
2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
½ cawan Sos Lada Hitam Kimball
3 sudu besar serbuk cili
1 ½ sudu besar serbuk kunyit
100 g halia, dihiris
5 ulas bawang putih, dihiris
2 bawang merah, dihiris halus
1/3 cawan minyak
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh jintan putih
4 sm kulit kayu manis
2 tangkai daun kari
1 botol Sos Spageti Tradisional Kimball
Garam, secukup rasa

Cara memasak:
1.    Letak ayam dalam mangkuk adunan besar dan gaul dengan Sos Berperisa Tiram Kimball dan Sos Lada Hitam Kimball, serbuk cili dan jintan putih. Perap 10 minit. Masukkan ¼ cawan air bersama halia, bawang putih dan bawang, kisar halus. Ketepikan
2.    Panaskan minyak dalam periuk atas api sederhana. Masukkan biji sawi, jintan putih, kulit kayu manis dan daun kari. Apabila biji sawi meletup letup, campur pula bahan kisar. Kacau selalu sehingga bahan menjadi perang.
3.    Masukkan ayam (bersama bahan perapan) dan goreng anggaran 15 minit. Tambah Sos Spagetti Tradisional Kimball dan 1 1/2 cawan air. Biarkan mendidih, barulah perlahankan api. Sesekali kacau sehingga ayam empuk dan kuah pekat – anggaran 20 minit. Perasakan dengan garam.
Hidangkan segera sementara panas.


Gado-gado Raya Kimball


GADO-GADO RAYA KIMBALL          
Masa Penyediaan: 30 minit
Masa Memasak: 20 minit
Saiz Penyediaan: 8 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani


Kos: +RM18.00


Bahan-bahan:
Untuk sos:
2 sudu besar minyak
2 sudu besar pes cili
½ cawan Sos Lada Hitam Kimball
½ cawan Sos Cili Kimball
½ cawan santan
2 cawan air
1 1/2 cawan (180g) kacang tanah panggang, tumbuk halus

Untuk salad:
6 batang kacang panjang, potong 5sm panjang, dicelur dan disejat
3 cawan hirisan kubis, dicelur dan disejat
1 ikat kecil kangkung, petik 5 sm, dicelur dan disejat
2 biji kentang, direbus dan dihiris tebal
3 biji telur rebus, dipotong baji
3 keping taufu, digoreng dan dipotong 2 sm kiub
1 biji sengkuang, diparut halus
2 keping tempe, digoreng dan dipotong 2 sm kiub
1 biji timun, diparut halus
1 tin Kacang Kuda Kimball, disejat

10-20 keping keropok melinjau

Cara memasak:
1.   Untuk sos: panaskan minyak dan tumis cili giling atas api perlahan sehingga masak dan naik minyak. Campur Sos Lada Hitam Kimball dan Sos Cili Kimball. Biar 5 minit, kemudian masukkan santan dan air. Bila didih, tambah kacang. Masak 10-15 minit lagi, kacau selalu sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan rasa.
2.   Letak semua bahan salad dalam pinggan besar.
3.   Hidang bersama sos dalam mangkuk lain.

Selain itu resipi Sajian Bijak Raya Kimball ada Gado-gado raya, Taufu Sumbat Goreng Kimball, Nasi Kerabu Goreng Kimball dan paling istimewa Kek Velvet Hitam 
sebagai pencuci mulut. 

Menurut Cik Tania Lee, Pengurus Kategori Campbell Soup Southeast Sdn. Bhd., Kimball amat memahami bahawa dengan kos hidup sara yang meningkat kinik, ibu-ibu terpaksa mencari cara yang lebih efektif lagi bagi memaksimakan setiap sen yang dibelanjakan dalam persediaan menyambut hari raya. Dengan adanya ciptaan resipi-resipi Sajian Bijak Raya Kimball ini dapat juga membantu kita semua berjimat. Bayangkan dengan RM100 hidangan untuk 8 orang dapat disediakan. So kalau dah begitu boleh lah kita tukar langsir raya baru sebab bajet hari raya dah ada lebih kan hihihi. Untuk lebih maklumat mengenai ini korang layari KIMBALL atau ke Facebook mereka iaitu www.facebook.com/KimballMalaysia bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai produk Kimball dan panduan bagaimana menghasilkan hidangan lazat mengunkan ramuan-ramuan ringkas yang diperolehi di rumah dengan harga yang sangat berpatutan. 



Kolin harap dengan perkongsian ini korang semua ada lebih banyak idea bila nak fikir menu di Aidilfitri nanti. Yang penting hidangan tu dalam bajet kita dan lazat untuk dijamu buat semua tetamu kan. Jangan lupa ok, cuba resipi Kimball yang kolin kongsi tau. 

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you