Wednesday, May 3, 2017

Previu Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih menjemput kolin ke Laman Kayangan, Shah Alam untuk prebiu buffet Ramadhan tahun ini yang bertemakan Citarasa Dua Sempadan.  Dengan itu kolin sendiri tak sabar nak berkongsi dengan korang pelbagai menu yang ada di Laman Kayangan bagi berbuka puasa tahun ini. 

Seperti tahun sebelumnya Segi Seri yang mengekalkan tradisi dengan menghidangkan pelbagai juadah dan menepati citarasa tetamu. Tema makanan tahun ini adalah berkonsepkan hidangan dari dua sempadan negara kita iaitu Utara Malaysia dan jua dari negara Thailand.Antara hidangan yang menarik ialah Ayam Kari Hijau Terung Pipit (kaeng kheiywhwan ki), ikan daun selasih dengan cili (pia bai pakapow), tomyam pok tek, gulai lemak pisang dengan bilis, laksa kuala pengelih, serta yang paling istimewa murtabak king segi seri. Sebenarnya ada lebih 100 menu kalau kolin nak cerita memang panjang berjela lah kan. Masa previu Ramadhan kali ini seperti biasa harga-harga istimewa jua di tawarkan buat semua tetamu yang hadir. Memang rezeki lah dapat diskaun istimewa untuk sekeluarga datang berbuka kat sini kan. 










Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Pelancongan Thailand (cawangan Kuala Lumpur) iaitu En. Ahman Md. Adam, di iringi jua Pengarah Urusan Seri Segi Sdn Bhd., Tuan Haji Azhar Bin Haji Bahrain bersama tetamu selebriti jemputan iaitu Fauziah Dato’ Ahmad Daud atau dikenali sebagai kak ogy. Beliau turut hadir bagi sama-sama mempromosikan buffet Ramadhan di Laman Kayangan di samping produk air tangannya sendiri iaitu sambal ikan kurau masin berlado, paru goring nek mon dan sambal goreng Saadiah yang turut dipasrkan dengan kerjasama dengan pihak Seri Segi.

 
Tempat pun besar, selesa, sejuk, meja banyak disediakan. Nasihat kolin buatlah tempahan dahulu. Tempat parking kereta pun luas. Jangan lah korang risau kalau datang berbuka di sini. Sesuai untuk bawa mak ayah dan jua anak-anak. Tidak cukup dengan hidangan yang lazat, tetamu yang hadir juga bakal didendangkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu. Kalau nak lebih lagi keterangan jangan malu, sila hubungi Puan Nana di talian 019-3117443 atau 03-55424200. 







Terus call ok, nak menempah pun tekan nombor tu terus.
Harga promosi mereka kalau early bird atau pembelian awal ialah RM45 dewasa dan RM35 kanak-kanak/warga ems yang sah dari 29 Mei 2017 sehingga 7Jun 2017. Manakala harga biasa bermula 8 Jun – 21 Jun 2017 bagi dewasa RM59 dan RM35 bagi kanak-kanak dan warga emas. Kalau pakej family pulak Beli 5 dewasa percuma 2 kanak-kanak/warga emas atau beli 9 dewasa percuma 1 dewasa. Best kan. !!!


Masa ini lah nak berkumpul sekeluarga ataupun nak jumpa dengan kawan-kawan lama berbuka bersama pun boleh. Jadi korang yang sekitar shah alam dan sewaktu dengan nya boleh lah consider Laman Kayangan di Seksyen 7 untuk jadi pilihan berbuka puasa tahun ini. Kolin sudah pasti lah akan ke sini korang, sebab kolin suka suasana mewah kat sini. Jumpa korang ok !!!

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you