Sunday, May 7, 2017

Penyampaian Hadiah Buat Pemenang Logo dan Pelancaran FB Sahabat Zakat

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Tahniah buat semua pemenang pencipta logo bagi Sahabat Zakat !! Siapa sangka pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah baru-baru ini mendapat lebih 130 penyertaan tau. Dan pada hari ini, penyampaian hadiah buat mereka yang menang pun diadakan. Bayangkanlah 130 logo nak dipilih menjadi logo rasmi Facebook Sahabat Zakat yang turut dilancarkan sekali pada hari yang sama.



Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Mohd Rais Haji Alias K.M.W dan video tayangan yang menunjukkan lapan logo yang mara ke peringkat akhir pun ditayangkan. Dan kolin nak ucapkan kepada semua pemenang di bawah kerana telah berjaya!




Pemenang - pemenang Pertandingan Mencipta Logo kat bawah ni. Tahniah korang !!!

Tempat Pertama

En. Mohd Fauzi Bin Mohamad Hassim

Tempat kedua

Mohamad Nur Azizi Bin Basri

Tempat Ketiga

Hamdan Bin Abd. Mubin

Bagi hadiah saguhati inilah nama mereka

Syed Muhammad Ali Afdhal Asseggaf Bin Syed Mohammad

Farrah Dayana Binti Zainuki

Noor Haida Binti Zainal Abidin

Siti Zulaikha Binti Abd. Halim

Nurul Azwani Bt. Abdul Rahman 



Inilah gambar logo yang menang tu. Jadinya dengan dah ada pemenang hari ini, logo yang memang inilah menjadi logo rasmi Facebook Page Sahabat Zakat untuk PPZ Wilayah. Korang jangan lupa ok, like page SAHABAT ZAKAT dan kita ramai-ramai bagi sokongan bagi usaha murni dari Pusat Pungutan Zakat MAIWP ini. 



Buat pengetahuan korang, Sahabat Zakat telah ditubuhkan sejak tahun 2013 lagi. Cetusan idea dari Unit Khidmat Pelanggan PPZ-MAIWP ini telah diluaskan dengan tertubuhnya page Facebook Sahabat Zakat. Dengan fokus mendekatkan lagi PPZ-MAIWP dengan masyarakat disamping berdakwah memang patut dipuji. Satu lagi isu yang sangat penting sekarang ini korang sendiri boleh tengok di Facebook Sahabat Zakat sekiranya ada isu-isu atau maklumat tepat mengenai mereka. Jadi tak sebarang khabar angin palsu pun kita boleh lah semak dahulu kan. Lagi menarik buat korang yang nak join pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh mereka pun boleh tau. Memang terbuka buat semua masyarakat. Kalau nak jumpa pendakwah selebriti pun boleh, buka dan LIKE Facebook mereka cepat-cepat. Supaya korang tak tertinggal informasi terkini dari mereka. Buat makluman, sehingga kini Sahabat Zakat yang berdaftar telah mencecah seramai 21,700 orang.

Lepas ini lebih dekat lah PPZ-MAIWP dengan semua pembayar zakat dan jua semua golongan tak kira umur. Kolin berharap segala usaha yang dilakukan dapat memberi impak dan jua kesedaran bagi menunaikan zakat. Setiap pendapatan kita ada hak orang lain kan. Kalau kurang pasti, korang boleh semak ok. Jangan lengah tau, sebab zakat tu ada dalam rukun islam. 

Tahniah, tahniah dan tahniah buat semua pemenang pencipta logo. Dan sekalung tahniah jua buat PPZ-MAIWP yang telah berjaya menubuhkan Facebook Sahabat Zakat. Memang usaha yang terbaik buat semua masyarakat 'lebih dekat' lagi dengan isu-isu mengenai zakat. Buat yang nak singgah pejabat mereka jangan lupa ke alamat ini ok. Manalah tahu nak melawat dan melihat sendiri aktiviti yang ada. 

PUSAT PUNGUTAN ZAKAT 
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Wisma PPZ, 68-1-6, Dataran Shamelin
Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur
No.Telefon: 03-92895758



Terima kasih PPZ-MAIWP kerana sudi berkongsi kegembiraan ini dengan kolin. Tak sabar rasanya nak join aktiviti Sahabat Zakat nanti. Korang jangan lupa LIKE FB mereka ok !! Semoga sukses dan gemilang selalu PPZ-MAIWP dalam melaksanakan tanggungjawab kepada semua !!! 

Love

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you