Tuesday, May 23, 2017

Hidangan Tradisi Hari Raya Mudah dengan Philip All-In-One Pressure Cooker




Assalammualaikum dan salam sejahtera

Tipulah kalau kolin tak jatuh cinta dengan Philip All In One Pressure Cooker ini. Kalau korang nak tahu ini memang dalam ‘wish list’ kolin selama ini. Dengan nak menempuh bulan puasa dan hari raya dalam masa sebulan memang lah kita ni nak cara mudah dan cepat nak menyediakan segala-galanya kan. Jangan tak tahu, hidangan yang selama ini kita nak siapkan selama berjam-jam boleh siap dalam masa 30 minit sahaja !!!! Betapa mudahnya kan, dalam mengekalkan rasa tradisi yang sama, menjimatkan masa dan memang menepati dengan suri rumah zaman moden yang inginkan segala-galanya 
mudah dan ringkas. 

 
Oleh itu, Philips Malaysia telah melancarkan satu inovasi moden yang kolin percaya semua yang baca post kolin hari ini terus jatuh cinta. Mana tidaknya proses panjang jadi sekejap dan lagi penting sedap dan sangat memuaskan. Inilah yang dimahukan oleh Philips Malaysia dengan kreativiti baru ini mereka dapat membantu semua warga Malaysia menyediakan hidangan berbuka dan berhari raya dengan senang. Menurut kata Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara bagi Philips Malaysia, Ramadan dan Hari Raya adalah satu masa untuk kita semua berkumpul sekeluarga. Dalam menyediakan hidangan tradisional seperti rendang, sup atau kari, kita juga perlu masa untuk beramah mesra kan. Dalam menyediakan makanan, kita juga perlu masa untuk bersama keluarga kan. Jadi dalam menyediakan makanan lazat untuk sekeluarga, masa bersama pun dapat dilebihkan sebab hidangan yang rumit mengambil masa 3-4 jam telah di singkatkan dengan mengunakan Philips All-In-One Pressure Cooker. Kami turut berkerjasama dengan Chef Marina Mustafa sempena pelancaran ini dan beliau juga telah berkongsi pelbagai resipi dan tips memasak yang sihat dan lazat bagi semua pelanggan Philips. Terima kasih ya chef bagi buku resipi cara memasak mengunakan alat ini.


 Chef Marina bersama En. Muhammad Ali Jaleel


Dilengkapi dengan sistem masakan pintar generasi baru menawarkan pelbagai pengalaman memasak dengan laras yang korang boleh gunakan. Samada masak mengunakan tekanan atau perlahan dengan mengunakan satu alat sahaja. Nak memasak cepat boleh guna saute,  boleh bakar ke, memanaskan lauk pauk dan pelbagai lagi. Jangan tak tahu korang boleh buat dodol dalam masa setengah jam tau !! Itu lah wawasan Philips Malaysia nak mengekalkan hidangan tradisional dalam gaya mereka yang moden. Philips All-In-One Pressure Cooker ini boleh menjimatkan masa lebih lapan kali dan masakan rendang tok tu boleh siap dalam masa 30 minit. Bahagian dalamnya di perbuat daripada aloi aluminium yang membolehkan ianya bertahan lama dan menawarkan pengaliran haba yang lebih menyeluruh dan hasil masakan yang sekata. Turut disalut oleh salutan Whitford keemasan istimewa, anti calar dan tidak melekat. Dengan adanya penjaga masa yang diprogramkan korang semua hanya perlu letakkan masa masakan dan tunggu sehingga siap. Tak perlu nak sekejap-kejap buka periuk dan tengok dah masak ke belum. Yang ini dah sah siap masak selepas waktu yang disetkan berakhir.



Bagi menambahkan lagi keghairahan korang memiliki barangan ini, kolin nak tambah lagi informasi yang bakal membuatkan korang seronok. Ada sembilan sistem perlindungan keselamatan dan sekali dengan pengawal atur tekanan yang dikal dengan cip mikro. Selepas siap memasak, pengawal atur tekanan yang dipasang akan automatik melepaskan tekanan yang asa. Jadi Korang tak perlu lepaskan tekanan secara manual atau menunggu sehingga tekanan tu turun. Jadinya korang boleh terus menikmati hidangan panas-panas terus dari periuk ni tau. Best kan !! Harga runcit yang ditawarkan adalah RM799, Philips All-In-One Pressure Cooker ini boleh dibeli di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley dan bagi yang berada di Johor Bharu korang boleh beli di Sutera Mall. Bagi warga Petaling Jaya, korang boleh ke Menara Axis dan bagi tempat-tempat lain korang boleh singgah ke semua rakan runcit dan pengedar sah Philips di seluruh negara. Bagi yang ingin membeli dalam talian korang boleh ke www.blip.my dan kedai rasmi Philips di LAZADA www.lazada.com/philips-official-store dan lebih banyak informasi cara guna dan pelbagai maklumat yang lain korang boleh klik sini www.philips.com.my/pressurecooker
 
Tak sabar nak memasak sempena Ramadhan dan Hari Raya nanti. Kolin pasti lebih banyak masa dapat kolin jimat dan paling penting hidangan yang masih mengekalkan tradisi dapat kolin hidangkan buat seisi keluarga. 

 Tahniah buat kak anie yang menang lucky draw ini !!

Terima kasih PHILIPS !

Love,

1 comment:

  1. Amboi ada juga hehehe bestkan guna produk Philips ni...

    ReplyDelete

loving me..loving you