Thursday, May 4, 2017

Diet Atkins Fasa Pertama

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Mesti korang selalu dengar kan, pasal diet atkins. Tipulah kalau kolin tak pernah dengar. Tapi kali ini, kolin dah ada sedikit info buat semua yang nak mula eat clean and stay healthty. Tak dinafikan bila umur meningkat memang susah nak kurang berat badan, tapi tak salah kalau kita kontrol makan kita dan mula makan yang sihat betul tak. Kesihatan kita bermula dari apa yang kita makan hari-hari. So jom kita tengok sesama jadual ini. 


Yang pertama aje dah sebut pasal gula. So kena ubah semua air jadi air masak suam or green tea lah gamaknya. Susu dan yogurt, buah-buahan, jeruk, kuih, laksa, mee goreng, hotdog, roti, pasta keropok, fish cake, sayuran yang ada karbohidrat tinggi macam kentang, keladi jagung, kacang peas, lobak merah pun elakkan. Segala sos perasa makanan tak boleh tau termasuk BBQ sos, French dressing atas salad, cottage cheese, farmer cheese, kacang, bijian pantang dua minggu pertama, elakkan makanan dan minuman yang ada aspartame katanya. So kopi dan kafein kena kurangkan. Agaknya inilah yang kita selalu makan, tu orang kata susah nak eat clean. 

Ok berita gembira yang kita semua boleh makan dan jalani kehidupan lebih sihat.  Ayam atau ikan panggang, goreng, stim atau apa saja. Telur segala masakan ok, makanan laut kupang, tiram, udang boleh, daging kambing, stik, satay (ni hari-hari aku makan hahahah) sayuran hijau dan salad, keju jenis cheddar, mozarella dan sebagainya, iar kosong banyak banyak, rempah, seaweed dan jangan lupa makan vitamin lah ye. 

Agaknya boleh tak? Dia tak cakap nasi pun kan. Tapi kolin rasa satu senduk untuk sehari cukup untuk beri tenaga pada kita kan. Kolin dah nak mula Diet Atkins Fasa Pertama tau. Bukan nak slim melim tapi lebih kepada nak sihat. Maklumlah nak menjangkau 40-an ni memang tak boleh lari kan. Kena jaga kesihatan, nak tua dalam keadaan terbaik tau.

Getting old is mandatory, Feeling old is optional 

Jadinya biarlah umur makin meningkat, janji jiwa dan hati muda kan. Jangan kisah hal orang, kita jaga hal kita sendiri. Susah, sihat, gembira, kaya pun kita sendiri. 

Mulakan ye korang hari ini. Jom kita sihat sama-sama dan buangkan segala anasir jahat dari badan kita. Semoga semua yang baca entri ini dikurniakan kesihatan yang baik-baik ya.

Sayang korang !!!


Kolin Zainal  

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you