Monday, May 8, 2017

Berus gigi JORDAN buat kami sekeluarga !!

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kalau kita perhatikan banyak sangat rangkaian berus gigi yang ada di pasaran betul tak. Tapi buat keluarga kolin, rangkaian gigi Jordan menjadi pilihan kami. Macam biasa lah di rumah memang kolin lah yang menentukan apa produk yang dipakai. Dan kali ni kolin teringin nak berkongsi dengan korang mengenai JORDAN

Kolin tahu ramai yang tak perasan bahawa Jordan sebenarnya ada berpuluh-puluh jenis berus gigi. Ada yang Soft, Extra Soft, Hard, Slim dan kalau nak cerita memang sampai malam tak habis. Paling menakjubkan rangkaian untuk 0-2 tahun pun ada tau. 


Buat keluarga kecil kolin memang kita semua ada jenis berus masing-masing lah. Buat suami dia memilih Double Action, maklumlah orang lelaki kan suka berus gigi yang menjalankan dua kerja. Buat kolin, dah pasti yang slim lah. Berus gigi yang slim dan lembut memang sesuai untuk kolin bekas pemakai pendakap gigi. Dan kadang kala kolin pakai retainer. Itu yang suka pakai slim, tapi korang jangan lupa ‘floss gigi’ juga ok. Terutama selepas lunch. Floss sangat-sangat menting bagi menanggalkan plak di sekitar gigi kita tau. So karang gigi pun dapat dikurangkan.


Buat anak-anak, Alisa yang berumur 8 tahun pun ada berus gigi khas. Senang untuk dipegang, warna jua menarik. Tapi yang lagi penting anak kolin tak rasa berus tu menyakitkan setiap kali memberus gigi. 



Buat Ali Imran yang berumur 11 tahun pula, berus gigi 9 tahun ke atas paling sesuai untuk dia. Ali Imran yang baru mula kehilangan gigi kanak-kanak ke gigi kekal memang masa yang agak kritikal kena menjaga gigi. Kita sebagai ibubapa kena ajar anak-anak supaya mereka memberus gigi mereka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kat sekolah pun ada di kongsi tapi nak menerapkan di rumah adalah tanggungjawab kita sendiri kan.
Satu lagi perkara yang sangat-sangat penting yang sering kali kita abaikan. TUKAR BERUS GIGI SETIAP 3 BULAN !!!! Haaa…itu lah selalu yang kita terlepas sebenarnya. Tak tukar berus gigi setiap kali perlu tau. Jangan main terus pakai sampai lah berus gigi tu tak berfungsi membersih dengan betul kan.

Berus gigi Jordan adalah berus gigi premium berasal dari Negara Norway. Penghasilan yang teliti dan harga yang mampu milik ini memang memikat hati kolin. Korang sekarang boleh pakai berus gigi kualiti antarabangsa tapi pada harga yang sangat memukau. Sekeluarga dari kecil hingga yang besar semua ada. Malahan tak pelik juga, macam kolin sendiri ni haaa..kolin ada 3-4 batang berus gigi hahahahhah


Maklumlah kadang-kadang nak berus kuat sikit, pakailah yang Hard atau Double Action. Tapi kalau rasa celah gigi tu dah mula bersarang, pakai lah slim. Maklumlah sejak pakai ‘bracess’ dulu gigi kan rapat-rapat. Kebersihan gigi sekeluarga adalah bermula dari rumah. Percaya atau tidak, pemilihan berus gigi amatlah penting. Apa kata hari ini korang semua ke pasaraya atau farmasi terdekat dan lihat sendiri pelbagai rangkaian dan bentuk berus gigi rangkaian JORDAN. Inilah yang best kat Malaysia ini, pilihan banyak sangat. Yang penting kita pilih yang terbaik ok. 



Buat Jordan, kolin nak ucapkan terima kasih sebab berkongsi dengan kami. Award Winning Tooth Brush tau..!! Bukan memain..so lepas ini makin lebar lah senyuman kami sekeluarga sebab gigi cantik hahahhaha…So uolsss jangan lupa ok, cari berus gigi ingat lah JORDAN sure tak rugi !!! Buat korang semua nak tengok video kolin review boleh lah tengok kat sini.

Berus Gigi Jordan Review 




Love,


Kolin Zainal 

1 comment:

loving me..loving you