Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KitKat Mini serba baharu dari Nestle

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Jenama coklat No. 1 di Malaysia, iaitu KitKat telah melancarkan KitKat Mini serba baru untuk korang semua. Snek jejari yang lazat dibungkus secara individu ini senang untuk di bawa ke mana sahaja. Siapa yang tak tahu KitKat kan, ianya lapisan krim lazat dengan wafer rangup bersalut coklat susu yang enak.
KitKat Mini ada tiga variasi untuk korang semua pilih tau. Ada KitKat Mini Cookies & Cream, KitKat Mini Mocha dan KitKat Mini Caramel. Setiap variasi ini menghasilkan rasa yang berlainan tau. Kolin dah cuba pun ketiga-tiga variasi ini dan sememangnya menampilkan satu rasa coklat yang lain dari yang lain.





KitKat Mini Cream & Cookies memiliki lapisan lembut berkrim. Manakala KitKat Mini Mocha pula menampilkan aroma kopi sejati yang sungguh menyelerakan. KitKat Mini Caramel pula dilimpahi dengan rasa mewah caramel yang semestinya pembuka selera kepada sesiapa sahaja ! Kolin suka caramel tau.




Di majlis yang penuh meriah dan warna-warni, Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Konfeksi (Pasaran ASEAN) Nestle Malaysia berkata, Kami mempunyai kelebihan dalam mencipta sesuatu yang hebat, lazat dan menyeronokkan untuk di nikmati oleh pengemar KitKat selain menambah keceriaan waktu reht mereka dengan KitKat. Dengan KitKat Mini, kami telah berjaya merekacipta jejani bersaiz snek yang sempurna untuk warga urban yang ingin segalanya mudah. Sesuatu yang boleh di nikmati bila-bila masa sahaja.

Menurut Goel lagi, komitmen jenama tersebut dalam pengunaan koko mapan dengan berkata KitKat adalah produk konfeksi global pertama yang dihasilkan mengunakan 100% koko mapan yang diperoleh menerusi Rancangan Koko Nestle. Rancangan tersebut bertujuan untuk mempertingkatn kehidupan komuniti penanam koko di Cote d’Ivoire atau Ivory Coast. Ini adalah sejajar dengan matlamat kami untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. Sejak Februari 2016, KitKat di Malaysia telah mengunakan 100% koko mapan dalam penghasilan rangkaian produk KitKat di kilang kami di Chembong, Negeri Sembilan.



Punyalah meriah masa pelancaran ini, siap dengan persembahan tarian, pertunjukkan maskot dan jua korang sendiri boleh ke ruang legar Orange di Sunway Pyramid. Break Land di Sunway Pyramid bakal menampilkan persembahan secara LIVE lima kali sehari dan dibuka kepada orang ramai sehingga 9 April tau. Selain dari Sunway Pyramid bakal ada pusat membeli belah yang terpilih pun ada nanti.



KitKat Mini Caramel, KitKat Mini Cookies & Cream dan KitKat Mini Mocha ini boleh dapat dalam pek yang berisi 8 keping pada harga runcit RM12.17.

Jangan lupa upload gambar dengan #kitkatmini ok
Maklumat lanjut klik link bawah ini ok:
Untuk review kolin makan KitKat mini kat Youtube klik sini ya..

Kolin review KitKat Mini

Majlis Pelancaran KitKat Mini di Sunway Pyramid



Terima kasih kerana menyokong !!
“Have a break, have a KitKat’

Love,

Kolin Zainal



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you