Thursday, April 6, 2017

Hutang

Assalammualaikum dan salam sejahtera
 
Siapa aje yang tak pernah berhutang betul tak?! Semua orang berhutang, mungkin yang tak pernah berhutang tu memang orangnya ada kemampuan. Kolin harap satu hari nanti kolin pun berkemampuan untuk tidak berhutang. Kan bagus kalau semua kita bole beli secara tunai kan. Tapi berpuluh ribu lak nak bayar nak cekau tang mana. So kejadian berhutang pun berlaku.
 
Kolin ada pegang satu kredit kad dari 2004 tau. Dan kolin nak share betapa gembiranya kolin 2017 kolin dah habis selesai semuanya dan tak nak pakai kad kredit dah !!! Alhamdulillah, akhirnya kolin dah boleh berdiri dan berbelanja tanpa mengunakan kad hutang atau kredit kad lagi yahooooo !!!
 
Memang bukan senang nak let go kad kredit tau. Kad kredit ni memang berhantu. Percayalah cakap kolin, kalau korang nampak orang bayar apa sahaja pakai kad kredit, itu bukan lambang kemewahan ok. Melainkan memang orang bisnes, orang kaya dan memang mereka guna kad selalu. Tak bawa cash !
 
Tapi untuk orang pertengahan, biasa-biasa, kad kredit adalah lambang hutang. Lagi banyak dia kad kredit, makin berlambak-lambak lah hutang. Sedap swipe kad kredit
 
Nak bayar tiket melancong- SWIPE
Nak bayar hotel mewah – SWIPE
Nak beli barangan berjenama – SWIPE
Nak makan mewah – SWIPE
 
Itu yang kalau korang tengok baru-baru ini bank negara dedahkan betapa ramainya orang muda bawah 30 tahun bankrap pasal hutang kad kredit.
 
Tak salah pun pakai kad kredit ini, cuma korang perlu berhemah sikit aje. Sebelum nak caj atau swipe, fikir lah dulu perlu atau tidak. Nasihat dari kolin yang pakai kad dari 2004 sehingga 2017 ini, jangan pakai.
Do not spend more than you’re earning!


 
Kolin bersyukur sangat akhirnya kolin berjaya selesaikan hutang yang ini. Terus tak nak guna dah weii. Cukup sudah berhutang bertahun-tahun hahahahha
 
So tinggal rumah dan kereta, hutang kecik-kecik semua perlahan-lahan selesaikan. Korang doakan lah kolin bebas hutang ye. Memang kolin punya azam 2017 nak bebas dari hutang. Nak jalani hidup sederhana dan simple sahaja.
 
Semoga kita semua bebas hutang juga kan ! Terima kasih baca entri ini. Jangan lah marah ye, kolin cuma happy sangat nak share yang kolin akhirnya tak ada hutang kad kredit aje. Jangan nyampah tau !!

Babai my gold card, u served me great tru this year's. Arwah banyak jasa uolsss. 
RIP Gold Card huhuhu


 
MISI BEBAS HUTANG 2017
 
Love,
Kolin Zainal
 



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you