Thursday, April 20, 2017

Berbuka puasa di Bangi Golf Resort serendah RM58 nett sahaja

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Bagi yang mencari-cari mana nak berbuka Ramadhan yang bakal menjenguk kita dalam masa 40 hari lebih kurang, kolin ada cadangan bagi korang. Ramadhan ini, Restoran Bangi Golf Resort (BGR) akan menghidangkan semua tetamu yang datang berbuka dengan Signature Buffet Ramadhan yang bakal bermula dari 29 Mei sehingga 23 Jun 2017. Buat makluman, Restoran BGR adalah restoran yang dapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM dan merupakan salah satu daripada beberapa kelab golf yang di iktiraf dengan akreditasi ini sejak tahun 2009. 



Terima kasih BGR menjemput kolin sekeluarga datang Preview Buffet Ramadhan tahun ini. Buat pengetahuan korang, inilah pertama kolin ke BGR. So tak sabar nak review tau !!
Ye lah perkara baik perlu di kongsi bersama kan. Mana tahu korang nak cari tempat berbuka hujung minggu bersama keluarga kan. 


Terkenal dengan sajian gastronomi yang menawarkan variasi dan kualiti pada harga yang sangat berpatutan pada 2017. Sekali lagi BGR hidangkan lebih 200 jenis hidangan dan juadah istimewa bagi semua yang datang berbuka. Dari ala melayu, timur, barat. Paling penting harganya mampu milik tau. Iaitu RM58 nett untuk dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak. Murah kan !!! Kalau ikutkan dalam bandar harga tu murah dah tu.


Ini antara hidangan yang ada di sediakan masa media preview yang lalu. Tapi jangan risau hidangan mereka banyak sangat, kalau nak letak memang blog post ini panjang lah berjela. Antara yang paling meletopss …ialah Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak, Kuew Teow dan Mee Mamak panas, Sate Ayam & Daging, Golden Sand Spaghetti Carbonara, Peri-peri Chicken Drumlets, Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari, Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato, Nasi Ayam Hainanese, Nasi Lemak dan kalau kolin nak senaraikan memang dah kecur air liur kalau ingat semua hidangan yang ada di BGR. Pendek cerita datang lah berbuka bersama keluarga tersayang, sebab kolin confirm semua orang akan puas hati dengan pelbagai hidangan yang ada di BGR. Oklah sekarang ini kolin jamu korang semua dengan gambar hidangan yang bakal ada sepanjang berbuka di sini nanti ya. 














Kalau dah ada menu utama, mestilah dessert atau pencuci mulut pun ada juga kan. Antara yang ada di BGR ialah Spanish Churros bersama sos coklat, pelbagai kuih muih tradisional Melayu, pudding, agar-agar dan tak lupa jua buah-buahan pun ada. Tapi kolin nak suruh korang kalau ke sini cuba Serawa Durian, Assorted Swill Roll ada pelbagai perisa tau, Lychee Rose Cake, Pandan Gula Melaka, Salted Corn Green Velvet Cake, Ivory Sesame Mocha Cake, Tropical Nectar, Caramel Surprise dan Banana-na. Banyak lagi sebenarnya, kalau korang pergi mesti pening nak makan mana satu. Air panas ada, air sejuk pun ada. Kalau puasa mesti cari air tebu kan, jangan risau BGR memahami, so ada air tebu !!







Selain pengunjung dapat berbuka puasa, korang juga berpeluang membeli barangan dengan harga yang istimewa di tapak jualan khas yang bakal di buka di Bangi Golf Resort sepanjang Ramadhan. Berita baik buat pengemar Durian, terdapat promosi ‘Durian Runtuh’ di mana semua pengunjung boleh membeli durian yang dibawa khas dari Raub Pahang. Selain itu Gelato atau ais krim yang diproses segar dari Sweet Scoopz pun ada. Gelato paling terkenal ialah Gelato berperisa Musang King dan P.G.A (passion fruit, guava, asam boi). Buah Durian dan gelato boleh dibeli dan dibawa pulang dan korang bakal dapat diskaun istimewa kalau membeli tau. 





Bukan itu sahaja, persembahan muzik secara LIVE dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. So sambal tunggu berbuka dan sambil menjamu selera tu tak lah bosan sangat kan. Parking ada lebih kurang 800 ruang untuk kereta. So nak berbuka satu pejabat pun boleh lah. Yang penting bilik solat ada disediakan untuk semua pengunjung bersolat. 


Selesa, bersih dan cantik.

Nak tempah mudah sahaja, korang hubungi 1-700-71-7558 atau layari website mereka di www.bgrrest.com bagi maklumat lebih tepat mengenai Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Clubhouse dari 29 Mei sehingga 23 Jun 2017.

Jumpa sana ya !!!



Love,


Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you