Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Tahniah CHEWIES kerana berjaya menyertai Malaysia Book Of Records

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Tahniah buat CHEWIES !!!! kerana berjaya mencipta rekod untuk 'Penyertaan Paling Ramai Bagi Sesi Pengambilan Pastil Pengalak Imuniti' di bawah kategori Pencapaian Manusia 
Malaysia Book Of Records. 


Bila kita nak minta kanak-kanak mengambil suplemen mereka secara berterusan memang agak mustahil lah kan sebab dengan alasan terlupa dan sebagainya. Tapi CHEWIES telah berjaya mengumpulkan lebih 1,800 kanak-kanak bersama ibubapa dan guru untuk berkumpul bersama dan bergembira mengunyah pastil enak bagi tujuan menyertai  
MALAYSIA BOOK OF RECORDS. 

Bukan kanak-kanak sahaja yang seronok, kolin pun tumpang seronok juga. Memang meriah dan ramai sangat yang hadir sama bagi merealisasikan impian ini. Menurut kata CEO AJ Research & Pharma (AJRP) Sdn. Bhd. iaitu Mr. Javed Ghulam Muhammad, kanak-kanak di antara usia 5 sehingga 12 tahun pasti gembira untuk mengambil bahaigan dalam cubaan mencipta rekod ini memandangkan pastil Chewies Immunolicious sememangnya enak, di samping meningkatkan lagi sistem imunisasi mereka.  

Itu yang pepagi lagi kolin dan anak-anak dah sampai ke Sunway Lagoon bagi menyokong usaha ini. Memang excited sangat !!


Cubaan mencipta rekod ini juga bagi memberi pendedahan kepada semua ibu bapa di Malaysia agar melindungi diri anak-anak dan mereka dari kuman dengan membina sistem imun yang kuat. Jadi kalau nak kurang terkena demam atau apa sahaja sakit. Kita kenalah makan supplemen untuk ketahanan tubuh badan kita kan. Dengan Chewies memang bagus untuk pembesaran kanak-kanak. 
Bertempat di Sunway Amphitheatre rekod ini telah berjaya dicipta. Lagi best semua peserta yang telah menyokong usaha ini diberikan ganjaran untuk bermain satu hari di Sunway Lagoon. Terima kasih CHEWIES !! Kami memang seronok !!

Pelbagai acara turut di adakan. Antaranya ada penampilan dari Maskot Chewies, aktiviti bersama Super Chewies dan juga persembahan badut dengan magiknya yang mencuit hati. 




Dan ini lah penyerahan sijil yang CHEWIES telah berjaya mencipta rekod ini. 


Chewies Immunolicious (pastil) diperkaya dengan Wellmune - sejenis gluco ploysaccharide diperoleh daripada penapisan yis yang cukup baik. Yang bertindak sebagai pengalak sistem imun semula jadi bagi kanak-kanak dan jua dewasa, dimiliki oleh AJRP dan boleh didapati dalam perisa Mega-Mango, Super Strawberry dan Ultra- Orange. 



Terima kasih CHEWIES. Jadi jangan lupa kita sebagai ibubapa kena pastikan anak-anak kita mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat. Mudah sahaja dengan Chewies, sebab warna dan rasanya yang sedap, kolin pasti anak-anak korang suka makan jugak. Macam anak kolin si Ali Imran dan Alisa Maisara. Memang senang nak suruh makan supplemen yang ini. Terima kasih jua kepada Chewies sebab bagi kolin sekeluarga bergembira satu hari di 
Sunway Lagoon. 





Tahniah CHEWIES !!!


Love, 

Kolin Zainal

1 comment:

loving me..loving you