Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Selera Ramadhan Buffet di Sime Darby Convention Centre

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Minggu lalu SIME DARBY CONVENTION CENTRE, telah melancarkan promosi 
SELERA RAMADHAN buffet buat korang yang sukakan tawaran yang berbaloi. 

Semua tahu, bulan puasa bakal menjelang lebih kurang 100 hari sahaja lagi. Di kesempatan itu Sime Darby Convention Centre mempromosikan pelbagai juadah untuk semua lapisan masyarakat pada tahun ini. Antara yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ialah Bubur Lambuk Herba, Lidah Goreng Pedah, Kambing Golek, Murtabak, Rojak Pasembor, Roti John, Pulut Serawa Durian dan banyak lagi juadah yang sudah tentu membuatkan buka puasa korang hilang semua mengidam tu. 

Akan ada 19 buah gerai bakal masak dan menyediakan masakan panas-panas buat semua tetamu. Macam Sup Berempah, Sushi, Shashimi, Sizzler Hot Plate, Penang Fried Kway Teow, Satay, lauk pauk gulai kawah Pak Yus ada siput sedut masak lemak cili api dan jua gulai daging. Pendek kata kelainan yang di tampilkan oleh  Sime Darby Convention Centre tahun ini adalah masakan barat dan jua masakan cina jua di tampilkan pada buffet ramadhan mereka tahun ini. 



 Live Band sepanjang berbuka puasa

Kalau minuman memang biasa lah ada 6-7 pilihan setiap kali buffet, tapi menariknya di sini ada jua air zam-zam untuk korang minum semasa berbuka. Buah-buahan dari yang tempatan sehingga yang import semua ada di sini. Korang hanya perlu mulakan mana yang korang nak makan dulu. Jom kolin belanja korang sikit menu-menu yang ada di SDCC. Mana tahu menu kegemaran korang, lauk pauk yang korang suka sangat tu ada kan. 









ini kuih-muih tradisional kan, kek dan manisan lain pun ada


air zam-zam pun ada kat sini tau


Harga sebenar adalah RM99 nett untuk setiap seorang, tetapi ada promosi sekarang macam kat gambar tu. Boleh lah plan nak buat family atau office gathering kan. Kadar istimewa untuk warga emas dan kanak-kanak akan dapat diskaun 25% bagi buffet ramadhan ini. Manakala anak-anak bawah 6 tahun, Percuma aje. 

SELERA RAMADHAN akan bermula dari 27 May sehingga 22 Jun 2017 dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Jangan risau surau dan tandas selesa di sediakan sekiranya korang plan nak berbuka di sini.

Lagi best, China Treasures di SIME DARBY CONVENTION CENTRE (SDCC) juga ada menawarkan pakej berbuka puasa yang dinamakan 'Ramadhan Dinner Indulgence' bersempena bulan ramadhan nanti. 

Yang suka makan dim sum tu ini lah peluang korang nak try yang sedap-sedap kat sini. Promosi yang menampilkan 60 All- You-Can-Eat ialah 79 hidangan dim sum yang terpilih. Haa...bayangkan 79 jenis dim sum yang korang boleh cuba makan semasa berbuka. 

Antara yang menarik dari 79 dim sum tu ada Deep Fried Shrimp Patties with Sliced Almond, Stir Fried Radish Cake & Beansprout with Chili Sauce, Deep Fried Prawn & Salted Egg Yolk Roll, Steamed Szechuan Hot & Spicy Dumplings dan Steamed Buttered & Salted EggYolk Bamboo Charcoal Buns. 







Sama jua RM99 nett jua untuk setiap seorang. Jadi di SDCC korang ada dua pilihan gaya berbuka puasa. Samada nak gaya biasa buffet ramadhan atau cuba makan dim sum di China Treasure. Jadi pilih dan call nombor di bawah untuk mengelakkan tak ada tempat nak makan nanti kan. Tempahan penuh biasa nya di SDCC ni, maklumlah chef-chef semua masak sedap !


Untuk SELERA RAMADHAN, CALL HALIA 
03-2089 3799 ATAU 03-20833688

Untuk RAMADHAN DINNER INDULGENCE, 
CALL CHINA TREASURES
03-2089 3788 ATAU 03-20893688 

Kolin dah pun buat tempahan untuk keluarga kolin sebab nak harga istimewa terlajak murah tu. Korang jangan tunggu ok, tempah cepat ya. 


Love, 

Kolin Zainal  

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you