Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

makan ala 'shell out' bajet

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat sesiapa yang nak cuba makan 'shell out' bajet, kolin ada satu cadangan untuk korang cuba. Tak lah mahal sangat, sesuai untuk 2-3 orang dewasa. Walaupun iklan letak 3-4 dewasa tapi kolin rasa macam tak cukup. Tapi kalau korang jenis makan sikit boleh lah. Kolin anak beranak 2 dewasa dan 2 kanak-kanak pun ngam-ngam aje lah. Rasanya boleh sederhana sedap, mungkin masa akan datang mereka boleh baiki sikit rasa. Mana tahu salah satu hidangan tu boleh di tambah pedas dan banyakkan sikit kuah. 

Di sebabkan semua hidangan tu kering, jadi nasi yang nak makan pun tercari-cari kuah. Yang lelain ok aje. Suasana tempat makan, toilet dan pelayan di sini semua baik-baik. So jom kolin kongsi gambar dengan korang mana nak makan ala 'shell-out' bajet murah di Kuala Lumpur. 


Yang ini pakej paling murah kolin pesan, RM60. Ini lah saiz lauk pauk 'shell out' yang ada di An Nur Seafood yang terletak di Lot 2704 Jalan Raja Muda Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Betul-betul belakang parking Nasi Kandar LC di Kampung Baru tu. Tepi jalan dah nampak dah kalau dari arah General Hospital. 


Kolin ambil paling bajet. Kalau korang ramai ada pakej lain dan mungkin saiz hidangan lebih dari ini. Buat keluarga kecil kolin, memang sedang elok sahaja. Semuanya habis dan kenyang maka tiada pembaziran berlaku masa makan di sini. 

 Ini lah cara hidangan di lakukan. Semua lauk pauk dalam mangkuk di tuang satu persatu di atas meja beralaskan kertas yang disediakan. 



Inilah Pakej Starter yang berharga RM60.  Habis selesai, clear semua lupa pula kolin nak tangkap gambar. Tapi memang habis lah kami empat beranak makan. Korang kalau ada tempat lain nak kongsi dengan kolin, boleh lah tinggalkan komen kat bawah post ini. Boleh juga kolin pergi try tempat korang yang dah cuba tu. 

Semua sekali hari tu, inilah resit kami. Siap air, nasi dan pemanis mulut lah sekali bil ni. 


 Haa nampak tak. Set 1- Starter RM60. Lelain korang boleh lah baca sendiri. 
Nak cuba, sila kan lah. Ada yang lain, jangan lupa kongsi tau !!

Love,

Kolin Zainal 

1 comment:

loving me..loving you