Monday, February 13, 2017

Kemeriahan Tarian Singa dan Naga di Concorde Hotel, Shah Alam

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bersempena Sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini Hotel Concorde Shah Alam tidak ketinggalan meraikan bersama dengan Tarian Naga dan Singa di ruang lobi dan sekitar hotel. Tarian Naga dan Singa Akrobatik ini dari Pusat Tarian Singa Hok Seng tau. Sangat dramatik dan persembahan yang menakjubkan. 


Ruang lobi hotel, kakitangan serta semua tetamu di hotel teruja menyaksikan persembahan mereka bersempena Tahun Ayam pada 2017.

Menurut kata General Manager Concorde Hotel Shah Alam, Mr. Patrick Ng, tahun ini kami mengadakan dua tarian singa dan satu tarian naga, saya percaya semua ini akan membawa lebih banyak tuah dan nasib yang baik bagi sambutan tahun baru.  Meriah satu hotel dengan dentuman dram dari persembahan mereka.


Semua para jemputan dan jua kakitangan hotel menyaksikan tarian naga dan singa memberkati kawasan hotel mengikut adat resam sambutan tahun baru cina. Yang kolin suka, tarian mereka memang sangat-sangat mendebarkan dengan semua pertunjukkan akrobatik yang dipamerkan di ruang lobi hotel,



Dan pastinya persembahan terakhir adalah tarian naga yang menari di atas tiang-tiang di perkarangan ruang hotel. Memang meriah dan paling penting semua tetamu dan kakitangan meraikan bersama.

Semoga tahun baru cina kali ini membawa keriangan kepada yang menyambutnya. Buat Concorde Hotel Shah Alam semoga terus sukses dan maju ye. Terima kasih menjemput kolin bagi memeriahkan lagi majlis.

Kolin suka !!!

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you