Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Balik kerja on TIME

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Haa..nampak tu hahahahha. Sekarang memang amalan kolin balik ON TIME !!
Sebab apa pun ko buat mulut tempayan merata uolsss, tak pernah hargai. 

So sekarang buat kerja, ketepikan politik pejabat dan have fun ok !!!
Janji buat kerja yang kita patut buat, hujung bulan dapat gaji. Tiada orang boleh menilai kita, tak ada hak pun nak nilai kita banyak kerja atau tak ada kerja. Yang PELIK tu orang tu ada lak masa tengok kita kata BZ sangat hahahah. Tak abis menjemah rupa orang sakai tak ada kehidupan sendiri tu.  
Dah ke laut entri pagi ni hahaha...ala sis luah perasaan sikit. Sebab dah tua-tua ni malas nak layan uolssss
SUKA tengok orang meroyan jumpa ketua kita memburuk-burukkan kita...hasad dengki benorrrr

Salam hari Rabu, sis gembira sebab esok CUTI  hahahaahah



 Pesanan sis untuk korang yang selalu hadapi 'office politics' tu, jangan layan. Baik kita sedekah Al-Fatihah dan Yaasin kepada orang yang selalu bermasalah dengan kita. Kekadang kita tak perlu faham kenapa ada orang macam ini di sekeliling hidup kita kan. Ini lah dugaan hidup. Kenapa kolin cakap sedekah tu, sebab kolin dah pernah buat atas nasihat kawan. Memula nangis, lelama susah hati atas fitnah dan dengki orang tu berlalu pergi. Sebab masa sujud mintak kat Tuhan, kalau betul kita dianiaya tunjukkan lah kebenaran. Alhamdulilah, semua perkara tu berlalu pergi dan hidup makin aman. Korang cubalah ye...


Yang ini memang betul pun, lagi tua, lagi malas nak layan. Dan hiduplah dalam kehidupan yang kita mahukan. Hidup yang kita cipta, hidup yang kita lalu bukan orang lain lalu pun. Susah, senang, tak makan, berhutang, kaya atau apa saja kita aje yang tahu. Buat baik berpada-pada, tak payah sibuk hal orang. Dia nak buat apa pun HIDUP dia. Tak perlu sibuk !
Ini paling WIN !!! Aku pandai buat tak nampak wei once dapat tahu orang tu 'talam dua muka' . Depan aku bukan main sangat tegur ramah mesra, padahal belakang macam hantu setan. Malas nak cakap kekadang mereka lupa apa perkataan keluar dari mulut mereka orang sampaikan kat kita. So nak kata kita baik sangat tu tidak lah, tapi kita tahu kita tak buat macam tu. Tak ada masa nak pergi susahkan orang. 

So kita act like THEY'RE DEAD !!! hahahhaha...habis cerita kan...
Itulah sahaja motivasi kolin hari ini yang esok nak bercuti  panjang hheheheheh

Babai


Love, 

Kolin Zainal

6 comments:

  1. aku mmg blk on time melainkan ada urgent bos nk soh siapkn aritu gk terpaksa la stayback

    ReplyDelete
  2. habis cerita when we 'act like THEY'RE DEAD'.. tak perlu energy banyak nak sakit hati.

    ReplyDelete

loving me..loving you